Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Lee Min Yi

No. Kad Pengenalan : 960530-04-5176

Program : PDPP

Pengkhusuan : Pendidikan Moral

Minggu Praktikum :1

Tajuk : Teknik Menyoal

Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran

Pensyarah Penyelia : En. Uthayakumaran A/L Karuppiah

Guru Pembimbing : Pn. Florence Ngu Mui Aik

1. Isu Yang Difokuskan


Semasa PdP berlangsung, saya lebih menggunakan teknik penyoalan yang berfokus
kepada kelas tetapi bukannya dan saya juga menganggap jawapan daripada segelintir
murid itu mewakili satu kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan


Isu ini berlaku apabila saya menanya solan kepada murid-murid semasa PdP berjalan.
Teknik penyoalan yang saya gunakan telah menyebabkan saya tidak dapat mengetahui
sama ada murid-murid telah memahami solan tersebut tau tidak secara individu. Apabila
soalan ditanya, beberapa orang murid yang suka memberi jawapan sahaja yang akan
memberi idea atau pendapat mereka. Bagi murid yang lemah, mereka kurang melibatkan
diri semasa sesi soal jawab.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (pengalaman atau kajian lepas)


Menurut Mojibur Rahman (2010), kemahiran komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan
dan kebolehan seseorang pelajar itu berkomunikasi dengan baik ataupun sebaliknya. Ini
bermakna dalam konteks (PdP), penyoalan berupaya dan menggalakkan interaksi guru dan
pelajar secara berkesan. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dapat mencungkil
pengetahuan pelajar dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Soalan-
soalan yang dikemukakan oleh guru mestilah dapat menguji atau menilai apa yang telah
disampaikan oleh guru semasa proses PdP. Tegasnya, seorang guru yang mahir sebagai
seorang penyoalan yang berkesan kerana beliau dapat menggunakan soalan-soalan yang
membimbing para pelajar memberikan idea yang jelas, mengembangkan potensi berfikir,
serta dapat menggerakkan daya imaginasi pelajar.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan analisis yang telah say lakukan terhadap isu yang dikenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah, antaranya ialah:

A. Bertanya kepada guru-guru yang berpengalaman bagaimana memastikan teknik


penyoalan yang digunakan itu selain mendorong murid berfikir malah dapat juga
mengenal pasti penguasaan murid.
B. Melayari Internet untuk mengenal pasti pelbagai teknik penyoalan yang sesuai
digunakan dalam kelas tersebut.

5. Tempoh Masa Penyelesaian


1 Minggu

6. Tindakan Susulan
Saya haruslah menggunakan teknik penyoalan seperti soalan ditanya kepada kelas tetapi
mendapat respons daripada individu setiap murid. Bagi murid yang selalu menjawab itu,
saya harus member pujian kepada mereka dan juga memberitahu mereka kami bagi
peluang kepada murid lain. Selain itu, saya juga perlu memberi sedikit masa untuk murid
untuk berfikir selepas soalan diberikan. Murid-murid haruslah diminta senyap dahulu selepas
sahaja solan ditanya, janganlah berebut-rebut untuk menjawab.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


19.6.2023

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan


Saya telah menjalankan langkah yang dicadangkan dalam tindakan susulan. Saya meminta
murid untik mendengar dengan teliti dan jangan memberi jawapan dahulu sebelum
dibenarkan bercakap. Sepanjang PdP berlansung, murid-murid mematuhi arahan dan
peraturan yang ditetapkan.
9. Kesimpulan
Teknik penyoalan yang sesuai bukan sahaja membantu murid untuk berfikir tetapi juga
mampu membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan murid-murid sama ada secara
kumpulan atau individu. Jika guru dapat menggunakan teknik penyoalan dengan berkesan,
maka proses PdP akan menjadi lebih menarik dan murid juga dapat dipusatkan.

Rujukan
Rahman, M. (2010). Teaching Oral Communication Skills: A Task-Based Approach. ESP
World Issue, 1(27), 1-11. Diakses dari http://www.esp.world.info

Anda mungkin juga menyukai