Anda di halaman 1dari 2

ESEI:

Setiap projek yang dijalankan pasti memerlukan penilaian yang menjadi sebagai alat
pengukur bagi mengetahui sama ada projek yang dijalankan memenuhi kriteria yang
ditetapkan ataupun tidak. Satu sesi pengumpulan penilaian yang dilakukan oleh rakan-rakan
dalam menilai sama ada perisian yang dihasilkan ini memenuhi kriteria yang ditetapkan
ataupun tidak. Oleh itu, sebanyak 15 instrumen penilaian telah diberikan untuk melihat sama
ada projek perisian kursus ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan atau tidak.

Melalui aspek media, secara keseluruhannya media yang dihasilkan memenuhi


kriteria dengan jumlah skor sebanyak 15/15 pada tahap “sangat baik”. Maka di sini dapatlah
dilihat bahawa media yang dihasilkan dalam projek ini berada pada tahap yang sangat baik
dan sesuai dengan murid tahun 4. Media yang merangkumi visual dan audio dilihat sangat
berkesan dan sesuai mengikut tahap kognitif murid-murid. Manakala bagi kategori isi
kandungan mencapai skor 11/15 pada tahap “sangat baik”. Maka boleh di simpulkan bahawa
isi kandungan yang disediakan bagus namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki supaya dapat mencapai skor yang lebih baik daripada sebelum ini.

Bagi kategori maklumat yang disampaikan telah mencapai skor 14/15 pada tahap
“sangat baik” memberikan gambaran bahawa maklumat yang ingin di sampaikan adalah tepat
dan ringkas serta dapat difahami dengan mudah. Selain itu, skor bagi kategori grafik adalah
sebanyak 15/15 pada tahap “sangat baik’ dan ini memberikan pandangan bahawa grafik yang
digunakan amat sesuai mengikut tahap kognitif murid. Grafik dan maklumat yang memberikan
skor baik kerana perisian ini direka mengikut kesesuaian tahap kognitif murid tahun 4 untuk
memahami peranti komputer.

Bagi kategori bahan yang digunakan projek ini mendapat penilaian skor sebanyak
11/15 pada tahap “sangat baik” namun difikirkan bahan yang digunakan kurang merangsang
pemikiran dan mencorak pemikiran murid-murid disebabkan kekurangan penggunaan gambar
yang bergerak di dalam projek yang telah dihasilkan. Disebabkan itu antara faktor skor yang
diterima lebih rendah berbanding kategori yang lain. Selain itu, input yang digunakan telah
mendapat skor sebanyak 14/15 pada tahap “sangat baik” di mana skor ini memberikan imej
tentang input yang diberikan secara opitmum kepada murid tahun 4.

Melalui aspek instrumen penilaian kepada kefahaman murid-murid terhadap topik


yang di sampai telah memberikan skor yang baik dalam penilaian projek ini. Kriteria yang
diberikan amat selari dengan penilaian yang terdapat dalam projek ini. Boleh lah di bahagikan
kepada 3 komponen utama dalam penilaian ini antaranya instrumen, soalan dan tahap.
Instrumen yang digunakan sama ada sesuai atau tidak mengikut tahap kognitif murid.
Manakala bentuk soalan yang dikemukan masih releven digunakan atau tidak pada masa kini.
Tahap keberkesanan juga di persoalkan sama ada ia berkesan dalam perlaksanaan ataupun
tidak.

Kategori instrumen, telah mendapat skor sebanyak 9/15 di mana dapat disimpulkan
bahawa instrumen penilaian yang dihasilkan baik namun perlu ditambah baik supaya dapat
membuat penilaian berdasarkan aneka penilaian yang boleh memberikan data lebih baik.
Disebabkan itu penambahbaikan perlu dilakukan seperti memasukkan penilaian berbentuk
struktur yang dapat menguji kemahiran berfikiran aras tinggi murid tahun 4. Oleh itu, penilaian
yang beraneka boleh di lakukan untuk menguji kefahaman murid tentang topik yang diajarkan.

Manakala bagi kategori soalan, projek ini telah memperolehi skor sebanyak 13/15 dan
dilihat bahawa soalan yang diberikan kepada murid di anggap releven dengan jawapan yang
diberikan kerana jawapan yang di berikan secara terus dan mudah untuk murid dapat
menjawab soalan yang ada. Manakala kategori tahap keberkesanan instrumen pada penilaian
telah mendapat skor sebanyak 11/ 15 dan ini menandakan tahap keberkesanan instrumen
yang diberikan boleh dikatakan berkesan jika di laksanakan oleh murid tahun 4. Walau
bagaimanapun, penambah baikkan boleh dilakukan agar objektif bagi penggunaan media
pengajaran ini dicapai dengan berjaya.

Kesimpulannya, media pengajaran yang dihasilkan mempunyai banyak kelebihan dan


kemudahan untuk memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang peranti komputer.
Penilaian ini digunakan untuk mengkaji kelemahan dan kelebihan sekiranya aspek-aspek
yang ada ini dianggap sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid. Kelebihan yang dilihat
berdasarkan corak skor adalah penggunaan media dan maklumat yang bagus untuk murid-
murid. Melalui kelebihan ini membentuk satu tarikkan kepada pengamalan pembelajaran abad
ke-21 yang di anggap satu kaedah penarik perhatian murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Manakala kelemahan yang terdapat daripada catatan skor mendapati
bahawa instrumen dan bahan kurang dalam penghasilan projek ini. Pekara ini perlu diatasi
dengan menambahkan bahan yang lebih menarik minat murid untuk terlibat dalam proses
P&P ini. Instrumen yang pelbagai perlu digunakan untuk menilai supaya kekuatan murid
kepada sesuatu pekara sama ada murid ini telah berjaya memasuki proses P&P abad ke 21
atau masih lagi berada dalam kekeliruan.

Anda mungkin juga menyukai