Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN GERAKAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN

PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TAHUN 2019

CATATAN/
PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN
PENYAMPAI

Salam sejahtera, hadirin dipersilakan untuk mengambil

SEBELUM tempat kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

MAJLIS

BERMULA Hadirin sekalian, mohon perhatian :

Izinkan saya untuk membaca beberapa pengumuman

untuk kelancaran dan kesempurnaan perjalanan majlis

kita pada hari ini.

1. Sila pastikan telefon bimbit anda diletakkan

dalam mod senyap atau dimatikan sepanjang

majlis berlangsung.

2. Hadirin diminta berdiri semasa ketibaan dan

perarakan keluar dif-dif kehormat diumumkan.

3. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi

menyanyikan lagu-lagu rasmi.

Diumumkan ketibaan

KETIBAAN Yang Berbahagia, Dr. Haji Ridzuan bin Ahmad,

TETAMU Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

KEHORMAT diiringi oleh Puan Hjh Nor Asilah binti Othman,

Timbalan Pengarah,

Ketua- ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.

*Nyanyian lagu rasmi*

Hadirin dipersilakan duduk.


KATA Yang Berbahagia, Dr. Haji Ridzuan bin Ahmad,

ALU-ALUAN Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

PENGACARA
Yang Dihormati,
MAJLIS
Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Dihormati,

Encik Khiruddin bin Yaakob

Ketua Unit Khidmat Pengurusan,

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Berusaha,

Tuan Haji Mohd Noor bin Ahmad,

Ketua Jabatan

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Dihormati,Tuan Haji Ibrahim bin Bakar,

Penyelaras Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan

peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah

kanan, pensyarah cemerlang, barisan pensyarah,

anggota kumpulan pelaksana, seterusnya siswa

pendidik yang dihormati sekalian.

Salam Sejahtera dan selamat pagi.


Kebaya butang cantik disulam,

Dihias intan molek dipandang,

Selamat datang semanis kalam,

Buat jemputan yang kami undang.

Selamat datang ke Pertandingan Deklamasi Sajak

dan Majlis Penutupan Rasmi Gerakan Dekad Bahasa

Kebangsaan peringkat IPG Kampus Sultan Abdul

Halim tahun 2019.

BACAAN DOA Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya

dapat kita bersama-sama pada pagi ini bagi

merealisasikan Pertandingan Deklamasi Sajak dan

Majlis Penutupan Rasmi Gerakan Dekad Bahasa

Kebangsaan tahun 2019.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,

dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

Saudara Abdul Alim bin Abdul Aziz

untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

Saudara Abdul Alim bin Abdul Aziz

atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


UCAPAN Terbang di awan burung jentayu,
KETUA Kerana penat gugur ke bumi;

JABATAN Tampillah tuan kami menunggu,


Bersama amanat bekalan kami
JPM

Untuk meneruskan majlis kita pada hari ini,

dengan segala hormatnya dipersilakan

Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Noor bin Ahmad,

Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu untuk

menyampaikan ucapan.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Noor bin Ahmad

atas ucapan yang disampaikan tadi.

PERTANDINGAN Hadirin Sekalian,

DEKLAMASI Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan

SAJAK Pertandingan Deklamasi Sajak Gerakan Dekad Bahasa

Kebangsaan. Sebelum pertandingan ini dimulakan,

izinkan saya memperkenalkan panel hakim yang akan

menghakimi Pertandingan Deklamasi Sajak Gerakan

Dekad Bahasa Kebangsaan.

Ketua Hakim,

Tuan Haji Ibrahim bin Bakar dan

Encik Mohd Zainuri bin Embi

Pertandingan Deklamasi Sajak akan dimulakan

sekarang.

Dipersilakan peserta pertama, Saudari Kam Hui Min,

dari kelas P7F dengan tajuk Pahlawan Ialah Dia.


Terima kasih diucapkan kepada Saudari Kam Hui Min.

Seterusnya, peserta kedua, dipersilakan Saudara

Muhammad Najmi bin Abdu Salam dari kelas P7E

dengan tajuk Genggaman Perjuangan.

Terima kasih Saudara Muhammad Najmi bin Abdu

Salam. Seterusnya dipersilakan peserta ketiga,

Saudari Farah Sofea binti Razali dengan sajaknya yang

bertajuk Tunas Pahlawan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Farah Sofea

binti Razali dari kelas P7H.

Pertandingan diteruskan dengan peserta yang keempat

Saudari Siti Nur Amirah binti Mohamad dari kelas P7B

dengan sajaknya yang bertajuk Binalah Bangsa Besar

Yang Cekal.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Siti Nur

Amirah binti Mohamad.

Peserta terakhir Pertandingan Deklamasi Sajak

sempena GDBK 2019, dijemput Saudari Logavani A/P

Thamilmaran dari kelas P7F dengan sajaknya yang

bertajuk Lentara Zaman.

Terima kasih kepada kepada semua peserta

Pertandingan Deklamasi sajak.

PERSEMBAHAN Sidang hadirin yang dihormati, untuk memberi ruang

kepada panel hakim untuk menyempurnakan pengiraan

markah, marilah kita bersama-sama menikmati

teromba dan deklamasi sajak. Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada sudariSiti Hajar binti

Mohd Zaman atas persembahan teromba yang

bertajuk ……dan saudari Farah Syafinas binti

Nazirudin dengan sajak yang bertajuk Bahasa itu Milik

Aku.

Tuan puan yang dihormati sekalian, kini tibalah saat


yang dinanti-nantikan,
pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para
pemenang yang menyertai pertandingan sempena
Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan IPGKSAH 2019.

Seterusnya, pengumuman dan penyampaian hadiah

Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Gerakan

Dekad Bahasa Kebangsaan IPGKSAH yang diadakan

sebentar tadi. Majlis dengan segala hormatnya

menjemput Tuan Haji Ibrahim bin Bakar, Ketua Panel

Hakim untuk memberi ulasan dan mengumumkan

pemenang.

Penerima hadiah Sagu hati :

1. __________________

2. ___________________

Tempat Ketiga :________________

Tempat Kedua : ________________

Johan Pertandingan Deklamasi Sajak GDBK

Hadirin yang dihormati sekalian,


PENYAMPAIAN
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
CENDERAHATI
Berbahagia Dr. Haji Ridzuan bin Ahmad, Pengarah IPGK

Sultan Abdul Halim dengan diiringi oleh Ketua Jabatan,


Jabatan Pengajian Melayu, Tuan Haji Mohd Noor bin

Ahmad untuk menyempurnakan penyampaian hadiah dan

cenderamata. Dipersilakan.

Bagi menghargai kesudian mengadili Pertandingan

Deklamasi Sajak Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan

IPGKSAH 2019, majlis diteruskan dengan penyampaian

cenderamata kepada panel hakim.

Dipersilakan

1. Tuan Haji Ibrahim bin Bakar selaku Ketua Panel

Hakim Pertandingan Deklamsi Sajak

2. Encik Mohd Zainuri bin Embi – Panel Hakim

Pertandingan Deklamasi Sajak

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.

HADIAH Penyampaian hadiah untuk Pertandingan Deklamasi

Sajak sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan

IPGKSAH yang diadakan sebentar tadi. Majlis dengan

segala hormatnya menjemput Tuan Haji Ibrahim bin

Bakar, Ketua Panel Hakim untuk memberi ulasan dan

mengumumkan pemenang.

Penerima hadiah Sagu hati :

1. __________________

2. ___________________

Tempat Ketiga :________________

Tempat Kedua : ________________

Johan Pertandingan Deklamasi Sajak GDBK

IPGKSAH 2019 ialah : ______________________

Seterusnya ,
Pertandingan Sahibba Kategori Pelajar

Pemenang Hadiah Sagu hati :

Muhammad Zain Zaidiel bin Zainan

Fatin Atirah binti Mohd Amin

Tempat Ketiga : Nur Nadhirah binti Muhamad Hasani

Naib Johan : Muhaimin Salimah binti Zainal Abidin

Johan Pertandingan Sahibba GDBK IPGKSAH 2019

Kategori Pelajar ialah : Siti Fazira binti Forzi

Seterusnya, Pertandingan Sahibba GDBK IPGKSAH

2019 bagi kategori Pensyarah dan staf :

Hadiah Sagu hati :

Puan Norfashadirah binti Desa Sagu hati

Encik Zakaria bin Saad

Tempat Ketiga : Puan Farah Ziba binti Zainal Abidin

Naib Johan : Puan Siti Haslina binti Mohamad Shah

Juara Pertandingan Sahibba GDBK IPGKSAH 2019

kategori Pensyarah dan Staf ialah :

Puan Sohana binti Ali

Seterusnya, Sayembara Menulis Sajak :

Hadiah Sagu hati :

Siti Fazira binti Forzi.

Siti Nur Amirah binti Mohamad Yusoff

Tempat Ketiga : Muhammad Zain Zaidiel bin Zainan

Naib Johan : Vickneshwaran A/L Bashkar

Johan Sayembara Menulis Sajak GDBK IPGKSAH

2019 ialah Farah Syafinaz binti Naziruddin.

Seterusnya, Pertandingan Teka Silang Kata GDBK

IPGKSAH 2019, bagi kategori pelajar,


Sagu hati :

Kanahamanjeri A/P Santhraya

Vikneshwaran A/L Bashkar.

Tempat Ketiga : Yau Shu Ning.

Naib Johan : Nur Farahin binti Zakaria.

Johan Pertandinagn Teka Silang Kata GDBK

IPGKSAH 2019 ialah Nor Farah Adila binti Mohd

Razali.

Untuk makluman sidang hadirin,

Penentuan untuk Pemenang Pertandingan Teka Silang

Kata GBDK IPGKSAH 2019 Kategori Pensyarah dan

Staf perlu ditentukan melalui cabutan kerana

terdapat 13 orang peserta yang berjaya menjawab

dengan betul, namun hanya 5 hadiah yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu, majlis menjemput tuan

pengarah untuk membuat cabutan bagi menentukan

pemenang pertandingan teka silang kata kategori

pensyarah dan staf.

Dipersilakan tuan pengarah untuk mencabut 2

pemenang sagu hati

(jemput pemenang)

Dipersilakan tuan pengarah untuk mencabut pemenang

untuk tempat ketiga

(jemput pemenang)

Dipersilakan tuan pengarah untuk mencabut pemenang

untuk tempat kedua

(jemput pemenang)

Dipersilakan tuan pengarah untuk mencabut

pemenang untuk tempat pertama


(jemput pemenang)

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan

kepada Yg Berbahagia, Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad

atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Tahniah kepada semua pemenang.

Kepada peserta pertandingan yang tidak berjaya pada

tahun ini, cuba lagi pada tahun hadapan.

UCAPAN Majlis kita terus beranjak maju.

PENGARAH Sudah sepelaungan jaraknya,

IPGKSAH gandingan misi dan visi meredah hari,

ke destinasi memartabat ilmu dijunjung,

bahasa disanjung.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang

Berbahagia Dr. Haji Ridzuan bin Ahmad, Pengarah IPGK

Sultan Abdul Halim untuk menyampaikan ucapan

penutupan rasmi Sambutan Gerakan Dekad Bahasa

Kebangsaan Peringkat IPGKSAH 2019.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


Penyerahan Logo
terima kasih kepada Tuan Pengarah atas ucapan

perasmian itu tadi . Mohon tuan pengarah terus kekal

di atas pentas untuk penyerahan logo GDBK.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Noor bin Ahmad,

Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk menyerahkan

logo ‘GDBK kepada Yang Berbahagia, Dr. Haji.

Ridzuan bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Sultan

Abdul Halim.

Sidang hadirin sekalian

Majlis diteruskan dengan mempersilakan

Tuan Haji Mohd Noor bin Ahmad untuk

menyampaikan cenderahati kepada tuan pengarah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, Dr.

Haji Ridzuan bin Ahmad dan Tuan Haji Mohd Noor

bin Ahmad.

Dengan penyerahan logo GDBK itu tadi, maka

sempurnalah majlis Penutupan GDBK 2019.

PENUTUP Sebelum majlis bersurai, para hadirin diminta berdiri

untuk menyanyikan lagu IPGM, lagu Guru Malaysia dan

lagu IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

*Nyanyian*

Para hadirin dipersilakan duduk.

BERSURAI Saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis


Penutupan Rasmi Gerakan Dekad Bahasa
Kebangsaan IPGKSAH 2019 ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.
Akhir kata daripada saya,

Bumi mana tidak ditimpa hujan,

Lautan mana tidak berombak,

Begitu jua kami di sini,

Kemaafan jua dimohon,

Atas keterlanjuran kata,

Terkasar bahasa,

Terguris rasa.

Terima kasih. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai