Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM MINI TUNAS MEKAR 2011 UiTM (TERENGGANU)

LAPORAN PESERTA

ANALISIS SWOT
Nama Peserta Nama Majikan Alamat : Syuhada Mohd Anuar : Pn. Maznah Zakariah : No 2, Taman Permint Indah, Jalan Paka, 23000, Dungun, Terengganu

PROFIL PERNIAGAAN

1. Nama Perniagaan 2. Alamat Perniagaan

: MM Bake & Bakery Ingredient : No 2, Taman Permint Indah, Jalan Paka, 23000, Dungun, Terengganu 09 845 8440 012 900 6440

3. Bidang perniagaan 4. Bentuk syarikat 5. Tahun Memulakan Perniagaan

: Peruncitan dan Pembuatan : Persendirian : 2009

6. Senaraikan perkhidmatan : Menjual kelengkapan membuat kek, biskut dan pastri, / barang keluaran / jualan menyediakan kelas memasak serta menerima tempahan kek untuk pelbagai majlis dan keramaian. 7. Jumlah pekerja 8. Objektif perniagaan : 1 orang sahaja : Menjadi alternatif kepada para penduduk sekitar Dungun untuk membeli barangan kek dan roti yang halal. Lebih jauh dari itu, semoga usaha fardhu kifayah kami sekeluarga dan sahabat-sahabat terdekat ini mendapat berkat dan rahmatNya.

MM Bake & Bakery Ingredient Shop

MM Bake and Bakery Ingredient Shop dikelola oleh sepasang suami isteri daripada Paka, Dungun iaitu Haji Manaf bin Mohamad Hashim dan Hajah Maznah binti Zakariah. Encik Manaf merupakan salah seorang staff di Petronas Cari Gali dan Puan Maznah pula suri rumah sepenuh masa sebelum bergiat dalam aktiviti perniagaan barangan bakeri ini. Selain mempunyai kepakaran dalam pembuatan kek dan pastri, Puan Maznah juga dianugerahi dengan bakat menjahit seperti baju dan cadar.

Sebelum ditukar kepada nama MM Bake & Bakery Ingredient Shop, kedai ini kepunyaan salah seorang rakan kerja Encik Mazlan di Petronas CariGali dan menggunakan nama Eriqa Sweet Ingredient Shop. Kedai ini diambil alih oleh pasangan suami isteri ini pada akhir tahun 2009 dan diberi nama MM Bake & Bakery Ingredient Shop hasil gabungan nama mereka. Mereka mula beroperasi pada 15 Disember 2009.

Kedai ini terkenal di mukim Sura dan juga mukim Paka. Merupakan kedai yang lengkap dengan kelengkapan membuat kek dan menjadi fokus utama kepada pembuat kek dan kuih-muih di sekitar daerah Dungun dan juga Paka. Kedainya yang stategik menghimpunkan ramai pelanggan terutama yang bekerja sebagai pensyarah di UiTM dan juga Politeknik serta para ibu yang gemar dalam bidang ini.

Mempunyai seorang pembantu kedai iaitu Puan Azlina Hasan berasal dari Johor. Beliau merupakan graduan daripada Institut Teknologi Mara pada tahun 1997 dengan Certificate in Food Servicing and Baking dari ITM Shah Alam. Beliau mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang pembuatan dan mendekorasikan kek hasil dari pengalaman bekerja dengan aneka restoran dan hotel yang ternama. Setelah berkahwin, beliau sedia menetap di Dungun dan mempunyai 2 orang putera.

ANALISIS SWOT

Apakah KEKUATAN (Strengths) dalaman di dalam organisasi ini yang boleh digunakan untuk membantu kepada pencapaian objektif?

Dalam perniagaan, memenuhi permintaan pelanggan antara perkara yang terpenting dan harus dititikberatkan agar pelanggan sentiasa tidak putus datang ke kedai seterusnya menjayakan lagi perniagaan ini. Contohnya, barangan yang jarang ditemui seperti keju Philadelphia, barangan Anchor, kotak coklat dan pelbagai lagi barangan ada dijual di kedai MM Bakery and Ingredient Shop. Di sini, pelanggan tidak perlu risau kerana kesemua barang kelengkapan untuk membuat kek, biskut, kuih muih dan sebagainya sudah lengkap dan tidak menyusahkan pelanggan. Dari kertas minyak hingga ke kotak serta papan kek juga ada dijual di sini.

Puan Maznah mempunyai satu komuniti yang besar terletak di kawasan Paka. Beliau sudah dikenali ramai di sana. Hasil dari hobi beliau iaitu menjalinkan silratilrahim sesama insan secara tidak langsung dapat menjayakan perniagaan ini. Kenalan sama ada jauh atau rapat amat penting dalam menjayakan perniagaan yang diceburi. Walaupun kita dalam apa jua bidang perniagaan, kenalan juga harus dititikberatkan kerana dalam masa yang panjang atau singkat, rakan-rakan pasti akan mencari kita.

Kepelbagaian cara untuk mempromosikan serta mengiklankan perniagaan juga menjadi antara kekuatan dalaman yang terdapat meningkatkan serta menjayakan perniagaan yang diceburi. Iklan melalui surat khabar, mengdarkan flyers, pengiklanan dari mulut ke mulut, internet dan sebagainya menjadi pemangkin kepada kejayaan perniagaan. Dengan dara pengiklanan yang pelbagai, secara tidak langsung, pelanggan akan kenal dan tertarik dengan barangan yang dijual. Selain itu, majalah juga menjadi medium yang penting sebagai tapak untuk penduduk Malaysia mula mengenali tempat dan jenis perniagaan yang kita ceburi. Contohnya seperti MM Bake & Bakery Ingredient pernah dicoretkan di dalam salah sebuah majalah keluaran KarangKraf Sdn Bhd iaitu Saji.

Kemahiran berkomunikasi harus dikuasai apabila mula melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan. Pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam dan banyak senario yang perlu kita ketahui dalam perniagaan. Kita perlu menerapkan pelbagai elemen sewaktu berkomunikasi serta mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan seperti mengeluarkan kata yang sopan, nada yang lemah lembut dan pelbagai lagi. Contohnya, ragam pelanggan yang cerewet, kita harus layan mereka dengan cara yang terbaik dan harus bersikap profesional dan beretika. Walaupun mempunyai pelanggan sebegitu, jadikan ia sebagai satu cabaran dan mendidik kita untuk lebih pakar dalam berkomunikasi.

Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya asyik memikirkan perkara yang negatif dan menjatuhkan. Jadi, berfikiran positif perlu di dalam diri seorang usahawan walaupun dari pelbagai bentuk perniagaan. Pelbagai cabaran yang datang ditempuhi dengan penuh kesabaran dan menjadikan cabaran itu sebagai titik kejayaan dalam perniagaan.

Apakah KELEMAHAN (Weaknesses) dalaman di dalam organisasi ini yang memberi kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif?

Antara kelemahan atau kekangan yang utama yang memberi impak ke atas organisasi ialah masalah kewangan. Modal yang nipis menjadikan barangan yang dibeli untuk dijual tidak dapat menjadi stok dalam masa yang lama. Pembelian secara runcit merumitkan lagi perniagaan. Barangan yang dibeli terpaksa dijual dengan harga yang agak mahal agar berbaloi dengan kuderat yang dipikul. Selain itu juga, kekurangan modal untuk membeli peti sejuk untuk tujuan penyimpanan pelbagai tepung, kekacang, buah-buahan campur, keju, krim putar dan sebagainya agar tahan lama dan tidak dimasuki bendasing.

Stuktur kedai yang agak sempit juga menjadi kelemahan kepada perniagaan ini. Disebabkan struktur kedai yang tidak bersesuaian, keadaan barangan yang dijual agak tidak teratur dan menyukarkan pelanggan untuk memilih barang. Selain itu, rak yang digunakan untuk menggantung barang seperti lilin, roller, fondant cutter dan sebagainya terletak di tengah-tengah jalan dan menyusahkan pergerakan pelanggan yang datang membeli loyang dan bekas meletakkan kek.

Apakah PELUANG (Opportunities) luaran yang boleh membantu dan memberikan kesan positif kepada pencapaian objektif organisasi?

Antara peluang yang boleh membantu dan memberikan kesan positif kepada pencapaian objektif organisasi dan perniagaan ialah pinjaman modal daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membantu para peniaga yang berdaftar di bawah naungan SSM untuk menambahkan modal perniagaan selain memperbesarkan perniagaan secara langsung. Dengan faedah yang rendah, kerajaan ingin membantu para peniaga terutama bumiputera untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan pinjaman modal ini, secara tidak langsung, perniagaan ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan modal yang dihadapi.

Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan sijil bagi menerima tender dan projek daripada premis kerajaan seperti menjadi pembekal untuk Hotel UiTM contohnya. Seperti kita sedia maklum, Hotel UiTM juga ada menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut. Apa salahnya jika MM Bake & Bakery Ingredients untuk mencuba nasib untuk menjadi pembekal. Dengan itu, perniagaan ini akan lebih berkembang dan maju serta mendapat pendapatan sampingan daripada membekal barangan.

Pembukaan pusat perniagaan yang baru di Jalan Lapangan Terbang juga menjadi satu peluang yang besar dan dapat menyelesaikan masalah ketisaksuaian struktur kedai. Walaupun ianya masih dalam perbincangan antara pemilik tanah dan juga kontraktor, ini boleh dijadikan titik untuk mengubah dan mentransformasikan perniagaan ini ke tahap yang lebih baik dan teratur.

Apakah ANCAMAN (Threats) luaran yang boleh membantutkan dan memberikan kesan negatif kepada pencapaian objektif organisasi?

Persaingan merupakan ancaman walau kita menceburi apa jua perniagaan. Persaingan yang dihadapi oleh MM Bake & Bakery Ingredients ialah kedai barang bakeri NB Enterprise yang terletak dalam 4 kilometer dari Taman Permint Indah. Kedai yang sudah lama bertapak tetapi mempunyai barangan bakeri yang tidak lengkap selain masih tidak mempunyai signboard. Walaupun barangan yang dijual tidak lengkap, harga barangan yang yang dijual agak rendah berbanding di sini. Ianya menjadi ancaman kerana kebanyakan pelanggan di sini merupakan pembuat kuih muih dan kek di sekitar Dungun.

Pengeluar juga antara menjadi ancaman dalam perniagaan ini. Mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga barang tanpa notis dan pemberitahuan kepada peniaga. Walaupun kenaikan harga, terpaksa juga peniaga untuk membeli barangan daripada pengeluar walaupun untungnya hanya sedikit. Ini menjadi ancaman dalam diam kerana kadang kala mereka tidak memaklumkan kenaikan harga, tetapi di dalam invoice harga yang dinyatakan berlainan dan lebih mahal.

Kebanyakan pengeluar barangan bakeri daripada belah pantai barat contohnya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Keadaan kawasan Dungun yang agak terposok menjadi ancaman kepada peniaga untuk membekalkan barangan kepada pelanggan. Berulang-alik dari Dungun ke Kuala Lumpur sudah menjadi lumrah demi memenuhi kehendak pelanggan.

MEMBANTU KEPADA PENCAPAIAN OBJEKTIF Strengths (Kekuatan) 1. barangan yang dijual memenuhi permintaan pelanggan 2. hasil daripada hobi iaitu mengikatkan silratulrahim mengukuhkan lagi pencapaian 3. pengiklanan yang dibuat melalui pelbagai cara 4. kemahiran berkomunikasi yang tinggi 5. berfikiran positif pelbagai sudut Opportunities (Peluang) 1.pinjaman modal melalui SSM. 2. menjadi pembekal ke premis kerajaan seperti Hotel UiTM.

KEKANGAN KEPADA PENCAPAIAN OBJEKTIF Weaknesses (Kelemahan) 1. kewangan yang kurang kukuh dengan modal yang nipis 2. keadaan kedai yang sempit

DALAMAN (Melibatkan situasi dipersekitaran dalaman organisasi)

LUARAN (Melibatkan keadaan persekitaran luaran organisasi)

Threats (Ancaman) 1. persaingan dengan kedai bakery yang lain 2. pengeluar yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang 3. kesukaran mencari barangan yang diperlukan

RUMUSAN

Sebagai rumusan, cadangan dari saya ialah menambahkan modal yang sedia ada walaupun pemulangan modalnya dalam masa yang agak panjang. Memenuhi prenis dengan barangan keperluan bakeri serta tersusun atur menarik minat ramai pelanggan untuk terus membeli belah di premis ini.

Disebabkan masalah utamanya ialah kekurangan modal, harus peniaga untuk berfikir dan mencari penyelesaianya kepada kekangan itu. Peluang yang dimiliki seperti pinjaman daripada SSM memberi sinar yang terang kepada peniaga dalam pengusahaan ini. Dengan pinjaman yang sepenuhnya dari kerajaan selain kadar faedah yang rendah dijanjikan, ianya juga secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf kehidupan.

Memohon pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menerima pelbagai projek yang berkaitan dengan membekal barang-barangan kepada premis kerajaan. Secara tidak langsung, ianya dapat menarik minat para pekerja dari premis itu untuk datang membeli peralatan bakeri terutamanya pekerja wanita. Selain dapat menambah pendapatan melalui tender dari kerajaan, dapat juga menambahkan pelanggan di premis perniagaan dan seterusnya menjana lebih pendapatan.

Secara tidak tergesa-gesa, pengusaha perlu mencari penyelesaian bagi masalah kesempitan ruang di premis. Contohnya dengan mencari idea yang lebih kretif untuk menyusun peralatan serta barangan demi menjimatkan ruang yang sedia ada. Penggunaan rak yang praktikal dan menjimatkan ruang sangat diperlukan untuk memperlihatkan keadaan kedai yang lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai