Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1a: Ujian 1 (72 markah)

Arahan: Jawab kedua-dua soalan. Anda diberi masa selama 3 hari mulai jam 8.00 malam hari Jumaat, 29 April 2011 sehingga 11.59 malam hari Isnin, 2 Mei 2011. Sila muat naik jawapan anda sebagai dokumen Word melalui sistem MyGuru2. Klik pada Assignment dan pilih Tugasan 1a Kumpulan EL-... mengikut kumpulan EL masing-masing atau Ujian 1. Anda dibenarkan berbincang dan merujuk mana-mana rujukan tetapi tidak dibenarkan berkongsi jawapan yang ditaip pada dokumen Word.

1.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh yang spesifik, bincangkan bagaimana langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian tersebut. [20 markah]

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal serta guru mampu meransang kemahiran murid. Soalan-soalan yang diajukan adalah untuk melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu info dan mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada satu fakta yang lain. Walau bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk menganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar. Bagi menjawab secara lisan perlajar perlu menggukan bahasa yang betul dan tepat serta menggunaka ayat yang lengkap. Tujuan ke dua adalah untuk

menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis. Sebelum menjawab sesuatu soalan pelajar perlu berfikir serta mencari jawapan yang tepat dengan kehendak guru. Pelajar harus menggunakan kebolehan diri yang ada untuk menjawab soalan tersebut. Tujuan yang ke tiga pula untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar melalui jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas. Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah merupakan salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti dan rapi dengan mengambil kira beberapa faktor seperti mental, psikologi , persekitaran , pengalaman murid dan keperluan sesuatu mata pelajaran. Terdapat beberapa langkah teknik penoalan yang boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Langkah pertama ialah guru haruslah mengajukan soalan kepada seluruh kelas. Menggunakan suara yang boleh didengar oleh semua pelajar. Sebaik-baiknya guru mengulangkan soalan-soalan tersebut beberapa kali. Guru juga perlu menggunakan aras soalan berdasarkan tahap pelajar. Penggunaan laras bahasa dan aras soalan yang rendah dapat memberikan penglibatan pelajar secara aktif. Langkah yang kedua, selepas mengajukan soalan kepada murid guru perlu memberi sedikit masa supaya pelajar dapat berfikir dan mencari jawapan. Guru juga boleh memberi klu pelajar boleh merujuk buku teks. Pelajar juga boleh berbincang dengan rakan sebelah untuk mencari jawapan yang sesuai mengikut soalan yang diajukan oleh guru. Langkah yang ketiga guru perlu memilih pelajar untuk mendapatkan jawapan. Guru boleh bertanya kepada murid siapakah yang mahu menjawab soalan saya? guru perlu memilih pelajar yang mengangkat tangan terlebih dahulu sebagai perhargaan kepada usaha mereka yang berusaha mencari jawapan. Adalah lebih baik sekiranya guru dapat menyebut nama pelajar agar pelajar tidak bersaing atau berebut untuk menjawab. Situasi ini dapat mengelakkan kelas menjadi bising. Namum begitu, guru juga perlu menanyakan soalan kepada murid yang tidak mengangkat tangan atau tidak memberikan apa-apa respon agar kelas menjadi aktif. Bagi pelajar yang tidak tahu akan jawapan yang diajukan guru perlu membimbing mereka berusaha mencari jawapan dengan memberikan tahu jawapan terdapat di mana seperti contoh jawapan terletak di perenggan ke tiga.sekiranya pelajar tersebut masih gagal menemukan jawapan guru boleh memberikan panduan dengan lebih khusus seperti jawapan terdapat di perenggan ke tiga baris ke empat. Langkah ke empat guru mestilah mengambil kira semua jawapan yang diberikan oleh setiap pelajar, sama ada betul ataupun sebaliknya. Kepada pelajar yang dapat menjawab dengan

betul penghargaan perlulah diberikan agar menaikkan semangat kepada pelajar tersebut serta member motivasi dan galakan kepada pelajar yang lain untuk cuba menjawab dengan betul.kepada pelajar yang dapat menjawab dengan guru boleh memberikan respon degan segera seperti kamu boleh duduk. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul pula guru tidak boleh terus member respon dengan menjawab salah, sebaliknya guru boleh mengakatan kurang tepat atau kurang sesuai. Guru perlu membimbing pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul. Meminta jawapan dari murid lain juga boleh digunakan. Ataupun meminta pelajar tersebut memanggil kawan yang dapat menolongnya. Memberikan respon kepada jawapan pelajar dengan perkataan salah akan mematikan mood mereka atau membuatkan mereka berasa malu dengan rakan sekelas. Langkah yang ke lima atau yang terakhir ialah guru member penekanan atau membuat ringkasan yang tepat atau boleh diterima. Daripada keseluruhan jawapan pelajar yang diperolehi guru boleh mengaitkan dengan aktiviti pengajaran pada langkah yang seterusnya. Kesimpulannya teknik soal jawab yang baik merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Nabi Muhammad S.A.W juga kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran Beliau. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pendengnar dan mengajak mereka agar memberikan respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan

2.

Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a. Kenal pasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktviti tersebut di atas. [6 markah]

Kaedah inkuiri induktif terbimbing di dalam kelas dapat mengasilkan hasil pembelajaran yang lebih berkesan dan mendalam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara hasil pembelajaran yang mungkin tercapai dengan berkesan adalah hasil pembelajaran yang diperlukan dibawah mata pelajaran Sains Tahun 3, iaitu murid dapat menyatakan faktor kecerahan mentol di dalam litar . Murid juga boleh membina litar lengkap berdasarkan arahan guru. Guru juga bertindak sebagai fasi yang mencetuskan persoalan untuk meransang murid membuat penerokaan. Melalui teknik ini, murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang optimum.

b. Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda berpendapat hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya melalui kaedah ini? [6 markah]

Menggunakan kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan kaedah yang memerlukan murid meneroka sesuatu tajuk dengan lebih mendalam untuk meningkatkan kefahaman dengan dibimbing oleh guru. Hasil pembelajaran ini boleh dicapai dengan jayanya sekiranya murid melakukan pemerhatian terhadap eksperimen yang dilakukan sendiri, iaitu dapat mengumpul data dan maklumat tentang faktor kecerahan mentol, menganalisis serta membuat kesimpulan tentang faktor kecerahan mentol. Sewaktu proses inkuiri ini berlaku, guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid dalam semua proses penerokaan.

c. Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula idea) mengikut model pengajaran 4-fasa dengan memberikan contoh-contoh spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih kurang 30 minit. [28 markah]

Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar sains perlu ditinggalkan manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama pendidikan sains ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata.Dalam Pendidikan Sains, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahirankemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Pengalaman sedia ada murid di gunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru.

Bagi fasa ke dua iaitu menstruktur semula idea guru perlu menyoal murid untuk membina idea mereka serta kefahaman baru seperti contoh guru menunjukkan sebuah litar lengkap yang mempunyai tahap kecerahan mentol yang malap. Guru akan bersoal jawab dengan murid Bagaimanakah cara menjadikan mentol ini lebih cerah? Murid akan berfikir dan memberikan respon terhadap soalan guru sekali gus menjana hipotesis iaitu semakin banyak bateri semakin cerah nyalaan mentol atau semakin banyak mentol semakin malap kecerahan mentol.(5 minit) Kemudian guru akan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid supaya agar lebih bertepatan dengan idea dan kefahaman yang hendak dibina. Seterusnya guru meminta murid melakukan eksperimen untuk menyelesaikan miskonsepsi murid. Guru membahagikan murid kepada beberpa kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat tiga jenis litar. Litar A menggunakan satu mentol dan satu bateri. Litar B menggunakan satu mentol dan dua bateri. Manakala litar C dua mentol dan 2 bateri. Murid akan membuat membanding beza tahapa kecerahan antara ketigatiga jenis mentol dalam setiap litar. Selepas melakukan eksperimen murid akan tahu terdapat dua faktor kecerahan mentol, iaitu bergantung kepada bilangan mentol dan bateri. ( 15 minit )

Murid akan mentafsir dan mencatat maklumat dari keseluruhan eksperimen ke dalam jadual yang terdapat dalam buku aktiviti.( 10 minit )
d. Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif terbimbing? [4 markah]

Seperti yang diketahui, pendekatan inkuiri induktif terbimbing, adalah pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru dan pemilikan langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri olah pelajar.Antara ciri utama yang mengaplikasikan pendekatan inkuiri induktif terbimbing didalam aktiviti yang dijanakan adalah apabila murid membuat sendiri penyiasatan dan pemerhatian tentang faktor kecerahan mentol. Sewaktu proses ini murid meneroka sendiri kefahaman tentang tajuk melalui penyisatan dan pemerhatian yang telah mereka lakukan. Proses ini jika dilakukan dengan bimbingan yang betul oleh guru tentunya meninggalkan kesan dan minat dalam diri murid seterusnya hasil pembelajaran yang tercapai bertahan lama.

e. Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah. [8 markah]

SOALAN TAMAT

Berikut merupakan panduan menjawab supaya tidak tersasar jauh daripada kehendak soalan: 1. Rujuk kepada markah yang diberi. Setiap isi yang tepat akan diberi 2 markah. Maka jikalau soalan itu diperuntukkan 20 markah, jawapan anda perlu ada sekurang-kurangnya 10 isi yang tepat untuk mendapat markah maksimum itu. 2. Apabila soalan meminta contoh spesifik, anda perlu memberi contoh spesifik bukan hanya mencedok isi daripada modul. Pastikan contoh tadi dikaitkan dengan kehendak soalan. Misalnya bagi soalan pertama, contoh perlu dikaitkan dengan bagaimana contoh tersebut "merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran" 3. Soalan 2a, 2b, 2c, dan 2d semuanya berkait. Pastikan apabila menjawab soalan 2a, maklumat dalam pangkal soalan itu diambilkira. Dengan lain perkataan, apabila menjana hasil pembelajaran perlu dikaitkan dengan apa yang diberi dalam pangkal soalan iaitu hasil pembelajaran perlu merujuk kepada hasil pembelajaran yang sesuai dicapai melalui kaedah inkuiri induktif terbimbing bagi menyiasat perkaitan antara pembolehubah. 4. Soalan 2e merujuk kepada aktiviti inkuiri induktif terbimbing bagi mencapai hasil pembelajaran yang tidak melibatkan perkaitan antara pembolehubah. Selamat menjawab. Semoga berjaya.

Anda mungkin juga menyukai