Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Hadirin sekalian,
Bagi kelancaran majlis , pihak sekolah memohon kerjasama daripada ibubapa serta
Peringatan Ibubapa murid-murid agar kekal berada dalam majlis sehingga majlis selesai. Selain daripada
( 8.25 – 8.30 am) itu, dimohon semua hadirin yang berada dalam dewan memastikan telefon bimbit anda
(Hanim) berada dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung.

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai. Terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Announcement 1
Para tetamu diminta untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
(Hanim)
dimulakan sebentar lagi. Terima kasih.

Hadirin sekalian,
Mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha, En Elmi Azham Shah bin Marsom @
Ketibaan Abdul Razak, guru besar SK 1 Simpang Lima, Yang Berbahagia Puan Siti Zalzaliza
(Hanim) binti Zulkhafri YDP PIBG SK 1 Simpang Lima, Yang Dihormati Sarjan Muhamad
Shamusyuari Bin Fauzi Pegawai Perhubungan Sekolah SK 1 Simpang lima,barisan
pentadbir dan seterusnya AJK PIBG.

Para hadirin diminta berdiri tegak untuk menyanyikan lagu negaraku.


Lagu negaraku
8:02-8:05 -selesai-
(Hanim)
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Para hadirin dijemput duduk.

   
SALUTASI Bismillahirahmanirahim
  Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.
(anis)  
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
 
Yang Berusaha En ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM @ ABD RAZAK, Guru
Besar SK (1) Simpang Lima
Yang berbahagia Yang Dipertua Pibg Puan Siti Zalzaliza binti Zulkhafri,

Yang Dihormati Sarjan Muhamad Shamusyuari Bin Fauzi Pegawai Perhubungan


Sekolah SK 1 Simpang lima,

Barisan Pentadbir Sekolah ;


 Tuan Haji Husni bin Darus, GPK Pentadbiran
 Puan Azila binti Abdul Aziz, GPK Hal Ehwal Murid
 En Mohd Mohsan bin Bahardin GPK Kokurikulum

 Yang Dikasihi lagi disayangi, AJK PIBG, para guru, ibubapa dan seterusnya murid-
murid sekalian.

Hadirin yang dihormati,


Warga SK 1 Simpang lima, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke ”MAJLIS
KATA-KATA ANUGERAH KECEMERLANGAN BAGI TAHUN 2022/2023”.
ALUAN Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para murid yang
PENGACARA menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum.
 (Anis) Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap murid.

Hadirin dan hadirat sekalian

Kalau pergi Tanjung Keramat,


        Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
        Moga majlis mendapat berkat.
BACAAN DOA
 
 8:09-8:10
Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, pihak majlis menjemput
(anis)
dan mempersilakan, En Ahmad Shahir bin Kamarudin untuk memimpin bacaan
doa.
Majlis mempersilakan.
 
–       Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Hadirin sekalian, Marilah kita sama-sama berhibur dengan menyaksikan persembahan


tarian tradisional melayu iaitu Tari Tualang Tiga. Majlis mempersilakan.
Persembahan tarian
-selesai-
(Anis)
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi.
Untuk pengetahuan hadirin, persembahan pada hari ini adalah bawah bimbingan cikgu
Azma binti Ibrahim.

Emas tempawan buat mu puteri,


Busana indah buat kekasih,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Berilah kata simpulan kasih.  

Ucapan GB Hadirin yang dihormati,

(Hanim) Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha , En Elmi Azham Shah Bin
Marsom @ Abdul Razak, guru besar sk 1 simpang lima untuk memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada En Elmi Azham Shah bin
Marsom @ Abdul Razak atas ucapan sebentar tadi.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang Jerami,
Tampilah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin yang dihormati,


UCAPAN Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia , Puan Siti Zalzaliza binti
PERASMIAN Zulkhafri, YDP PIBG SK 1 Simpang Lima untuk memberikan ucapan seterusnya
merasmikan HARI ANUGERAH CEMERLANG SK 1 SIMPANG LIMA Tahun
 (Anis) 2022/2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada Puan Siti Zalzaliza binti
Zulkhafri atas ucapan perasmian sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,

(sesi 1) Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah akademik


kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang. Oleh itu, majlis
dengan penuh takzimnya menjemput Tn Haji Husni bin Darus diiringi oleh Pn.
(Anis & Hanim) Azila Binti Abdul Aziz bagi menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Penyampaian hadiah dimulakan bagi kategori anugerah terbaik dalam kelas.

Dimulakan dengan:
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 1 Kuning
o Tempat ketiga ________________
o Tempat kedua __________________
o Tempat pertama _________________
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 1 Hijau
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 2 Kuning
 Anugerah terbaik dalam kelas 2 Hijau
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 3 Kuning
 Anugerah terbaik Dalam Kelas 3 Hijau
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 4 Kuning
 Anugerah Terbaik dalam kelas 4 Hijau
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 5 Kuning
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 5 Hijau
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 6 Kuning
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 6 Hijau
 Anugerah Terbaik Dalam Kelas 6 Merah

Hadirin Sekalian,
Anugerah yang seterusnya ialah Anugerah Peningkatan Akademik:
Dimulakan dengan:
1.
2.

-selesai-

Seterusnya majlis menjemput Pn. Azila Binti Abdul Aziz bagi menyampaikan
cenderamata kepada Tn Haji Husni Bin Darus atas kesudian beliau menyampaikan
Anugerah sebentar tadi.

-Majlis mengucapkan terima kasih kepada TN Haji Husni bin Darus dan Pn. Azila
Binti Abdul Aziz atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

PERSEMBAHAN NYANYIAN DUET

PERSEMBAHAN Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan nyanyian duet yang akan
MURID disampaikan oleh _____________________________ dari kelas __________ yang
bertajuk _______________________. Majlis mempersilakan.
(anis)
-selesai-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada__________________________ atas


persembahan nyanyian sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah bagi kategori Terbaik
Keseluruhan. Oleh itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang berusaha En
Elmi Azham Shah bin Marson @ Abdul Razak diiringi oleh Tn Haji Husni bin Darus
bagi menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mengumumkan para penerima Anugerah :

 Terbaik Keseluruhan Tahun 1


o Tempat Ketiga ________________
o Tempat Kedua__________________
o Tempat Pertama _________________

 Terbaik Keseluruhan Tahun 2


 Terbaik Keseluruhan Tahun 3
 Terbaik Keseluruhan Tahun 4
 Terbaik Keseluruhan Tahun 5
 Terbaik Keseluruhan Tahun 6
Hadirin Sekalian,
Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah nilam.

ANUGERAH Mengumumkan para penerima anugerah Nilam bagi kategori:

(SESI 2) * Pembaca Terbanyak Keseluruhan Tahap 1

 Dijemput ___________________________
(Hanim & Anis)
* Pembaca Terbanyak Keseluruhan Tahap 2

Seterusnya ialah penyampaian Anugerah Nilam Bagi kategori


* Tokoh NILAM (wakil sekolah) Bahasa Melayu
Dijemput Muhammad Zarif Bin Khairul Azizi
* Tokoh NILAM (wakil sekolah) Bahasa Inggeris
Dijemput Hamirthasshri A/P Saravanan

-selesai-

- Majlis menjemput Tn Haji Husni bin Darus bagi menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berusaha En ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM @ ABD RAZAK
atas kesudian beliau menyampaikan Anugerah sebentar tadi.

-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En Elmi Azham Shah bin
Marson @ Abdul Razak dan Tn Haji Husni bin Darus atas penyempurnaan acara
sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, Seterusnya kita berhibur seketika dengan menyaksikan persembahan
tarian irama Malaysia oleh murid-murid tahun 3. Majlis mempersilakan.
tarian irama
-selesai-
Malaysia murid-
murid Tahun 3
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian yang disampaikan sebentar
(Hanim) tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah tokoh Sekolah SK 1 Simpang


Lima. Oleh itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berbahagia Puan Siti
Zalzaliza binti Zulkhafri YDP PIBG SK 1 Simpang Lima diiringi oleh Yang
Berusaha En ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM @ ABD RAZAK bagi
menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
PENYAMPAIAN
ANUGERAH  Rujuk Teks Tokoh
TOKOH

(anis & Hanim) -selesai-


-Majlis menjemput Yang Berusaha En ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM
@ ABD RAZAK bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Puan
Siti Zalzaliza binti Zulkhafri atas kesudian beliau menyampaikan Anugerah sebentar
tadi.

-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Siti Zalzaliza binti
Zulkhafri dan Yang Berusaha En ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM @
ABD RAZAK atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

PERSEMBAHAN

Persembahan Hadirin sekalian, Seterusnya kita berhibur seketika dengan menyaksikan persembahan
nyanyian dan nyanyian dan gerakan murid-murid Tahun 1. Majlis mempersilakan.
gerakan murid-
-selesai-
murid Tahun 1
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nyanyian dan gerakan yang
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi
ini. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih pada Yang Berusaha En ELMI
BERSURAI AZHAM SHAH BIN MARSOM @ ABD RAZAK , Yang Berbahagia Puan Siti
Zalzaliza binti Zulkhafri, Yang dihormati Sarjan Muhamad Shamusyuari Bin
Fauzi, Barisan pentadbir, Ajk PIBG, Guru-guru, Ibubapa, Murid-murid
dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Kami, wakil pihak pengurusan Hari Anugerah
Kecemerlangan ingin memohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran, kepincangan
dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai