Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3: LAPORAN KERJA KURSUS

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T di mana saya dan sembilan rakan
yang lain iaitu guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016
daripada kumpulan Elektif Terbuka Fotografi (FTGK3013) telah berjaya melaksanakan kerja
kursus ini dengan sebaik mungkin. Kami telah melaksanakan kesemua tugasan yang diberi dan
menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan.

Sebagaimana yang diketahui, bermula dari tarikh 10 September 2019, pensyarah kami
iaitu, En. Abdullah bin Ismail telah menyerahkan kerja kursus kepada kami. Dalam hal ini, kerja
kursus tersebut merangkumi empat tugasan. Pertama sekali, kami dikehendaki menghasilkan
satu karya iaitu buku foto (photobook) berdasarkan satu tema yang dipilih. Tugasan yang kedua
pula ialah kami dikehendaki menghasilkan portfolio yang berfokus kepada teknik-teknik fotografi
yang digunakan dalam menghasilkan foto. Manakala, tugasan yang ketiga adalah menyediakan
laporan kerja kursus di mana perlu mendokumentasikan proses pelaksanaan keseluruhan kerja
kursus yang mencakupi pengetahuan dan kemahiran praktikal yang telah dipelajari sepanjang.
Akhir sekali, tugasan yang keempat ialah kami perlulah membuat penulisan apresiasi terhadap
karya pada tugasan satu. Apresiasi ini hendaklah dibuat sebanyak 700 patah perkataan serta
perlu menceritakan asas seni reka dan serba sedikit mesej yang terdapat dalam karya tersebut.

Justeru itu, inisiatif yang pertama saya lakukan apabila mendapat tugasan kerja kursus
ini ialah saya membuat perancangan terlebih dahulu. Dalam hal ini, pemilihan tema merupakan
perkara utama yang perlu difikirkan. Seperti yang kita ketahui, berbagai-bagai tema yang ada
dalam bidang fotografi ini. Namun begitu, tugasan yang diberi adalah perlu membuat hasil karya
berdasarkan satu tema sahaja. Jadi, tidak hairanlah saya menghadapi masalah dalam memilih
tema yang akan digunakan dalam fotografi saya. Hal ini kerana saya keliru dalam memilih tema
sama ada tema nature ataupun street photography di mana saya amat berminat tentang kedua-
dua tema tersebut. Dengan itu, atas beberapa faktor yang telah saya pertimbangkan, saya telah
memilih street photography sebagai tema fotografi saya kerana tema ini membolehkan dan juga
memudahkan saya untuk mengambil gambar di mana-mana sahaja.
Bagi aspek pelaksanaan pula, saya telah mengambil gambar di sekitar Bandar Melaka
khususnya di Jonker Walk yang sememangnya merupakan sebuah tempat yang popular serta
tidak asing lagi dalam kalangan pelancong. Justeru itu, kebanyakan teknik fotografi yang saya
lakukan ialah teknik zooming dan bokeh. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa teknik zooming ini
mempunyai peranan dalam menghasilkan foto yang sentiasa diinginkan sama ada menjadikan
seseorang atau sesuatu objek itu berada pada jarak dekat mahupun jauh daripada kamera. Di
samping itu, bagi teknik bokeh, ia secara tidak langsung boleh digunakan dalam menghasilkan
foto yang bertemakan street photography. Saya menggunakan teknik bokeh ini agar objek yang
ingin saya fokuskan lebih berfokus dan menonjol dengan cara mengaburkan latar tertentu.

Seterusnya, setelah selesai mengambil beberapa foto, saya telah menjalankan proses
penyuntingan gambar. Dalam hal ini, penyuntingan gambar adalah bertujuan mencantikkan lagi
foto yang telah diambil di samping menjadikannya satu hasil karya yang kreatif serta menarik.
Bagi proses penyuntingan ini, ia dilakukan dengan menggunakan perisian manipulasi gambar.
Saya telah menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menyunting foto-foto tersebut. Akan
tetapi, proses penyuntingan ini sebenarnya memakan masa yang lama kerana banyak perkara
yang perlu dilakukan seperti colour correction, retouching, tonal correction dan lain-lain lagi.
Jadi, setelah berpuas hati dengan kesemua foto yang telah disunting itu, saya telah menghantar
foto-foto itu untuk dibuat sebuah buku foto (photobook). Hal ini boleh dikatakan bahawa proses
pelaksanaan penyuntingan ini merupakan proses yang paling lama untuk disiapkan.

Jika ditinjau sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah
yang telah saya hadapi. Antara masalah yang paling utama ialah saya sendiri tidak mempunyai
kamera DSLR. Bukan itu sahaja, kamera yang ditawarkan oleh pihak jabatan untuk kegunaan
pelajar juga adalah amat terhad. Selain itu, saya juga menghadapi masalah apabila setiap kali
menggunakan komputer riba, ia menjadi stuck dengan tiba-tiba. Oleh itu, kesemua masalah ini
mengakibatkan tugasan-tugasan yang ingin dilakukan terganggu dan seterusnya membuatkan
saya mengambil masa yang terlalu lama dalam menyiapkan kerja kursus ini. Namun begitu,
saya sedar bahawa saya perlu mengambilnya sebagai satu pengajaran dan juga menganggap
ia sebagai satu perkara yang positif. Dengan itu, saya perlulah melakukan penambahbaikan di
mana merancang masa dengan sebaik-baiknya agar tugasan yang diberikan selepas ini dapat
disiapkan dalam tempoh lebih awal dan sistematik.
Secara konklusinya, kesemua tugasan ini banyak membantu saya dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan saya dalam bidang fotografi. Bukan itu sahaja, banyak juga yang telah saya
pelajari dalam menghasilkan suatu gambar yang berkualiti dan juga menarik. Seterusnya, bagi
aspek keseluruhan kelas pula, kami telah banyak mempelajari perkara baru seperti aperture,
ISO, komposisi, shutter speed dan sebagainya. Dalam hal ini, kesemua pengetahuan itu secara
tidak langsung membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Justeru itu, saya berharap
saya dapat meningkatkan lagi minat saya dalam menceburi dan meneruskan bidang fotografi ini
sebagai satu hobi dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai