Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM & SAHSIAH 2022/2023

SALUTASI BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berusaha Tn Hj Abd Razak bin Adam (Pengetua SMK Lubok China),
Pn Sepiah binti Ibrahim (PK Pentadbiran), Tn Hj Jalil bin Ismail (PK HEM),
En Mohd Nazaruddin bin Mohd Nor (PK Kokurikulum), En Noordin bin
Ambon (PK Ting 6), En Ahmad Basek bin Mohd Gunnos (PK Pendidikan
Khas),
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, dan seterusnya para penerima
anugerah yang dikasihi.

ALUAN Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah


dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Apresiasi Kokurikulum
& Sahsiah Sesi 2022/2023.

BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En Azrizal bin Zainal.
Dipersilakan.

AMIN, YA RABBAL ALAMIN….Terima kasih diucapkan kepada En Azrizal


atas bacaan doa sebentar tadi.

PENGERUSI Hadirin sekalian,


MAJLIS
Objektif utama majlis yang bermakna ini diadakan adalah bertujuan untuk
memberi pengiktirafan kepada murid-murid dan guru-guru pembimbing atas
daya usaha mereka mencapai kejayaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat
negeri, kebangsaan, dan antarabangsa yang disertai. Semoga dengan
pengiktirafan ini, ianya dapat menjadi pemangkin semangat bagi murid-murid
dan guru-guru untuk menyertai aktiviti kokurikulum ke peringkat yang lebih
baik pada masa akan datang.

UCAPAN TUAN Tirai majlis diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Abd Razak bin Adam
PENGETUA (Pengetua SMK Lubok China) untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIA Hadirin yang dikasihi,


N SIJIL DAN
HADIAH Melati kuntum rotan bersua,
Tumbuh melata di tepi kali,
Hari Apresiasi 2022,
Hari insan cemerlang untuk dihargai.

Untuk itu, majlis sekali lagi mempersilakan Tn Hj Abd Razak b Adam diiringi
oleh En Mohd Nazaruddin bin Mohd Nor bagi menyempurnakan upacara
penyampaian sijil dan cenderamata penghargaan kepada para penerima. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian sijil dan cenderamata penghargaan dimulakan dengan


mempersilakan…………………………..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua dan En Mohd Nazaruddin


atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.
MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM & SAHSIAH 2022/2023

PENUTUP Hadirin yang dikasihi,

Tirai majlis sudah berada di penghujungnya. Majlis ingin merakamkan


setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada murid-murid dan guru-
guru yang telah mengharumkan nama SMK Lubok China di peringkat negeri,
kebangsaaan, dan antarabangsa dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun
2022.
Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan kita peroleh pada masa akan
datang. In Shaa Allah.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum wbt

JAMUAN Dipersilakan Tn Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, dan murid-murid


MAKAN untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai