Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

TOWN HALL BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA 2020/2021

MASA CUE ANN


2.30 PM KetibaanY Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Tuan Hj Adly bin Zahari,
B Ketua Menteri Melaka diiringi oleh Yang Berhormat Datuk Effandi bin Ahmad,
Exco Pendidikan, Modal Insan dan Sains Inovasi diiringi oleh tetamu-tetamu
kehormat.

Hadirin diminta berdiri


Sebaik dif
kehormat Sebagai pembuka tirai majlis, marilah sama- sama kita menyanyikan
mengamb lagu Negaraku,
il tempat lagu Melaka Maju Jaya dan
lagu Kolej Universiti Islam Melaka

Hadirin dipersilakan duduk

Salutasi *seperti di lampiran


2.35 PM Ucapan
alu- aluan Bismillah… Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Melaka
pengacar Berwibawa Pintar, Hijau, Bersih.
a majlis
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, marilah sama- sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat


Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapat kita
berkumpul pada petang yang berbahagia ini bagi bersama-sama menjayakan
program yang julung kalinya diadakan di KUIM, iaitu sepetang bersama
Ketua Menteri Melaka.

Saya bagi pihak jawatankuasa majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Yang Amat Berhormat Tuan Hj. Adly bin Zahari, Ketua Menteri
Melaka kerana sudi hadir bagi menjayakan program pada petang ini dan
seterusnya kepada semua tetamu kehormat dan para hadirin yang turut
meluangkan masa menceriakan program pada hari ini, saya menucapkan
selamat datang dan Terima kasih.

Hadirin sekalian,

1
2.40 PM Bacaan Bersarang merbah di balik pohon,
doa Berapit dengan pohon jati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti

Bagi memperoleh keberkatan serta payung rahmat illahi, majlis pada petang
ini dimulakan dengan mempersilakan yang berusaha ustaz zulkefli bin abu
bakar, ketua pusat islam as- syafie untuk mempimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Amiin...amiin ya rabbal alamin...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz zulkefli bin abu bakar
di atas bacaan doa sebentar tadi.

2.45 PM Aluan-
aluan Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, program kita pada petang ini
merupakan satu inisiatif kerajaan negeri Melaka dalam mendengar suara
hati, memberikan pandangan serta maklum balas daripada warga Kolej
Universiti Islam Melaka kepada pihak kerajaan negeri disamping menjalin
ukhwah dan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Banyak madah antara madah,


Madah bersinar kita ungkapkan,
Aluan sudah, doa pun sudah,
Sesi dialog kita mulakan

Majlis dengan sukacitnya menjemput dan menyerahkan majlis kepada


_____________________________________ sebagai moderator untuk
mempengerusikan sesi town hall ini.

Dipersilakan.

Hadirin sekalian..

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat


Tamat
Ketua Menteri Melaka dan ______________________ diatas sesi town hall
sesi town
hall itu tadi.

Juga diucapkan terima kasih kepada semua hadirin diatas kerjasama dan
perkongsian para hadirin semoga dengan perbincangan ini dapat
memberikan banya manfaat pada masa-masa akan datang.

2
2.50 PM Serahan Hadirin sekalian,
cek
majlis kita diteruskan dengan agenda yang seterusnya.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat


Berhormat Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka diiringi oleh yang
berbahagia Datuk Prof Naib Canselor untuk berada diatas pentas bagi
upacara penyampaian mock cheque.

Majlis turut mempersilakan yang berusaha Tn Hj Azrin bin Abdul Majid,


Pengurus Besar TAPEM untuk berada diatas pentas.

Majlis dengan ini menjemput yang berusaha Ustaz Zulkefli bin Abu Bakar,
ketua pusat islam as-syafie. Untuk menerima Mock Cheque Dana Pendidikan
Pelajar-pelajar Tahfiz Bestari sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka.

Seterusnya majlis mempersilakan yang berbahagia Prof. madya Ts Asnul


Dahar bin Minghat, TimBalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan
untuk menerima mock Cheque Dermasiswa pelajar-pelajar Program TVET.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Profesor dr. Hj


Mad Radzai bin Said Naib Canselor KUIM untuk menerima mock cheque
Zakat Asnaf Fisabillah kepada pelajar Muslim KUIM.

Majlis mngucapkan terima kasih kepada pengurus besar TAPEM diatas


kesudian menyampaikan mock Cheque itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha Encik Azahari bin Giman


pengurus YAPEIM cawangan negeri Melaka, untuk menyampaikan
sumbangan food bank kepada yang berbahagia En. Baharom bin Said
Timbalan Naib Canselor Hal ehwal pelajar dan Alumni sambil disaksikan oleh
yang amat berhormat ketua menteri Melaka.

Seterusnya majlis mempersilakan wakil-wakil pelajar yang menerima


sumbangan tersebut dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus YAPEIM.

Majlis memohon agar yang amat berhormat ketua menteri Melaka kekap
berada diatas pentas.

COC
Majlis diteruskan lagi dengan sesi menandatangani sijil kolaberasi antara
KUIM dan Politeknik Melaka.

Dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan yang berbahagia Datuk


Prof Dr. Hj Mad Radzai bin Said dan yang berusaha Tn. Charim bin Ibrahim
Pengarah Politeknik Melaka untuk sesi menandatangani sijil kolaberasi
sambil disaksikan oleh yang amat berhormat ketua menteri Melaka.

3
Majlis mengucapkan terima kasih diatas sesi menandatangani sijil kelaberasi
itu tadi.

Pelancara Hadirin sekalian majlis diteruskan lagi dengan sesi pelancaran buku-buku
n buku terbitan KUIM.

Majlis menjemput wakil-wakil penulis buku untuk berada diatas pentas


dipersilakan.

Majlis mempersilakan Dr Khairul Azhar bin Meeranggani penulis buku


____________________________________ untuk diberikan kepada Yang
Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk ditandatangani.

Seterusnya dipersilakan ________________________________ penulis


buku ______________________________________ untuk ditandatangani
yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka.

Dan yang Terakhir , Dipersilakan ______________________________


penulis buku _______________________________________ untuk
ditandatangani oleh yang amat berhormat ketua menteri.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang amat berhormat ketua


menteri Melaka dan yang berbahagia naib canselor untuk melancarkan buku
tersebut.

GIMIK Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan penutupan sambutan jubli perak
kuim,

Majlis memohon yang amat berhormat ketua menteri Melaka diiringi yang
berbahagia datuk naib canselor untuk memotong streamer sebagai simbolik
pentupan sambutan 25 tahun KUIM.

Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha Dr


____________________________ untuk menyerahkan buku 25 tahun KUIM
kepada yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka.

Majlis mengucapkan terima kasih.

cenderam Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata,


ata
Dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan yang berbahagia naib
canselor KUIM untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat
Berhormat Ketua Menteri Melaka.

Majlis mengucapkan terima kasih diatas penyampaian cenderamata itu tadi


.
bergamba Sesi bergambar

4
r
Dipersilaka yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka dan yang
berbahagia Naib Canselor untuk turun kebawah pentas untuk bersama-sama
para hadirin untuk sesi fotografi.

Dipersilakan yang amat berhormat ketua menteri Melaka diiringi tetamu-


tetamu kehormat untuk berangkat ke bangunan kolej kediaman bagi
merasmikan acara disana.
.

Anda mungkin juga menyukai