Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTEMUAN IBU BAPA DAN PERBINCANGAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SK KOTA MASAI 3 TAHUN 2022

BismilLahir Rahmanir Rahim..

Assalamu `Alaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan salam Darul Ta’zaim.

Pembuka kata lidah bicara, izinkan saya mulakan acara, semoga majlis disambut
mesra

1. Yang Berusaha,

Cikgu Asrol Faezal bin Ahmad

Guru Besar

SK Kota Masai 3

2. Yang Dihormati,
Cikgu Nor Aza binti Busra

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

SK Kota Masai 3

3. Yang Dihormati,

Guru-guru Penolong Kanan

SK Kota Masai 3
4. Yang Dihormati,

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Ibu bapa, penjaga murid-murid Pendidikan Khas,

SK Kota Masai 3

5. Guru-guru Pendidikan Khas,

SK Kota Masai 3 yang dirahmati Allah sekalian.

Kapur gambir dalam puan,

Menggobek sirih tepi serambi,

Selamat datang hadirin sekalian,

Tambah sempurna majlis kami.

6. Selamat datang ke :

“MAJLIS PERTEMUAN IBU BAPA DAN PERBINCANGAN RANCANGAN


PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK
KOTA MASAI 3 TAHUN 2022”
7. Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana
dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada hari ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan
penjaga yang sudi hadir dalam majlis yang sangat signifikan ini. Majlis ini
tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas
dan pandangan bagi meningkatkan segala macam bentuk kemajuan untuk
murid- murid Pendidikan Khas dan sekolah ini menjadi lebih terkehadapan
di masa yang akan datang.

Gosok tembaga sampai berkilat,

Nampak cahayanya semakin hebat,

Majlis kita insya Allah berkat,

Bersulam dengan rahim dan rahmat.

8. Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh :

Ustaz Che Shihabuddin bin Che Musa

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

Ustaz Che Shihabuddin bin Che Musa atas bacaan doa itu tadi. Semoga
bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran dan keberkatan kepada
majlis kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,

Belikan saya kain belacu,

Silakan tuan segera tampil,

Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

9. Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Asrol Faezal bin


Ahmad, Guru Besar SK Kota Masai 3 untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan)
Bunga selasih di dalam puan,

Harum melati penyeri intan,

Terima kasih ucapan tuan,

Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Cikgu Asrol Faezal bin Ahmad Guru Besar SK Kota Masai 3 atas kesudian
menyampaikan ucapan alu-aluan yang cukup bermakna sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

10. Majlis kita pagi ini diteruskan lagi dengan mendengar taklimat yang akan
disampaikan oleh Yang Dihormati, Cikgu Nor Aza binti Busra, Guru
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Kota Masai 3. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***********(Taklimat)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Cikgu Nor Aza binti Busra atas taklimat sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

11. Majlis kita diteruskan lagi dengan.......

PELANTIKAN AHLI MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID PENDIDIKAN


KHAS SESI 2022/2023

- Pengerusi sementara
- Pencalonan dan Lantikan AJK
-
Bertiup bayu di pantai indah,

Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

Jangan menjadi bekalan pulang,

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

12. Majlis kita berlabuh di sini. Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima
kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari ini. Akhir
kata, saya ingin memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau
cara sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Semoga kita bersua lagi pada
masa yang akan datang

Madah diungkap santun bicara,

Pantun dilantun mengusik hati,

Salah dan silap tutur bicara,

Pohon di ampun seikhlas hati.


Kain yang carik Cuma di hujung,

Dibuat alas mengelap kendi,

Budi yang baik tetap dijunjung,

Ada rezeki berjumpa lagi.

13. Sekian wabillahi taufik..................

PERJUMPAAN RPI

Anda mungkin juga menyukai