Anda di halaman 1dari 6

TEKS MC – TIME FRAME BY ASMA’ WARDAH

NO MASA PERKARA
1 8.45 pagi - Ucapan alu-aluan kehadiran peserta dan tetamu2 jemputan
- Pemakluman perjalanan majlis perasmian dan seminar

(ASMA’)
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu para hadirin dan peserta diharapkan dapat bersama
dalam webinar ini sehingga ke akhir petang.
----------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahmi....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
.......‫ويرسل امري‬
‫ي‬ ‫رب اشح يل صدري‬

Assalamualaikum w.b.t

Saya bagi pihak webinar ini mengalu-alukan kehadiran Prof, Dr, para pensyarah, pembentang dan
peserta ke 4th International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2021.

2 9.00 pagi Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Wawasan Setia Warga UiTM

(ASMA’)
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun secara maya pada pagi ini untuk
menjayakan program ini.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya Lagu Wawasan Setia Warga
UiTM. Dipersilakan.

3 9.10 pagi Menjemput Dr Ahmad Arif – bacaan doa

(ASMA’)
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana
sudi menghadirkan diri ke webinar ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati webinar kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Dr. Ahmad Arif Zulkifle,
Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Melaka.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

1
TEKS MC – TIME FRAME BY ASMA’ WARDAH

4 9.15 pagi - Ucapan terima kasih kepada Dr Ahmad Arif atas bacaan doa
- Ucapan Pengerusi Majlis

(ASMA’)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ahmad Arif
Zulkifle atas bacaan doa itu tadi.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Salam Ceria Dan Salam UiTM Di Hatiku.

(Puan Syai)
Pihak Webinar sekali lagi mengucapkan Jutaan Terima Kasih Dan Mengalu-Alukan, Kehadiran
para hadirin Ke WEBINAR 4th INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE
(ISHEC) 2021 dengan temanya “ Islamic Heritage, Strengthening The Knowledge, Empowering
The Achievement”. Webinar ini merupakan Anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari
(ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka dengan kerjasama Akademi
Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Terengganu dan Universiti Selangor
(UNISEL).

Setinggi penghargaan buat :


1) Prof. Dr. Abdul Halim Mohd Nor (Exercising the functions of the Rector of UiTM
Cawangan Melaka)

2) Dr Mohd Zaid Mustafar The Chairman of


4th INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC) 2021

3) The respected Executive Committee, The Top Management of UiTM Cawangan Melaka

4) Esteem Keynote Speakers,


- Professor Dr Dr Abd Halim Tamuri
(Universiti Kebangsaan Malaysia)
- Professor Dr Zaid Ahmad
(Universiti Putra Malaysia)
- Shaikh Dr Khalid Zahri
(Universiti Abdel Malek Saadi, Morocco)

5) Generous Sponsors,
- Sinar Haemodialysis Sdn Bhd
- Yayasan Taqwa
- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
- Malis Agama Islam Melaka (MAIM)
- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MaIWP)

2
TEKS MC – TIME FRAME BY ASMA’ WARDAH

6) Distinguished participants

7) Dedicated committee members

Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum majlis diteruskan mohon izin untuk saya menyatakan secara ringkas penjalanan webinar
kita pada hari ini. Bagi sesi perasmian dan pembukaan webinar, majlis akan menjemput ucapan
aluan daripada Pengerusi Ishec, seterusnya Ucapan Perasmian dan diikuti dengan ucaptama dari 3
panel jemputan dari dalam dan luar negara.

5 9.30 pagi - Menjemput Ucapan aluan Pengerusi 4th IsHec, Dr Mohd Zaid Mustafar

Oleh itu tanpa membuang masa, majlis mempersilakan ucapan aluan dari Pengerusi 4th ISHEC
iaitu Dr Mohd Zaid Mustafar.

6 9.40 pagi - Ucapan terima kasih kepada Dr Mohd Zaid Mustafar


- Menjemput Ucapan Perasmian oleh Prof Dr Ab. Halim Mohd Noor
(Menjalankan Tugas Rektor)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Mohd Zaid Mustafar atas
ucapan tersebut.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Prof Dr Ab. Halim Mohd Noor (Menjalankan Tugas
Rektor) untuk menyampaikan ucapan perasmian. Majlis mempersilakan.

7 9.50 pagi - Ucapan terima kasih kepada Prof Dr Ab. Halim Mohd Noor
- Mempersilakan Montaj Perasmian

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof Dr Ab.
Halim Mohd Noor atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi. Diharapkan dengan ucapan sebentar
tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk……….

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan menjemput tayangan montaj perasmian yang
disediakan oleh Unit Protokol. Dipersilakan.

8 10.00 pagi - Ucapan terima kasih atas montaj perasmian


- Menjemput Ucap Utama 1 oleh Prof Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri

Alhamdulillah, smoga para hadirin masih bersemangat untuk meneruskan webinar ini.

Seterusnya, majlis menjemput Ucap Utama 1 oleh Prof Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri dari Pusat
Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yang berbahagia Prof Dato’ Dr akan menyampaikan ucapan bertajuk Pendidikan Berteraskan Ulul
Albab Dalam Membangunkan Generasi Muslim Cemerlang, Berpengetahuan Dan Berakhlak.

Majlis dengan hormatnya, mempersilakan.

3
TEKS MC – TIME FRAME BY ASMA’ WARDAH

9 10.30 pagi - Ucapan terima kasih kepada Prof Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri
- Menjemput Ucap Utama 2 oleh Prof Dr Zaid Ahmad

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima kasih di atas atas ucap utama
yang amat bermakna sebentar tadi.yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri.
Webinar diteruskan dengan ceramah daripada panel kedua iaitu Prof Dr Zaid Ahmad. Prof. Dr
Zaid merupakan (jawatan) di Universiti Putra Malaysia. Beliau akan menyampaikan ucapan
bertajuk Islamic Heritage and Civilization Reform: Connecting The Broken and Raising The
Vanished.

Tanpa membuang masa, majlis dengan secara hormatnya mempersilakan.

10 11.00 pagi - Ucapan terima kasih kepada Prof Dr Zaid Ahmad


- Menjemput Ucap Utama 3 oleh Syaikh Dr Khalid Zahri

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan daripada Prof Dr Zaid Ahmad.

Seterusnya, majlis mempersilakan ucap utama yang ketiga yang didatangkan dari jauh iaitu
Morocco. Majlis mempersilakan Syaikh Dr Khalid Zahari yang merupakan pensyarah di Universiti
Abdel Malek Saadi, Tetouan, Kingdom of Morocco dengan pembentangan yang bertajuk
Hubungan Kebudayaan antara Maghreb dan Nusantara dari Sudut Sejarah.

11 11.30 pagi - Ucapan terima kasih kepada Syaikh Dr Khalid Zahri


- Pemakluman sesi rehat sehingga 11.45
- Pemakluman Sesi Selari 1 dan 2

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan daripada Syaikh Dr Khalid Zahri.

Hadirin sekalian, dengan ucap utama ketiga ini, maka, berakhirlah sesi pertama bagi majlis
perasmian dan pembukaan webinar ini. Hadirin juga diminta mengikuti program ini sehingga ke
akhir majlis.

Majlis akan berehat sehingga jam 11.45 sebelum bersambung dengan sesi Selari 1. Di dalam
sesi ini, terdapat 4 slot pembentangan serentak yang berpandukan tema iaitu:
Slot 1: Tema Syariah dan Perundangan
Slot 2: Tema Ekonomi Islam dan Kewangan
Slot 3: Tema Akidah dan Pemikiran Islam
Slot 4: Tema al-Quran dan al-Hadith

Sesi Selari 1 ini akan berlangsung sehingga jam 1 petang dan link pautan akan diberikan.

Kemudian Sesi Selari 2 akan bersambung pada jam 2 petang sehingga 4 petang. Terdapat 4
slot pembentangan serentak yang berpandukan tema iaitu:
Slot 1: Tema Dakwah dan Komunikasi
Slot 2: Tema Pengurusan dan Kepimpinan
Slot 3: Tema Pendidikan dan Ketamadunan
Slot 4: Tema Sains dan Teknologi

Majlis dengan ini, berehat seketika.

4
TEKS MC – TIME FRAME BY ASMA’ WARDAH

12 4.00 petang - Sesi Penutup


- Ucapan Pengerusi Majlis

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt. Serta terima kasih kami rakamkan kepada barisan
pembentang kita pada hari ini yang telah berkongsi ilmu dalam sesi pembentangan tadi. Semoga
segala input yang disampaikan dapat kita sama-sama manfaatkan.

Kami juga sekali lagi ingin ucapkan tahniah kepada penganjur Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka dengan kerjasama
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Terengganu dan Universiti
Selangor (UNISEL).

Begitu juga majlis ingin mengucapkan terima kasih buat semua peserta yang setia bersama kami.

13 4.20 petang - Penyampaian Anugerah


Anugerah Pembentang Terbaik
Anugerah Kertas Kerja Terbaik

Meneruskan majlis penutup ini, majlis akan mengumumkan anugerah pembentang terbaik dan
anugerah kertas kerja terbaik.

Dengan lafaz bismillah, saya umumkan, anugerah pembentang terbaik ialah……


Tahniah diucapkan kepada ……

Manakala, anugerah kertas kerja terbaik ialah dengan tajuknya…..


Tahniah diucapkan kepada…… atas penghasilan kertas kerja yang Berjaya mendapat tempat di
hati para juri.

14 4.40 petang - Menjemput Ucapan Penutup oleh Dr Dziauddin Shariff

Seterusnya, majlis menjemput ucapan Penutup yang akan disampaikan dengan Ketua Pusat
Pengajian, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka iaitu Dr Dziauddin
Sharif.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

15 5.00 petang - Ucapan terima kasih kepada Dr Dziauddin Shariff, para pembentang,
para jemputan, para peserta
Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah webinar kita dan ucapan tahniah buat semua panel jemputan, para pembentang
dan peserta yang memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.

Semoga hadirin dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam webinar ini. Sebelum kami
mengundur diri, kami menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan jika sepanjang kami
mengendalikan webinar ini, terdapat tuturkata dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan.
Sesungguhnya segala kelemahan itu adalah atas kealpaan kami dan segala kebaikkan itu adalah
dari Allah SWT.
Saya sudahi dengan kalam mulia… Wabbilahi Taufik Walhidayah
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh

5
TEKS MC – TIME FRAME BY ASMA’ WARDAH

Anda mungkin juga menyukai