Anda di halaman 1dari 6

TEKS EMCEE PERHIMPUNAN BULANAN EDISI JANUARI 2024 ANJURAN FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN


Awal Majlis Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar
lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-masing untuk menunggu
ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Md Amin Bin Md Taff Naib Censelor UPSI dan dif-dif
kehormat.

Bagi memastikan kelancaran program, hadirin sekalian diminta untuk mematikan atau memastikan
telefon bimbit berada dalam keadaan pengaturcaraan senyap.

Ketibaan Menggumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Dato Dr. Md Amin bin Md Taff Naib Censelor
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan diff-diff kehormat

Ucapan Pembukaan Bismillah Hirrahmanirrahim....


Alhamdulillahhirabbilalamin...

RABBISSRAHLI SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL


KAULI...

Assalammualikum wbt, salam sejahtera, salam seabad ibu kandung suluh budiman, dan salam
Malaysia Madani
Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI);

Yang Berusaha Prosesor Dr. Abdul Rahim bin Razalli, Timbalan Naib Canselor (Akademik
dan Antarabangsa), UPSI;

Yang Berusaha Profesor Dr. Suriani binti Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan
dan Inovasi), UPSI;

Yang Berusaha Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni),UPSI;

Yang Berusaha En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman, Pendaftar, UPSI;

Pengurusan Utama UPSI;

Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah, Dekan Fakulti
Sains dan Matematik (FSM);

Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah-Pengarah Pusat Tanggungjawab, Ketua-Ketua Jabatan,


seterusnya sidang hadirin sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadarat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-
Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun di Masjid Al-Mursyidin bagi Perhimpunan Bulanan Edisi
Januari 2024 anjuran Fakulti Sains dan Matematik.

Hadirin sekalian,

Perhimpunan pada kali ini, kita akan bersama-sama melaksanakan solat hajat dan bacaan yasin
sempena menyambut tahun baharu 2024 peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Prof. Dato Dr. Md Amin Bin Md Taff Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan serta dif-dif
kehormat atas kesudian bersama para jemaah merapatkan saf, memohon keberkatan daripada
Allah swt. Moga tahun baharu ini akan berlalu dengan lancar dengan suasana yang harmoni dan
tenteram bagi warga UPSI dan seluruh umat islam.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, banyak program yang telah dirancang dan akan dijalankan
pada bulan Januari ini, antara program yang telah dijalankan adalah
1. Karnival Siswa Perak Sejahtera 2023
2. Majlis Jalinan Mesra UPSI dan YAB Menteri Besar Perak bersama Yayasan Perak
3. Program Executive Talk Naib Canselor Bersama Pengurusan UPSI
4. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara UPSI dengan MyFundAction
5. Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar 2022/2023
6. Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Ikon Ulul Albab & Ulul Albab Innovation
Competition (UA-ICE) oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
7. Majlis Pembukaan Sistem Pemilihan dan Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sidang 2023/2024
8. Dan pada hari ini yang sedang berlangsung iaitu Perhimpunan Bulanan UPSI Edisi Januari
2024.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada warga UPSI atas program yang telah berjaya
dilaksanakan, dan semoga program yang lain dapat dijalankan dengan jayanya.

Ucapan Dekan FSM Hadirin sekalian,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengarkan ucapan alu-aluan daripada
Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah, Dekan Fakulti Sains dan
Matematik selaku penganjur bagi Perhimpunan Bulanan Edisi Januari 2024

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin
Abdullah, Dekan Fakulti Sains dan Matematik atas ucapan itu tadi

Ucapan Naib Hadirin yang dihormati,


Censelor
Seterusnya, Majlis menjemput Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib
Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib
Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris atas ucapan dan amanat beliau sebentar tadi

Solat Hajat dan Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


Bacaan Surah Yasin
Kita teruskan dengan agenda utama iaitu solat hajat diikuti dengan bacaan surah yasin yang akan
diimamkan dan dipimpin oleh _______________________________

Dengan ini majlis mempersilakan

Asaolatul Jamiah Rahimahkumullah...


Assolatu la ilaha illallah...

Terima kasih diucapkan kepada_________________________________ diatas pimpinan solat


hajat, bacaan yasin, dan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, semoga segala hasrat serta harapan kita malalui limpahan doa serta munajat akan
diterima dan dikabulkan oleh Allah swt, in shaa Allah
Bersurai Dengan selesainya sudah solat hajat dan bacaan yasin itu tadi, maka berakhirlah sudah
Perhimpunan Bulanan Edisi Januari 2024. Saya Mohd Izzat bin Shamsudin selaku pengacara
majlis anda pada hari ini, menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan andai ada terkasar bahasa
tersilap tutur bicara sepanjang mempengerusikan majlis pada hari ini.

Dijemput Yang Berbahagia Prof Dato Dr. Md Amin bin Md Taff Naib Censelor Universiti Pendidikan
Sultan Idris, diff-diff kehormat serta hadirin sekalian untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, sehingga berjumpa di lain hari

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai