Anda di halaman 1dari 2

EATER BERCERITA

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang
dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita
pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan
melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid
boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh
mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh
mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre drama,
cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita

1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman


dan mengarang.
2. Menambah perbendaharaan kata murid.
3. memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa
4. mengasah bakat lakonan murid
5. memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid
6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)
Langkah Perlaksanaan
1. Atur kedududukan murid dalam bentuk separuh bulatan.
2. Edarkan bahan cerita pada murid yang menjadi 'pencerita'
3. pencerita duduk disebelah kiri penonton dan membaca cerita
4. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan,
watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan
duduk semula di tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh
pencerita
5. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita.
6. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa.

*..semua watak akan melakonkan watak secara spontan tanpa skrip. Hanya
pencerita sahaja yang membaca skrip.

Kriteria pemilihan bahan

1. cerita boleh dilakonkan


2. menepati objektif, kemahiran, dan masa
3. sesuai dengan minat dan peringkat kebolehan dan umur murid
4. mesej dan nilai positif
5. meningkatkan pemikiran daya kreatif
6. boleh merangsang murid berinteraksi
engenalan Teater Bercerita

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang
membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita
mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-
olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat
maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater
Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa
orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi
mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan
skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan
arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa
klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa
orang pelakon.

Langkah-langkah Teater Bercerita.

1. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.


2. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.
3. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
4. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut
watak dalam cerita tersebut.
5. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita
tersebut.

eater Bercerita
Langkah Mengajar:
a. Aktiviti ini melibatkan seorang pencerita dan beberapa orang pelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita
tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
d. Murid lain diminta mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Anda mungkin juga menyukai