Anda di halaman 1dari 4

Teknologi Ikan Hiasan

S 1: Perincikan keluarga ikan hiasan di Malaysia serta kemukakan kepentingan memelihara ikan hiasanKeluarga
ikan hiasan yang terdapat di Malaysia ialah:

J1

 Anabantidae.
 Poecilidae.
 Osteoglossidae.
 Cichlidae.
 Cyprinidae.
 Charachidae.

Faedah memelihara ikan hiasan ialah:

1. Aspek fisiologi.
 Dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan pemelihara
 Dapat meningkatkan keupayaan fizikal seseorang melalui terapi.

2. Aspek psikologi.
 Sebagai penawar kepada sesetengah kesihatan manusia
 Melatih pemelihara menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bekeyakinan tinggi.

3. Aspek sosiologi.
 Menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati.
 Dapat mengelakkan pemelihara daripada berasa kesunyian dan kebosanan.
 Dapat menambahkan rakan kenalan baru dengan berkongsi minat, pandangan dan petua sesama
pemelihara yang lain.

4. Aspek emosi.
 Dapat menghilangkan stress selepas penat bekerja.
 Dapat mengawal dan menghindar perasaan yang negatif.
 Melatih seseorang itu lebih matang serta berjiwa murni yang cintakan alam sekitar dan cintakan
binatang.

5. Aspek ekonomi.
 Sumber pendapatan sampingan atau sebagai punca pendapatan utama keluarga jika diusahakan
dengan bersungguh-sungguh.
S2. Terangkan perbezaan tanda serangan penyakit bawaan parasit, bakteria dan kulat serta rawatannya

J2:

Bil Jenis penyakit Tanda-serangan Rawatan


1 Penyakit Parasit/ Disebabkan parasit yang melekat Pindah ke tangki lain
Rintik Putih pada sisik
Guna methylene blue
Berlaku apabila air terlalu sejuk
Campur sedikit garam biasa
ke dalam air
2 Penyakit Bakteria Ikan berubah warna menjadi Elakkan makanan yang tidak
pudar sesuai

Sisik mengembang atau perutnya Elakkan stres


buncit
Guna antibiotik

3 Penyakit Kulat Tumbuh pada luka pada badan Menggunakan larutan


ikan sekiranya tidak diberi methylene blue
rawatan awal
Asingkan ikan
Bahagian yang sering dijangkiti
kulat ialah sirip, mulut dan badan
yang terdapat luka

Kulat ini kelihatan seperti kapas


yang tumbuh pada bahagian luka
yang terbuka.

S3. Berdasarkan senario di atas dan pengalaman anda, rancang langkah-langkah terbaik pembiakan ikan hiasan.

J3:

i. Sediakan Induk
- Pilih pasangan yang tidak terlalu tua kerana induk yang tua kurang reproduktif dan tidak
bertenaga untuk mengawan.
- Berikan makanan selama seminggu dengan kadar yang sesuai kerana kerana ianya memerlukan
tenaga semasa proses pengawanan.

ii. Sediakan Tangki


- Tangki mengawan disediakan sebagai tempat berlakunya proses mengawan dengan meletakkan
serombong plastik beserta air ke dalam tangki tersebut.
- Ini untuk memastikan supaya induk jantan tidak menggigit induk betina sehinggalah induk betina
benar-benar bersedia untuk proses mengawan.
- Air dimasukkan ke dalam tangki sehingga separuh penuh.
- Kemudian, letakkan kabus atau foam cup. Jika menggunakan foam cup , potong separuh foam
cup tersebut dan letakkannya di permukaan tangki yang sudah diisi airnya.
- Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya.

iii. Meletakkan Tumbuhan Akuatik


- Letakkan tumbuhan akuatik asli/tiruan.
- Tumbuhan yang hidup seperti pokok kiambang lebih sesuai kerana ianya mempunyai nutrien dan
bagus untuk tumbesaran anak ikan.
- Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

iv. Masukkan Induk


- Pertama masukkan ikan jantan selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di
dalam tangki.
- Kemudian masukkan ikan betina. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang
buih.
-
v. Proses Mengawan
- Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , ia
akan menghalau ikan betina ke bawah sarang-sarang buihnya
- dan kemudian ia akan memulakan proses mengawan.
- Pengawanan akan berlaku beberapa kali dalam tempoh beberapa jam.
-
E 1. Berikan pendapat anda tentang jenis pemakanan ikan hiasan yang sesuai mengikut jenis-jenis ikan yang
mungkin terdapat dalam akuarium tersebut.

JE1:
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti,
jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. Makanan kering ialah seperti cacing
yang telah diawet atau roti. Makanan basah atau di sejuk beku ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran
seperti salad atau bayam. Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia
diproses oleh kilang membuat makanan. Ianya boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal
makanan haiwan.

Jenis makanan Jenis ikan

Makanan hidup dan makanan basah Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra

Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora, Bala Shark Silver,


Marble Molly

Makanan rumusan Sunrise Platy, Angel,Tiger Barb, Brown Corydoras

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan masa memberi
makanan iaitu pagi, tengahari dan petang

E2: . Rancang prosedur dan dokumen yang diperlukan bagi memastikan ikan hiasan syarikat En. Firdaus dapat
dipasarkan ke luar negara dengan lancar.

JE2:

i. Mengred
• Mengikut saiz
• Mengikut warna ikan
• Mengikut bentuk dan rupa fizikal ikan

ii. Membungkus Ikan


• No permit import.
• No Sijil Kesihatan Ikan (Thailand)
• Nama, alamat dan no telefon pengeskpot
• Negara pengeksport
• Spesies
• Bilangan ikan dalam bungkusan
• Tarikh
• Tampal sticker bermaklumat kepada plastik pembungkusan persampelan

iii. Senarai Semak Pemeriksaan Dokumen

Bil Senarai Dokumen Disemak

1 Borang Kastam

2 Permit Ekspot

3 Invois
Permit CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa
4
Mengenai Spesis Flora dan Fauna Terancam)
5 Sijil Kesihatan salinan Asal

6 Borang SKPI (Borang Pengakuan Ikan Yang Diimpot)


Jika dalam pemeriksaan didapati spesis dan kuantiti tidak sama seperti dalam invois, tindakan tahan
dan rasmpas akan diambil

iv. Senarai Semak Pemeriksaan Fizikal

Bil Senarai Dokumen Disemak

1 Ke tempat Pemeriksaan

2 Buka Pintu Kenderaan

3 Buka Bungkusan

4 Periksa Konsainen

5 Pengambilan

6 Pengambilan Sampel

Jika semua prosedur dipatuhi sampel akan diambil dan dihantar ke pusat kuanrantin untuk
pemeriksaan

v. Senarai Semak Persempelan

Bil Senarai Dokumen Disemak

1 Persediaan Peralatan

2 Persediaan Pembungkusan

3 Pembungkusan

4 Penyerahan

Setelah semua prosedur dan dokumen mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,
penyerahan akan dilakukan kepada Unit Biosekuriti Jabatan Perikanan dan selepas itu jika
semuanya mematuhi standard yang telah ditetapkan jabatan Perikanan akan menyerahkan
bungkusan kepada syarikat yang membuat pesanan.

Anda mungkin juga menyukai