Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SMA TARBIAH ISLAMIAH 2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
SAW.

Dengan izin dan limpah kurniaNya maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada
hari yang indah dan penuh ceria ini.

Yang Berbahagia,

Encik Mohamed Azhar bin Yop


Setiausaha Lembaga Pengurusan Sekolah

Yang Berusaha,

Encik Abdul Rashid bin Shamsudin Penolong Kanan Kokurikulum,


PEMBUKAAN &
SALUTASI Puan Zuraini binti Idrus, Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Zaiton Binti Ahmad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Guru- guru, para hadirin serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Tirai dibuka majlis bermula,
Selamat datang untuk semua.

Bagi pihak warga Sekolah SMA Tarbiah Islamiah kami mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan. Kami dengan rasa bangganya meluahkan rasa terima
kasih yang tidak terhingga atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bagi
memeriahkan temasya Kejohanan Balapan dan Padang kali ini.
Hadirin sekalian,

Majlis hari ini dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat oleh para kontinjen
rumah sukan. Dengan itu, majlis dengan sukacita dan rasa berbesar hati
LINTAS menjemput Encik Abdul Rashid bin Shamsudin Penolong Kanan Kokurikulum, bagi
HORMAT mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohamed Azhar bin Yop
ke pentas utama untuk menerima lintas hormat oleh para peserta.

Majlis mempersilakan.

Perbarisan lintas hormat diketuai oleh Abdul Muiz Bin Ahmad selaku ketua
pembaca ikrar

Seterusnya perbarisan rumah sukan dimulakan dengan rumah sukan Hamzah.


Rumah sukan gagah dan hebat ini diketuai oleh Muhammad Syahil Hamid bin
Nasirudin , manakala pembawa bendera ialah Muhammad erfan bin Al-faisal.
bergerak seiring Bersama mascot Green Arrow pasti tepat memanah jauh
menumpaskan semua musuh. Slogan rumah sukan hamzah It’s not what we lose,
it’s what we gain.

Seterusnya, Kontinjen daripada Rumah Merah. Rumah Merah dikenali sebagai


Rumah sukan Sumayyah yang diketuai oleh Nur Athirah Binti Rashid . beliau juga
merupakan pembawa bendera bagi rumah sukan ini. Mereka memilih Mulan
sebagai mascot rumah sukan untuk tahun ini.Slogan rumah Merah The rise of
Worrior.

segak berbaju serba biru, Rumah sukan seterusnya,diketuai oleh Nur Irshad
Haqiemi Bin Muhamad Arshad, pembawa bendera ialah Afiq Hazim bin Ali Hikal.
mereka turut menampilkan mascot Mat Kilau Pahlawan Melayu Sejati.Slogan
rumah sukan khalid Datang anda tidak diundang, jika ragu sila pulang.

Kontinjen yang terakhir adalah daripada rumah Kuning yang dikenali sebagai
Rumah Sukan Asiah. Ceria Bersama mascot Puteri Sulung Limau Manis Rumah
kuning diketuai oleh Umi Nur Sakinah Binti Zuraimi, pembawa bendera ialah Nur
Anis Athirah binti Noor Sofian. Dan Slogan mereka Puteri Asiah, Musuh Kita
Tentang.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Encik Mohamed
Azhar bin Yop atas kesudian menerima lintas hormat. Tahniah juga diucapkan
kepada semua peserta yang telah memberi lintas hormat dengan penuh semangat
sebentar tadi

Para hadirin diminta bersedia untuk bersama-sama menyanyikan lagu ‘Negaraku’


dan lagu Negeri Pulau Pinang.
Nyanyian Lagu
(Nyanyian Lagu)

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput Alif Naufal bin Mohamad Nazri
untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Alif Naufal bin Mohamad Nazri
atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, bacaan ikrar Kejohanan Balapan dan Padang SMA Tarbiah Islamiah
bagi tahun 2022. Oleh itu, majlis menjemput Abdul Muiz Bin Ahmad diiringi
Ikrar Kejohanan
pembawa-pembawa bendera kejohanan bagi mengetuai bacaan ikrar.

Majlis mempersilakan.

(bacaan ikrar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.
Hadirin sekalian,

Seterusnya, tibalah kita ke saat yang dinanti-nantikan. Oleh itu, majlis berbesar hati
menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohamed Azhar bin Yop
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan
Padang SMA Tarbiah Islamiah bagi tahun 2022. Majlis dengan segala hormatnya
Ucapan
mempersilakan.
Perasmian
(ucapan perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Encik Mohamed
Azhar bin Yop kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan merasmikan
Kejohanan Balapan dan Padang SMA Tarbiah Islamiah kali ini.

Hadirin yang dihormati,

Penutup Demikian tadi berakhirnya upacara perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SMA
Tarbiah Islamiah bagi tahun 2022.

Mengakhiri upacara pada pagi ini, ialah, perbarisan lintas keluar kontinjen-
kontinjen rumah sukan. Kesemua kontinjen rumah sukan akan beredar ke khemah
masing-masing.
majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Abdul Rashid bin Shamsudin Penolong
Kanan Kokurikulum untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohamed Azhar bin
Yop untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Makluman Acara sukan akan berlangsung selepas ini. Diminta semua pengurus kontinjen
bersedia di tempat masing-masing.

Panggilan
Peserta Diminta peserta bagi acara


untuk bersedia dan berkumpul mengikut arahan penyelia peserta.

Makluman Hadirin sekalian,

Acara yg Bakal Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah


Berlangsung

& yg sedang 

berlangsung
Untuk makluman semua, acara yang sedang berlangsung sekarang adalah acara

Hadirin yang dihormati

Majlis penyampaian pingat akan akan didahului acara

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan hormatnya ingin menjemput


_____________________________________________ dengan diiringi
___________________________________________ untuk menyampaikan pingat
Acara
kepada pemenang. Dipersilakan.
Penyampaian
Hadiah

(sesi 1)
Untuk acara ______________________________________

tempat ketiga jatuh kepada _______________________ dari rumah sukan _____


naib johan jatuh kepada ________________________ dari rumah sukan _____

dan johan jatuh kepada ________________________ dari rumah sukan_______.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ di


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Rumah Hijau, Kuning dan Merah


Biru juga tidak dilupa
Acara
Sama-sama ingin juara
Penyampaian
Tapi kalah dan menang itulah lumrah
Hadiah

Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang
untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

Majlis penyampaian pingat akan akan didahului acara

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan hormatnya ingin menjemput


______________________________________________ dengan diiringi
_____________________________________________ untuk menyampaikan
pingat kepada pemenang. Dipersilakan.

Untuk acara ______________________________________ tempat

Acara ketiga jatuh kepada ____________________________ dari rumah sukan_______


Penyampaian
Hadiah tempat kedua jatuh kepada ____________________________ dari rumah sukan
_________

dan tempat pertama jatuh kepada ____________________________ dari rumah


sukan_________.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ di


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis penyampaian pingat akan diteruskan lagi bagi cara


_________________________________ bagi menyempurnakan acara ini, majlis
dengan hormatnya ingin menjemput
______________________________________, dengan diiringi
________________________________ untuk menyampaikan pingat kepada
pemenang. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ di


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya ialah penyampaian hadiah perbarisan terbaik, dan pemenang


keseluruhan kejohanan bagi tahun 2022.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan hormatnya ingin menjemput


____________________________________ dengan diiringi
Acara ________________________________________ untuk menyampaikan hadiah
Penyampaian kepada pemenang. Dipersilakan.

Hadiah
Bagi pertandingan perbarisan terbaik tempat

Juaranya jatuh kepada:______________________

Tahniah kepada pemenang.


Berdebar rasa hati ini, keputusan akhir sudah berada di tangan saya. Siapakah juara
keseluruhan yang dinanti-nanti?

JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG SMA


TARBIAH ISLAMIAH BAGI TAHUN 2022 (RUMAH PEREMPUAN) JATUH KEPADA:

Terlebih dahulu, majlis menjemput rumah sukan ___________ selaku naib juara
untuk menerima hadiah.

Dan dijemput rumah sukan juara _______________ untuk menerima hadiah.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG SMA


TARBIAH ISLAMIAH BAGI TAHUN 2022 (RUMAH LELAKI) JATUH KEPADA:

Tahniah!

Terlebih dahulu, majlis menjemput rumah sukan ___________ selaku naib juara
untuk menerima hadiah.

Dan dijemput rumah sukan juara _______________ untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ di


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, sekali lagi majlis mempersilakan Yang
Berusaha ________________________________, bagi menyampaikan cenderahati

Cenderamata kepada Yang Berbahagia Encik Mohamed Azhar bin Yop. Majlis mempersilakan.
Kepada Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Perasmi

Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di penghujung majlis.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang sebentar


tadi, maka berakhirlah sudah Kejohanan Balapan dan Padang SMA Tarbiah Islamiah
bagi tahun 2022.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan rumah sukan
____________ yang Berjaya menjadi johan keseluruhan sukan pada tahun ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas Kerjasama
Penutup padu yang telah diberikan sehingga kita Berjaya melaksanakan majlis yang penuh
gilang gemilang ini. Semoga kegemilangan majlis ini dapat diteruskan pada majlis-
majlis yang mendatang.

Saya selaku pengerusi majlis, mewakili jawatankuasa kerja majlis kejohanan dan
balapan padang SMA Tarbiah Islamiah bagi tahun 2022 ingin memohon maaf di
atas segala kelemahan, kekurangan, dan keterlanjuran di sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Akhir kata, terimalah serangkap pantun terakhir dari kami:

Pergi sekolah menaiki feri


Walau hujan berombak tetap diharungi
Berakhir sudah majlis di rai
Insya Allah tahun depan kita bersukan lagi

Sekian sahaja, Wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum wbt.

PENGUMUMAN Sekarang diumumkan pungutan mata bagi rumah-rumah sukan:


PUNGUTAN
MATA RUMAH Rumah Merah memungut _______________ mata

SUKAN Rumah Biru memungut _______________ mata

Rumah Kuning memungut _______________ mata

Rumah Hijau memungut _______________ mata

( umum selepas waktu rehat tahap 1, selepas waktu rehat tahap 2, penutup )

ENCIK MOHAMED AZHAR BIN YOP

ENCIK ABDUL RASHID BIN SHAMSUDIN (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

PUAN ZURAINI BINTI IDRUS (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PUAN ZAITON BINTI AHMAD (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)


CIK FARHANA BINTI ILIAS
( PENGARAH PROGRAM KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN )

Anda mungkin juga menyukai