Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN TT-RACE DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA

DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN TAHUN EMPAT

Nabila Hanna binti Hamzah¹, Ts. Abd Hakim bin Abdul Majid²

RBT 2 PISMP Sem.8 Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional IPGKSM, Jabatan Teknologi
Pendidikan

hannahamzah.hh@gmail.com, hakim@ipgmksm.edu.my

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran


mengingat nama dan fungsi alatan jahitan tahun empat melalui
penggunaan ‘TT-Race’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid-
murid cepat hilang fokus dan tidak menunjukkan pengelibatan yang
aktif dalam mempelajari alatan jahitan ini. Oleh itu, penggunaan ‘TT-
Race’ iaitu melibatkan pembelajaran koperatif dan bahan bantu
mengajar digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini
melibatkan sepuluh orang murid tahun empat di Sekolah
Kebangsaan Bukit Kenak, Terengganu. Instrument yang digunakan
ialah analisis dokumen, soal selidik dan pemerhatian. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan kemahiran mengingat murid-murid melalui
analisis dokumen dan soal selidik yang dijalankan dimana pada ujian
dua yang dijalankan tiada seorang murid pun yang berada pada
tahap pencapaian memuaskan dan kebawah dalam ujian tersebut.
Keputusan nilai min ujian dua adalah 18 peratus lebih tinggi daripada
ujian satu yang hanya 62 peratus membuktikan keberkesanan alat
kajian ini. Nilai min pada keseluruhan data soal selidik juga
menunjukkan skor nilai min yang tinggi iaitu antara 3.67-5.00.
Menerusi pemerhatian guru juga, didapati guru semakin baik dalam
mengawal kelas dengan penggunaan ‘TT-Race’. Justeru, data yang
diperoleh membuktikan penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan
kemahiran mengingat alat dan fungsi alatan jahitan tahun empat
serta pengelibatan murid dalam tajuk alatan jahitan.
Kata kunci: mengingat, pengelibatan murid, pengawalan kelas guru,
penggunaan ‘TT-Race’, alatan jahitan
ABSTRACT

This action research was conducted to enhance the remembering


skills of year four pupils on the name and function of sewing kits
through the use of ‘TT-Race’. The initial survey showed that it is
easier to lose focus and active engagement in learning the sewing
kits. Therefore, the use of ‘TT-Race’ which incorporate cooperative
learing together with teaching aids were used to overcome this
problem. Ten pupils form Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak,
Terengganu were choosen in this study. The instruments used are
document analysis, questionnaires and observation. Findings showed
that there are an increasement in the remembering skills of the pupils
about the subject throught the document analysis and questionnaires
made in the second test where there are no weak pupils in the test.
The mean results in the second test was percent higher than the first
test that is only 62 percent shows the effectiveness of ‘TT-Race’. The
overall questionnaires data shows the high mean score as it is
between 3.67-5.00. Through the observations, it shows that the
teacher’s classroom management is also increasing by using ‘TT-
Race’. All in all, the data obtained proof that the use of ‘TT-Race’ can
enhance year four pupils’s remembering skills on the name and
function of sewing kits and it can also increases the pupils’
engagement in learning the topic.
Keywords: remembering skills, pupils’s engagement, teachers’
lassroom management the use of ‘TT-Race’, sewing kits
PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai
dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan
murid. Dengan penekanan kepada proses kognitif dan isi pelajaran dan pengetahuan.
Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari
segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi
pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(PdP) akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal murid.
Pihak KPM telah memperkenalkan program pendidikan keguruan dengan pengkhususan
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). RBT merupakan mata pelajaran yang diajarkan di
peringkat sekolah rendah. Bagi mata pelajaran RBT ini, ianya diajarkan kepada murid-murid
tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

Melalui pemerhatian saya, semasa proses pengajaran dan pembelajaran Reka


Bentuk Dan Teknologi bagi tahun empat, saya dapati ada sesetengah murid yang masih
sukar untuk mengingat alatan-alatan yang ada dalam subtopik pengajaran terutamanya
dalam subtopik Alatan Jahitan. Murid-murid juga kurang melibatkan diri semasa sesi PdPc
berlangsung. Perkara ini sangat membimbangkan saya sebagai seorang guru kerana saya
merasakan kaedah pengajaran sebelum ini kurang berkesan. Jadi, saya harus melakukan
sesuatu bagi mengatasi permasalahan ini. Saya telah membuat keputusan untuk
menjalankan satu kaedah baru, lebih mudah dan menarik untuk membantu murid dalam
pelajaran RBT. Menurut Ab. Halim Tamuri (2010), kemahiran mengajar dalam proses P&P
mempunyai tiga komponen penting iaitu pendekatan, teknik dan kaedah. Oleh itu, saya telah
membuat keputusan untuk menggunakan ‘TT-Race’ dalam pengajaran saya.

Secara amnya ‘TT-Race’ merupakan eksporasi peta titi yang saya singkatkan
namanya menjadi ‘TT-Race’ kerana lebih menarik, mudah disebut dan seronok. Peta titi
adalah salah satu peta daripada lapan peta di dalam peta pemikiran i-Think. Lapan bentuk
peta pemikiran tersebut ialah peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta
dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi telah diperkenalkan oleh Hyerle dan Yeager
(2007). Kajian ini menggunakan peta titi kerana peta titi digunakan untuk mengaitkan
hubungan yang sama iaitu gambar, nama alatan dan fungsi alatan jahitan. Diharapkan,
kajian ini dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengingati murid-
murid dalam subtopik alatan jahitan.
FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu pada satu tajuk iaitu Alatan Menjahit yang ada dibawah topik Ekonomi
Rumah Tangga. Fokusnya adalah untuk menilai sama ada penggunaan ‘TT-Race’ ini dapat
meningkatkan kefahaman murid dalam meingati nama dan fungsi alatan menjahit. Sewaktu
PdPc dahulu semasa menjalani praktikum 1 & 2, saya dapat menganalisis beberapa
kesimpulan yang merangkumi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid:

i. Kesilapan mengenalpasti alatan menjahit serta fungsinya


ii. Kekurangan pengelibatan yang ditunjukkan sepanjang PdPc
iii. Kesalahan yang sama berlaku dalam topik/tajuk yang lain
iv. Murid tidak melibatkan diri secara aktif
Berdasarkan kepada permasalahan ini, saya telah mengambil keputusan untuk
menjadikan tajuk ini sebagai kajian dengan menggunakan ‘TT-Race’ dimana ia melibatkan
pembelajaran koperatif dengan bantuan bahan bantu mengajar. Bagi mengetahui
permasalahan yang sebenar, saya perlu menjalankan beberapa perkara untuk mengetahui
faktor mengapakah murid-murid tidak mengenalpasti alatan jahitan dengan betul dan
melaluinya ianya akan dapat membantu saya untuk melihat sejauh manakah penggunaan
‘TT-Race’ ini dapat meningkatkan kefahaman murid untuk mengenalpasti nama dan fungsi
alatan menjahit selain dapat meningkatkan minat dan tumpuan mereka semasa proses PdP
dijalankan. Ini penting bagi mengalihkan perhatian murid supaya mereka bukan sahaja
menguasai topik dan tajuk ini dengan lebih baik tetapi mereka cuba untuk mewujudkan sifat
kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

a) Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengingati alatan jahitan serta


fungsinya.

Objektif Khusus

a) Penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati


alatan jahitan serta fungsinya.
b) Penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan pengelibatan murid dalam subtopik
alatan jahitan.
c) Penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan kemahiran guru dalam pengawalan
kelas.

Soalan Kajian

a) Adakah penggunaan ‘TT-Race’ mampu meningkatkan kemahiran murid dalam


mengingati alatan jahitan serta fungsinya.
b) Adakah manakah penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan pengelibatan murid
dalam subtopik alatan jahitan.
c) Bagaimanakah penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan kemahiran guru dalam
pengawalan kelas.

PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran yang dipilih adalah terdiri daripada sepuluh orang murid lelaki dan
perempuan dari tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak, Terengganu. Kesemua murid
yang dipilih adalah berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana dan tahap pencapaian
akademik mereka pula ada diantara mereka yang cemerlang, ada yang serdahana dan ada
juga yang lemah. Walaupun murid-murid yang dipilih mempunyai pelbagai tahap pencapaian
akademik mereka, namun saya yakin bahawasanya mereka sangat berpotensi untuk
berjaya. Oleh itu, harapan saya dengan penggunaan ‘TT-Race’ ini akan dapat meningkatkan
kefahaman mereka dalam mengingati alatan jahitan serta fungsinya.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Langkah-langkah/ aktiviti yang dijalankan

Langkah 1
Saya memulakan pengajaran dengan mengajarkan tajuk alatan jahitan, iaitu mengenal dan
mengingati rupa, nama dan fungsi bagi setiap satu alatan yang diajarkan. Ujian satu
digunakan bagi melihat tahap kefahaman murid dalam mengenal dan mengingati alatan dan
fungsi alatan jahitan.

Langkah 2
Langkah yang seterusnya, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar saya iaitu ‘TT-
Race’ bagi membantu meningkatkan kefahaman murid dalam rupa, nama dan fungsi alatan
jahitan. Semasa kajian dijalankan segala tindakan yang dirancang akan direkod. Cara
pelaksanaannya setiap murid akan memilih kad yang mempunyai gambar alatan jahitan,
namanya dan kad fungsi secara rawak. Murid akan diberikan masa untuk meneliti setiap
kepingan kad yang diterima. Setelah itu, mereka akan menampalkan kad tersebut pada kad
manila yang mempunyai peta titi. Setiap papan peta titi akan dilekatkan dengan pasangan
kad yang sama kategori. Setiap pasangan mempunyai tiga kad. Setelah itu, salah seorang
akan menerangkannya kepada yang murid lain.

Langkah 3
Ujian dua dijalankan.Saya dapat melihat perbezaan peningkatan antara kedua jenis ujian
yang diberikan terhadap kefahaman murid dalam topik alatan jahitan.

Langkah 4
Saya melaksanakan soal selidik kepada murid-murid setelah kajian dilaksanakan. Borang ini
akan terdiri daripada dua borang iaitu A dan B. Borang A akan diisi dengan maklumat murid
manakala borang B pula berkaitan pengelibatan murid terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar ‘TT-Race’ semasa proses PdP

Langkah 5
Guru RBT akan menjawab satu borang pemerhatian guru yang menguji dan melihat
keberkesanan ‘TT-Race’ dalam proses PdPc terhadap pengawalan kelas guru.

Langkah 6
Setelah semua proses dijalankan, saya mengumpul data yang diperolehi untuk membuat
analisis tentang keberkesanan kaedah yang digunakan.

DAPATAN KAJIAN

Analisis nilai skor min dalam kajian ini adalah merujuk kepada Mohd Yusri (2010) boleh
dirujuk dalam jadual 1.

Jadual 1

Interpretasi Skor Min


Skor Min Interpretasi
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.66 Sederhana
3.67-5.00 Tinggi
Persoalan kajian 1: Analisis Dokumen (Ujian)
Hasil dapatan ujian menunjukkan menunjukkan perbezaan antara Ujian Satu dan Ujian Dua
bagi sepuluh orang murid (Jadual 1). Dapat dilihat secara keseluruhannya bahawa setiap
murid mempunyai peningkatan dari segi markahnya, peratusan juga tahap pencapaian
mereka sebelum dan selepas penggunaan alat kajian. Min merupakan satu kaedah yang
selalu digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmatik
sesuatu set pencerapan. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan
dengan jumlah bilangan peserta kajian (Mahamed Borhan Yusof @ Mohd Sadek Mustaffa,
2008). Perbezaan nilai min bagi ujian satu dan ujian dua dianalisis diinterpretkan didalam
jadual dan graf.

Jadual 2

Perbezaan markah murid Ujian Satu dan Ujian Dua


MURID UJIAN 1 % PENCAPAIAN UJIAN 2 % PENCAPAIAN
M1 7/20 35 BMTM 12/20 60 M
M2 12/20 60 M 17/20 85 C
M3 15/20 75 B 18/20 90 C
M4 13/20 65 B 18/20 90 C
M5 11/20 55 M 16/20 80 C
M6 11/20 55 M 15/20 75 B
M7 15/20 75 B 19/20 95 C
M8 60/20 60 M 16/20 80 C
M9 13/20 65 B 17/20 85 C
M10 15/20 75 B 20/20 100 C
Cemerlang = C, Baik =B, Memuaskan = M, Mencapai Tahap Minimum = MTM,
Belum Mencapai Tahap Minimum = BMTM

BEZA NILAI MIN UJIAN

90
80
80
70 62
60
50
40
30
18
20
10 2 3 4
1
0
Ujian Satu Ujian Dua Beza Min

Rajah 1. Beza nilai min peratus ujian satu dan ujian dua
Rajah 1 menunjukkan bahawa nilai min bagi ujian satu ialah 62 peratus manakala
bagi ujian dua pula ialah 80 peratus ini menunjukkan berlakunya peningkatan yang begitu
ketara pencapaian murid setelah menjalani PdPc dengan menggunakan ‘TT-Race’. Beza
nilai min bagi kedua-duanya pula adalah sebanyak 18 peratus. Nilai min dan peningkatan
gred murid membuktikan bahawa penggunaan ‘TT-Race’ dapat meningkatkan kemahiran
mengingat alatan jahitan.

Persoalan kajian 2: Soal Selidik


Saya telah memilih soal selidik berbentuk Skala Likert untuk mengukur pengelibatan murid
terhadap PdPc dengan menggunakan ‘TT-Race’. Jadual 3 menunjukkan analisis penuh bagi
soal selidik yang dijalankan.

Jadual 3

Analisis Soal Selidik Keseluruhan

BIL PENYATAAN SKALA MIN


SS S TP TS STS
5 4 3 2 1

Saya semakin teruja dalam 7 3 0 0 0


1 pembelajaran dengan menggunakan (70%) (30%) (0%) (0%) (0%) 4.7
‘TT-Race’.

2 Penggunaan ‘TT-Race’ menjadikan saya 7 3 0 0 0


lebih yakin dan suka untuk menjawab (70%) (30%) (0%) (0%) (0%) 4.7
soalan alatan jahitan.

3 Saya suka bekerja sama dengan rakan 5 5 0 0 0


yang lain semasa PdP dijalankan kerana (50%) (50%) (0%) (0%) (0%) 4.5
saya lebih faham mengenai alatan
jahitan.
4 Saya bangga dapat melakukan 4 6 0 0 0
perbincangan dengan rakan. (40%) (60%) (0%) (0%) (0%) 4.4
5 Saya seronok melakukan aktiviti yang 8 2 0 0 0
diadakan semasa pembelajaran dengan (80%) (20%) (0%) (0%) (0%) 4.8
menggunakan ‘TT-Race’.
6 Penggunaan ‘TT-Race’ menjadikan saya 5 5 0 0 0
lebih minat dalam pembelajaran. (50%) (50%) (0%) (0%) (0%) 4.5
7 Saya suka dapat meningati alatan 5 5 0 0 0
jahitan dengan baik setelah menjalani (50%) (50%) (0%) (0%) (0%) 4.5
PdP menggunakan ‘TT-Race’

8 Saya suka belajar dengan menggunakan 8 2 0 0 0


‘TT-Race’ (80%) (20%) (0%) (0%) (0%) 4.8
9 Pengajaran guru yang menarik 4 6 0 0 0
membuatkan saya lebih berminat untuk (40%) (60%) (0%) (0%) (0%) 4.4
belajar
10 Saya faham arahan yang diberikan oleh 4 6 0 0 0
guru. (40%) (60%) (0%) (0%) (0%) 4.4
Hasil dapatan analisis keseluruhan data bagi item soal selidik, setiap satu item
menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu kesemua nilai min bagi setiap item berada dalam
skor 3.67-5.00. Keputusan bagi soal selidik ini adalah tinggi. Secara kasarnya ia
menunjukkan keputusan yang positif terhadap kajian ini melalui analisis soal selidik yang
dijalankan.

Persoalan kajian 3: Pemerhatian


Pemerhatian senarai semak dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tahap pengawalan
kelas guru. Bagi data ini, satu borang senarai semak pemerhatian diberikan kepada guru-
guru RBT setelah selesai sesi PdPc. Data yang dikumpul diproses dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel.

Jadual 4

Analisis Data Pemerhatian – Senarai Semak

YA TIDAK
BIL KRITERIA KEKERAPAN/ KEKERAPAN/
PERATUS PERATUS
Aktiviti yang diberikan oleh guru membantu 2 1
1
murid untuk fokus semasa PdPc (66.67%) (33.33%)
Setiap murid melibatkan diri semasa proses 3 0
2
PdPc dijalankan. (100%) (0%)
Guru memberikan arahan yang jelas dan
3 0
3 ringkas
(100%) (0%)

Guru memberikan arahan yang mudah 3 0


4
difahami. (100%) (0%)
Tingkah laku murid terkawal semasa aktiviti 3 0
5
dijalankan. (100%) (0%)

Guru memastikan murid melaksanakan 3 0


6
aktiviti dengan betul. (100%) (0%)

Murid dapat memberikan maklum balas dan 1 2


7
interaksi dengan guru dan rakan. (33.33%) (66.67%)

Guru dapat memantau gerak kerja setiap 2 1


8
murid semasa aktiviti dijalankan. (66.67%) (33.33%)

Proses PdPc yang dijalankan bersifat dua 2 1


9
hala (66.67%) (33.33%)
Objektif pengajaran disampaikan dengan 3 0
10
jelas. (100%) (0%)
Aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan 3 0
11
kemas dan teratur. (100%) (0%)

Berdasarkan jadual 4, dapat dilihat secara keseluruhan data peratusan dan


kekerapan bagi keputusan senarai semak yang diberikan. Secara keseluruhan, dapat dilihat
bahawa jumlah kekerapan bagi keseluruhan item menunjukkan kesemua guru
kebanyakkannya menjawab pada bahagian Ya menunjukkan guru bersetuju dengan
penggunaan ‘TT-Race’ yang mampu meningkatkan tahap pengawalan kelas guru. Jumlah
peratusan keseluruhan yang berpihak kepada bahagian Ya dengan majoriti nilai peratusnya
adalah sebanyak 85 peratus manakala nilai peratus bagi Tidak adalah sebanyak 15 peratus
sahaja. Ini memperlihatkan bahawa hasil analisis data pemerhatian ini adalah positif secara
keseluruhannya.

REFLEKSI

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah belajar sambil
bermain dengan penggunaan ‘TT-Race’ bagi mengukur kemahiran mengingat murid dalam
tajuk alatan jahitan. Secara keseluruhannya kajian yang dijalankan adalah berjaya. Melalui
penggunaan ‘TT-Race’ ini, murid-murid tidak mudah berasa bosan ketika belajar dan
bekerjasama untuk memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi PdPc. Sikap dan
perlakuan mereka didapati positif menerusi penggunaan alat kajian ini.murid juga melibatkan
diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang. Murid juga lebih yakin, berani serta
bersemangat untuk belajar. Penggunaan ‘TT-Race’ ini juga mampu membentuk kemahiran
sosial yang positif dalam diri murid serta mengajar murid untuk belajar secara aktif dan tidak
mengharapkan guru semata-mata. Murid bertindak sendiri untuk menyelesaikan masalah
dengan bantuan rakan-rakan. Ini boleh dibuktikan dengan gambar yang diambil semasa sesi
PdPc berlangsung. Kesimpulan daripada kajian ini, saya berpendapat bahawa pembelajaran
koperatif dengan bahan bantu belajar sesuai digunakan dalam apa jua pelajaran yang
hendak diajar kepada murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Seterusnya berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa kajian adalah berjaya.
Dapatan data menunjukkan keputusan yang positif. Namun begitu, masih terdapat beberapa
perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkat bagi memastikan hasil kajian lebih tepat dan
mempunyai nilai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa
cadangan yang boleh mengatasi masalah berkaitan dengan perkara yang telah
dibincangkan. Sebelum saya mengesyorkan cadangan berkaitan kajian lanjutan,
penambahbaikan terhadap penggunaan "TT-Race" dimana melibatkan pembelajaran
koperatif dan bahan bantu mengajar ini sendiri harus dipertingkatkan. Pertama, persekitaran
pembelajaran yang kondusif juga perlu disediakan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat kajian ini memerlukan ruang yang lapang
kerana murid akan bergerak untuk mencari pasangan masing-masing. Ruangan yang
sempit membataskan pergerakan murid-murid. Ini juga membantu saya dalam mengawal
murid terutamanya ketika aktiviti dijalankan. Kedua, bagi menjayakan pelaksanaan kaedah
ini, guru perlulah membuat perancangan pengajaran yang rapi supaya waktu pengajaran
mencukupi. Guru perlulah memastikan murid menerima arahan dengan baik yang boleh
memberikan perkernbangan pelajaran yang lengkap dan berpeluang untuk berinteraksi
secara aktif antara satu sama lain.

RUJUKAN

Edinin, R. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Peulisan Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamira. (n.d.). Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Murid Tahun Lima di
Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah Besut Dalam Mata Pelajaran Kajian
Tempatan, IPG Kampus Sultan Mizan: Kajian Tindakan PISMP.

Ibrahim, M. Y. (2010). Analisis Data Penyelidikan Untuk Pendidikan dan Sains Sosial.
Kuantan: Bandar Ilmu.

Jamian, A. R. (2017). Jurnal Pendidikan Malaysia. Penggunaan Peta Pemikiran I-Think


dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu, 51-59.

Jewinly, S. (2018). Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau Dan Memotong Sayur


Menggunakan Stesen Bermain ‘Playdough’ Bagi Tahun 5 Jujur .

Kok, N. M. (2012). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakankaedah


Ganjaran Dan Hukuman Untuk Murid-Murid TAHUN 3. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 132-146.

Malaysia, K. P. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Reka Bentuk dan Teknologi
Tahun Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yeager, H. &. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. Cary: NC: Thinking Maps,
Inc.

Anda mungkin juga menyukai