Anda di halaman 1dari 16

NAMA KURSUS:

TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN

KOD KURSUS:
BSS3033

KUMPULAN:
A

PENSYARAH:
PROFESOR DR. ABDUL HALIM BIN ALI

TUGASAN INDIVIDU
(KRITIKAN SASTERA)

TAJUK TUGASAN:
KRITIK 5 BUAH PUISI DALAM ANTOLOGI PUISI KEMANUSIAAN PALU

NAMA PELAJAR:
NAMA NO.MATRIK NAMA PROGRAM

NUR JULIANA BINTI D20192091260 AT32- IJAZAH SARJANA


SAHRIM MUDA PENDIDIKAN SEJARAH
DENGAN KEPUJIAN
1.0 PENDAHULUAN

Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralitas’ yang membawa


pengertian ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk dan baik. Teori moral ini juga
merupakan satu teori yang menjelaskan fenomena-fenomena didaktisme, etik dan
kebaikan, keindahan serta keseronokan dalam karya kesusasteraan. Perkataan moral juga
boleh didefinisikan sebagai set tingkah laku yang ditetapkan oleh etika dari segi baik atau
buruknya. Ini menunjukkan yang baik itu ialah tingkah laku baik dan benar yang telah
dikenalpasti baik dan benar oleh etika. Sebaliknya yang buruk itu ialah tingkah laku yang
dikenalpasti buruk oleh etika. Moral sangat penting dalam kehidupan manusia kerana
moral dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang baik dan mana yang buruk.
Hal ini kerana orang yang bijak tidak semestinya bermoral, malah orang yang sederhana
lebih bermoral daripada kalangan orang yang bijak. Moral juga boleh mendorong kepada
segala perkara atau tingkah laku yang membawa manusia kepada tingkat kehidupan yang
baik adalah tergolong dalam perkara moral yang baik dan terpuji begitu juga sebaliknya
dengan moral yang tidak baik. Namum sepertimana yang dapat kita lihat kini, kurangnya
penekanan moral dalam kehidupan sehingga mendorong kepada keruntuhan moral.
Keadaan ini tidak seharusnya berlaku dan perlu dicari jalan penyelesaiannya agar manusia
diajuhi dengan sikap tidak bermoral. Tokoh terkenal seperti Plato juga turut menekankan
bahawa perlunya menjadi manusia yang baik, warga negara yang baik, mencari pasangan
hidup yang baik. Malah Aristotle juga sentiasa menegaskan bahawa orang-orang yang
berjaya adalah orang yang mempunyai sifat mulia. Manusia perlu tahu sifat-sifat mulia
supaya mereka dapat membangunkannya dalam diri mereka dan menghargainya dalam diri
orang lain. Bukan itu sahaja, Aristotle juga turut menekankan bahawa adalah suatu
keperluan bagi insan untuk mempraktikan teori keperibadian mulia dalam segala urusan
demi melancarkan urusan hariannya. Teori ini juga menekankan konsep ‘the golden mean’
iaitu mencari kebaikan dalam keadaan keseimbangan di antara keinginan ini agar tidak
melampau dalam setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Ekoran
daripada permasalahan tersebut, telah menjadi kewajipan kepada para pemikir etika dan
moral bagi meneruskan penyelidikan dalam memgembangkan lagi teori moral yang ada
agar dapat membukan mata masyarakat.
2.0 LATAR BELAKANG

Berdasarkan buku kumpulan puisi ‘Meraut Lumpur Duka di Dada Palu’ hasil
selenggaraan Makmur Haji Harun, A Halim Ali dan Ghazali Din. Dr Makmur Haji Harun
merupakan anak kelahiran Jambi yang merupakan alumni Pondok Modern Darussalam
Gontor, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. Beliau telah menyelesaikan Ijazah Sarjana
Muda dari Institusi Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Syaifuddin, Jambi dan
selesai Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi serta menyiapkan Ijazah
Doktor Falsafah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau kini sedang berkhidmat di
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Manakala Dr A Halim Ali juga
sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak dan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang Kesusasteraan Melayu Moden. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah
dan kreatif serta terlibat dalam penyuntingan buku-buku umum. Selain itu beliau turut aktif
dalam pembentangan kertas kerja dalam pelbagai seminar di pelbagai peringkat. Beliau
juga terlibat dalam aktiviti pembacaan puisi, mengendalikan bengkel penulisan puisi,
Fasilitator motivasi, dan banyak lagi.
Dalam karya bertajuk Meraut Lumpur Duka di Dada Palu ini terdapat sajak-sajak
yang boleh membawa pembaca kepada sikap keprihatinan, kemanusian, kasih sayang dan
muhasabah diri terutamanya kepada saudara kita di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia yang
memberi pengesanan jiwa kepada pembaca. Dalam antalogi ini, perasaan ini dikongsi oleh
32 penulis melalui 47 sajak yang dipersembahkan di dalamnya yang ternyata mengandungi
banyak isu terutamanya Moralisme. Teori Moralisme ini sedikit sebanyak dapat
menyentuh perasaan pembaca yang seterusnya dapat diaplikasikan oleh pembaca dalam
kehidupan seharian. Dalam antalogi puisi yang bertajuk ‘Meraut Lumpur Duka di Dada
Palu’, pengkaji hanya memilih 5 sajak daripada 47 sajak yang mempunyai nilai moral iaitu
Keresahan Bumi Palu, Duka Tangisan, Duka Pilu Di Bumi Palu, Bencana Ini Musibah
Kita, Palu Oh Palu, di mana dalam puisi yang dipilih ini terdapat banyak nilai moral yang
terselit di dalam ayat puisi tersebut. Segala sentuhan kata-kata yang terdapat dalam puisi
tersebut dapat mambawa pembaca untuk berfikiran dengan lebih luas dan mendalam lagi.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Semasa proses pengkaji berusaha menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah membaca
keseluruhan puisi yang terdapat dalam kumpulan puisi Meraut Lumpur Duka di Dada Palu
hasil selenggaraan Makmur Haji Harun. Melalui hasil pembacaan tersebut, pengkaji telah
menganalisis dan mengenal pasti bahawa terdapat pelbagai nilai moral yang terdapat di
dalam kumpulan puisi tersebut dan dapat digunakan oleh pengkaji untuk menyiapkan
tugasan ini. Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji mengalami masalah dalam mencari nilai
moral yang hendak disampaikan oleh penulis kerana terdapat beberapa puisi yang
disampaikan dengan cara yang tersirat. Akan tetapi, setelah membaca puisi tersebut
berulang kali, pengkaji berjaya memahami setiap ayat yang digunakan dalam penulisan
puisi tersebut dan berjaya mengeluarkan nilai moral yang terdapat dalam setiap puisi yang
dikaji. Antara sifat moral terpuji yang berjaya di kemukakan adalah sifat ketabahan,
kesabaran, kerendahan hati, persahabatan dan keinsafan. Hasil dari pembacaan puisi
tersebut pengkaji telah melihat sifat moral yang cuba disampaikan oleh penulis dalam puisi
dan secara langsung dapat memberikan idea kepada pengkaji untuk mengkaji tentang
perkaitan unsur moral dengan kesedaran yang terdapat dalam puisi-puisi tersebut. Segala
pengisian unsur moral dalam puisi tersebut berjaya dikeluarkan dapat memberikan
kesedaran dan pengajaran kepada pembaca. Segala peristiwa yang berlaku di Palu itu dapat
kita jadikan iktibar dalam kehidupan agar kita tidak jauh terpesong untuk terus bertaubat
kepada Tuhan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti nilai moral dalam sajak yang diambil dalam 5 puisi dari buku Meraut
Lumpur Duka di Dada Palu.

2. Menghuraikan perkaitan antara nilai moral dengan kesedaran yang dapat diambil
dalam puisi berdasarkan teori moral.
5.0 METODOLOGI KAJIAN

i. Pengumpulan Data Kajian


Kaedah pengumpulan data adalah kaedah mencari maklumat kajian melalui data
dari sumber primer dan juga sumber sekunder. Data dari sumber primer adalah
seperti buku kumpulan sajak yang bertajuk Meraut Lumpur Duka di Dada Palu dan
juga buku Inti Sari Teori Sastera: Barat dan Malaysia. Data dari sumber sekunder
adalah maklumat yang diperolehi dari laman sesawang serta rujukan kajian ilmiah
lepas yang mengakaji tentang teori ini.

ii. Analisis Data


Kandungan analisis data adalah berpandukan kesedaran seperti yang tergaris dalam
Teori Moral.
6.0 ANALISI DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian yang dilakukan ini telah dianalisis dan akan dibincangkan secara lebih
terperinci dan mendalam. Terdapat banyak unsur moral yang terdapat pada 5 sajak pilihan
yang diambil dari buku kumpulan sajak Meraut Lumpur Duka di Dada Palu. Puisi yang
telah dikaji banyak memancarkan nilai-nilai moral yang murni dan penuh dengan
kesedaran untuk diambil iktibar oleh manusia bagi mendokong kemuliaan dan kebaikan
dalam kehidupan seseorang. Kesemua sajak pilihan tersebut telah dianalisis untuk tujuan
mencari sifat moral terpuji yang terdapat di dalamnya. Setelah analisis dibuat, pengkaji
telah mencari dan mengkaji perkaitan antara unsur moral dengan kesedaran yang terdapat
di dalam 5 sajak tersebut.

6.1 NILAI-NILAI MORAL DALAM SAJAK DARI KUMPULAN SAJAK


MERAUT LUMPUR DUKA DI DADA PALU

Hasil analisis yang dilakukan dalam 5 sajak yang dipilih dari kumpulan sajak
Meraut Lumpur Duka di Dada Palu, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa nilai moral
yang terdapat dalam sajak-sajak tersebut. Antara nilai moral yang dapat dikenal pasti oleh
pengkaji adalah ketabahan, kesabaran, kerendahan hati, persahabatan dan keinsafan. Nilai
moral yang dikeluarkan ini telah ditafsir oleh penulis dan mengkaitkan nilai tersebut
dengan kesedaran yang boleh diambil oleh masyarakat.

6.2 PERKAITAN UNSUR MORAL DENGAN KESEDARAN DALAM 5 SAJAK


DARI KUMPULAN SAJAK MERAUT LUMPUR DUKA DI DADA PALU

6.2.1 Nilai Kerendahan Hati

Hasil kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati terdapat 1 sajak daripada 5 sajak
yang dikaji berkenaan sifat kerendahan hati dalam kalangan insan yang
mengharapkan keampunan dan kemaafan daripada Allah S.W.T atas perbuatan
yang menyalahi agama. Sifat rendah hati ini boleh dilihat dalam puisi yang bertajuk
‘Duka Tangisan’. Dalam puisi tersebut penulis ingin menyampaikan mesej bahawa
teruskan berdoa dan mengharap kepada Tuhan serta buangkan segala ego yang
menebal dalam diri manusia. Hal ini kerana, manusia kini lebih bongkak dan
mendongak langit tanpa mereka sedar bahawa mereka telah jauh tersasar. Penulis
juga ingin menerangkan betapa pentingnya berdoa dengan rendah hati semasa
memohon keampunan.

Doa ini sentiasa berterusan


dalam tapak tangan
yang tidak pernah mengelirukan
mereka yakini dengan hati menuntut kemaafan
yang membuang segala keegoan
yang membuang segala tafsiran tentang hukuman Tuhan
bagi manusia yang tahu berfikir
di sebalik kejadian demi kejadian

(Rangkap 2)

(Sumber: Meraut Lumpur Duka di Dada Palu, 2019:96)

Aspek kesedaran yang ingin disampaikan oleh penulis adalah menyedari kekhilafan
diri yang telah dilakukan dan berdoa dengan sesungguhnya memohon keampunan
kepada Tuhan dengan cara meruntuhkan ego dan menjadi manusia yang sentiasa
merendah diri.

6.2.2 Nilai Kesabaran

Sajak seterusnya yang dikaji oleh pengkaji ialah, ‘Duka Pilu Di Bumi Palu’, hasil
tulisan Makmur Haji Harun. Dalam puisi tersebut penulis cuba untuk memberi
kata-kata semangat dan terus bersabar dengan musibah yang menimpa Palu.
Kecederaan jiwa, kerosakan harta benda, kehilangan orang yang disayangi sedikit
sebanyak telah mendorong masyarakat Palu putus harapan untuk meneruskan
kehidupan. Penulis juga turut meyakinkan bahawa pasti ada hikmah di sebalik ujian
dan kesabaran mereka dalam menghadapi dugaan ini. Penulis juga turut
meyakinkan bahawa segala kerugian yang dialami itu pastinya akan terganti dan
sentiasa memohon doa kepada Tuhan supaya segala perasaan dan kenangan pahit
itu dapat dipudarkan.

Tubuh badan terpatri


hanyalah tabah sabar pengobat hati
wahai seimanku di Palu
hai saudaraku di Donggala
duhai sahabatku di Sigi
bersabarlah takdir gempa dan sunami ini
yakinlah ia akan berlalu pergi
takdir dan ujian itu sekali
bantuan dan inayah itu pasti
hikmah besar insyaAllah akan menanti
segala kerugian akan terganti
berdoalah terus jangan pernah berhenti
sehingga pahit manis itu dirasai

(Rangkap 5)

(Sumber: Meraut Lumpur Duka di Dada Palu, 2019:13)


Berdasarkan rangkap tersebut, penulis menekankan untuk sentiasa bersabar dalam
menghadapi dugaan hidup. Kesedaran yang boleh diambil daripada puisi tersebut
adalah, sentiasa bersangka baik dengan Tindakan Tuhan. Segala yang berlaku pasti
ada hikmahnya dan setiap manusia yang diuji perlu sentiasa bersabar serta sentiasa
memohon doa kepada Tuhan dan meninggalkan segala larangannya. Hal ini kerana
penulis turut menegaskan bahawa ketika Allah berkehendak untuk menurunkan
sesuatu musibah maka hanya amal yang diharapkan kerana bila Allah
menggoncang tiada seorangpun mampu menentang, menghalang segala musibah
tersebut.

6.2.3 Nilai Persahabatan

Puisi hasil tulisan Ciptro Handrianto yang bertajuk ‘Bencana Ini Musibah Kita’
banyak menerangkan tentang nilai-nilai persahabatan dan semangat memalui hasil
luahan dalam penulisan. Penulis yang berasal daripada Indonesia ini meluahkan
semangat persahabatan dalam puisinya. Penulis juga mengajak pembaca untuk
sama-sama menyemai semangat persahabatan dalam diri masing-masing. Hasil
penulisan ini mampu memberi kesedaran kepada kita bahawa sahabat yang bukan
sahaja ada ketika waktu gembira bahkan ada pada saat seorang sahabat itu dalam
kedukaan. Oleh itu, dalam bersahabat perlulah sejati dan seseorang itu perlulah
mempunyai semangat setia kawan yang tinggi supaya hubungan persahabatan itu
kekal walaupun salah seorang daripada mereka mempunyai masalah atau ujian.

Bencan ini musibah kita


tak kan kami biarkan kau sendiri kawa
merajut asa di tengah puing-puing kesedihan
hati iba mengenang saudara mara
genggam tanganku, rangkul bahuku, keluarkan senyuman dibibirmu
hari esok kan kembali indah, ceria dan pebuh akan warna

(Rangkap 3)
(Sumber: Meraut Lumpur Duka di Dada Palu, 2019:23)

Berdasarkan rangkap tersebut itu, penulis menegaskan bahawa persahabatan yang


sebenar itu perlulah berterusan tidak kira ketika gembira mahupun duka. Penulis
berharap agar cinta kasih seseorang itu dalam sesebuah persahabatan perlulah setia
dan sejati agar hubungan persahabatan itu kekal buat selamanya. Penulis juga
banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk sahabat yang sedang
bersedih dilanda musibah. Sikap kesetiaan dapam persahabatan ini yang
menjadikan hubungan mereka kekal baik dalam apa jua keadaan sekalipun.

6.2.4 Nilai Ketabahan

Sajak seterusnya yang dikaji oleh pengkaji ialah, ‘Palu Oh Palu’ hasil tulisan
Hamsia binti Juki. Sajak ini memaparkan unsur-unsur nilai tabah dan cekal
seseorang yang dilanda musibah. Segala kemusnahan yang dilanda Palu perlu
dibangkitkan smeula dengan penuh semangat dan azam baru. Segala kehancuran
yang berlaku itu adalah untuk dijadikan sebagai pengajaran dan penulis
mengharapkan agar mereka dapat membuka mata dengan musibah yang menimpa
Palu. Segala kejadian yang memeritkan itu telah menjadi sejarah bagi Palu dan
sesorang itu perlu menempuhi ujian tersebut dengan cekal walaupun kehilangan
segala yang tersayang dalam hidup kerana masih ada tuhan iaitu Allah yang
sentiasa bersama dengan hambanya yang dalam kesusahan.

Tabahlah palu,
yang datang jadikan pengajaran
agar kau tidak lupa
asal dan usulmu yang gemilang
kini telah menjadi sejarah
sejarah yang menjadi pengajaran
semua insan yang lalai
(Rangkap 3)

(Sumber: Meraut Lumpur Duka di Dada Palu, 2019:79)

Dari aspek kesedaran yang boleh di ambil dalam sajak ini, penulis dengan jelas
menekankan sebab seseorang itu perlu tabah dan cekal dalam menghadapi ujian
dan musibah kerana kehidupan perlu diteruskan walau apa pun yang melanda. Oleh
itu, segala ujian atau musibah akan dihadapi dengan tenang tanpa sebarang
masalah.

6.2.5 Nilai Keinsafan

Nilai keinsafan ini boleh dilihat melalui hasil tulisan Azhar Wahud dalam puisinya
‘Keresahan Bumi Palu’. Dalam puisi tersebut penulis menekankan perasaan
keinsafan yang mendalam ekoran daripada peristiwa yang melanda Palu. Penulis
juga ingin memberitahu bahawa nilai keinsafan dan kesedaran sangat penting
kepada manusia yang telah ditimpa musibah bahawa perlunya insaf dan sedar akan
kesalahan lampau yang pernah dilakukan. Segala dosa atau kesalahan yang telah
dibuat boleh diampunkan selagi kita sebagai manusia terus bertaubat dan memohon
doa kepada Allah. Kesedaran yang boleh dilihat dalam sajak adalah supaya manusia
yang pernah melakukan kesalahan agar segera menginsafi dan sedar dengan apa
yang yang telah mereka lakukan dahulu dan segera kembali kepada Tuhan. Oleh
itu, penulis menyatakan bahawa musibah yang terjadi kepada mereka terselit kasih
sayang tuhan dan tersirat pelbagai pengajaran supaya mereka insaf dan sedar
dengan perkara yang telah berlaku. Pengajarannya sebagai seorang manusia yang
tidak dapat lari dari berbuat dosa dan kesalahan, menjadi kewajipan untuknya
supaya segera insaf dan sedar akan kesalahan mereka itu. Contoh rangkap yang
memaparkan nilai dan pengajaran.
setelah musim berlalu
alam Palu resah dan derita
menadah doa perihal kekhilafan di sisi Allah
mengangkat tangan terus berdoa dan berdoa
tak henti berdoa memohon kesejahteraan
mengharapkan alam palu senyum setiap waktu
menutupi harum mimpi
yang bakal menjelma

(Rangkap 2)

(Sumber: Meraut Lumpur Duka di Dada Palu, 2019:116)

Penulis telah membuktikan bahawa nilai keinsafan dan kesedaran amat penting
kepada setiap kehidupan seorang hamba. Hal ini kerana tanggungjawab sebagai
insan di atas muka bumi ini adalah berbuat baik dan sentiasa menjauhi segala
perkara yang dilarang Allah S.W.T dan sentiasa bertaubat, insafkan diri setelah
melakukan sebarang kesilapan di dunia.
7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat pelbagai sajak dalam karya ‘Meraut Lumpur Duka di Dada Palu’ yang
diterbitkan oleh Persatuan Penulis Budiman Malaysia pada tahun 2019. Sajak-sajak yang dikaji
ini terdapat banyak nilai-nilai moral yang terkandung dalam karya ini. Maksud yang ingin
disampaikan dalam sajak yang terdapat di dalam karya ini bukan sahaja ditulis dengan cara
penulisan tersurat tetapi ada juga yang maknanya ditulis secara tersirat yang memberi makna lebih
mendalam serta dapat menarik pengkaji untuk mengkaji buku tersebut. Hasil kajian juga
mendapati bahawa penting seseorang itu menanam nilai moral dalam diri masing-masing. Hal ini
kerana perkataan moral itu merupakan perkara teori dan di atas kertas sahaja dan tidak mempunyai
apa-apa makna jika tidak dihayati, dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang terlibat dengan
apa jua usuran yang dilakukan. Kata-kata yang diselitkan dalam penulisan karya ‘Meraut Lumpur
Duka di Dada Palu’ ini banyak memberi kesan dan pengajaran kepada pembaca. Segala nasihat
dan pesanan yang dipamerkan adalah bersifat bersahaja tetapi mampu memberikan kesan yang
mendalam dalam diri pembaca dan pengkaji. Berdasarkan nilai moral yang terkandung dalam
karya ini sedikit sebanyak mampu memberikan kesedaran kepada setiap pembaca, kesan sekiranya
Allah S.W.T murka terhadap perbuatan kita di dunia yang hanya pinjaman sementara ini. Oleh itu,
berbalik kepada makna asal moral adalah sesuatu yang berkaitan atau ada hubungan dengan
kemampuan menentukan benar salah dan baik buruk sesuatu tingkah laku seseorang. Jelaslah di
sini bahawa pendapat ini dapat dikaitkan dengan nilai dan kesedaran yang ingin disampaikan.
RUJUKAN

A Halim Ali. (2018). Inti Sari Teori Barat Dan Malaysia. Tanjong

Malim: Shah Alam: NHA Excel Resources.

A Halim Ali. (2018). Kritikan Sastera, Teori Dan Praktis, Tanjong

Malim: Shah Alam: NHA Excel Resources.

Jamaluddin Mohd, Ali B. Azizan Haji Baharuddin, Wan

Zailan Kamaruddin Wan Ali, (2017). Kritikan Terhadap Teori Moral

Barat: Analisis Ke Atas Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pertimbangan Moral, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),

Kampus Sabah Institut Kefahaman Islam Malaysia University Malaya,

Jurnal Peradaban Jil.10, 84-118.

Makmur Haji Harun, A Halim Ali, Ghazali Din. (2019). Meraut Lumpur

Duka di Dada Palu, Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Nurul Hudani Md Nawi, Baharudin Othman, Konsep Moral

Dalam Perspektif Islam Dan Barat. (2018). Al Hikmah 10 (2) 3-16.


Totok Wahyu Abadi. (2016). Aksiologi: Antara Etika, Moral, Dan

Estetika, (Jurnal Ilmu Komunikasi), Program Studi Ilmu Komunikasi

Fakultas Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik Universitas Muhammadiyah

Sidoarjo, 4 (2) 187-204.

Anda mungkin juga menyukai