Anda di halaman 1dari 12

1

2
3
SKRIP PENGACARA MAJLIS PESARAAN TUAN HAJI SALEHUDDIN BIN SAMAN

Tarikh & Hari: 17 Oktober 2019

Tempat: Dewan Bendahara Ipg Kampus Sultan Mizan

Masa Cue Skrip Catatan


10:00 pagi Pengumuman Perhatian kepada semua hadirin yang
hadirin dihormati sekalian disini saya bacakan
satu pengumuman bagi melancarkan
lagi majlis kita pada hari ini.
Kepada semua hadirin, anda diminta
untuk memenuhkan tempat duduk
hadapan terlebih dahulu serta
menyahfungsikan atau menukarkan
mod telefon bimbit anda kepada mod
senyap.
Kerjasama dari anda semua didahului
dengan ucapan terima kasih.
10:15 pagi Perarakan masuk Mengumumkan ketibaan
1. Yang Berbahagia, Dr Hj Muhamad
Sidek bin Said, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
2. Yang Berusaha, Yang Berusaha,
Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul
Hamid, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
3. Yang Diraikan, Tn Hj Salehuddin bin
Saman, Pensyarah Jabatan Pengajian
Melayu.
4. Yang Berusaha, Encik Shamsuddin
bin Ngat Denin, Ketua Jabatan
Pengajian Melayu.
5. Yang Berusaha, Encik Ismail bin
Mamat, Pengerusi Kelab Staf

4
Pengurusan dan Professional
Masuk ke Dewan Bendahara.
10:30 pagi Negaraku Para hadirin diminta untuk bersedia bagi
menyanyikan lagu Negaraku.
Ucapan terima Terima kasih atas nyayian lagu
kasih Negaraku sebentar tadi.

Hadirin dijemput untuk duduk.


Ucapan alu-aluan Bismillahirahmanirahim..

Kita mulakan majlis kita dengan bacaan


ummul kitab Al-Fatihah.

1. Yang Berbahagia, Dr Hj Muhamad


Sidek bin Said, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
2. Yang Berusaha, Yang Berusaha,
Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul
Hamid, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
3. Yang Diraikan, Tn Hj Salehuddin bin
Saman, Pensyarah Jabatan Pengajian
Melayu.
4. Yang Berusaha, Encik Shamsuddin
bin Ngat Denin, Ketua Jabatan
Pengajian Melayu.
5. Yang Berusaha, Encik Ismail bin
Mamat, Pengerusi Kelab Staf
Pengurusan dan Professional.
6. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit,
pensyarah-pensyarah IPG Kampus
Sultan Mizan dan
7. Rakan-rakan siswa dan siswi pendidik
IPG Kampus Sultan Mizan.

5
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah
dan kurnianya kerana diberi peluang dan
ruang untuk kita berkumpul bagi Majlis
Persaraan Tuan Haji Salehuddin bin
Saman, Pensyarah Jabatan Pengajian
Melayu pada hari ini.
Bacaan doa Bagi memberkati lagi majlis kita pada
hari ini, majlis menjemput
(______________) untuk mengetuai
bacaan doa.

Dipersilakan.
Ucapan terima Terima kasih atas bacaan doa itu
kasih sebentar tadi.
Bacaan ayat suci Warga dewan yang dimuliakan,
alquran seterusnya marilah kita sama-sama
mendengar bacaan ayat suci alquran
surah (________) ayat (_________)
yang akan diperdengarkan oleh
(___________________) bagi
memberkati lagi majlis kita pada hari ini.
Ucapan terima Terima kasih diucapkan kepada
kasih (______________) atas bacaan ayat
suci alquran itu sebentar tadi.
Tayangan Montaj Hadirin yang dikasihi sekalian, tanpa
melengahkan masa, jawatankuasa
multimedia telah menyediakan satu
tayangan montaj untuk tatapan insan
yang sedang kita raikan in. marilah
sama-sama kita menghayati
persembahan tersebut.
Ucapan terima Terima kasih diucapkan atas tayangan
kasih montaj yang begitu menarik sebentar
tadi.
11:00 pagi Ucapan Pengerusi Seterusnya, majlis menjemput
Kelab Staf Pengerusi Kelab Staf Pengurusan dan

6
Pengurusan dan Professional, Encik Ismail bin Mamat
Professional untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih, Encik Ismail bin Mamat


atas ucapan yang telah disampaikan.
Ucapan Ketua Seterusnya dijemput Encik Md
Jabatan Pengajian Shamsuddin bin Ngat Denin selaku
Melayu Ketua Jabatan Pengajian Melayu untuk
menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.

Ucapan terima kasih kepada Encik Md


Shamsuddin bin Ngat Denin atas ucapa
beliau sebentar tadi.
Pantun Sudah biasa kita dengari,
Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama insan yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.
Ucapan yang Hadirin yang dihormati,
diraikan
Sampai masa kita nantikan bagi
mendengar bingkisan kata dan amanat.
IPG Kampus Sultan Mizan dengan
penuh bangga mempersilakan yang
diraikan Tn Hj Salehuddin bin Saman,
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu
meneruskan tirai persada
ucapan,menyampaikan amanat, untaian
kata kalungan wacana, salam
perpisahan buat kenang-kenangan
insan yang bakal ditinggalkan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Terbang melayang si anak kedidi,


terima kasih daun keladi.

7
Itulah tadi ucapan perpisahan dari insan
yang kita raikan. Terima kasih kepada
Tn Hj Salehuddin bin Saman atas
ucapan beliau. Pastinya kami warga IPG
Kampus Sultan Mizan tidak akan lupa
dengan. Beliau meninggalkan kita
dengan jasa yang telah dtaburkan .
Nyanyian 1 Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada


pagi ini, kami tampilkan satu
persembahan daripada (___________).
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas


persembahan yang begitu menusuk
jiwa.
Ucapan Pengarah Seterusnya, marilah kita mendengar
IPG Kampus ucapan daripada Pengarah IPG Kampus
Sultan Mizan. Sultan Mizan, Dr Hj Muhamad Sidek bin
Said. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Hj


Muhamad Sidek bin Said atas ucapan
beliau sebentar itu tadi.
Nyanyian 2 Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebagai kenangan halwa telinga untuk


kita pada hari ini, khususnya untuk yang
diraikan. Marilah sama-sama kita
saksikan persembahan nyayian khas
daripada (_____________________)

8
Terima kasih diucapkan kepada
(____________) atas persembahan
yang begitu merdu itu sebentar tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara
hadian/cenderahati penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan yang abadi,
tanda kasih tidak bertepi, agar ingatan
tak luput di hati buat insan yang kita
raikan pada hari ini iaitu Tn Hj
Salehuddin bin Saman.

Sebelum itu, Majlis dengan segala


hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan Tuan Haji Che
Aminuldin bin Abdul Hamid kepada
untuk mengiringi Yang Diraikan, Tn Hj
Salehuddin bin Saman untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Majlis
mempersilakan.

Kita akan mulakan dengan


penyampaian cenderamata daripada
wakil kelas. Kemudian,majlis menjemput
wakil Kelab Staf untuk menyampaikan
cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan


Haji Che Aminuldin bin Abdul Hamid
kerana mengiringi penyampaian
cenderamata itu. Seterusnya,
menjemput Dr Hj Muhamad Sidek bin
Said untuk terus mengiringi Yang
Diraikan untuk menerima cenderamata.

Seterusnya dijemput wakil setiap


jabatan untuk menyampaikan

9
cenderamata. Dimulakan dengan
Jabatan __________.

Itulah tadi upacara penyampaian


cenderamata kenang-kenangan khusus
untuk Yang Diraikan Tn Hj Salehuddin
bin Saman

Majlis merakamkan ribuan terima kasih


kepada Yang Diraikan, Tn Hj Salehuddin
bin Saman atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Dr Hj Muhamad Sidek bin Said
untuk mengiringi penyampaian
cenderamata sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima


kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Nyanyian 3 dan Hadirin dan hadirat yang dihormati
sajak sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan.Begitulah
rentetan perjalanan.Walau sukar untuk
ditelan.Tapi kaki tetap mengorak jalan.
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita


saksikan persembahan nyayian yang
akan dilagukan oleh (___________) dan
persembahan sajak oleh
(____________) bersempena persaraan
Yang Diraikan Tn Hj Salehuddin bin
Saman.

10
Ucapan terima Terima kasih diucapkan atas kedua-dua
kasih persembahan itu sebentar tadi.
12:30 Bersurai & Majlis sudah sampai ke penghujungnya,
tengah hari bergerak ke lobi kami selaku pengacara ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali

Sebelum bersurai, majlis menjemput


Yang Diraikan Tn Hj Salehuddin bin
Saman diiringi pensyarah-pensyarah
IPG Kampus Sultan Mizan untuk ke lobi
bagi upacara ‘Punch Out’ terakhir
selepas tamat majlis.
Jamuan makan Seterusnya, semua hadirin dijemput
untuk menikmati jamuan makan yang
disediakan selepas tamat majlis.
Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini,


salam hormat, Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi WaBarakatuh. Kita tutup
majlis kita dengan tasbih kafarah dan
Surah Al-Asr.
Perarakan keluar Mengumumkan pergerakan keluar,

1. Yang Berbahagia, Dr Hj Muhamad


Sidek bin Said, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

11
2. Yang Berusaha, Yang Berusaha,
Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul
Hamid, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
3. Yang Diraikan, Tn Hj Salehuddin bin
Saman, Pensyarah Jabatan Pengajian
Melayu.
4. Yang Berusaha, Encik Shamsuddin
bin Ngat Denin, Ketua Jabatan
Pengajian Melayu.
5. Yang Berusaha, Encik Ismail bin
Mamat, Pengerusi Kelab Staf
Pengurusan dan Professional.
6. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit,
pensyarah-pensyarah IPG Kampus
Sultan Mizan.
Majlis tamat *Pelajar menikmati jamuan yang
disediakan.
*Semua pensyarah berada di lobi

12

Anda mungkin juga menyukai