Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS LAWATAN KERJA

MENTERI PENDIDIKAN II
27 November 2013 jam 10:44 PTG
LAWATAN KERJA
MENTERI PENDIDIKAN II
KE UniSZA

Tarikh: 27 hb November 2013


Hari: Rabu
Masa: 4 pm

Tempat: Dewan Senate UniSZA

Tentative Program:

- ketibaan
- bacaan do’a
- aluan NC + Taklimat
- Amanat Menteri
- Cenderahati
- Kudapan
- Sesi Bergambar

VIP LIST:

1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris Jusoh


Menteri Pendidikan II

2. Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya Ibrahim


Naib Canselor Universiti Sultan ZainalAbidin

3. YangBerusaha Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Toriman


TimbalanNaib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UniSZA

4. Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar


Timbalan Naib Canselor, HEPA, UniSZA

5. YangBerusaha Prof. Dr. Kamaruddin bin Mohd Said


PenolongNaib Canselor, UniSZA

6. Yang Berusaha Encik Nordin bin Jusoh


Pendaftar UniSZA
7. Yang Berusaha Puan Hajah Shakimah binti Endut
Pemangku Bendahari, UniSZA

8. Pegawai-pegawai kanan UniSZA, Dekan-deka fakulti , Timbalan Dekan,Ketua-ketua PTJ

9. Dan hadirin hadirat yang di hormati sekalian

1.
PRA-PENGUMUMAN
3:58 PM

Mohon Perhatian!

Assalamu’alaykom WRT WBT.

Para hadirin yang dihornati sekalian;

Bagi memastikan majlis pada petang ini berjalan lancer, izinkan pihak majlis memaklumkan
satu/beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama,
Sukacita mendapat kerjasama para hadirin yang membawa telefon bimbit supaya tidak mengaktifkan
telefon bombing masing-masing atau menukarnya kepada mod senyap.

Majlis akan bermula sebentar lagi.

2.
PENGUMUMAN KETIBAAN
4:05 PM

Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II

dengan diiringi oleh

Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya Ibrahim,


Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin dan pengurusan tertinggi UniSZA.
3.
ALU-ALUAN PEMBUKA BICARA

BISMILLAHIRAHMIAANIRRAHIIM,

ASSALAAMU ‘ALAYKOM WRT WBT.

ROBBISROH LI SODRI,
WAYYASSIRLI AMRI,
WAH LUL ‘UKDATAN MIN LISAANI
YAFQOHU QAULI.

4.
PENGHARGAAN PROTOKOL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris Jusoh


Menteri Pendidikan II

Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya Ibrahim


Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin

Yang Berusaha Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Toriman


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UniSZA

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar


Timbalan Naib Canselor, HEPA, UniSZA

Yang Berusaha Prof. Dr. Kamaruddin bin Mohd Said


Penolong Naib Canselor, UniSZA

Yang Berusaha Encik Nordin bin Jusoh


Pendaftar UniSZA

Yang Berusaha Puan Hajah Shakimah binti Endut


Pemangku Bendahari, UniSZA
Pegawai-pegawai kanan UniSZA, Dekan-dekan Fakulti, Ketua-ketua PTJ

Dan hadirin hadirat yang di hormati sekalian

5.
ALU-ALUAN

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Bandaraya;
Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di dewan Senat kita bersua.

Majlis mengalu-alukan kedatangan hadirin hadirat yang dihormati sekalian ke Dewan Senat,
Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA.

Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, Kerana dengan Berkat Limpah Kurnia-Nya yang
amat Banyak, Dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini sempena Lawatan kerja Menteri
Pendidikan II, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris Jusuh ke UniSZA.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

6.
BACAAN DO’A
4:08 PM

Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian;


Bagi memakmurkan lagi majlis pada petang ini,
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Al-Fadhil Dr. Mohd Shafie Hamzah, Pengarah Pusat Islam untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan;

********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz di atas bacaan doa sebentar tadi.

7.
MONTAJ video korporate
4:08 PM
10 -15 MINIT

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian;

Seterusnya, marilah kita sama-sama amati persembahan Montaj Video Korperat UniSZA yang julung-
julung kali dipersembahkan.

Selamat menonton!

*****

Demikianlah tadi persembahan montaj video yang baru saja diperkenalkan.

8.
UCAPAN ALUAN
4:15 PM

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN;

Daun semulur di pekan Sari,


Batang jerami rebah duluan;
Madah dihulur hajat beri,
Mohon tuan sampaikan Kata Aluan.

MAJLIS dengan segala hormatnya MEMPERSILAKAN


Yang Berbahagia Profesor Dr. Yahya Bin Ibrahim,
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
UNTUK MENYAMPAIKAN ucapan ALUAN.
Dipersilakan;

******

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA


NAIB CANSELOR UNISZA DI ATAS UCAPAN ALUAN BELIAU TADI.

9.
TAKLIMAT
4:20 PM

HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN;

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN TAKLIMAT.

UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN


YANG BERUSAHA DR. AHMAD AZRIN ADNAN,
PENGARAH PEJABAT NAIB CANSELOR UNISZA
UNTUK MEMBERIKAN TAKLIMAT.

DIPERSILAKAN;

******

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PENGARAH


PEJABAT NAIB CANSELOR, UNISZA.

Terima kasih juga di ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Seri diatas idea, cadangan dan hasrat yang
dilontarkan semasa
taklimat tadi.

10.
AMANAT MENTERI
4:25 PM

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian;

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya;


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya;
Tak lengkaplah Majlis kita jika Yang Berhormat berbicara;

Majlis Dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris Jusuh
Menteri Pendidikan II
Untuk menyampaikan amanat sepatah dua kata;

Dipersilakan;

*******

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN jutaan TERIMA KASIH KEPADA YANG berhormat Dato’ Seri
Menteri Pendidikan II diatas amanat yang di sampaikan tadi.

11.
CENDERAHATI
4:27 PM

PARA HADIRIN YANG dihormati SEKALIAN;

Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa.
Tidak mungkin terbalas budi,
Walau emas sebungkus diberi.
Cuma harapan di dalam dada,
Tanda mata sudi di terima,
Tanda ingatan Moga kekal selama.

Majlis seterusnya ialah acara penyampaian cenderahati;

MAJLIS menjemput Yang Berbahagia Prof. Dr Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA untuk mengiringi
dan menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Seri;
Dipersilakan…

***********

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih kepada Yang Bebahagia Prof. Naib Canselor di atas kesudian
beliau menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Seri sebentar tadi.

12.
PENGHARGAAN
4;30 PM

Hadirin Hadirat;

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato Seri
kerana sudi hadir ke UniSZA

Terima kasih daun keladi


Lain kali datang lagi

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir menjayakan majlis pada petang ini.

13.
PENUTUP
5:00 PM

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sebagai Pengumuman akhir;


Majlis Menjemput hadirin untuk menjamu kudapan yang tersedia di luar
dewan

Sekian, wassalamu’alaykom wrt wbt

Anda mungkin juga menyukai