Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS PECAH TANAH SURAU SK PADANG TEMU

22/11/2019 (Jumaat)
MASA AGENDA TEKS
1)KETIBAAN Mengumumkan ketibaan
PERASMI
Yang Amat Berhormat
Tuan Adly bin Zahari
Ketua Menteri Melaka

Diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Yang Amat Berhormat dan tetamu-tetamu kehormat serta para hadirin
sekalian dipersilakan duduk.

Lenggang bertapak seni memandang


3) Silat sendeng menyusun jari
KATA Salam Sembah selamat datang
ALUAN Sudilah Tuan ke majlis kami

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Amat Berhormat


Tuan Adly bin Zahari
Ketua Menteri Melaka

YANG BERHORMAT
DATUK NOOR EFFANDI BIN AHMAD
EXCO PENDIDIKAN, MODAL INSAN, SAINS DAN INOVASI NEGERI
MERANGKAP ADUN KAWASAN TELOK MAS

YANG BERBAHAGIA
TN HJ AHMAD HAMIZI BIN ABU HASSAN
KETUA SEKTOR UNIT PENDIDIKAN ISLAM
WAKIL PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

YANG BERBAHAGIA
TN. HJ IZMEER BIN ABU HASSAN
WAKIL PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH

Yang Berbahagia
Tuan Hj Azman bin Aziz
SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Yang Berusaha
Pn Rusnah bt Ismail Guru Besar, SK Padang Temu

Yang Berusaha
En Rashid bin Doralim, Pengerusi Alumni SK Padang Temu

YANG DIHORMATI
TUAN-TUAN PENASIHAT ALUMNI SK PADANG TEMU

YANG DIHORMATI
EN ABDULLAH BIN ISMILE
PENGERUSI MPKK TAMBAK SEBELONG / PANTAI NEKMAT

EN RAHMAT BIN AB RASIP


PENGERUSI MPKK PADANG TEMU

BARISAN AJK ALUMNI SK PADANG TEMU


BARISAN JAWATANKUASA KERJA MAJLIS
PARA GURU, KAKITANGAN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
SEKALIAN

Assalamualaikum w b t dan salam sejahtera


Slm Melaka berwibawa
Slm mendidik daripada hati dgn penuh integriti
Slm seiring transformasi memacu kecemerlangan…

Petang yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna,
kita raikan MAJLIS PECAH TANAH SURAU
SK PADANG TEMU 2019

4) BACAAN
DOA
Hadirin sekalian,
Kalau pergi ke Pantai Nekmat,
Jangan lupa membeli tongkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majis kita pada petang yang indah ini marilah kita bersama-
sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Us
Mohd Khairul Anam bin Mohd Razali

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al


Fadhil Us Mohd Khairul Anam bin Mohd Razali di atas bacaan doa itu
tadi.

Persembahan
Hadirin sekalian,

Awan bersua citra bertuan


Ukiran sukma kilauan mutiara
Sambil berbual sesama jemputan
Persembahan sedia ceria acara

Meneruskan acara pada ptg ini, marilah kita bersama-sama saksikan


persembahan yang diciptakan khas utk majlis hariini. Persembahan ini akan
disampaikan oleh Persatuan Kompang dan silat kampung Padang Temu. Jadi
tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Kompang dan Silat
kampung Padang Temu di atas persembahan hebat itu tadi.
UCAPAN GB
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Hadirin sekalian,
Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari
Pn Rusnah bt Ismail
Guru Besar SK Padang Temu

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Rusnah bt Ismail Guru
Besar SK Padang Temu di atas ucapan aluan itu tadi.

Ucapan
pengerusi Adat berbahasa menyampaikan pesan,
alumni Adat majlis menyampaikan ucapan.

Hadirin sekalian
Bagi meneruskan acara kita pada ptg ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan,
En Rashid bin Doralim, Pengerusi Alumni SK Padang Temu
Untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
ucapan yang telah disampaikan oleh
En Rashid bin Doralim, Pengerusi Alumni SK Padang Temu

UCAPAN Daun semulur di pekan sari


PERASMIAN Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Hadirin sekalian,
Kini, agenda beralih, aturcara berganti. Menanti di haluan kini ialah
Ucapan Perasmi Majlis . Dengan berbesar hati kami menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Yang Amat Berhormat
Tuan Adly bin Zahari
Ketua Menteri Melaka
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS
PECAH TANAH SURAU SK PADANG TEMU 2019.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia tuan
atas ucapan sebentar tadi.

CENDERAMA
TA Hadirin sekalian,

Sebagai menghargai kehadiran dan tanda terima kasih kami kepada YAB Tuan
Adly bin Zahari kerana sudi merasmikan majlis pada hari ini, majlis dengan
ini mempersilakan
En Rashid bin Doralim selaku Pengerusi Alumni SK Padang Temu
menyampaikan cenderamata kepada YAB Tuan Adly bin Zahari sebagai
tanda kenangan .Dipersilakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tuan Adly bin Zahari
dan En Rashid bin Doralim kerana sudi meyempurnakan acara penyampaian
cenderamata itu tadi.

Lawatan tapak Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis dengan segala homat nya mempersilakanYAB Tuan Adly


bin Zahari diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat utk sesi penerangan pelan
pembinaan surau sk padang temu dan juga tapak pembinaan surau. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

GIMIK Hadirin sekalian,


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YAB Tuan Adly
bin Zahari diiringi oleh YB Datuk Noor Effendi bin Ahmad En Rashid bin
Doralim dan juga Puan Rusnah bt Ismail untuk bagi menyempurnakan gimik
perasmian utk hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Begitulah tadi gimik perasmian utk majlis pecah tanah surau sk padang temu.
Dengan itu maka rasmilah pembinaan surau sk padang temu yang sangat sangat
ditunggu oleh warga sekolah ini.
Majilis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Tuan Adly bin Zahari
dan juga tetamu yg sudi menyempurnakan acara gimik sebentar tadi.

Penyampaian
sumbangan Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Hadirin sekalian,
Acara seterusnya adalah majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak
yatim dan asnaf.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jamuan Hadirin sekalian,

Kita telahpun sampai ke penghujung acara. Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih kepada YAB Tuan Adly bin Zahari dan semua tetamu kehormat yang
hadir pada hari ini. Juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga pembinaan surau sk padang temu
membawa seribu manfaat dan hikmah yang dapat kita gunakan khususnya warga
sk padang temu.

Majlis dengan ini mengalukan dan mempersilakan YAB Tuan Adly bin Zahari
dan juga semua tetamu kehormat untuk menjamu hidangan yang telah pun
tersedia di kantin sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersialkan.

Jadi izinkan saya mengundur diri, sebarang salah silap harap dimaafi. Saya
sudahi dgn kalimah mulia wabillahi taufiq walhidayah wssaalm

Anda mungkin juga menyukai