Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP BIG SIRI 2

Salutasi PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Puan Hajah Nor Asilah binti Osman (Pengarah IPG
Kampus Bahasa Melayu).

(PENGARAH DAH SAMPAI TEMPAT)

Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku diikuti


dengan lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia.

(NYANYIAN KEDUA2 LAGU RASMI)

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembuh pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha, Dr Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPG


Kampus Bahasa Melayu,

Yang Dihormati, Encik Roslan bin Khalid, Ketua Unit Kokurikulum, IPG
Kampus Bahasa Melayu,

Yang Dihormati, Encik Umar bin Norman, Kem Komanden Program Bina
Insan Guru Siri 2 2022.

Yang Dihormati, Encik Ahmad Rozi bin Abu, Penyelaras Program Bina Insan
Guru Siri 2 2022.
 
Para pensyarah, jurulatih, barisan ahli jawatankuasa serta para peserta
Program Bina Insan Guru Siri 2 2022 Ambilan PISMP Jun 2020 yang
dikasihi sekalian.

Pembukaan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Esa, kerana dengan izin-
Nya dapat kita berkumpul pada hari ini, bagi menjayakan Majlis Penutupan
Program Bina Insan Guru Siri 2 pada kali ini.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Sebelum aturcara dimulakan, eloklah kiranya tirai majlis kita pada hari ini
dibuka dengan bacaan doa. Majlis menjemput saudara Nabil bin Omar untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(Selesai bacaan Doa)

Aamiin Ya Rabbal A’lamin, Alhamdulilah, marilah sama-sama kita


memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah atas segala limpah
kasihnya kerana kita dapat berhimpun pada hari ini bagi menjayakan Majlis
Penutupan Program Bina Insan Guru Siri 2 bagi pelajar PISMP semester 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Ucapan
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
Penghulu
mempersilakan saudara Muhammad Mirza bin Azmi selaku pengarah
program Bina Insan Guru Siri 2 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
- SELESAI UCAPAN -

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar


tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan, Encik
Penyelaras Rozi bin Abu, Penyelaras Program Bina Insan Guru Siri 2 2022, untuk
Program menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

- UCAPAN PENYELARAS –

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Rozi bin Abu,
Penyelaras Program Bina Insan Guru Siri 2 2022 atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Ucapan KU Ko
Apalah bulan tanpa berbintang,
Malamkan suram kelam bersemi,
Apalah majlis meriah diundang,
Andai tiada yang sudi merasmi

Majlis diteruskan dengan menjemput Encik Roslan bin Khalid, Ketua Unit
Kokurikulum, IPG Kampus Bahasa Melayu,untuk menyampaikan ucapan
sekaligus merasmikan Program Bina Insan Guru Siri 2 bagi pelajar PISMP
semester 6. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN KU KOKO)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Tayangan Hadirin yang dimuliakan,
Montaj
Marilah kita bersama-sama menonton tayangan montaj yang disediakan
oleh jawatankuasa multimedia bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang
program bina insan guru selama 5 hari ini berlangsung. Mari kita sama-sama
saksikan.

(TAYANGAN MONTAJ)

Begitulah tadi sesi tayangan montaj Program Bina Insan Guru Siri 2 2022.

Penyampaian Baiklah, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu sesi penyampaian
Hadiah hadiah sepanjang Program Bina Insan Guru Siri 2 2022. Dijemput Encik Rozi
bin Abu, Penyelaras Program Bina Insan Guru Siri 2 untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang bagi persembahan Malam Kebudayaan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Saguhati dimenangi oleh ___________

Tempat ketiga dimenangi oleh __________

Tempat kedua disandang oleh __________

Tempat pertama diungguli oleh ___________

Terima kasih diucapkan kepada Encik Rozi bin Abu atas penyampaian
hadiah sebentar tadi. Seterusnya, dijemput Encik Roslan bin Khalid untuk
penyampaian hadiah bagi kategori kumpulan dan peserta terbaik.

Bagi kumpulan terbaik pertama, jatuh kepada kumpulan…… Seterusnya,


kumpulan terbaik kedua jatuh kepada kumpulan….. Kumpulan terbaik yang
terakhir jatuh kepada kumpulan ….. Tahniah diucapkan kepada semua
pemenang.

Seterusnya, kita beralih pula kepada peserta terbaik bagi kategori lelaki dan
perempuan. Kategori lelaki dimenangi oleh ……….. Dan kategori
perempuan pula dimenangi oleh ………….

CENDERAHATI

Demikianlah tadi penyampaian hadiah bagi kategori kumpulan dan peserta


terbaik. Encik Roslan diminta kekal di atas pentas bagi penyampaian
cenderahati kepada para jurulatih dan pensyarah.

Dijemput wakil jurulatih untuk tampil di atas pentas untuk menerima


cenderahati sebagai tanda kenang kenangan.

Seterusnya, dijemput pula wakil pensyarah untuk tampil di atas pentas bagi
menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Roslan bin Khalid atas penyampaian
hadiah cenderahati sebentar tadi.

(SELESAI PENYAMPAIAN)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyampaian hadiah dan
cenderahati sebentar tadi.

KATA PENUTUP Hadirin yang dihormati,


MAJLIS
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi,
maka berakhirlah Program Bina Insan Guru Siri 2 bagi pelajar PISMP
semester 6. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program
selama 5 hari ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Tibalah waktu untuk majlis kita melabuhkan tirainya.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Jika tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Saya selaku pengacara majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini. Sebelum bersurai,
para pelajar diminta bersedia untuk sesi fotografi. Sekian sahaja, saya akhiri
majlis dengan kalimah yang mulia wa billahi taufiq wal hidayah.

Anda mungkin juga menyukai