Anda di halaman 1dari 17

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN KHAS

SK KOTA MASAI 3 TAHUN 2021

1. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha,

En. Asrol Faezal bin Ahmad

Guru Besar SK Kota Masai 3

(Yang Dihormati,

Pn.Norazah binti Ya’cob,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Kota Masai 3)

2. Yang Dihormati,

Pn. Nor Aza binti Busra

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

SK Kota Masai 3
3. Yang Dihormati,

Guru-guru Penolong Kanan

SK Kota Masai 3

4. Guru-guru, Pembantu-pembantu Pengurusan Murid dan murid-murid


Pendidikan Khas SK Kota Masai 3 yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,

Dibawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan majlis penuh ceria

5. Selamat datang ke :

Majlis Apresiasi pendidikan khas SK Kota Masai 2021


Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

6. Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada hari ini.

7. Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua
hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini,.(terutamanya
kepada Yang Berusaha, En. Asrol Faezal bin Ahmad, Guru Besar SK Kota
Masai 3 kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan
diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih
memerlukan perhatian beliau) Ucapan terima kasih juga kepada Guru-
Guru Penolong kanan yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak pendidikan khas. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah.
8. Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh :

Ustaz Che Shihabuddin bin Che Musa

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

9. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

Ustaz Che Shihabuddin bin Che Musa atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati


Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmatNya,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

10. Para hadirin sekalian,

Warga Pendidikan Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) SK Kota


Masai 3 adalah seperti sebuah keluarga yang besar yang sentiasa berusaha
keras sepanjang tahun bagi memartabatkan Pendidikan Khas dan
membimbing murid-murid Pendidikan Khas ke arah kecemerlangan.

Aktiviti yang terdapat dalam Pendidikan Khas merupakan aktiviti yang


dapat memberi input kepada murid mengenai kemahiran asas hidup dan
juga pemulihan. Aktiviti ini juga dapat menjadi rangsangan yang aktif
kepada murid untuk kekal cergas selaras dengan matlamat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melahirkan modal insan yang
seimbang dari Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Majlis Apresiasi ini diadakan adalah untuk menyampaikan hadiah, anugerah


dan penghargaan di atas pencapaian-pencapaian murid pendidikan khas
sepanjang tahun 2021, Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun.
Antara hadiah dan anugerah yang akan disampaikan pada hari ini adalah
bagi :

i. Pertandingan Stacking antara kelas

ii. Pertandingan E-catur anatara kelas

iii. Kumpulan Terbaik Perkhemahan Pengakap

iv. Hadiah Penghargaan Tamat Sekolah Rendah

v. Pertandingan Sempena Hari Pendidikan Khas

vi. Hadiah Hari Lahir

serta

vii. Anugerah Kemenjadian Murid yang terdiri daripada :

- Anugerah Kehadiran Terbaik

- Anugerah Sahsiah Terbaik

- Anugerah Kokurikulum Terbaik

Dan

- Anugerah Kurikulum Terbaik.


11. Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, En. Asrol Faezal bin

Ahmad, Guru Besar SK Kota Masai 3 (Yang Dihormatii, Pn.Norazah binti

Ya’cob, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Kota Masai 3) untuk

menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


Asrol Faezal bin Ahmad, Guru Besar SK Kota Masai 3 (Yang Dihormatii,
Pn.Norazah binti Ya’cob, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Kota
Masai 3), atas ucapan sebentar tadi.
12. Hadirin dan Hadirat sekalian,

Sekarang tibalah saat-saat yang dinanti iaitu majlis penyampaian hadiah


dan anugerah.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Cikgu Nursyazwanie binti Rosman untuk


mengiringi En. Mohd Faiz bin Nandari, PK Petang SK Kota Masai 3 untuk
menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

13. Hadiah untuk Kumpulan terbaik, Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas.


Perkhemahan ini telah diadakan pada 26 Januari yang lalu.

Kumpulan Terbaik dimenenangi oleh :

_____________________________________________________________

14. Seterusnya hadian bagi Pertandingan Stacking antara kelas :

Tempat ketiga dimenangi oleh :

_____________________________________________________________

Tempat kedua dimenangi oleh :

_____________________________________________________________

Tempat pertama dimenangi oleh :

_____________________________________________________________
15. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Faiz bin Nandari, PK
Petang SK Kota Masai 3
16. Seterusnya penyampaian hadiah untuk Pertandingan E-catur dan
Pertandingan sempena Hari Pendidikan Khas.

Majlis menjemput Ustaz Che Shihabuddin b Che Musa untuk mengiringi Pn.
Nor Shafika binti Ishak, PK Ko-kurikulum SK Kota Masai 3 untuk
menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

17. Bagi Pertandingan E-catur antara kelas :

Tempat ketiga dimenangi oleh :

_____________________________________________________________

Tempat kedua dimenangi oleh :

_____________________________________________________________

Tempat pertama dimenangi oleh :

_____________________________________________________________
18. Pertandingan sempena Hari Pendidikan Khas

Pertandingan Musang Berjanggut :

Hadiah saguhati dimenangi oleh :

i. ________________________________________________________

ii. ________________________________________________________

iii. ________________________________________________________

Tempat ketiga : ________________________________________________

Tempat kedua : ________________________________________________

Tempat pertama : ______________________________________________

Pertandingan Dadu Beracun :

Hadiah saguhati dimenangi oleh :

i. ________________________________________________________

ii. ________________________________________________________

iii. ________________________________________________________

Tempat ketiga : ________________________________________________

Tempat kedua : ________________________________________________

Tempat pertama : ______________________________________________


19. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nor Shafika binti Ishak, PK Ko-
kurikulum SK Kota Masai 3.
20. Penyampaian hadiah diteruskan lagi untuk murid-murid yang akan ke
sekolah menengah dan hadiah Hari lahir.

Majlis mempersilakan Cikgu Mohd Fairuz bin Wahab mengiringi Pn. Nor
Aza binti Busra, PK Pend.Khas SK Kota Masai 3 untuk menyampaikan
hadiah.

21. Hadiah untuk murid yang akan kesekolah menengah :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

Semoga anda berdua lebih cemerlang di sekolah menengah nanti.

22. Seterusnya Hadiah Hari Lahir, semua murid akan menerima hadiah ini.
Untuk itu dipersilakan wakil setiap kelas bagi menerima hadiah.

PPKI 1, PPKI 2, PPKI 3 dan PPKI 4.

23. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nor Aza binti Busra, PK
Pend.Khas SK Kota Masai 3.
24. Sekarang tibalah kita ke kemuncak majlis kita pada hari ini iaitu Anugerah
Kemenjadian Murid.

Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Pn. Nor Aza binti Busra, PK


Pend.Khas untuk mengiringi Pn. Norazah binti Ya’cob, PK Hal Ehwal Murid
SK Kota Masai 3, untuk menyampaikan anugerah.

25. Anugerah yang pertama, Anugerah Kokurikulum Terbaik :

PPKI 1 ________________________________________________________

PPKI 2 ________________________________________________________

PPKI 3 ________________________________________________________

PPKI 4 ________________________________________________________

26. Anugerah yang kedua, Anugerah Kurikulum Terbaik :

PPKI 1 ________________________________________________________

PPKI 2 ________________________________________________________

PPKI 3 ________________________________________________________

PPKI 4 ________________________________________________________
27. Anugerah yang ketiga, Anugerah Kehadiran Terbaik Terbaik :

PPKI 1 ________________________________________________________

PPKI 2 ________________________________________________________

PPKI 3 ________________________________________________________

PPKI 4 ________________________________________________________

28. Anugerah terakhir, Anugerah Sahsiah Terbaik Terbaik :

PPKI 1 ________________________________________________________

PPKI 2 ________________________________________________________

PPKI 3 ________________________________________________________

PPKI 4 ________________________________________________________

29. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Norazah binti Ya’cob, PK Hal
Ehwal Murid SK Kota Masai 3 di atas kesudian menyampaikan anugerah-
anugerah.

30. Majlis mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pemenang-


pemenang, penerima-penerima anugerah dan penyampai hadiah dan
anugerah sebentar tadi.
Bersyukur kini kami panjatkan,

Penyampaian hadiah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan....

31. Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk saya
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit

Kalau ada silap dan salah

Jangan jadikan kenangan pahit


32. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

33. Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai