Anda di halaman 1dari 6

PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Yang Dipertua


KETIBAAN PIBG SK Paya Ara, En Azmi bin Daud diiringi dif-dif jemputan.
NYANYIAN Hadirin diminta terus berdiri tegak bagi menyanyikan dua
LAGU buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang
dengan penuh semangat.

ALUAN Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


PENGERUSI Malaysia Madani
MAJLIS
Jika ada pancing di tangan,
Mari mengail ikan kerapu,
Kami menunggu datangmu tuan,
Majlis berseri bertambah mutu.

(BACA SALUTASI )

Hadirin yang dimuliakan,

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana


dengan berkat kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita
berkumpul di Persada Perpaduan ini untuk menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Paya Ara bagi Tahun
2023.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan


para tetamu yang sudi hadir dalam majlis yang sangat
signifikan ini.

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan


percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi
meningkatkan segala macam bentuk kemajuan untuk sekolah
ini menjadi lebih terkehadapan di masa yang akan datang.

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang dirahmati,


 

Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.
 

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh
Yang dihormati Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahril bin Mohd
Saad

Majlis mempersilakan.

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa sebentar


tadi memberikan kelancaran dan keberkatan kepada majlis
kita pada hari ini.

UCAPAN GURU Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


BESAR
Kalau hendak ke Pekan Dengkil,
Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan amanat bingkisan kalbu.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Nor


Azmi bin Salleh, Guru Besar SK Paya Ara untuk
menyampaikan amanat.

Majlis mempersilakan.

- -Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan


yang cukup bermakna sebentar tadi.

UCAPAN YDP Para tetamu yang dihormati,


PIBG DAN  
PERASMIAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih,
Tampillah Tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
 

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan Yang dihormati En Azmi bin Daud selaku
Yang Dipertua PIBG SK Paya Ara bagi menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG bagi tahun 2023.

Majlis mempersilakan.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


CENDERAMATA
AJK PIBG ,
PERASMI dan Manis sungguh kata bermadah,
CABUTAN Buat teman pergi berotan,
BERTUAH 1. Ucapan sudah perasmian pun sudah,
Penyampaian cenderamata tanda ingatan.

Majlis dengan penuh hormat mempersilakan GPK 1, En Azari


bin Masrom bagi mengiringi Tuan Guru Besar En Nor Azmi
bin Salleh ke tengah pentas bagi menyampaikan
cenderamata kepada AJK PIBG 2022/2023. Majlis dengan
penuh takzim, mempersilakan.

(SENARAI AJK PIBG 2022 / 2023)

Sebagai tanda kenang- kenangan, majlis mempersilakan Tn


Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata kepada
perasmi kita pada hari ini iaitu YDP PIBG SK Paya Ara, En Azmi
bin Daud.
--

Mohon Tuan YDP kita untuk terus berada di tengah pentas


bagi membuat cabutan bertuah sesi pertama. Dipersilakan.

REHAT
(JAMUAN) Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah terhidang di meja.

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kita berhenti rehat


seketika. Semua hadirin dijemput menjamu selera dan majlis
kita akan bersambung pada jam __________.

CABUTAN Assalamualaikum dan selamat kembali.


BERTUAH 2
Kita hangatkan pagi ini dengan acara yang seterusnya. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru Besar, En
Nor Azmi bin Salleh bagi mencabut nombor bertuah.
Dipersilakan.

MESYUARAT Hadirin sekalian,


DIMULAKAN
Tanpa melengahkan masa, kita akan mulakan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke 55. Kami serahkan majlis kepada
YDP PIBG untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

CABUTAN Hadirin sekalian,


BERTUAH 3
Kita masih berpeluang untuk bertuah pada pagi ini. Kita akan
teruskan majlis dengan cabutan bertuah sesi ketiga. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput En Othman bin Mohd
Yusof (NYDP PIBG) bagi mencabut nombor bertuah.
Dipersilakan.

BERSURAI / Bertiup bayu di pantai indah,


PENUTUP Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita berakhir di sini. Saya mewakili seluruh


jawatankuasa kerja merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat. Andai ada salah dan silap sepanjang
majlis ini berlangsung, kemaafan jualah yang kami pohonkan.

Sekian, terima kasih.

SALUTASI MAJLIS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG


SK PAYA ARA
2023/2024

1. YANG BERBAHAGIA
- EN AZMI BIN DAUD (YANG DIPERTUA PIBG SK PAYA ARA)

2. YANG BERUSAHA
-EN NOR AZMI BIN SALLEH (GURU BESAR SK PAYA ARA)
- EN OTHMAN BIN MOHD YUSOF (NYDP PIBG SK PAYA ARA)

3. YANG DIHORMATI (GPK)


- EN AZARI BIN MASROM (GPK 1 SK PAYA ARA)
- EN ZULKARNAIN BIN HUSSEIN (GPK HAL EHWAL MURID SK
PAYA ARA)
- TN HJ NORI AMRI BIN AMRAN (GPK KOKURIKULUM SK PAYA
ARA)

DAN SETERUSNYA GURU-GURU, KAKITANGAN SOKONGAN SEKOLAH,


DAN YANG DIRAIKAN IBU BAPA DAN HADIRIN CEMERLANG, PEMACU
KEGEMILANGAN ANAK- ANAK SK PAYA ARA.

Anda mungkin juga menyukai