Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF / ABSTRAK

Rancangan perniagaan ini disediakan adalah bertujuan untuk mendapatkan dana


pembiayaan agar dapat saya mengembangkan perniagaan bungkusan minuman segera ini
di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Perniagaan ini menjual pelbagai jenis paket minuman
segera seperti paket minuman berperisa buah-buahan, paket minuman bersusu, dan paket
minuman bersoda.

Saya telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan ini kerana saya dapati
penjualan kepelbagaian jenis air minuman seperti “Pirates Coffe”, “Over Dose” dan banyak
lagi menjadi suatu “trending” pada masa kini. Majoriti warga IPG Kampus Temenggong
Ibrahim terdiri daripada golongan belia dan pasaran sasaran bagi minuman seperti ini ialah
terdiri daripada golongan belia. Di samping itu,minuman merupakan salah satu keperluan
asas bagi manusia. Perkara-perkara inilah yang menjadi pendorong untuk saya menjalankan
perniagaan ini.

Saya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap produk penjualan saya. Saya membuat
keputusan hanya untuk menjual paket minuman segera sahaja, bukannya menjual minuman.
Saya berbuat demikian kerana saya berpendapat ianya akan lebih dapat menarik minat
pengguna kerana pengguna boleh mencuba sendiri untuk membuat air megikut citarasa
sendiri di samping ianya boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Semasa menjalankan perniagaan ini, saya akan berusaha untuk memenuhi semua kehendak
pengguna. Antara usaha yang saya lakukan, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran
ke setiap blok. Di samping itu, saya juga turut membuka jualan di atas talian bagi
memudahkan para pembeli untuk membelinya.

1
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

2.0 PENGENALAN

Saya menjalankan perniagaan yang diberi nama Perniagaan Over Drink Camelo dan
produk jualan saya ialah bungkusan minuman segera. Saya memilih untuk menjual produk ini
kerana saya dapati pelbagai jenis air minuman yang dipasarkan pada hari ini. Namun
demikian, saya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap penjualan produk saya. Saya
membuat keputusan untuk menjual bungkusan minuman segera sahaja. Nama perniagaan
yang diberi juga adalah mengikut tema produk jualan perniagaan saya agar dapat menarik
minat pembeli.

3.0 TUJUAN
Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan dan dilaksanakan adalah untuk :
 Menjadi panduan untuk melaksanakan perniagaan secara sistematik dan teratur agar
objektif perniagaan dapat dicapai.
 Untuk mendapatkan latihan dan pengetahuan mengenai dunia perniagaan.
 Memenuhi permintaan para pelajar yang mengemari pelbagai jenis air yang menarik.
 Untuk menimba pengalaman dalam dunia perniagaan.
 Memudahkan para pelajar untuk mendapatkan pelbagai jenis air dengan mudah dan
pada harga yang berpatutan.
 Untuk melancarkan pelaksanaan perniagaan
 Untuk meningkatkan kemahiran diri menyediakan laporan kewangan.
 Untuk menilai kefahaman teori keusahawanan dengan kajian praktik projek
perniagaan
 Untuk memberi pengelaman latihan amal dalam penyediaan rancangan perniagaan
 Untuk mendapat pinjaman bank
 Untuk mencari maklum-balas daripada pakar perniagaan

2
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


 Nama Perniagaan : PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO
 Alamat Perniagaan : BLOK H, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM ,JALAN DATIN
HALIMAH, 86000, JOHOR BHARU, JOHOR.
 Alamat Surat-Menyurat : BLOK H, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM ,JALAN
DATIN HALIMAH, 86000, JOHOR BHARU, JOHOR.
 No. Telefon : 010 – 795 7314
 No. Fak : 03-6156112 1
 Bentuk Perniagaan : MILIKAN TUNGGAL
 Kegiatan Utama : MENJUAL BUNGKUSAN MINUMAN SEGERA
 Tarikh Memulakan : 1 JAN 2015
 Tarikh Pendaftaran : 15 JAN 2015
 No. Pendaftaran : 0012275052 Bumiputra Status
 Modal Permulaan : RM 300.00
 Modal Terkumpul : RM 200.00
 Nama Bank : BANK SIMPANAN NASIONAL LARKIN
 Jenis Akaun Perniagaan: AKAUN SEMASA

PETA LOKASI PERNIAGAAN : IPG KAMPUS TEMENGGON IBRAHIM-BLOK H

3
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

 Nama Penuh : MUHAMMAD FARID BIN ABD RAHMAN


 No. Kad Pengenalan : 960213-01-6603
 Tarikh Lahir : 13 FEB 1996
 Umur : 20 TAHUN
 Jantina : LELAKI
 Alamat Tetap : POS 029, KG SRI DALAM, JALAN YUSOF, 83600, MUAR, JOHOR
 No. Telefon : 010-795 7314
 Taraf Perkahwinan : BUJANG
 Kelulusan Akademik : SPM

6.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Saya memilih untuk menjalankan perniagaan menjual paket minuman segera kerana saya
dapati ramai dikalangan para pelajar IPGKTI yang gemar akan kepelbagaian air yang
dipasarkan di pasaran. Saya menjual paket minuman segera agar para pelajar boleh
mencuba ubtuk membuatnya sendiri mengikut citarasa yang dikehendaki.

Senarai produk jualan :


BIL PAKET MINUMAN YANG DIJUAL HARGA
1 PAKET MINUMAN BERPERISA BUAH-BUAHAN RM 2
2 PAKET MINUMAN BERSUSU RM 2
3 PAKET MINUMAN BERSODA RM 1

Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan, saya berpendapat bahawa Perniagaan Over
Drink Camelo ini mampu untuk bertahan lama di pasaran dan terus maju. Walaupun ianya
merupakan suatu idea baru, saya berpendapat potensi perniagaan saya ini sangat besar dan
mampu mendatangkan keuntungan kepada saya di samping dapat memenuhi citarasa para
pembeli.

4
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

7.0 RANCANGAN ORGANISASI

PENGURUS

Muhammad Farid Bin Abd Rahman

AGEN 1 AGEN 2

TUGAS JAWATAN

PENGURUS:

 Merancang aktiviti perniagaan dan strategi-strategi penjualan


 Menjadi tulang belakang terhadap perniagaan
 Menanggung risiko yag sangat tinggi

AGEN:

 Membantu pengurus melancarkan aktiviti perniagaan


 Memastikan kepuasan pelanggan diutamakn
 Melakukan servis penghantaran belian yang dibuat secara atas talian.

JAWATAN GAJI
AGEN 1 50
AGEN 2 50

5
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

8.0 RANCANGAN PEMASARAN

BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YAG DITAWARKAN

Perniagaan Minuman “Over Drink” ialah perniagaan yag menjual bungkusan minuman segera.
Pelbagai jenis bungkusan minuman segera yang dijual seperti minuman berperisa buah-buahan,
minuman bersusu dan minuman bersoda. Jika dilihat pada hari ini di pasaran, terdapat banyak
kedai-kedai yang menjual minuman ini. Saya membuat keputusan untuk hanya menjual
bungkusan minuman segera sahaja kerana saya berpendapat ianya akan lebih mendapat
sambutan lagi. Pembeli boleh mendapatkannya dengan harga yang murah di samping boleh
membuatnya mengikut citarasa sendiri.

SASARAN PASARAN

Sasaran pasaran bagi produk jualan saya ini ialah golongan belia, khususnya para pelajar IPG
Kampus Temenggong Ibrahim dimana majoriti terdiri daripada golongan belia. Saya
menetapkan sasaran pasaran di kolongan belia kerana produk jualan saya merupakan produk
yang digemari oleh golongan belia. Namun, saya juga turut mensasarkan kepada sesiapa sahaja
yang berada di IPG Kampus Temenggong Ibrahim kerana minuman merupakan suatu keperluan.

SAIZ PASARAN

Saiz pasaran yang ditetapkan perniagaan saya adalah tidak begitu besar kerana sasaran pasaran
saya hanyalah golongan belia yang berada di IPG Kmapus Temenggong Ibrahim. Saya
mensasarkan jualan produk saya mencapai 300 bungkus minuman segera sebulan dan
memperolehi hasil jualan RM 300 sebulan.

PESAING-PESAING UTAMA

Pesaing-pesaing perniagaan saya terdiri daripada perniagaan yang menjual pelbagai minuman
di sekitar IPG Kampus Temenggong Ibrahim tidak kira di dalam mahupun di luar, Misalnya, di
hadapan IPG Kampus Temenggong Ibrahim terdapat sebuah gerai yang menjual air yang
kepelbagaian dan menarik. Perniagaan ini dikenali sebagai Perniagaan “Pirates Coffe”

6
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

9.0 RANCANGAN OPERASI

Perniagaan ini beroperasi di H2-59 Blok H IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Waktu operasinya
pula ialah bagi hari Isnin sehingga hari Khamis,selepas waktu pembelajaran dan pengajaran iaitu
bermula jam 5 p.m. sehingga 12 a.m. Bagi hujung minggu pula perniagaan beroperasi daripada
pukul 8 a.m. sehingga 10 p.m. Perniagaan ini dijalankan secara sah kerana saya telah
mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

Modal yang digunakan :

SUMBER RM
PERSENDIRIAN 200
IBU BAPA 300

Barangan yang dibeli


BARANGAN RM
PAKET MINUMAN SEGERA 200
MODAL PUSINGAN 300

7
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

PENYATA PENDAPATAN BAGI BULAN BERAKHIR PADA 31 OKTOBER 2015

Jualan 530
(-) Kos Jualan
Stok Awal 200
(+) Belian 70
(-)Stok Akhir (50)
Kos Barang Di Jual (220)
Untung Kasar 310
(-)Belanja Operasi
Promosi 60
Gaji Agen 100
Jumlah Perbelanjaan (160)
UNTUNG BERSIH 150

Harga paket minuman segera yang dijual:

JENIS PAKET MINUMAN SEGERA HARGA


PAKET MINUMAN SEGERA BERPERISA BUAH 2
PAKET MINUMAN SEGERA BERSUSU 2
PAKET MINUMAN SEGERA BERGAS 1

UNJURAN PRESTASI JUALAN:

Berdasarkan kepada unjuran prestasi jualan yang telah dipermudahkan, kuantiti jualan akan
meningkat dari semasa ke semasa terutamanya ketika produk berada di kitaran hayat produk
tahap 2. Produk mula dikenali oelh pengguna dan mula mendapat sambutan. Sebagai contoh ,

JAN 2015 FEB 2015 MAC 2015 APRIL 2015 MEI 2015 JUN 2015
300 320 350 400 500 550

8
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

11.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

9
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

12.0 RUMUSAN

Perniagaan Minuman Over Drink Camelo merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal
yang baru ditubuhkan dimana bidang yang diceburi adalah penjualan paket minuman segera.
Sebagai pendatang baru dalam dunia perniagaan, saya tidak menyangka bahawa perniagaan
yang saya jalankan mendapat sambutan hangat daripada warga IPG Kampus Temenggong
Ibrahim. Dengan hanya bermodalkan RM500 pada peringkat permulaan, keuntungan yang
diperolehi sangat memberangsangkan. Saya menanamkan sifat berani mengambil risiko dan
bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti perniagaan ini.

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, saya
amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang
menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk bulan pertama operasi selepas mendapat
pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat
awal.

Saya sebagai pengurus telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi
membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, Perniagaan Over
Drink Camelo ini amat optimis dan diharapkan perniagaan ini dapat berdaya saing dan mampu
berkembang di masa hadapan.

10
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

13.0 LAMPIRAN

CONTOH PENYATA PENDAPATAN

SAMPEL PRODUK

11
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

12
RANCANGAN PERNIAGAAN- PERNIAGAAN OVER DRINK CAMELO

14.0 RUJUKAN

BUKU

Mat, N. (2008). Pengajian Perniagaan 2. Selangor: Pearson Longman.

Mohamed, A. H. (2009). Pengajian Perniagaan 1. Selangor: Pearson Longman.

INTERNET

Admin. (2014, Julai 14). Bisnes Kedai Cuci Kereta – Berbaloikah? Retrieved Mac 20, 2015, from
MyRujukan: http://myrujukan.com/bisnes-kedai-cuci-kereta-berbaloikah/

Dagangputra. (2009, Februari 19). Contoh Kertas Kerja - Rancangan Perniagaan Projek
Tanaman Cili Secara Fertgasi. Retrieved Mac 20, 2015, from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/12631262/5/RANCANGAN-PENGELUARAN-OPERASI

Hamzah, Z. (2013, Disember 03). Rancangan Perniagaan. Retrieved Mac 21, 2015, from
SlideShare: http://www.slideshare.net/ZulkifliHamzah/rancangan-perniagaan-28828742

13

Anda mungkin juga menyukai