Anda di halaman 1dari 2

Etika Kerja Masyarakat Jepun

Menghormati ketua adalah sikap yang diamalkan di Jepun.

Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat. Masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat yang gigih dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Atas pegangan etika yang kukuh telah membentuk kesepakatan yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika bekerja. Kini, masyarakat Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi malahan turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang. Antaranya adalah sikap yang berdedikasi, menepati masa, prinsip perniagaan yang teguh, professionalisme dan pengubahsuaian idea. Masyarakat Jepun berpegang kepada empat prinsip asas dalam meningkatkan kualiti kerja serta sebagai garis panduan ke arah etika kerja yang berkualiti. Ia adalah bagi para pekerja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan akan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya. Selain itu, memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja

mereka, ahli-ahli dalam koperasi membentuk satu keluarga besar dan bekerja dalam kumpulan adalah lebih penting berbanding secara individu. Pembentukan ke arah gaya kerja yang inovatif, konsep kaizen dilaksanakan bagi melahirkan semangat berterusan para pekerja untuk membaiki hasil kerja mereka. Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. Konsep Mottainai merupakan konsep paling penting dalam masyarakat Jepun. Ia bermaksud, segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah daripada Tuhan. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar.

Anda mungkin juga menyukai