Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN

MIZAN,
KOTA PUTRA, JALAN BUKIT KELUANG
22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

NAMA : NABILA HANNA BINTI HAMZAH


NO.KP : 970220-06-5226
NO. ANGKA GILIRAN : 201612340082

FTGK3013: FOTOGRAFI

NAMA PENSYARAH : Ts. Abd Hakim bin Abdul Majid


JABATAN : Ilmu Pendidikan
TARIKH HANTAR : 2 Februari 2020

Bil Perkara Penanda 1 Penanda 2

1 Tugasan 1: Penghasilan karya - 60%

2 Tugasan 2: Portfolio (teknik Fotografi) -20%

3 Tugasan 3: Laporan Kerja Kursus – 10%

4 Tugasan 4: Penulisan Apresiasi – 10%

JUMLAH
BIODATA

NAMA : NABILA HANNA BINTI HAMZAH

NO KAD PENGENALAN : 970220-06-5226

UNIT : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2

ALAMAT : LOT 1995 , LORONG SUNGAI JAN 5/3 , SUNGAI JAN 27000 , JERANTUT
PAHANG

EMAIL : hannahamzah.hh@gmail.com

NO TELEFON : 011-25541053
PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali saya, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat
saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Iaitu kerja kursus bagi subjek FTGK3013:
Fotografi dimana saya dan rakan sekelas yang lain diberikan tugasan untuk menyiapkan
tugasan kerja kursus iaitu berkaitan dengan penghasilan karya serta teknik-teknik fotografi.

Selain itu, saya ingin mengarangkan sekalung penghargaan kepada pensyarah-


pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan kerana sentiasa membantu saya dalam sepanjang
saya mahupun rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini.
Mereka sentiasa bersama sama dalam membantu dalam saya bertungkus-lumus untuk
menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan beribu terima kasih kepada ibu bapa saya. Hal
ini demikian kerana mereka banyak memberikan dorongan nasihat sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana banyak memberikan
bantuan kepada saya dari segi kewangan sepanjang saya melengkapkan tugasan ini selain
banyak memberikan idea-idea dalam untuk saya mengarang dan menyiapkan penulisan
ilmiah ini.

Disamping itu ingin saya dedikasikan penghargaan ini kepada teman teman, rakan
seperjuangan yang bersama sama berhempas pulas dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Budi kalian yang sanggup memberikan tunjuk ajar dan juga idea dalam
menyiapkan tugasan. Ketahuilah kalian bahawa segala bantuan kalian amatlah saya hargai.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang secara tidak langsung terlibat
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini .

Sekian terima kasih.


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawasanya segala hasil dan karya kerja kursus saya ini adalah benar daripada
hasil saya sendiri dan segala setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .”

TANDATANGAN : .................................................................................

NAMA PENULIS : Nabila Hanna Binti Hamzah

TARIKH : ..............................................
TUGASAN 1
TUGASAN 1: PENGHASILAN KARYA

Gambar 1: The Boba Fever (Depth of Field)

Komposisi depth of field atau dikenali juga sebagai isolasi objek dengan membuat
bahagian belakang sebuah objek itu menjadi kabur. Komposisi ini biasanya digunakan untuk
mengambil gambar seseorang atau benda apapun yang bertujuan agar sebuah gambar itu
hanya fokus pada objek yang ditonjolkan. Komposisi ini dihasilkan dengan menggunakan
aperture yang rendah. Contoh gambar diatas menunjukkan air minuman yang difokuskan
pada tengah-tengah gambar tersebut. Bagi gambar ini apature yang digunakan adalah f/18.
Gambar 2: Loaf At First Sight (Lighting)

Lighting atau pencahayaan dapat menambah atau memberikan efek dramatik ke


dalam gambar kita hasilkan. Biasanya kita memerlukan sumber cahaya dibelakang kita
ketika mengambil sesebuah gambar. Terdapat tiga macam lighting yang dikenal dalam
dunia fotografi, iaitu: backlighting, sidelighting, dan floor lighting. Bagi gambar yang saya
kemukakan, gambar ini menggunakan lighting jenis backlighting. Backlighting terjadi ketika
sumber cahaya berada di depan lensa dan di belakang subjek hingga menciptakan gambar
silhouette. Sementara itu, sidelighting atau pencahayaan dari sebelah sisi pula sangat efektif
dalam mengkomunikasikan kekuatan emosi. Terakhir, floor lighting adalah sebuah teknik
yang menempatkan sebuah sumber cahaya di depan dan di bawah subjek dan kamera
untuk menciptakan atau menimbulkan kesan misteri.
Gambar 3: You & I, We Are Balance (Simetri)

Didalam komposisi fotografi, Simetri terjadi pada apabila satu sisi gambar
menyeimbangkan atau mencerminkan sisi yang lainnya. Secara umumnya terdapat dua
jenis komposisi simetri iaitu vertical dan horizontal. Simetri Vertikal berlaku apabila garis
terlihat di tengah subjek dari atas ke bawah sehingga menciptakan sisi kiri dan sisi kanan
yang sama besar. Manakala bagi simetri horizontal pula adalah garis yang terlihat di tengah
subjek dari kiri ke kanan menciptakan sisi atas dan sisi bawah yang serupa.Bagi gambar ini,
ia menggunakan komposisi simetri vertikal dimana ia meletakkan objek atau subjek dan
membahagikan ruangan gambar sama rata kiri dan kanan. Simetri menghasilkan komposisi
yang sangat menarik perhatian kerana ia akan menambahkan keseimbangan visual dan
harmoni pada sebuah gambar. Ini juga merupakan salah satu cara yang paling mudah dan
paling menarik untuk menentukan komposisi gambar yang hendak diambil.
Gambar 4: Don’t Leaves (Tekstur dan Pattern)

Secara nalurinya, manusia sangat tertarik dengan pattern atau pola yang harmoni. Inilah
disebabkan mengapa gambar dengan komposisi berpola atau pengulangan boleh menjadi
sebuah karya fotografi yang baik. Sebuah pola (pattern) dan pengulangan (repetition) boleh
didapatkan dengan pemilihan angle foto yang tepat serta pemilihan jarak antara lensa
dengan objek. Gambar yang ditunjukkan adalah dedaun pada sebuah pohon. Daun-daun
yang padat dan sama menyebabkan berlakunya sebuah pola pada gambar tersebut.
Berbagai macam patterns atau pola dapat kita temui dimanapun, baik berupa buatan tangan
manusia mahupun hasil alam semulajadi. Sebuah pola atau pattern dapat secara visual kita
lihat kerana pola atau pattern menyajikan harmoni dan irama tertentu. Sesuatu yang
harmoni dan berirama dapat membuat kita merasakan emosi yang tertentu. Dengan
menyatukan beberapa pola ke dalam foto, kita dapat menciptakan suatu komposisi yang
baik.
Gambar 5: Under The Same Sky (Golden of Ratio)

Teknik komposisi The Golden Ratio adalah teknik komposisi yang membahagi layar
kita ke dalam beberapa bahagian dengan perbandingan 1:1.618. Dibandingkan dengan
Rule of Thirds, garis-garis dalam The Golden Ratio berbeza di tengah frame dengan ukuran
3/8 frame di bahagian atas, 2/8 frame di tengah, dan 3/8 frame di bawah. Dalam gambar
yang ditunjukkan komposisi ini terjadi apabila terdapat astaka dibawahyang mempunyai ratio
paling tinggi dan jet yang lalu di atas menyeimbangi keseluruhan gambar membentuk
komposisi the golden ratio.
TUGASAN 2
TUGASAN 2: TEKNIK FOTOGRAFI

Gambar 1

Nama Imej Katak Lembu Segar


Komposisi Lighting
Lokasi Balai Seni Negara, Kuala Lumpur
Jenis Kamera Apple iPhone 7 back camera
ISO 25
Kelajuan Shutter 1/50sec
Aperture f/1.8
Jarak Fokus 3.99mm
Jenis Lensa Lensa biasa
Flash Tiada Flash
Gambar 2

Nama Imej No Name


Komposisi Lighting dan Potret
Lokasi Makmal Ikan, IPG Kampus Sultan Mizan
Jenis Kamera Google Pixel 2
ISO 50
Kelajuan Shutter 1/400sec
Aperture f/1.8
Jarak Fokus 4.44mm
Jenis Lensa Lensa biasa
Flash Tiada Flash
Gambar 3

Nama Imej Sea Shell By The Seashore


Komposisi Pattern and Teksture
Lokasi Pantai Bukit Kluang, Terengganu
Jenis Kamera Apple iPhone 7 back camera
ISO 20
Kelajuan Shutter 1/3800sec
Aperture f/1.8
Jarak Fokus 3.99mm
Jenis Lensa Lensa biasa
Flash Tiada Flash
1. ISO

ISO merupakan salah satu teknik yang terdapat dalam penghasilan karya fotografi. ISO
adalah kemampuan atau tahap sensitiviti sensor pada kamera terhadap cahaya. Sebagai
asas fungsi ISO pada fotografi, semakin besar nilai pada setting ISO kamera, maka semakin
sensitif dan besar cahaya yang didapatkan. Ciri-ciri ISO pada kamera akan menjadi
sebahagian daripada segitiga exposure selain daripada shutter speed dan aperture. ISO
dan apature perlu disesuaikan antara satu sama lain. Semakin tinggi ISO, semakin sedikit
cahaya yang diperlukan untuk mencapai exposure yang tepat. Selain menetapkan kamera
pada AUTO, kita boleh menetapkannya sendiri dengan menggunakan ISO yang berbeza
sesuai dengan keadaan. Nilai ISO bermula dari angka 62, 100, 200, 400, 800, 1600 dan
seterusnya mengikut spesifikasi kamera. Pada kamera DSLR profesional, ISO Nikon D600
mampu mencapai ISO sehingga nilai 25000. ISO 100 merupakan ISO standard. Sebagai
contohnya, ISO 6400 digunakan pada kamera CCTV atau AES yang dipasang pada jalan
raya bagi merakam kelajuan pengangkutan awam yang melebihi had laju jalan raya yang
telah ditetapkan. ISO dipilih mengikut keadaan, jika keadaan gelap dan tiada flash
digunakan, ISO melebihi ISO 400 boleh digunakan. Kebanyakkan untuk mengambil gambar
potret, ISO yang sesuai digunakan adalah ISO 62.

2. Kelajuan Shutter

Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter. Berfungsi
mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa tertentu. Kelajuan shutter
bermakna berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakam
sesuatu imej. Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang
bergerak Manakala kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek
dengan samar (blur).

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan lensa kepada filem. Biasanya dikenali
sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini dikira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama
akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Shutter Speed laju 1/1 bermakna bukaan
selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan
shutter speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan shutter speed paling laju. Shutter
yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan
yang bergoyang. Untuk mengambil gambar statik menggunakan tangan , kebiasaannya dan
minimumnya bacaan shutter speed 1/50 -1/100 diperlukan . Bagaimanapun ini tertakluk
kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Oleh kerana kita tidak menggunakan flash,
shutter speed akan ditetapkan pada kelajuan yang panjang ini untuk membolehkan lebih
cahaya masuk. Jika cahaya kurang, maka kelajuan shutter perlu lebih perlahan untuk
mengumpul cahaya. kelajuan shutter mempengaruhi gambar yang diambil dari segi
dedahan cahaya dan juga masalah kesamaran (blurry). Kelajuan shutter juga bergantung
kepada pergerakan subjek. Shutter yang laju seperti 1/1000 akan menghentikan subjek
yang bergerak sebagai contoh gambar sukan yang menggukan banyak gerakan. Kelajuan
shutter yang rendah pula merakam pergerakan subjek dengan samar. Ketika menggunakan
kelajuan shutter yang perlahan, seperti 1/5, tripod di perlukan bg mengurangkan kesan
samar (blur). Jika tidak menggunakan tripod, minimum bg kelajuan shutter biasanya adalah
dari 1/50 hingga 1/100. namun ia juga bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan.

3. Aperture

Aperture atau diafragma merupakan istilah untuk bukaan lensa. Apabila diibaratkan sebagai
jendela, maka diafragma adalah kiray / gordyn yang dapat dibuka atau ditutup untuk
menyesuaikan banyaknya cahaya yang masuk. Pada kamera aperture dilambangkan
dengan huruf F dan dengan satuan sebagai berikut, f/1.2, f/1.4, f/1.8, f/2.0, f/2.8, f/3.5, f/4.0,
dan lain-lain. Aperture mempunyai kesan yang besar ke atas kedalaman lapangan (depth of
field). Aperture besar (ingat nombor yang lebih kecil) akan mengurangkan kedalaman
lapangan manakala aperture kecil (nombor yang lebih besar) akan memberi anda bidang
kedalaman yang lebih besar. Ia boleh sedikit mengelirukan pada mulanya tetapi untuk
mudah ingat bahawa nombor kecil bermakna DOF kecil dan nombor besar bermakna DOF
yang besar.
TUGASAN 3
TUGASAN 3: LAPORAN KERJA KURSUS

Bahan-bahan pembelajaran

Dilampirkan kemudian.

Amali yang dilaksanakan


5 keping foto yang tercetak
Aplikasi yang digunakan

Dalam mempelajari fotografi ini banyak apllikasi yang saya jumpa dan banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah, Lightroom, Photoshop,
Afterlight, Snapseed dan pelbagai lagi.
TUGASAN 4: PENULISAN APRESIASI

Fotografi adalah seni atau suatu process


penghasilan gambar dan cahaya yang dipantulkan
oleh objek masuk ke lens kemudian diteruskan ke
bidang filem sehingga menghasilkan gambar
(Senin, 2014). Apresiasi pula adalah penghargaan
atau penilaian yang positif terhadap suatu
karya tertentu. Sedangkan seni
merupakan sesuatu yang dicipta manusia yang
mempunyai nilai keindahan atau estetika.
Oleh itu, apresiasi seni merupakan suatu
penilaian terhadap suatu karya seni, baik
mengenali, menilai dan menghargai nilai-nilai seni
yang terkandung dalam karya seni tersebut.
Menurut Albert R. Candler pengertian apresiasi adalah proses memahami serta menyedari
sepenuhnya selok-belok karya seni serta menjadi sensitif mengenai gejala estetik dan
artistik sehingga dapat menikmati dan menilai karya tersebut secara professional. Antara
jenis apresiasi ialah empati, estetik dan ktitik. Tujuannya ialah untuk mengevalusi dan
mengembangkan nilai estetika karya seni dan kemampuan kreatif (Lester, P. M, 2006).

Gambar ini merupakan gambar landskap yang diambil daripada tingkat 42


Expressionz Suite, Kuala Lumpur. Gambar ini dipilih kerana ia dapat menyampaikan
keindahan landskap kota raya. Kepadatan bangunan memberikan gambaran kemajuan kota
raya Kuala Lumpur. Landskap ini digahkan lagi dengan kebanggaan rakyat Malaysia iaitu
Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah didalam pemandangan landskap yang cantik
ini.

Gambar ini di ambil dengan menggunakan beberapa teknik yang menjadikan gambar
ini satu gambar yang menarik. Teknik yang pertama adalah left to right rule. Ada sebuah
teori yang berpendapat bahwa kita membaca sebuah gambar dari kiri ke kanan sama
seperti cara kita membaca sebuah teks. Untuk alasan inilah disarankan bagi beberapa
gerakan yang dipotret dalam sebuah foto hendaknya mengalir dari kiri ke kanan. Dalam
gambar ini kita dapat lihat seolah-olah ia bercerita kepada kita tentang kesibukan hidup
dikota dan masyarakatnya yang pelbagai. Teknik yang seterusnya yang digunakan adalah
landskap dimana Kuala Lumpur merupakan ibu negera Malaysia, keindahan dan
kemakmuran dapat dilihat melalui landskap ini. Melalui gambar ini banyak murni yang boleh
kita jadikan contoh. Antaranya adalah

Sentiasa menepati waktu

Kesibukkan hidup dikota memerlukan kita untuk sentiasa pantas dengan peredaran semasa
agar kita tidak ketinggalan. Menepati masa bukanlah suatu yang mudah untuk dijadikan
sebagai amalan, namun kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang
menepati masa.

Sentiasa berusaha

Melihatkan kepadatan kehidupan dikota menunjukkan sikap rajin berusaha. Seseorang yang
selalu berusaha akan sentiasa berjaya dan maju. Bak kata pepatah, berusaha tangga
kejayan. Demi mencapai kejayaan kita tidak boleh berputus asa. Kepadatan ibu kata
sebagai lambing kekangan pada diri seseorang namun dalam diselubungi kekangan itu,
manusia masih berusaha untuk memperbaiki diri dan memajukan dirinya.

Patriotik

Mercu tanda Kuala Lumpur mempamerkan semangat patriotik dalam jiwa mereka yang
melihat gambar ini. Rasa sayang akan tanah air menyelubungi diri membawa rasa untuk
sentiasa berusaha demi Negara dan bangsa. Menara Kuala Lumpur sebagai simbolik
kemajuan rakyat Malaysia yang sentiasa taat dan setia kepada tanah tumpah darahnya.

Kerjasama

Salah satu nilai nilai luhur yang masih terpelihara di kota raya tersebut adalah mengenai
semangat kerjasama yang masih dapat dirasakan ketika ada pekerjaan dalam membangun
sarana umum dan membangun rumah tinggal utk masyarakat. Masyarakat bersama-sama
melaksanakan tugasan mereka dalam membangunkan masyarakat.

RUJUKAN

Fairuz El Said. (2012). Teknik Fotografi: Depth of Field. Dilayari pada 26 Julai 2018 daripada
https://www.google.com/amp/s/fairuzelsaid.wordpress.com/2012/04/22/dof-depth-of-
field/amp/

John Ingledew. (2005). Photography. London: Laurence King Publishing Ltd.

Nenes Annun. (2014). Teknik-teknik Fotografi. Diperolehi daripada


http://www.designes.biz/2014/11/teknik-teknik-fotografi.html
Nenes Annun. (2014). Belajar Fotografi Makro. Diperolehi daripada
http://www.designes.biz/2015/01/belajar-fotografi-makro-untuk-pemula.html

Nina Slowinski. (2015). How to Critique A Photo. Diperolehi daripada


https://www.slideshare.net/ninas15/critiquing-photographs

Rumor Camera. (2015). Teknik Fotografi Mengenai DOF. Diperolehi daripada


https://rumorkamera.com/catatan-kami/teknik-fotografi-penjelasan-mengenai-dof
depth-of-field-bagian-2/

Zul. (2014). Teknik Fotografi & Komposisi. Diperolhi daripada


http://zulzzmpt1483.weebly.com/11/post/2014/03/teknik-fotografi-komposisi.html

Anda mungkin juga menyukai