Anda di halaman 1dari 2

8/15/2018 MyPOROMS

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : MOHAMAD ARIF AIZAT BIN MOHAMAD ALI


No Kad Pengenalan : 940921135197
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2015 / BIMBINGAN KAUNSELING
Sekolah : SK TAMAN PERLING 3
Minggu Praktikum :1
Tarikh : 02-08-2018
Tajuk : MENGENALPASTI BUKU KEHADIRAN MURID YANG SELALU DATANG LAMBAT KE SEKOLAH
Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
Pensyarah Pembimbing : TAUHIT BIN SUDAR
Guru Pembimbing : KAMARUDIN MD AMIN

1. Isu Yang Difokuskan :

Sepanjang satu minggu berada di sekolah, saya mengenalpasti beberapa isu. Antara yang saya perhati ialah penggunaan buku
rekod kehadiran lambat ke sekolah tidak digunakan sebaiknya untuk mengambil tindakan kepada murid. Penggunaan buku rekod
kehadiran lambat ke sekolah sangat penting dan berguna bagi mengenalpasti murid yang datang lambat justeru dapat mengambil
dan memberi bimbingan kepada murid tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca utama buku itu tidak digunakan sebaiknya ialah tiada pengawas menggunakan buku tersebut semasa bertugas. Selain itu,
tiada tindakan selepas mengambil nama murid. Ini menyebabkan murid akan mengulangi sikap yang sama. Maka murid yang
selalu datang lambat akan sentiasa datang lambat tanpa pencegahan dan pengawasan yang betul. Di samping itu murid akan
ketinggalan masa pembelajaran terutama masa pertama.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Dalam kajian yang dilakukan oleh Azalina & Rosmaria (2015), menangani masalah kelewatan murid ke sekolah ialah melalui
program terancang sepeti penggunaan buku rekod lewat ini. Dengan adanya buku ini mudah untuk guru disiplin serta Guru
Kaunseling dapat mengenalpasti serta membantu murid tersebut.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa
alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:
i)Mewujudkan jadual bertugas buku rekod lewat yang.
ii)Memastikan pengawas bertugas menjalankan tugas.
iii)Buku terus dihantar ke unit Kaunseling untuk tindakan selanjutnya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan berbincang dengan guru disiplin dan guru kaunseling di sekolah untuk memastikan buku rekod lewat ini digunakan
dengan sebaiknya sebagai panduan dan mengenalpasti murid yang lambat. Saya juga akan memperbetulkan tujuan sebenar buku
tersebut untuk mengatasi masalah lewat ini. Di samping itu memastikan pengawas bertugas menjalankan tugas mengikut jadual.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

15-08-2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Keberkesanan langkah pertama sangat memuaskan. Jadual pengawas bertugas berjaya dibuat.

http://myporoms.ipg.edu.my/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=31854&Kod_Ipgm=JMA1001 1/2
8/15/2018 MyPOROMS

Manakala keberkesanan langkah kedua turut berkesan pihak yang bertugas berjaya memantau pengawas yang bertugas.

Keberkesanan langkah ketiga sedikit tidak memuaskan. Hal ini kerana buku lambat dihantar dan juga ada yang tidak hantar.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesan daripada penggunaan buku ini, kehadiran murid lewat semakin berkurangan. Selain itu juga, pengawas juga sudah
bertugas berdasarkan jadual baru yang dibuat. Pemantauan terhadap pengawas juga dilakukan setiap hari bagi memastikan buku
rekod lewat itu digunakan sebaiknya. Seterusnya, buku rekod lewat juga dihantar ke unit kaunseling.

Antara halangan yang berlaku ialah kurang pemantau daripada pihak terlibat. Selain itu, buku rekod kadang-kala lambat dihantar
ke unit kaunseling dan kadang kala tidak dihantar. Hal ini menyebabkan guru kaunseling lambat untuk bertindak serta merekod
kehadiran murid.

Kesimpulannya, saya berasa puas hati kerana tindakan yang dilakukan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan
kehadiran murid awal ke sekolah serta meningkatkan keberkesanan penggunaan buku rekod lewat.

Rujukan :

Rosmaria, A. &. (2015). Menangani permasalahan kelewatan pelajar ke sekolah.


Mohd Ismail Othman. Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995. Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.

http://myporoms.ipg.edu.my/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=31854&Kod_Ipgm=JMA1001 2/2

Anda mungkin juga menyukai