Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan

Permainan sudoku ini boleh diakatakan sebagai permainan yang boleh memberi manfaat untuk murid-
murid sekolah. Permainan sudoku dapat meningkatkan daya keingatan murid-murid kerana murid
menggunakan ingatan dan logik semasa permainan sudoku. Murid dapat menggunaka daya keingatan
untuk menghafal nombor-nombor dan juga logik untuk mencari jawapan untuk kotak yang
kosong.Permainan ini juga membantu murid untuk merangsang minda. Murid-murid dapat
mengamalkan pemikiran logik untuk menyelesaikan teka-teki dan akhirnya meningkatkan kemahiran
pengiraan. Permainan ini juga menngelakkan pelajar mendapat penyakit Alzheimar kerana permainan
menjadikan otak mereka aktif. Permainan sudoku juga meningkatkan daya tumpuan murid-murid.
Sudoku memerlukan pemain untuk berfikir secara strategik untuk menyelesaikan masalah secara
kreatif. Sebaik sahaja seorang berhenti di tengap permainan, mereka perlu memulakan keseluruhan
proses pemikiran. Oleh sebab itu permainan ini dapat menngembangkan daya tumpuan dan
kemahiran berfokus semula. Selain daripada hobi lain,sudoku menjadi seorang pelajar menghilangkan
tekanan dan juga sebagai hiburan yang baik boleh dimainkan pada waktu senggang. Saya juga
mendapat peluang dan juga pengalaman untuk mengendalikan suatu pertandingan secara peringkat
sekolah. Saya juga dapat mengetahui pengetahuan am seperti cara menyelesaikan sudoku.
Pertandingan ini juga meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan warga sekolah. Pengendalian
pertandingan ini juga meningkatkan kerjasama antara saya dengan peringkat sekolah. Saya juga diberi
peluang untuk menjadi pengacara majilis. Peluang ini menyebabkan bakat saya dan menjadi peluang
untuk mencungkil bakat saya.

Keburukan

Masa pertandingan sudoku diadakan itu tidak sesuai dan juga sebagai gangguan kepada proses
pembelajaran dan pengajaran. Terdapat murid yang tidak boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan sudoku kerana telah melibatkan diri dalam aktiviti lain. Saya juga menghadapi
kesukaran untuk mengendalikan pertandingan ini kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman.
Saya juga merupakan seorang pelatih guru yang melaksanakanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah
tersebut oleh sebab itu saya tidak ada rakan lain untuk membantu saya semasa pengendalian
pertandingan tersebut. Saya terlalu bergantung kepada pertolongan daripada pihak sekolah. Saya juga
menghadapi pelbagai cabaran seperti bertungkus lumus untuk menyediakan kertas kerja
pertandingan sudoku dan juga soalan untuk pertandingan tersebut. Saya telah menghadapi kesukaran
dalam mengawal disiplin pelajar kerana bilangan murid telalu ramai.
Penambahbaikan

Pertandingan sudoku ini memerlukan komitmen daripada guru lain kerana sebagai seorang guru
pelatih PBS saya perlukan tenaga manusia untuk mengendalikan pertandingan ini.Saya juga
memerlukan bantuan guru lain untuk mengendalikan pertandingan ini dengan secara teratur
.Terdapat juga pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang peraturan dan cara
membuat penyelesaian sudoku. Oleh sebab itu guru perlu memberi pendedahan tentang peraturan
dan cara membuat sudoku tersebut.

Anda mungkin juga menyukai