Anda di halaman 1dari 18

1

1.0 PENGENALAN
Moral secara bahasa berasal dari kata mores (Latin) yang bererti adat kebiasaan. Dalam
kamus, moral diertikan sebagai penentuan baik dan buruk terhadap perbuatan dan
kelakuan. Manakala dari segi istilah, moral merupakan istilah untuk menentukan batas-batas
dari sifat, perangai, kehendak, pendapat, yang secara layak dapat dikatakan benar, salah,
baik, atau buruk. Acuan moral adalah sistem nilai yang hidup dan diberlakukan dalam
masyarakat.
Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan
agama yang ditetapkan oleh masyarakat. Ajaran, peraturan, adat dan agama ini
menentukan bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik.
Oleh itu, moral melibatkan manusia dan perhubungan manusia dengan alam, makhluk lain,
manusia dan bukan manusia. Manusia yang tidak memiliki moral disebut sebagai amoral,
ertinya dia tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya dan moral
adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia. Moral secara ekplisit adalah hal-hal
yang berhubungan dengan proses sosialisasi individu tanpa moral manusia tidak boleh
melakukan proses sosialisasi.
Moral dalam zaman sekarang mempunyai nilai implisit kerana ramai orang yang
mempunyai moral atau sikap amoral itu dari sudut pandang yang sempit. Moral itu sifat
dasar yang diajarkan di sekolah-sekolah ialah manusia harus mempunyai moral jika ia ingin
dihormati oleh sesamanya. Moral adalah nilai mutlak dalam kehidupan bermasyarakat
secara utuh. Penilaian terhadap moral diukur daripada kebudayaan masyarakat setempat.
Pendek kata, moral adalah perbuatan/ tingkah laku/ ucapan seseorang dalam berinteraksi
dengan manusia. Apabila yang dilakukan seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang
terdapat dalam masyarakat tersebut dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan
masyarakatnya, maka orang itu dinilai mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, moral adalah produk daripada budaya dan Agama.

2.0 MORAL DALAM KEHIDUPAN
Menurut Fraenkel (1977), dilema moral atau konflik moral adalah situasi di mana seseorang
yang berdepan dengan dua atau lebih pilihan untuk menentukan tindakannya mengikut
kesesuaian. Dalam menghadapi dilema moral, seseorang perlulah membuat penaakulan
moral, iaitu proses bagaimana seseorang individu memperkembang kebolehan membuat
keputusan moral yang matang dan tersendiri dalam sesuatu isu atau situasi moral.

2
Menurut Ashmore (1987), moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin
mores yang membawa maksud sama seperti etika. Namun, moral merupakan satu perkara
yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-
peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal
kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh
sesuatu masyarakat manakala etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji,
menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan bahawa moral
merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.
Menurut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud
kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta
bersifat praktikal. Moral juga bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau
peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu.
Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk
individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang
dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa
asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab
disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk
melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu
perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam
bentuk kebebasan.
Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini demikian kerana, kesedaran
moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang
rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu
dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan
sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai
kesedaran moral yang tinggi.
Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah
menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut,
Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak
berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat,
bersifat buas dan angkuh.

3
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi
perhatian yang berat oleh pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1981.
Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu
ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar
sekolah.
Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar daripada
melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di samping
menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap, kepercayaan,
keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.
Tetapi kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama
ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media.
Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan
sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah, merompak,
memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan
murid-murid dan pelbagai lagi.

3.0 KAJIAN KES: MASALAH VANDALISME
Masalah vandalisme ini boleh dikategorikan sebagai masalah sosial yang berkait rapat
dengan faktor pendidikan, kesedaran, kematangan, kekeluargaan dan juga persekitaran.
Justeru itu saya merasakan kita perlu mencari satu formula baru dan membuat kajian yang
komprehensif agar kita dapat mengesan punca masalah ini dari akar umbinya. Pendekatan
yang lebih berkesan memerlukan gandingan penguatkuasaan dan proses pendidikan yang
berterusan dari peringkat awal. Masyarakat perlu menyedari dan harus dididik untuk
memahami bahawa menjaga kemudahan awam adalah tanggungjawab bersama.
Kita harus menyayangi harta benda awam seperti kita menyayangi harta kita sendiri.
Sekiranya kegiatan vandalisme ini tidak ditangani secara bersungguh-sungguh, akan
sampai satu peringkat di mana masyarakat akan menerima persepsi bahawa apa yang
berlaku itu merupakan perkara biasa. Sekiranya senario ini berterusan, kemajuan yang kita
cita-citakan tidak akan tercapai dan tidak akan memberi pengertian yang bermakna dari segi
tahap tamadun masyarakat itu sendiri.

4
Seperti mana yang kita sedia maklum, negara kita sudahpun dikenali sehingga ke
seluruh pelusuk dunia. Kebanjiran warga asing untuk tujuan melancong ke negara ini
semakin hari semakin bertambah. Baru-baru ini kita telah menjadi tuan rumah kepada
beberapa persidangan antarabangsa seperti Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) yang
bersidang pada 16 dan 17 Oktober lalu. Keindahan, kestabilan politik dan juga pucuk
pimpinan yang dinamik di Malaysia mampu menjadi daya tarikan dunia luar untuk
menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah atau penganjur kepada mana-mana persidangan
bertaraf dunia. Namun pun begitu, di sebalik gambaran menarik ini, masih terdapat banyak
fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu
menjejaskan imej negara.

3.1 Definisi Vandalisme
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta
benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada
nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun
445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada
keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan
manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.
Semasa suatu masyarakat sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami
transisi kuasa secara keras, golongan yang mencabar autoriti lama mungkin akan
membinasakan sebarang harta benda yang dianggap sebagai simbol rejim lama, seperti
tugu. Perbuatan mereka itu adalah untuk menyampaikan suatu mesej "mencabar". Dalam
keadaan pengalihan kuasa telah berjaya, pemusnahan harta benda yang dianggap simbol
rejim lama akan dilakukan untuk menandai tamatnya rejim lama.
Vandalisme yang paling besar dalam sejarah adalah vandalisme yang dilaksanakan
dalam kempen "memecahkan adat lama" semasa revoulsi kebudayaan (1966-1976) di
negeri Cina. Dalam kempen ini, para pengganas telah memusnahkan bangunan bersejarah,
harta benda artifak dengan alasan benda-benda ini menandai feudalisme lama. Revolusi
Kebudayaan adalah revolusi besar yang terjadi di Republik Rakyat Tiongkok antara
tahun 1966 dan 1976.
Berdasarkan perkara di atas, revolusi ini digerakkan oleh Mao Zedong sebagai
puncak perseteruannya dengan pejabat Presiden Liu Shaoqi yang dituduh beraliran kanan,
mendukung intelektualisme dan kapitalisme. Revolusi ini ditandai dengan
dibentuknya Pengawal Merah, iaitu sebuah unit paramiliter yang majoriti anggotanya adalah

5
mahasiswa-mahasiswa yang mendukung Mao dan ajaran-ajarannya. Di negara Malaysia,
vandalisme secara ritual juga pernah dilakukan oleh parti komunis malaya. Dalam hal ini
pihak komunis telah membinasakan tugu negara.
Walau bagaimanapun, jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan
merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon
awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat
dalam budaya lepak. Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme
biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara
untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu
ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk
memenuhi nafsu mereka yang hina.

3.2 Masalah Vandalisme di Malaysia
Vandalisme bukanlah satu isu baru di negara Malaysia malah ianya diperbincangkan hangat
melalui media massa. Kamus Oxford Advanced Learners mentakrifkan vandalisme
sebagai willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai person who
willfully destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature,
etc. Gejala sosial ini menimbulkan keresahan banyak pihak di mana golongan remaja
dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat ini. Permasalahan ini berlaku di banyak tempat awam,
reakreasi, sekolah, pusat membeli belah dan sebagainya.
Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dilihat sebagai suatu
tindakan yang serius. Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak,
telah menjadi fenomena yang lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak
bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius daripada pihak sekolah dan masyarakat.
Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan
orang lain.
Berdasarkan perkara di atas, pelajar sewenang-wenangnya merosakkan dan
mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa bersalah. Menurut Mohd Zin
Sham (1996), sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat
pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan
digantung sementara waktu. Pekeliling ini berada di bawah undang-undang 1.3.5 iaitu
merosak atau membinasakan harta sekolah.

6
Persoalannya sekarang, mengapakah golongan remaja (pelajar) begitu mudah
terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat? Bukankah perbuatan menconteng dan
merosakkan harta benda awam merupakan suatu kerja yang sia-sia? Tidakkah pelajar sedar
yang perbuatan mereka tidak mendatangkan sebarang faedah? Seperti mana yang
dikatakan, dunia remaja kini penuh dengan pergolakan untuk mencari identiti diri.

3.3 Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
Tingkah laku vandalisme dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun,
faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor kurangnya penekanan pendidikan moral
serta agama, tekanan hidup, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga, pengaruh
media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan materialistik masyarakat.
Pengaruh dominan yang diketengahkan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari
penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Hal ini demikian kerana golongan remaja
khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara
pada masa depan.

3.3.1 Kurangnya Penekanan Pendidikan Moral
Antara faktor berlakunya vandalisme adalah kurangnya penekanan pendidikan moral serta
agama sama ada di sekolah ataupun di rumah. Hal ini penting kerana tanpa pendidikan
tersebut, seseorang tidak akan mengetahui nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh
seseorang individu. Mereka tidak akan tahu kepentingan berbuat baik serta mungkin
berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan betul salah daripada sesuatu
perbuatan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada sikap pelajar yang menganggap
pendidikan moral tidak berguna serta tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Guru-guru yang tidak menekankan kepentingan dan kebaikan pendidikan moral di
sekolah juga menyebabkan kegagalan mewujudkan generasi muda yang soleh dan solehah.
Ibu bapa yang rakus ataupun serakah mengejar kekayaan dan kewangan telah menyisihkan
pendidikan yang penting ini. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu tidak mendapat
pendidikan moral dan agama yang secukupnya lalu bertindak vandalisme kerana tiada
pengajaran yang menentang perbuatan itu. Apabila mereka dewasa nanti, mereka juga telah
mempraktikkan perbuatan itu dalam kehidupan seharian. Hal ini sudah terang lagi bersuluh
menunjukkan bahawa kurangnya pendidikan moral dan agama merupakan salah satu faktor
berlakunya vandalisme.

7


3.3.2 Tekanan hidup
Tekanan hidup ataupun stress juga merupakan salah satu faktor berlakunya vandalisme.
Hal ini demikian kerana sejajar dengan pawana globalisasi di negara kita, Malaysia,
pendidikan telah pun semakin dipentingkan serta dititikberatkan. Keadaan ini seterusnya
telah menyebabkan ibu bapa mewajibkan anak masing-masing agar lulus dalam
peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang agar dapat berkhidmat serta menyumbang
kepada negara pada masa hadapan.
Oleh itu, seseorang pelajar mengalami banyak tekanan hidup untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa. Terdapat kemungkinan
juga bahawa individu tersebut akan bertindak melakukan perbuatan vandalisme untuk
melampiaskan beban yang dihadapi. Mereka mungkin beranggapan bahawa perbuatan itu
amat menyeronokkan dan juga dapat membalas dendam kepada pihak sekolah yang
mewajibkan peperiksaan dijalankan.

3.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja lebih
mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir
dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan
vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan.
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea
termasuklah menconteng harta benda awam dan sekaligus merosakkannya. Datuk Lee Lam
Thye (1997) menyatakan bahawa golongan yang merosakkan harta benda merupakan
golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak
mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-
rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

3.3.4 Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang besar dalam
membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Dengan kata lain, ibu bapa adalah pendorong
kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa

8
membuang sampah atau kulit buah-buahan dari kereta tanpa menghiraukan sebarang
kemungkinan akan berlaku. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini
berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya
hidup yang negatif. Menurut kajian yang pernah dijalankan menunjukkan vandalisme
dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar belakangkan keluarga yang
bermasalah.
Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga
antara faktor utama yang mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. Kajian
Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan remaja yang melakukan vandalisme
merosakkan harta benda tidak mempunyai sebarang sebab malah tidak memperolehi apa-
apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya menunjukkan
bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada keluarga,
masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan memperkenalkan
dirinya secara negatif.
Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah
keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan anak-
anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs yang menyatakan
tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku
bermasalah, khasnya vandalisme. Alim Muntu (1988) pula menambah salah laku dalam
kalangan pelajar terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga.
Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
ternyata tingkah laku vandalisme dalam kalangan remaja meningkat dari setahun ke
setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun
1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada
2,736 pelajar. Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme dalam kalangan 1.2 juta
pelajar menengah kelihatan kecil jumlahnya, namun perbuatan kesalahan yang dilakukan ini
memerlukan tindakan serius daripada pihak berkaitan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong peningkatan aktiviti-aktiviti vandalisme dalam kalangan pelajar di negara kita.

3.3.5 Pengaruh Media Massa
Pengaruh media massa merupakan pengaruh yang tidak kurang pentingnya dalam
mempengaruhi gejala vandalisme dalam kalangan remaja kita. Perkembangan pesat
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedikit sebanyak menyebabkan peranan media

9
massa kian terserlah. Paparan adegan-adegan negatif dalam filem-filem atau rancangan
dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi
remaja melakukan gejala ini. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal
yang dilihat di sekeliling mereka termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan
tunjuk ajar yang sewajarnya daripada pihak terbabit.
Sikap ganas dan keterlaluan para remaja sedikit sebanyak di pengaruhi apa yang
mereka baca, dengar dan tonton daripada media massa. Lantas, kesemua ini diterjemahkan
melalui perlakuan devian mereka sehingga memudaratkan harta benda dan nyawa orang
lain. Sebagai contoh, Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan
seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah
Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca
pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut.
Akhbar Metro 19 Jun 1996 pula melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi
bertindak menconteng nama seorang guru lelaki disiplin pada dinding bangunan bilik air
sekolah berkenaan dengan kata-kata lucah menggunakan penyembur cat. Malah pelajar
terbabit bertindak keterlaluan menconteng kata-kata memalukan iaitu guru itu mempunyai
hubungan sulit dan merogol seorang guru wanita.
Kes lain yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 19 Jun 2000, sebuah bilik
darjah Sekolah Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai akibat
perbuatan khianat. Dalam kejadian tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus buku rujukan,
buku tamabahan serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah musnah. Pihak polis
telah mengesahkan terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan penemuan puntung-puntung
mancis di kawasan berkenaan.
Berdasarkan kes di atas, pihak polis tidak menolak kemungkinan besar perbuatan ini
dilakukan oleh pelajar sekolah. Nampaknya gejala vandalisme dan salah laku pelajar
semakin hari semakin meruncing sehingga membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih
berat lagi. Pelajar begitu berani bertindak liar dan ganas tanpa rasa perikemanusiaan
langsung. Justeru, langkah-langkah drastik perlu diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk
mencegah serta membanteras tingkah laku negatif pelajar-pelajar sekolah.

3.3.6 Sikap Apati

10
Berhubung dengan faktor sikap apati, perlakuan sesetengah masyarakat kini yang
mementingkan soal kebendaan dan tidak peduli terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliing
mereka turut merumitkan masalah vandalisme ini. Menurut kajian, kes vandalisme banyak
berlaku di kawasan bandar. Sikap individualistik masyarakat turut mengeruhkan keadaan di
mana tidak peduli apa yang berlaku. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta
benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar yang sukar
dikawal.
Di kawasan bandar kebanyakan penduduknya tidak ambil kisah. Oleh sebab itu,
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa
menghiraukan rasa tanggunjawab terhadap harta benda awam. Kajian Anidah Ithnin (1991)
mendapati bahawa pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-
pelajar tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Maka, golongan pelajar nakal
banyak melakukan vandalisme di tempat-tempat awam.









Rajah 1: Faktor-faktor Vandalisme

3.4 Jenis-jenis Vandalisme
Cohen (1968) & Bowles (1982) membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam
kategori, iaitu vandalisme berbentuk keinginan; dirancang; ideological; sifat balas dendam;
suka-suka; dan bersifat merosak.
Faktor-
faktor
Vandalisme
Sikap Apati
Pengaruh
Media Massa
Ibu bapa dan Keluarga
Tekanan Hidup
Kurangnya Penekanan
Pendidikan Moral
Pengaruh
Rakan Sebaya

11
Pelbagai jenis vandalisme yang dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis
vandalisme yang paling umum adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan perkataan
lain yang boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh menimbulkan
kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sana-sini. Kita dapat melihat
papan tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi mangsa kerana tulisan asal telah ditukar
atau dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai akal yang waras ini.
Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi keluli dan tembaga
pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Ada diantara mereka
sanggup melakukan jenayah ini semata-mata untuk memenuhi dan mancapai cita-cita
dengan menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa kelakuan
mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam kegiatan vandalisme. Sebagai
contoh, kejadian mencuri klip besi yang mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan
Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna
perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai
salah satu pengangkutan awam yang selamat.
Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia berkembang
pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada pengumpul
barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin tinggi, ia kini sudah
mencapai tahap membahayakan keselamatan awam kerana setiap kali terjumpa sahaja
logam sama ada yang terbiar atau tidak, nescaya akan ada orang yang berminat dan
sanggup mendapatkannya dengan cara yang tidak halal.
Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran yang
menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup longkang, papan
tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini
bakal menguntungkan pengumpul barangan ini selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak
dipantau dengan rapi oleh pihak berkuasa.

3.5 Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Vandalisme
Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud kegiatan merosakkan atau memusnahkan
harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Fenomena ini semakin menggusarkan
hati pelbagai pihak memandangkan golongan remaja boleh diibaratkan batu permata yang
bakal mencorakkan masa depan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk memerangi gejala negatif ini? Berikut adalah langkah-langkah atau usaha
yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah vandalism.

12

3.5.1 Penekanan Pendidikan Moral dan Keagamaan di sekolah.
Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya. Salah satu langkah
yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan menekankan pendidikan
moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Perkara ini amat penting sekali agar apabila mereka dewasa nanti, mereka
akan mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah diajar sejak kecil lagi dalam kehidupan
seharian.
Pihak sekolah juga harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah
ditangkap melakukan perbuatan vandalisme dengan harapan supaya peristiwa seperti
pisang berbuah dua kali dapat dicegah atau dengan kata lain mereka tidak akan mengulangi
perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga harus mengajar anak masing-masing serta bertindak
mendidik mereka apabila mereka ditangkap merosakkan barang-barang kepunyaan orang
lain. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mengamalkan budaya sayang anak tangan-tangankan.
Dengan berkat kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa, dapatlah diibaratkan langkah ini
sebagai serampang dua mata.

3.5.2 Bimbingan dan Kaunseling
Sudah terang lagi bersuluh bahawa langkah bimbingan dan kaunseling ini dapat mengatasi
masalah salah laku moral dalam kalangan murid. Sesi kaunseling ini penting agar pelajar-
pelajar yang menghadapi tekanan dalam pelajaran ataupun tekanan daripada rakan-rakan
yang memaksa mereka melakukan perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta
menyatakan perasaan dan tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan ini, mereka akan
berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang yang berpengalaman dan seterusnya
mungkin dapat menyelesaikan masalah yang harus diharungi oleh pelajar tersebut.
Seterusnya, bagi pelajar yang melakukan vandalisme, mereka juga mungkin
menyedari kesalahan sendiri dan bertindak mengubah sikap mereka yang salah itu selepas
melibatkan diri serta menghadiri sesi kaunseling. Dengan ini, memang dapat dibuktikan
bahawa sesi kaunseling merupakan salah satu langkah yang wajib diambil.

3.5.3 Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan oleh pihak Kerajaan.
Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang Kecil Vandalisme, 1991), sesiapa

13
yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2 000
atau penjara tidak lebih setahun jika disabit kesalahan. Perlaksanaan undang-undang baru
menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.
Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan
yang lain.


3.5.4 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak
tentang pentingnya harta benda awam dan menganggap harta benda orang lain sama
seperti harta benda sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan
falsafah ini, maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu
mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di
hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa yang sihat dan fikiran yang
matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

3.5.5 Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak
mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan pihak masyarakat perlu peka
terhadap isu ataupun gejala vandalisme yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu
proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain tiu, anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya
akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberikan nasihat dan bimbingan kepada
pelajar mengenai kepentingan menjaga harta benda awam. Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda
awam.




Langkah-
langkah untuk
Mengatasi
Bimbingan dan
Kaunseling
Peranan Ibu bapa
dan Keluarga
Penguatkuasaan
Undang-undang

14






Rajah 2: Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Vandalisme
3.6 Kesimpulan
Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang suka
melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam seperti pondok
menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini bukan
sahaja menyusahkan orang ramai tetapi secara tidak langsung menggambarkan masyarakat
yang tidak mempunyai kesedaran sivik.
Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua
perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan ketelitian
untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau ia merupakan
vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat memberi kerjasama dengan
melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai sebarang perbuatan
vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan
yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau
lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah
tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang
melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan, rogol dan melakukan
hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk membersihkan
tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini
memerlukan tenaga yang banyak.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sesetengah pihak tidak
mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang
akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini? Vandalisme dilakukan secara
berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika perbuatan ini didiamkan begitu
sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi perbuatan vandalisme ini untuk terus berlaku.
Penekanan
Pendidikan
Peranan Masyarakat
dan Pihak Sekolah

15
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan
tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja
yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun
ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-
tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.
Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya
untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda
awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Anti-vandalisme yang turut dianggotai oleh
jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan
aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan,
maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk
turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan satu
kempen yang diberi tajuk Harta Benda Awam Milikku-Milikmu. Pertandingan seperti ini
amat penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan sifat lebih bertanggungjawab dan
secara tidak langsung dapat menyemaikan perasaan sayang dan cinta terhadap harta
benda awam.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi
kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya, ibu
bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak mereka
dengan contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-
anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Pihak
sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa sihat dan
berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak.

4.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada
pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam
arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam
konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau
masyarakat. Dalam kerangka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa,
khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah
melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseorang Guru Pendidikan
Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit
persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.

16
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar
tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus
perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai
dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Oleh
itu, Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan
ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.
Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendekatan Perkembangan
Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg yang
memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan
ini banyak membantu membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang
lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa
perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor
moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu
juga, istilah perkembangan memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan
yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka
perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap matang
dari segi moral.
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa
implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang
berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional
memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.
Sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni
dan yang lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai.
Oleh itu, jelaslah bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar
dan dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan
sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah
itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara
tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980)
dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya
di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga.
Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian,
pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,
sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan
pelajar yang lemah dari segi akademik.

17
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama
dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses
pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini,
Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif
pelajar yang bermasalah. Menyentuh peranan guru dalam menangani masalah vandalisme
di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar
selepas ibu bapa. Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar
kerana tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terletak di bahu guru.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg yang
mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting
yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg
membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham
dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru
Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan
pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang
bermoral tinggi. Tambahan penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran
yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan
remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-
objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar.
Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras
dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada
prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara
menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan,
pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan
perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan pertimbangan moral (moral
judgement) Kohlberg yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi
golongan pelajar iaitu:
i. pertimbangan tentang nilai bukan fakta
ii. pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan
iii. pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan
tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.

18
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada
tanggungjawab ini. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik,
adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi
menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoal
tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar
tidak terlibat dalam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas pertama
adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja
cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu
menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa
dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh
dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada
Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam
Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal
yang luhur, akan diterapkan.
Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara, guru telah
memikul satu tanggungjawab penting. Hal ini demikian kerana, selain Kod Etika Profesion
Perguruan (EPP), aspirasi negara juga disandarkan kepada tanggungjawab untuk
membangunkan negara. Oleh itu, guru berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam
mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini kepada
para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah
dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam kalangan
pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat
dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab
dan berwawasan.

Anda mungkin juga menyukai