Anda di halaman 1dari 24

Teknik-teknik

Teknik-teknik
Pengajaran
Pengajaran KOMSAS
KOMSAS
DRAMA
Teknik Impovisasi
- Satu aktiviti yang membimbing murid
melakukan aksi kaku (muzium lilin)
secara spontan bagi menggambarkan
sesuatu peristiwa atau situasi.

- Selain drama teknik juga sesuai untuk


genre cerpen, novel dan prosa klasik.
Teknik Pelayaran Plot
- Plot ialah rentetan peristiwa.
- Pelayaran plot ialah melayari jalan cerita
dengan memilih peristiwa-peristiwa penting
dari awal eksposisi hingga peringkat
peleraian cerita untuk mengesan aspek
KOMSAS seperti watak, latar, teknik plot
dan sebagainya
Teknik Dekon
- Dekon ialah sajak yang dideklamasikan
oleh penyajak dengan disertai
beberapa orang murid yang akan
melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak tanpa suara.
Teknik Kerusi Panas
- Kerusi panas (hot sitting) ialah satu
teknik dalam latihan asas
penghayatan watak dan perwatakan.
- Teknik ini sering digunakan dalam
latihan asas teater untuk membuat
justifikasi tentang perwatakan
sesuatu peranan yang akan dilakonkan
Teknik Kerusi Panas
- Pelakon akan diberikan satu peranan
(berdasarkan skrip atau improvisasi),
dan cuba mengimaginasikan gaya atau
aksi watak tersebut dalam semua
aspek seperti cara bercakap, cara
berjalan, pemikirannya dan
seumpamanya.
Teknik Kerusi Panas
- Pelakon juga dikehendaki mengkaji
berapakah umur watak, gambaran
fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak.
- Berdasarkan teknik ini, kita boleh melihat
pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji
berdasarkan teks yang disediakan.
Teknik Teater Pembaca
- Melibatkan beberapa orang murid
yang membaca skrip/teks sesebuah
cerita di hadapan kelas.
- Mengutamakan penggunaan suara,
sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja.
Teknik Teater Pembaca
- Membantu penonton (murid)
memahami, menghayati dan
merasakan cerita itu seolah-olah
sedang berlaku di hadapan mereka.
- Pelajar lain boleh mencatat maklumat
penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
Teknik Teater Pembaca
- Teknik ini sesuai untuk genre drama,
cerpen, dan prosa klasik.
Teknik Teater Bercerita
- Satu bentuk drama naratif bercorak cerita
dan dilakonkan secara spontan
- Teknik ini memerlukan seorang pencerita
dan digabungkan dengan beberapa orang
pelakon.
- Pencerita akan menyampaikan cerita
sementara pelakon akan beraksi mengikut
watak dalam cerita tersebut.
Teknik Monodrama @
Senantika
- Karya drama yang dituliskan untuk
seorang pelaku (Kamus Dewan)
- Satu teknik lakonan yang dilakonkan
oleh seorang pelakon
- Pelakon perlu menghayati watak yang
dipilih (daripada buku teks)
Teknik Monodrama @
Senantika
- Pelakon akan cuba meluahkan rasa hatinya
supaya dapat menjelaskan peranan dan
tindakan watak dalam karya
- Berpandukan kepada luahan perasaan watak
melalui dialog yang berkesan, peserta
dapat menilai perwatakannya dan
perwatakan individu lain
Teknik Puisidra
- Puisidra ialah puisi yang didramakan atau
dilakonkan.
- Seorang murid mendeklamasikan puisi
manakala sekumpulan pelajar yang lain akan
melakonkannya.
- Pergerakan pelakon adalah selaras dengan
ungkapan puisi yang dibacakan itu.
Teknik Dracer
- Menulis cerpen berdasarkan drama yang
dibaca.
- Murid membaca skrip drama
- Murid berbincang dalam kumpulan untuk
mengenal pasti skrip drama aspek watak,
tema dan persoalan, plot dan sinopsis.
- Murid menulis kembali skrip drama
tersebut ke dalam bentuk cerpen.
Teknik Cerdra
- Mengadaptasi cerpen kepada skrip drama
- Murid membaca petikan cerpen.
- Murid menyatakan sinopsis cerpen.
- Murid berbincang dalam kumpulan tentang
cara-cara menulis skrip drama.
- Murid mengadaptasi cerpen kepada skrip
drama.
Teknik Teater Puisi
- Mendendangkan puisi dan beraksi teater
- Seorang murid dipilih untuk
mendendangkan syair atau puisi.
- Tiga orang murid yang lain diminta beraksi
teater atau berlakon.
- Murid lain diminta memerhatikan aktiviti
dengan teliti, mengenal pasti aspek yang
menarik dalam isi cerita.
Teknik Adaptasi
- Mencipta karya daripada genre yang lain
- Murid mencipta karya dalam bentuk genre
lain berdasarkan genre lain.
- Sebagai contoh, menulis pantun
berdasarkan cerpen, menulis skrip drama
berdasarkan sajak dan sebagainya.
- Mempelbagaikan kemahiran dan
meningkatkan kreativiti murid.
Teknik Peta Minda
- Mencatat sesuatu dalam bentuk peta minda
- Murid mencatatkan maklumat tentang
sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
- Guru boleh menyediakan peta minda lebih
awal.
- Murid juga boleh membina peta minta itu
sendiri.
Teknik Stesen
- Mendapatkan maklumat daripada stesen
yang berlainan.
- Murid mencari maklumat secara
berkumpulan dari satu stesen ke satu
stesen yang lain.
- Maklumat di setiap stesen berbeza-beza
berdasarkan arahan guru.
- Murid perlu pergi ke semua stesen untuk
melengkapkan maklumat.
Teknik Balang Kaca
- Memberikan pandangan terhadap
watak utama
- Seorang murid berlakon sebagai
watak utama manakala murid-murid
lain berlakon sebagai watak-watak
lain dan mengelilingi watak utama.
Teknik Balang Kaca
- Watak-watak lain memberi pandangan
terhadap watak utama.
- Watak utama tidak bercakap tetapi boleh
memberi respons melalui mimik muka, gerak
tubuh dan sebagainya.
- Selain genre drama, teknik ini juga sesuai
untuk genre cerpen, novel dan prosa klasik.
Teknik Berdialog
- Menghasilkan dialog berdasarkan
bahan yang dibaca
- Murid perlu fahami keseluruhan isi
teks.
- Murid diminta membuat dialog atau
perbualan berdasarkan teks yang
dibaca.
Teknik Berdialog
- Dialog perlu dilakonkan oleh murid.
- Cara ini dapat meningkatkan tahap
pencapaian untuk mengingati fakta
dan mencungkil bakat murid.
- Dialog dapat melatih murid bertutur
menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul.

Anda mungkin juga menyukai