Anda di halaman 1dari 2

Situasi 1

Pensyarah : Boleh saya dapatkan kunci dan


nombor bilik saya?

Penyambut Tetamu : Bilik kamu nombor 181, ini kunci


kamu

Pensyarah : Terima kasih. Saya baru kali pertama


di sini. Saya tidak tahu di mana bilik
ini. Boleh tolong tunjukkan jalannya?

Penyambut Tetamu : Kamu pergi ke kiri. Kemudian kamu …

Belum habis penyambut tetamu bercakap, pensyarah itu


mencelah. Dia berasa sangat tersinggung lalu berkata,

“Jangan panggil saya kamu, saya bukan kamu. Kamu boleh


panggil kawan kamu, kamu. Kamu ialah panggilan yang
kurang sopan apabila digunakan kepada tetamu yang lebih
mulia daripada kamu”

Penyambut Tetamu : Maaf, saya tidak tahu …

Pensyarah : Kamu yang mendaftarkan saya,


masakan kamu tidak tahu siapa kami,
yang kamu kamu-kamukan sahaja.

Sambil beredar dari situ, berdasarkan gaya beliau, sekiranya tidak


terdesak oleh kesuntukan masa, sudah pasti beliau akan pergi
menginap di tempat lain.

Anda mungkin juga menyukai