Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS JAMUAN TAHUN 6 2022/2023

DESKRIPSI SKRIP
Assalamualaikum wbt.

Bersiar-siar di Tanjung Bidara,


Singgah makan sepinggan lokan,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Majlis Jamuan Tahun 6 kita jayakan

1) Yg Berusaha, Cgu Nazarimi bin Mansor, Guru Besar SK Seri Jaya


2) Cgu Fauziah bt Mohammad Nor, GPK Pentadbiran
3) Cgu Sayani bt Arsad, GPK HEM
4) Cgu Mohd Keyma bin Ahmad Azani, GPK Kokurikulum
5) guru-guru, dan anak didik Tahun 6 yang dikasihi sekalian...
Alu-aluan
Alhamdulillah. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya jua dapat kita berkumpul di
sini di pagi yang indah ini bagi meraikan majlis Jamuan Tahun 6 peringkat SK
Seri Jaya bagi sesi 2022/2023.

Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan-makan. Ia juga
menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, bagi
mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain setelah berpenat lelah
dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang sesi
ini.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin hadirat


dipersilakan berdiri.
Negaraku
# Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yg penuh bermakna ini,
marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Adik Zaid Ammar bin Abd Jalil. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Doa
# Amin...amin ya rabbal ‘alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adik Zaid atas bacaan doa
itu tadi.

Ucapan Ketua
Murid Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh takzimnya


mempersilakan Adik Azalia Zahira binti Mohd Zamri selaku Ketua Murid,
untuk menitipkan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

# Terima kasih diucapkan kepada Adik Azalia Zahira di atas ucapan sebentar

1
tadi.

Besar langit di tepi busut


Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

Ucapan GPK Hadirin hadirat sekalian,


Pentadbiran Seterusnya marilah kita bersama-sama mendengar sepatah dua kata
daripada GPK Pentadbiran SK Seri Jaya, Cgu Fauziah bt Mohammad Nor.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

# Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cgu Fauziah binti Mohammad Nor
di atas sepatah dua kata itu tadi.

Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin hadirat yang dimuliakan...


Ucapan GB
Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya ingin mempersilakan Cgu
Nazarimi bin Mansor, Guru Besar SK Seri Jaya untuk menyampaikan ucapan
beliau bersempena dengan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan...

# Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Cgu Nazarimi bin Mansor di
atas ucapan itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan...

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan penyampaian


cenderahati kepada murid-murid Tahun 6 yang telah dilantik sebagai
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan
Penyampaian Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Untuk itu, majlis ingin menjemput para
Cenderahati pentadbir, untuk mengiringi Tn Guru Besar, Cgu Nazarimi bin Mansor bagi
Pemimpin Kecil menyempurnakannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Penyampaian cenderahati dimulakan dengan ….

# Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Cgu Nazarimi di atas


penyampaian cenderahati kepada para pemimpin kecil itu tadi.

Persembahan 1
Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya, bagi menambah kemeriahan majlis, marilah kita sama-sama


menyaksikan persembahan drp Adik Azalia Zahira bt Mohd Zamri dan Adik
Airis Salsabila bt Salim yang akan melagukan sebuah syair. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

# Marilah kita berikan satu tepukan yang gemuruh di atas persembahan yang

2
sangat menusuk hati itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan...

Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


kepada semua murid Tahun 6 SK Seri Jaya bagi sesi 2022/2023. Bagi
Penyampaian menyempurnakan maksud ini, majlis sekali lagi ingin menjemput Tn Guru
Cenderahati Besar, Cgu Nazarimi bin Mansor, dengan diiringi oleh para pentadbir. Majlis
Semua Murid dengan segala hormatnya mempersilakan...
Tahun 6
Dimulakan dengan murid-murid Tahun 6 Al Biruni….

# Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Cgu Nazarimi di


atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Kemeriahan majlis akan diteruskan lagi dengan satu persembahan koir oleh
murid-murid perempuan Tahun 6 di bawah bimbingan Cgu Abdul Hadi bin
Persembahan 2
Salim. Marilah kita sama-sama memberikan satu tepukan yang gemuruh
kepada mereka….

# Terima kasih diucapkan di atas persembahan sebentar tadi.

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar. Untuk itu,
majlis ingin menjemput Adik Muhammad Mikail Mahdi bin Mohd Nabil
Bacaan ikrar untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan ....

# Terima kasih diucapkan kepada Adik Muhammad Mikail Mahdi di atas


bacaan ikrar itu tadi.

Penutup
Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu

Para hadirin sekalian,

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi bersama-sama
memeriahkan majlis Jamuan Tahun 6 peringkat sekolah SK Seri Jaya bagi sesi
2022/2023 ini. Buat semua murid Tahun 6, janganlah dijadikan perpisahan
ini sebagai titik noktah silaturrahim dengan para guru dan juga sesama
sendiri. Sebaliknya jadikan ianya sebagai titik permulaan bagi perhubungan
yang lebih erat, yang akan berkembang selari dengan pertambahan usia,
terutamanya di zaman ini, yang mana teknologi maklumat dan media sosial
hanya berada di hujung jari. Akhir kata, jari disusun maaf dipinta, panjang
usia bersua kembali. Para hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan yang
telah disediakan di bahagian belakang dewan setelah majlis ini berakhir.
Marilah kita akhiri majlis dengan bacaan surah Al Asr. Sekian,
3
wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai