Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PAMERAN FOTOGRAFI “KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR”


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK

TARIKH
17 MAC 2021 (RABU)

TEMPAT
FACEBOOK PAGE & GOOGLE MEET

ANJURAN
PISMP AMBILAN JUN 2017 UNIT S KURSUS FOTOGRAFI (FTGK3013)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK
1.0 PENDAHULUAN
Fotografi merupakan satu bentuk seni yang dapat meluahkan perasaan melalui
aktiviti gambar. Hasil yang diambil dengan menggunakan kamera dapat menyuarakan
pelbagai mesej di samping menunjukkan personaliti seseorang jurufoto. Sekeping
gambar cantik yang dapat mewakili seribu patah kata pasti dapat menyentuh hati orang.
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2017 Unit S yang mengambil kursus elektif terbuka
Fotografi (FTGK3013) telah membuat sebuah perancangan khas untuk memberi dan
meningkatkan kemahiran asas dalam bidang fotografi. Hal ini disebabkan bidang fotografi
memerlukan tahap kemahiran yang pelbagai dan memerlukan perkongsian antara satu
sama lain. Oleh itu, didapati pameran fotografi yang ingin dijalankan dapat membantu
memupuk minat dan bakat sedia ada siswa-siswi pendidik.
Namun demikian, dalam usaha menangani pandemik Covid-19 ini, maka pameran
fotografi tidak dapat dilaksanakan secara fizikal. Oleh hal yang demikian, pameran
fotografi akan dilaksanakan secara atas talian.

2.0 RASIONAL
Pameran yang bertemakan Fotografi Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar
membolehkan para siswa pendidik mengaplikasikan konsep, teknik dan komposisi
fotografi yang dipelajari dalam kelas. Malahan, pameran tersebut dapat memupuk ciri-ciri
kreatif, inovatif serta kerjasama dalam kalangan siswa-siswi pendidik bagi mendorong
bakal-bakal guru ke arah kecemerlangan dalam bidang profesional guru. Untuk
mempamerkan gambar yang sesuai dengan tema tersebut, para siswa-siswi pendidik
akan lebih memberi perhatian terhadap alam sekitar dan berpeluang untuk meneroka
keindahan alam sekeliling. Hal ini tentu dapat meningkatkan kesedaran penjagaan alam
sekitar dalam kalangan para siswa-siswi secara tidak langsung.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif bagi pameran fotografi ialah:
3.1 Memberi pendedahan tentang asas-asas dalam bidang fotografi seperti teknik
fotografi dan komposisi fotografi.
3.2 Mendedahkan siswa-siswi tentang kepentingan penguasaan pelbagai kemahiran
dan teknik dalam bidang fotografi.
3.3 Memupuk minat yang mendalam dalam diri siswa-siswi dalam bidang fotografi.
3.4 Mengasah bakat sedia ada siswa-siswi dalam bidang fotografi untuk kegunaan pada
masa depan.
3.5 Menerapkan nilai murni dan nilai estetika tentang kesedaran penjagaan alam sekitar
dalam diri siswa-siswi.
3.6 Menimbulkan dan meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan
orang ramai tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.

4.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pensyarah Penasihat
Mohd Zaki bin Jamaluddin

Pengerusi
Tan Yi Ying (S8)

Naib Pengerusi
Ivy Ling Yien Chin (S9)

Setiausaha
Stella Eng Shu May (S3)

Naib Setiausaha
Wong Ying Khing (S9)

Bendahari
Tan Zi Ying (S4)

AJK Keusahawanan AJK Dokumentasi


Lai Lee Min (S3) Goh Bee Leng (S3)
Chin Si Wei (S3) Tay Wan Yee (S8)

AJK Publisiti AJK Buku Katalog


Narveena a/p Vadivalu (S7) Ganthimathi a/p Selvaraj (S5)
Diviyah a/p C. Muthusamy (S5) Sharon Kuok Yen Yinn (S9)
AJK Poster AJK Juruacara
Leong Yong Qi (S4) Ong Wei San (S3)
Winnie Wong Mei Yii (S1)

AJK Juruteknik
Chang Jia Qing (S9)
Tan Sin Jie (S9)

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh yang berminat dalam bidang fotografi.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 17 Mac 2021
Masa : 8:30am - 10:30am
Tempat : Facebook Page & Google Meet

7.0 TENTATIF PROGRAM


17 Mac 2021 (Rabu)
Masa Perkara Tempat
8:15 AM - 8:30 AM Pendaftaran siswa-siswi
8:30 AM - 8:35 AM Ucapan Alu-aluan Pengerusi Tan Yi Ying
8:35 AM - 8:40 AM Ucapan Perasmian Pengarah / Timbalan
Pengarah IPG Kampus Ipoh
8:40 AM - 8:45 AM Tayangan Montaj
8:45 AM - 9:30 AM Sesi 1 (9 orang) Google Meet
Pameran dan Apresiasi Fotografi
9:30 AM - 9:35 AM Rehat
9:35 AM -10:20 AM Sesi 2 (9 orang)
Pameran dan Apresiasi Fotografi
10:20 AM - 10:30 AM Majlis Penutupan
8.0 PRODUK JUALAN
Bil. Perkara Harga
1. e-Kalendar RM3
2. e-Pos Kad RM1
3. e-Kalendar + e-Pos Kad RM3

Jualan produk tersebut akan dipromosikan dalam Facebook Page dan Google Meet
(QR Code) serta akan dijalankan secara atas talian dari 10 Mac 2021 (Rabu) sehingga 16
Mac 2021 (Selasa).

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan pameran ini dapat memberikan banyak manfaat kepada siswa-
siswi dalam meningkatkan tahap kemahiran dan penguasaan mereka dalam bidang fotografi
seterusnya mampu diaplikasikan pada masa depan dalam pelbagai aspek. Semoga segala
aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ ___________________________
(STELLA ENG SHU MAY) (TAN YI YING)
Setiausaha Pengerusi
Pameran Fotografi Pameran Fotografi
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disahkan oleh:

___________________________
(MOHD ZAKI BIN JAMALUDDIN)
Pensyarah Kursus FTGK3013
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai