Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MESYUARAT PIBG SMK DARUL RIDWAN 2019

1 PEMULAAN Yang Berusaha Encik Abdul Bashid bin Harun


Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan,

Yang Dihormati Encik Mohd Ali Imran bin Mohd Yunos,


Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan

Encik Nithiaselvan a/l Thamatharan, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Lee Guat Cheng, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Ahmad Kamal bin Sabaruddin, Penolong Kanan Ko Kurikulum,

Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Darul Ridwan,

Barisan guru yang dedikasi,

Para ibu bapa dan penjaga yang dihormati serta hadirin dan hadirat sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat datang ke Mesyuarat


Agung PIBG SMK Darul Ridwan kali ke-45 dan Majlis Penyerahan Wang
Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2019.

2 DOA Hadirin sekalian,

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita menadah
tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil
Ustaz Burhanuddin bin Sahid untuk memimpin bacaan doa.

Dengan hormatnya dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Burhanuddin b Sahid atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis pada petang ini akan
terus dilimpahi keberkatan.

3 UCAPAN Hadirin sekalian,


PENGETUA
Majlis diteruskan dengan menjemput En Abdul Bashid bin Harun, pengetua SMK
Darul Ridwan untuk menyampaikan ucapan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN PENGETUA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Abdul Bashid bin Harun atas
ucapan beliau sebentar tadi.

4 UCAPAN YDP Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan En Mohd Ali Imran bin Yusof, Yang
PIBG Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan untuk menyampaikan ucapan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN YDP PIBG)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Imran bin Yusof atas
ucapan beliau sebentar tadi.

5 CABUTAN Hadirin sekalian,


BERTUAH
Bagi acara berikutnya, kami ingin mempersilakan Cikgu Azizi dan Cikgu Malissa
untuk meneruskan majlis.

Dipersilakan.

6 CABUTAN Hadirin sekalian,


BERTUAH
Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah.

Untuk memulakan acara, majlis mempersilakan (A) ___________________________


untuk mencabut 5 nombor. Dipersilakan.

(CABUT 5 NOMBOR)

Dipersilakan (A) _____________________________________untuk tampil ke pentas


bagi menyampaikan hadiah.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima kasih diucapkan kepada (A) ________________________________ atas


kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Seterusnya, dipersilakan (B) _____________________________________mencabut


lima lagi nombor.

(CABUT 5 NOMBOR)

Dipersilakan (B) _________________________________________ untuk naik ke


pentas menyampaikan hadiah.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima kasih diucapkan kepada (B) ________________________________ atas


kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

7 PERMULAAN Seterusnya, kami serahkan kepada Yang Dihormati En Mohd Ali Imran bin Yusof,
MESY PIBG selaku Yang Dipertua PIBG bagi meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SMK
Darul Ridwan.

Dipersilakan.

8 TAMAT Begitulah tadi ucapan penangguhan yang telah disampaikan oleh _______________
MESYUARAT, _______________________________________________
CABUTAN Selaku Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan bagi sesi 2019/2021.
BERTUAH
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya ialah sesi cabutan bertuah bagi sepuluh lagi pemenang,

Dengan itu majlis mempersilakan (C)__________________________________


untuk mencabut lima nombor.

(CABUT 5 NOMBOR)

Dipersilakan (C) _____________________________________untuk tampil ke pentas


bagi menyampaikan hadiah.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima kasih diucapkan kepada (C) _______________________ atas kesudiaan


menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Seterusnya majlis mempersilakan (D) __________________________________


untuk mencabut lima lagi nombor.

Dipersilakan (D) _____________________________________untuk tampil ke pentas


bagi menyampaikan hadiah.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima kasih diucapkan kepada (D) _________________________ atas kesudian


menyampaikan hadiah kepada para pemenang

12 GIMIK Hadirin sekalian,


PENYERAHAN
Seterusnya kita akan saksikan satu acara simbolik penyerahan Wang Bantuan Awal
WANG
Persekolahan tahun 2019.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMK Darul
Ridwan, En Abdul Bashid bin Harun, diiringi para Penolong Kanan untuk naik ke
pentas. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan ________________


______________________ untuk naik ke pentas bagi menerima replika Wang
Bantuan Awal Persekolahan. Dipersilakan.

(GIMIK)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Darul Ridwan, Yang Dipertua
PIBG SMK Ridwan serta barisan pentadbir atas kesudian menyempurnakan upacara
yang amat simbolik sebentar tadi.

13 SESI FOTOGRAFI
14 PENUTUP Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Hadirin sekalian,

Mesyuarat Agung PIBG SMK Darul Ridwan kali ke-45 melabuhkan tirainya. Kami
bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan
majlis pada hari ini.

Kami juga ingin menyusun jari jemari memohon kemaafan sekiranya terdapat
kekhilafan atau kekurangan sepanjang berjalannya majlis ini dari awal hingga ke
akhirnya.

Untuk makluman para ibu bapa dan penjaga, selepas ini anda dipersilakan untuk ke
kantin di sekolah untuk bertemu dengan guru kelas. Pastikan anda mengetahui kelas
anak di bawah jagaan anda untuk memudahkan penyerahan wang bantuan. Setelah
mengambil wang bantuan daripada guru kelas, para ibu bapa dan penjaga
dipersilakan untuk mengambil bungkusan makanan yang telah disediakan.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai