Anda di halaman 1dari 4

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : ADAM AFEEQ BIN MD NORAZI

No Kad Pengenalan : 020130101909

Program : PISMP

Pengkhususan / Opsyen : PENDIDIKAN JASMANI 1

Sekolah : SK KOMPLEKS UDA

Minggu Praktikum :5

Tarikh : 18/9/2023

Tajuk : MURID PASIF

Kategori : INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Pensyarah Penyelia : DR. SHANKARALINGAM A/L RAMALINGAM

Guru Pembimbing : MUHAMMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMMAD FADILL


1. Isu yang difokuskan:

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini saya telah mengenal pasti beberapa orang
murid yang pasif. Murid pasif yang dimaksudkan ialah murid yang tidak terlibat aktif ketika
aktiviti di dalam kelas dijalankan. Murid tersebut juga tidak memberikan respon terhadap
pertanyaan guru.

2. Analisis isu yang difokuskan (Punca dan kesan isu):

Punca ini mungkin terjadi kerana murid tersebut sememangnya murid yang pasif di dalam
kelas.. Menurut rakan-rakan sekelas, murid tersebut tidak berapa aktif dalam di dalam kelas
meskipun murid tersebut tidak mempunyai masalah percakapan. Selain itu, murid tersebut juga
seorang yang pemalu. Walaupun begitu, isu ini telah menyebabkan guru sukar untuk mengenal
pasti tahap penguasaan murid tersebut.

3. Kajian lampau terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):

Syariman, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar (2016) menjelaskan bahawa murid yang berkelakukan
pasif mempunyai beberapa sebab yang tertentu. Walaupun murid tersebut tidak mempunyai
masalah pertuturan, murid tersebut hendaklah diberi perhatian dan bimbingan.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah:

Berdasarkan isu yang dikupas tadi, saya ada mencadangkan beberapa langkah penyelesaian
masalah terhadap isu tersebut:

i. memberi bimbingan dan perhatian yang lebih kepada murid tersebut


ii. mengajar murid membaca dengan mengikut bacaan guru
iii. merancangkan aktiviti didik hibur seperti nyanyian

5. Tempoh masa penyelesaian:

1 minggu
6. Tindakan susulan:

Guru memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut. Selain itu, guru mestilah cuba
mewujudkan satu hubungan yang baik dengan murid tersebut dengan selalu bertanya soalan
secara personal kepada murid. Hal ini dapat mewujudkan satu hubungan yang positif antara
murid dan guru. Seterusnya, guru perlu menganjurkan banyak aktiviti didik hibur.

7. Tarikh Tindakan susulan dilaksanakan:

26 September 2023

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Sesi PdPr berjalan dengan lancar. Selain itu kawalan kelas juga sangat teratur. Murid
memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

9. Kesimpulan / refleksi:

Guru hendaklah sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah dan perilaku murid. Selain itu,
guru hendaklah berusaha mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
Perkara ini unuk memastikan murid tersebut dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara aktif.
Rujukan:

Syariman Jahari, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Penggunaan token
ekonomi dalam ubahsuai tingkah laku murid pasif (terlalu pendiam). Seminar Modifikasi
Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri
Johor. JPN Negeri Johor.

Anda mungkin juga menyukai