Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

KATA SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Dihormati,
Encik Nazarul bin Jaafar,
Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti
Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Yang Berusaha,
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,
Guru besar SK Kota Masai;

Yang dihormati,
En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,
Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan - tuan, puan - puan serta
hadirin yang dimuliakan.

Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra
kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK
Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah nyanyian " LAGU BANGSA JOHOR" dan " LAGU SEKOLAH"
Hadirin dipersilakan berdiri.

*Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan
SK Kota Masai kali ke-16 pada hari ini.

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad
Yasir bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

MENAIKKAN BENDERA
Hadirin yang dihormati,
KEJOHANAN DAN IKRAR
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.
KEJOHANAN
( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)
Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz untuk memimpin bacaan ikrar
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz
atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN GURU BESAR


Hadirin yang dimuliakan,
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru
Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Dihormati Encik
Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir
Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga
Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Gimik Perasmian)

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai Kali ke-16
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Tahun 2020. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik
Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir
Gudang atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA Tuan-tuan dan puan-puan,


KEPADA PERASMI
Burung Nuri dipandang dara,
Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
Perbandaran Pasir Gudang . Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar atas kesudian
menerima cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

ACARA 100 M L12 & P12 Hadirin,

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara 100M L12 akhir dan acara 100M P12 akhir.

PENYAMPAIAN HADIAH Sidang hadirin yang dimuliakan,


TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji
Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

MAJLIS PENUTUP DAN


PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang untuk
meneruskan acara. Dipersilakan.

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar
tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Haji
Zainuddin bin Hj Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru penolong kanan kokurikulum
bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua
pentadbir dan tetamu jemputan ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera
kejohanan. Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai kali ke-15 ini dengan
nyanyian lagu ‘Negaraku’

Sekian, terima kasih

Majlis bersurai.......

Anda mungkin juga menyukai