Anda di halaman 1dari 3

ULASAN ARTIKEL

Asas Pengurusan Sukan Kalashini Rajendran (Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu)

Pengenalan

Artikel ini adalah berkenaan kepimpinan dalam sukan di Malaysia. Melalui artikel di Bab 4 buku Asas Pengurusan Sukan yang telah ditulis oleh Mohd Salleh Aman saya telah mendapati bahawa kepimpinan yang berkualiti berupaya mempengaruhi gelagat organisasi dan mengubah tingkah laku ahli-ahli sukan. Saya telah memilih buku ini untuk ulasan artikel kerana tidak berjaya jumpa dengan buku-buku lain yang tertera di bahagian rujukan asas dan rujukan tambahan di Proforma Kursus PJ 3112. Keadaan ini berlaku kerana permintaan yang tinggi untuk buku-buku tersebut selepas tugasan ulasan artikel ini telah diberi oleh pensyarah. Bab ini juga membincangkan persoalan tentang kepimpinan sukan kini yang diberikan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa. Menurut Mohd Salleh Aman, penyelidikan tentang kepimpinan sukan pula merentasi bidang-bidang politik, pendidikan, pelancongan dan ekonomi. Isu kepimpinan seringkali diulas dalam media dan dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan pasukan.

Definisi Kepimpinan

Pemimpin sentiasa mempengaruhi dan mengawal orang lain. Pemimpin biasanya bertindak demi kepentingan kumpulan dan organisasi pimpinannya. Pendekatan pengurusan moden lebih mengutamakan konsep kepimpinan bersama berbanding konsep kepimpinan terhadap yang lain. Skinner mendefinisikannya sebagai pemimpin adalah individu yang membina arah untuk sekumpulan individu yang dipimpin, pemimpin juga mendapat komitmen daripada kumpulan individu tersebut untuk berusaha ke arah yang telah ditetapkan oleh pemimpin dan memberikan output seperti yang dikehendaki oleh pemimpin.

Kajian sosiologi menyatakan bahawa setiap orang mempengaruhi sekurangkurangnya 10,000 orang di sepanjang hidupnya. Kita sentiasa mempengaruhi dan dipengaruhi. Kita mungkin memimpin dalam sesuatu bidang, pada masa yang sama kita dipimpin dalam bidang yang lain. Tiada seseorang pun yang terkecuali daripada menjadi ketua dan pengikut. Kita bertanggungjawab untuk mengenal pasti potensi kita sebagai seorang ketua. Kita tidak sedar siapa dan bagaimana kita dipengaruhi. Juga sukar bagi kita untuk mengukur kadar pengaruh yang kita terima. Siapakah yang pernah mempengaruhi kita? Siapakah individu yang kita rujuk atau kita ingat apabila kita menyebut dan membuat sesuatu? Memberi pengaruh yang betul adalah pelaburan yang terbaik untuk masa depan seseorang pemimpin. Kemahiran mempengaruhi orang lain boleh dibina dan dipelajari. Robert Dilenschneider (1990) dalam bukunya Power and Influence menyatakan idea tentang power triangle membantu pemimpin menjadi lebih maju. Tiga komponen seti tiga itu ialah komunikasi, penghargaan, dan pengaruh. Bermula dengan komunikasi yang berkesan, ia akan menghala kepada penghargaan dan penghargaan pula menghala kepada pengaruh kepimpinan berkesan. Mohd Salleh Aman juga telah menyatakan kebimbangannya akan

pemahaman umum akan kepimpinan iaitu kemampuan untuk mencapai sesuatu kedudukan, bukan mendapatkan pengikut. Biasanya seseorang itu mula merasakan dirinya seorang pemimpin apabila ia mendapat sesuatu kedudukan. Cara berfikir begini mendatangkan dua masalah. Pertama kepada sesiapa yang mementingkan status, biasanya mereka akan kecewa kerana kekurangan pengikut. Kedua, kepada mereka yang tiada kedudukan mungkin dia menilai dirinya sebagai bukan pemimpin, maka dia langsung tidak mengembangkan kemahiran kepimpinan.

Jenis Kepimpinan

Pemimpin berperanan menetapkan hala tuju, menyatu dan memotivasikan staf, dan berusaha mengembangkan potensi mereka. Dalam kepimpinan formal, menurut Mohd Salleh Aman tugas dilaksanakan oleh pemimpin formal. Ini merupakan ahli organisasi yang diberikan autoriti untuk mengetuai staf mencapai matlamat bersama. Ada organisasi sukan yang besar yang mempunyai ramai pengurus. Majlis Sukan Negara umpamanya mempunyai beberapa orang pengarah

bahagian dan berpuluh-puluh orang pegawai. Mereka semua adalah pengurus, tetapi bukanlah pemimpin organisasi itu. Mereka semua adalah pengurus dan bukan pemimpin organisasi itu. Ketua Pengarah adalah ketua atau pemimpin formal yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi pengurusan Majlis Sukan Negara.

Kepimpinan tidak formal pula berlaku secara tidak rasmi dalam sesuatu organisasi,. Pemimpin tidak formal ini mungkin berpengaruh, tetapi ia tidak mempunyai autoriti. Jika pemimpin tidak formal ini terlalu ramai, mungkin mereka ini akan menimbulkan persekitaran kerja yang tidak tenteram. Bagaimanapun, khidmat tidak rasmi pemimpin jenis ini penting kepada kumpulan pekerja yang mempunyai tugas yang sama yang mana pekerja yang lebih berpengalaman akan memberikan bimbingan.

Kesimpulannya, kepimpinan dalam sukan adalah unik dan mencabar. Ahli sukan yang rata-ratanya bersifat aktif dan agresif memerlukan pemimpin berwibawa yang berupaya memberikan motivasi. Tanpa bakat dan kebolehan, tanpa strategi dan ilmu, agak sukar untuk seseorang itu menjadi pemimpin sukan yang Berjaya.

Artikel ini telah membincangkan ciri-ciri kepimpinan, peranan pemimpin dan kepimpinan dalam sukan. Pemimpin bertanggunjawab menentukan hala tuju organisasi dan memberikan inspirasi kepada pengikutnya. Pemimpin adalah penyatu yang sentiasa berlapang dada berkomunikasi dengan pengikutnya. Pemimpin jugaklah yang mengilhamkan perubahan sehingga ahli organisasi terdorong untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Anda mungkin juga menyukai