Anda di halaman 1dari 11

KONSEP KEUSAHAWANAN

PENGENALAN BERKENAAN KONSEP USAHAWAN

Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari dari bercakap
mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang
kepada perniagaan. Jadi pendapat yang mengatakan seorang usahawan adalah
seorang peniaga, tetapi seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan
adalah tepat. Keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru penting bagi
mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluangpeluang pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport negara dan
pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun
ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan dunia. ( Zafir, 2005)
Lantaran kehebatan peranan keusahawanan itu, seluruh masyarakat dunia sejak
zaman dahulu lagi berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang ini.
Masyarakat Melayu dan Bumiputera juga tidak ketinggalan. Apabila kita
mengimbas kembali Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,
penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan amat
aktif sehingga pada suatu peringkat mereka berjaya menjadikan Selat Melaka
dan Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan tersibuk di dunia. ( Zafir, 2005)
Kemajuan Pelabuhan Melaka pada masa itu dikatakan mencekik
leherkota Venice yang sebelumnya antara pelabuhan utama dunia.
Walaubagaimanapun selepas kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, bermula
dengan Portugis pada 1511, diikuti Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris
kembali sehingga 1957, semangat keusahawanan di kalangan orang Melayu dan
Bumiputera semakin pudar. Penjajah Inggeris umpamanya telah menanam satu
kepercayaan di kalangan orang Melayu kononnya mereka tidak pandai berniaga.
Ini diburukkan lagi dengan Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh
Inggeris yang menggalakkan orang-orang Melayu tinggal di pedalaman dan
kampung bertani sedangkan imigran dari Tanah Besar China ditempatkan di
kawasan lombong bijih timah dan bandar-bandar besar bagi menjalankan
perniagaan.
Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB diperkenalkan
selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana pada masa tersebut
telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan raya umum diadakan. Punca
utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak puashati antara orang

Melayu dengan bukan Melayu berhubung penguasaan ekonomi negara. Kadar


kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa itu sangat tinggi
sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai bidang perniagaan dan
membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan
orang Melayu sebagai kaum Peribumi.
Untuk mengatasi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum ini yang
boleh menggugat keharmonian negara, DEB diperkenalkan dengan dua objektif
utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali
struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak dimonopoli oleh
sesuatu kaum sahaja. Semenjak dari itu, kerajaan telah memperkenalkan
beberapa dasar untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang
keusahawanan tanpa menjejaskan kedudukan sedia ada bukan Bumiputera
dalam bidang tersebut.
Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan
Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah

Dasar Pengswastaan,
Dasar Persyarikatan Malaysia,
Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera,
Pengwujudan Kontraktor Kelas F,
Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
mewujudkan berbagai agensi yang berfungsi sebagai sistem sokongan
usahawan.

Selepas DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menubuhkan pula Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) untuk meneruskan usaha-usaha menggalakkan
penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

1.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan? Sebenarnya


tiada definisi yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan usahawan.
Penyelidik, pengarang dan berbagai pihak yang membuat pemerhatian dan
kajian membuat pelbagai huraian mengikut disiplin masing-masing. Istilah
keusahawanan dan usahawan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat
dengan membawa erti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa persetujuan
kepada definisi yang diterima pakai, namun begitu masih terdapat kekeliruan.
Kesannya, tiada seorangpun yang dapat memahami sepenuhnya siapa
usahawan dan apa yang mewujudkan keusahawanan.
Di bawah ini adalah beberapa contoh definisi keusahawanan dan usahawan
yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat;

Tahun Definisi

PADA TAHUN 1775 Richard Cantillon


Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza dari orang
yang mengeluarkan modal
PADA TAHUN 1794 Beaudau
Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko, membuat perancangan,
penyeliaan dan pasaran.
PADA TAHUN 1803 Jean Baptisle Say
Usahawan ialah individu yang mengurus firma atau organisasi untuk
pengeluaran dan pasaran.
PADA TAHUN 1934 Jean Scumpeter
Usahawan ialah seseorang yang berinovatif dan mampu mengembangkan
teknologi yang belum pernah dicuba sebelum ini.
PADA TAHUN 1961 David McClelland
Usahawan ialah seseorang yang mengambil risiko secara sederhana.
PADA TAHUN 1964 Peter Drucker

Usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang yang ada.


PADA TAHUN 1970 Hornaday dan Bunker
Usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan ,
membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat keuntungan
dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.
PADA TAHUN 1972 Draheim
Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat baru. Syarikat
baru ini diurus dan diselia oleh individu yang bernama usahawan.
PADA TAHUN 1974 Joseph Scumpeter
Keusahawanan menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat ramalan,
keputusan dan inovasi.
PADA TAHUN 1975 Albert Shapero
Usahawan mengambil inisiatif mengatur mekanisma sosial dan ekonomi serta
menerima risiko kegagalan.
PADA TAHUN 1985 Robert Hisrich
Keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang
berlainan, mengalami masalah kewangan,gangguan psikologi dan risiko sosial
serta menerima imbuhankewangan dan mencapai kepuasan diri.
MAKSUD KEUSAHAWANAN di Malaysia boleh didefinisikan sebagai ;

Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan


seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut
peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha
perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.

USAHAWAN

Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan


mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti
tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti ;

Mencari peluang-peluang perniagaan


Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada
dirinya dan orang ramai.
Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti.
Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA


Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan
semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah
peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan
peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ;
Fungsi

Peniaga

Usahawan

Takrif Umum

Melibatkan diri dalam


aktiviti perniagaan untuk
mendapat keuntungan
bagi diri sendiri dan
keluarga

Menjalankan perniagaan
sendiri untuk mendapatkan
keuntungan di samping
mengutamakan kepuasan
pelanggan, dan memberi
sumbangan kepada
masyarakat dan negara.

Membentuk Perniagaan Membentuk perniagaan


Baru
baru tetapi skala operasi
adalah kecil.

Membentuk perniagaan baru.


Peringkat awal skala
operasinya adalah kecil,
tetapi berupaya berkembang
maju dari masa ke semasa

Kebolehan
Sukar mengembangkan
Mengenalpasti Peluang perniagaan kerana kurang
Perniagaan
berkebolehan untuk
mengenalpasti peluangpeluang perniagaan.

Berkebolehan mencari,
melihat dan merebut peluang
perniagaan secara
berterusan untuk
mengembangkan usaha
teroka.

Tahap Pengambilan
Risiko.

Sanggup mengambil risiko


yang sederhana atau risiko

Biasanya peniaga
cenderung mengambil

risiko yang rendah


dancuba mengelakkan
risiko.
Menggembeling
Sumber

yang telah diperincikan.

Menggembeling sumber- Menggembeling sumbersumber untuk penerusan sumber bagi pembangunan


perniagaan.
usaha teroka.

PERANAN USAHAWAN
Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah
bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Mereka
adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri
keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan
bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi
kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan
merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha
memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka
dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya
dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara.
Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan
taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa usahawan itu berperanan seperti
berikut: Menyumbangkan Idea dan Pembaharuan
Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah
sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya
terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu
yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa
berpemerhatian dan berfikiran terbuka.
Merancang
Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan
strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal

ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan


faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul.
Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko
Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan
atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran
pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea
hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari
berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun
perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak
dan kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi tanggungan usahawan.
Menawarkan Peluang Pekerjaan
Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai.
Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar
pengangguran semasa akan menurun.
Menyediakan Pilihan Dan Penawaran Serta Memenuhi Kehendak Pengguna
Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan kemahiran tenaga
kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan produktiviti. Hasilnya
usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran yang lebih banyak
dan lebih baik kepada pengguna. Pengguna mempunyai citarasa yang pelbagai
dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk memenuhi kehendak dan
keperluan tesebut
Menyumbang kebajikan dan kepimpinanan
Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbang ke arah peningkatan
kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan
sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan perananperanannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang
kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata-mata. Kepakaran
dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran
negara dan sosial.

KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

DEFINISI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN


Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk
melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian
dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.

KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
Berikut ini disenaraikan kompetensi keusahawan diri terhadap usahawanusahawan berjaya yang mana dianggap penting dari sudut nilai-nilai
keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan.

1.Berinisiatif
Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling
penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk
melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil
daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu
untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif itu dapat melihat perkaraperkara yang perlu dilakukan melalui intuisi dan imiginasinya. Sikap ini akan
membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang lain.

2.Melihat dan Merebut Peluang


Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya
melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Kata-kata
hikmat yang penting kepada seseorang usahawan ialah peluang mesti dicari,
ianya tidak diberi. Peluang-peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada
perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan
lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam persekitaran,
sumber-sumber alam yang belum diterokai dan halacara baru dalam memberi
perkhidmatan kepada pelanggan.

3.Kecekalan
Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu
mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu,

usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi. Sikap
seseorang yang cekal iaitu berusaha berulangkali atau mencari jalan untuk
mengatasi rintangan-rintangan yang menghalang pencapaian maklumat.

4.Mencari Maklumat
Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu
maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara
maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang
sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil ikhtibar dari apa jua
bentuk maklum balas yang diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari orang
lain atau dari hasil perbuatannya sendiri.

5.Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi


Seseorang usahawan tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan
piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka.Usahawan tidak
melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui
kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang
dan bermutu. Hanya dengan kerja-kerja yang bermutu, usahawan itu dapat
meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan
dirinya.

6.Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja


Usahawan perlu mempunyai sikap menepati perjanjian kerja dengan
menunjukkan usaha yang berlebihan dan melakukan pengorbanan peribadi
untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Usahawan yang berjaya dapat menarik
kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentasa menepati janji.
Kepercayaan pelanggan adalah kunci kepada kestabilan sesebuah syarikat.

7.Berorientasi Ke Arah Kecekapan


Seseorang usahawan yang berdaya maju akan sentiasa mencari jalan untuk
meningkatkan produktiviti syarikat dan dirinya sendiri. Peningkatan produktiviti
bermakna membuat pengeluaran atau memberikan perkhidmatan dengan kos
yang lebih menjimatkan atau dengan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan

prestasi pengeluaran. Hanya dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan.


Individu yang menitikberatkan kecekapan diri atau syarikatnya akan mencuba
sedaya upaya menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan
yang baik untuk membetulkan tahap kecekapan syarikat dari aspek penggunaan
bahan mentah, modal, tenagamanusia, mesin dan jentera serta teknologi.

8.Membuat Perancangan Yang Sistematik


Seseorang usahawan perlu membuat perancangan yang sistematik dengan
merancang dan mengatur langkahnya dengan membahagi-bahagikan tugas atau
kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan
rancangan yang dapat mengatasi rintangan-rintangan yang dijangkakan.

9.Menyelesaikan Masalah
Alam perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan
kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan
melahirkan idea-idea baru atau penyelesaian masalah secara inovatif. Di
samping itu mereka perlu mewujudkan strategi-strategi alternatif yang lebih
cekap dan lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan.

10.Keyakinan Diri
Usahawan perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan
menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan diri dalam membuat keputusan
atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut juga perlu berpendirian
terhadap apa yang sedang dilakukan.

11.Ketegasan
Sikap individu yang tegas ialah sanggup menyuarakan sesuatu masalah kepada
orang lain secara langsung dan mengambil tindakan walaupun menghadapi
banyak tentangan daripada pihak lain.

12.Meyakinkan Orang Lain

Fungsi utama seorang usahawan ialah mempengaruhi keadaan persekitarannya.


Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau institusi-institusi.
Usahawan berurusan dengannya untuk menggerakkan sumber-sumber
organisasi, mendapatkan bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan
perkhidmatan. Kesemua aktiviti tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk
dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan tersebut, usahawan akan gagal
mempengaruhi pelanggan atau pembekal untuk memberi sokongan kepada
perniagaannya.

13.Menggunakan Strategi Pengaruh


Usahawan sebagai pemmpin mesti mempunyai kecenderungan untuk
memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu
helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

14.Bermatlamat dan Berwawasan


Usahawan perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat
yang jelas dan boleh diukur pencapaiannya. Beliau harus peka kepada
kemampuan sendiri dan mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya
halangan-halangan tersebut dapat diatasi.

15.Bertenaga
Usahawan yang bertenaga adalah usahawan yang sanggup bekerja di waktuwaktu luarbiasa dan sanggup mengorbankan waktu rehat apabila tugas-tugas
keusahawanan memerlukan mereka.

Anda mungkin juga menyukai