Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN CATATAN

10.30- 12.00 Mohon perhatian.


Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Diharapkan hadirin
dapat mengambil tempat masing-masing.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar,


mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit
atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung agar tidak mengganggu perjalanan majlis. Kerjasama
hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera.

(salutasi)

TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS AKAN DITERUSKAN dengan


pembentangan forum bertajuk Pemasyarakatan Pendidikan
untuk Semua. MAJLIS DISERAHKAN KEPADA Puan Julia Madzalan
dari Kolej Universiti Islam Selangor.
SEBAGAI MODERATOR UNTUK MENERUSKAN SESI UCAP UTAMA
BERTAJUK MEMPERKASA PENDIDIKAN SECARA INKLUSIF.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

Terima kasih diucapkan kepada ahli2 panel serta tuan moderator


yang telah meNYAMPAIKAN forum dengan jayanya. Dengan
berakhirnya pembentangan forum bertajuk pemasyarakatan
pendidikan utk semua itu tadi, majlis conference kita sudah
sampai ke Penghujungnya.

majlis kini akan diteruskan ke acara perasmian penutup bagi


International Conference on pedagogy and inclusive education
(icpie) 2019.

Para hadirin diminta mengambil tempat duduk.

- (tggu vip)
Majlis mengumkan ketibaan Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah
diiringi para vip dan ketua-ketua jabatan, masuk ke dewan.

Hadirin diminta kekal berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku dan


lagu IPGM.

- nyanyian lagu

Hadirin dipersilkan duduk.

Bismillahirroanirrohim, assalamualaikum wbt, dan salam


sejahtera.

Adat kita menyambut tetamu,


salam dihulur mesra bertamu,
hamparkan tikar lebarkan pintu,
pemanis bicara aluan didahulu.

(salutasi)

SALUTASI

1. Yang Berusaha Dr. Mohd Nasrudin Basar


Timbalan Rektor,
(Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi),
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
mewakili Rektor IPGM

2. Tuan Hj. Wan Yusof Wan Ngah


Pengarah, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

3. Yang Berbahagia Profesor Datin Paduka Dr. Samsinar Md


Sidin
Naib Canselor,
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

4. Yang Berbahagia Dato’ Siti Salmah Mat Jusak


Pengerusi Alumni Ilmu Khas,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

5. Yang Berbahgia Datuk Dr. Yasmin Husin,


Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Yang Berusaha Profesor Dr. Zulkiflee Mohamed


Timbalan Naib Canselor
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

7. Yang Berbahgia Prof. Dra. Tatat Hartati,


Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung, Indonesia.
wakil Rektor Universiti Pendidikan Bandung

8. Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Zaida Mustafa,


Dekan Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan,
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

9. Yang Berusaha Dr. Zetty Nurzuliana Rashed


Dekan, Fakulti Pendidikan,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
wakil Rektor KUIS

10. Yang Berusaha Dr Norherani binti Moning


Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

11. Ketua-ketua jabatan


12. Ketua-ketua Unit
13. Ahli Jawatankuasa Pelaksana ICPIE 2019
14. Pembentang-pembentang kertas penyelidikan
15. Para pensyarah
16. Para peserta
17. Pelajar-pelajar sekalian

Bersyukur Kita ke hadrat Ilahi, pada hari yang indah ini, kita dapat
berkumpul bersama2 bagi perasmian International Conference
on pedagogy and inclusive education (icpie) 2019 yang telah
berlangsung selama 2 hari bermula 18 hingga 19 sept 2019.

tangan ditadah penuh inayah,


majlis dibuka penuh rahmat,
mohon keberkatan serta hidayah,
moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan perhimpunan kita pada tengahari ini,


marilah kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara
mohd ezwan bin mohd ali kusbari dari kumpulan g7.3
pengkhususan masalah penglihatan. majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.   

Amin Amin Ya Rabbil Alamin. majlis merakam ucapan terima


kasih kepada  saudara mohd ezwan di  atas bacaan doa sebentar
tadi.

Majlis kini diteruskan dengan menjemput pengerusi Alumni Ilmu


Khas Ybhg. Dato' Siti Salmah Mat Jusak utk menyampaikan
ucapan. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

-ucapan

majlis merakamkan ribuan terima kasih kpd Yg Brbhg. Atas


ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, marilah kita sama2 mendengar ucapan yg akan
disampaikan oleh Yg Berusaha, Tuan Hj. Wan Yusof Wan Ngah
Pengarah, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

-ucapan

majlis merakamkan ribuan terima kasih kpd _______ atas ucapan


sebentar tadi.

Meneruskan agenda kita pd pagi yg mulia ini, majlis dgn


takzimnya mpersilakan Yang Berusaha Dr. Mohd Nasrudin Basar
Timbalan Rektor, Kementerian Pendidikan Malaysia
mewakili Rektor IPGM utk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan penutupan International Conference on Pedagogy
and Inclusive Education (icpie) 2019.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

-ucapan rektor

demikianlah kata, demikianlah perasmian penutup drpd yg


brbhg,... insan budiman, sekalung penghargaan kami hadiahkan.

dengan berakhirnya ucapan itu sbntar td, maka berakhirlah


program kita pada hari ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kpd semua yg telah


menjayakan icpie 2019 secara lgsung mahupun tdak lgsung.

dijemput tuan rektor dan tetamu jemputan ke ruang reruai tapak


pameran di belakang dewan.
-tggu gerak.

tersilap tersalah harap diampun,


terkasar bahasa maaf dipohon.

sekian, wbt.

Anda mungkin juga menyukai