Anda di halaman 1dari 15

Pengertian Puisi - Elmi Zulkarnain Puisi Melayu merupakan satu genre sastera yang dominan di dalam perkembangan kesusasteraan

Melayu, jika dibandingkan dengan genre sastera Melayu yang lain seperti cerpen, novel dan drama. Puisi juga merupakan genre yang begitu kuat perkaitannya dengan kehidupan masyarakat Melayu. Proses penciptaan puisi juga begitu akrab dengan budaya masyarakat Melayu. Sesebuah puisi yang dicipta ia tidak akan lahir tanpa sebab dan akibatnya. Sebagai sebuah karya hasil ciptaan manusia, puisi tidak dapat melepaskan dirinya dari proses perubahan dan pematangannya, daripada satu tahap ke satu tahap, dari tahap tradisional kepada tahap moden. Keadaan ini jelas kelihatan pada perubahan atau pematangan yang berlaku terhadap puisi Melayu moden. Puisi Melayu moden berubah dari proses pematangan dari puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair dan juga gurindam. Keadaan ini dapat dilihat kepada puisi Melayu moden pada peringkat awal penerbitannya. Puisi-puisi tersebut masih begitu akrab dengan pola-pola pantun dan juga syair yang begitu teguh mengekalkan rima abab dan aaaa. Ramai kalangan pengkaji dan sarjana sastera Melayu menyatakan bahawa perkembangan puisi Melayu moden bermula pada tahun 1933 dengan tersiarnya puisi Pungguk `Di Tengah Segara' yang terbit di dalam Majalah Guru, Disember 1933. Namun begitu pada tahun 1913 puisi Omar Mustaffa yang bertajuk `Angan-angan Dengan Gurindam' telah tersiar di dalam akhbar Utusan Melayu, 18 Januari 1913. (Pyan Husayn & Suhaimi Haji Muhammad, 1981: xviii). Teknik dan isi puisi `Angan-angan dengan Gurindam' ini ternyata telah jauh menyimpang dari pantun dan syair. Selain dari itu persoalan yang diungkapkan di dalam puisi tersebut juga telah melepaskan dirinya dari persoalan diri sendiri. Puisi ini telah membincangkan persoalan ekonomi orang-orang Melayu yang pada ketika itu, jauh ketinggalan di dalam bidang ekonomi. Di dalam puisi ini juga dibincangkan tentang keadaan bangsa asing yang begitu menguasai perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu. Juga disebutkan tentang dua orang jutawan Cina iaitu Loke Yew dan Chow Kit yang telah kaya-raya ketika itu. Omar Mustaffa juga di dalam puisi ini telah menyeru orang Melayu supaya segera memajukan diri mereka di dalam bidang ekonomi dengan mengambil contoh yang dilakukan oleh orang asing dengan seruan; bangkitlah! bangkit! Keadaan ini jelas kelihatan di dalam puisi tersebut. Puisi di atas dari segi tekniknya telah membebaskan dirinya dari pola abab dan aaaa seperti yang terdapat di dalam bentuk pantun dan syair. Selain dari itu jumlah suku katanya tidak terikat kepada suku kata pantun dan syair iaitu di dalam 8-12 suku kata. Dari segi bentuk juga ia telah membebaskan dirinya dari pantun dan syair dengan keseluruhan puisi ini hanya terdiri daripada satu rangkap. (Pyan Husayn & Suhaimi Haji Muhammad, 1981:xix). Namun begitu apa yang berlaku kepada Omar Mustaffa selepas puisi `Angan-angan dengan Gurindam' ini beliau tidak meneruskan pengkaryaannya. Begitu juga dengan puisi-puisi lain yang tidak muncul selepas penerbitan, karyanya ini. Karya puisi lain muncul pada bulan April tahun 1926 iaitu dengan puisi `Jawab kepada Melur' melaluiMajalah Guru yang ditulis oleh seorang penulis yang menggunakan nama samaran Kumbang. Puisi ini masih mengekal pola pantun abab walaupun persoalannya telah membincangkan persoalan kemasyarakatan iaitu

masalah poligami. Seperti Omar Mustaffa, Kumbang tidak meneruskan sumbangannya terhadap perkembangan puisi Melayu Moden di Malaya. Sejak tersiarnya puisi `Angan-angan Dengan Gurindam' karya Omar Mustaffa pada tahun 1913, puisi Melayu terus berkembang sehingga sekarang. Puisi Melayu telah mengalami perubahan terutamanya dari segi bentuknya. Dari bentuk yang masih kuat dipengaruhi oleh puisi Melayu tradisional ia telah berubah kepada bentuk puisi moden yang tidak lagi terikat kepada pola-pola pantun dan syair. Dari tarikh tersebut itu puisi Melayu telah melalui tahun 20-an, 30an, 40-an, 50-an dan sehingga sekarang puisi Melayu juga telah mengalami perubahan tema dan persoalan yang berbagai. Penyair-penyair yang menulis puisi di akhir tahun 1950-an masih ada yang masih menulis puisi sehingga sekarang. Ketahanan penyair-penyair seperti A. Samad Said, Suhaimi Haji Muhammad, Jihaty Abadi dan Affrini Adham adalah disebabkan oleh kerana kekuatan mereka untuk terus berkarya dan tahan uji. Ketahanan seseorang penyair untuk terus berkarya banyak bergantung kepada keupayaan mereka mengharungi pertembunganpertembungan di dalam pengkaryaannya. Hanya penyair yang mampu menghadapi pertembungan-pertembungan di dalam pengkaryaan ini mampu bertahan lama. http://elmizulkarnain.multiply.com/journal/item/4/Apa_itu_Puisi?&show_interstitial=1&u=/jour nal/item

PUISI: TEKS LUKISAN ZAMAN

Berdasarkan Teks Kajian Terdapat 4 Puisi Melayu Lama 1. pantun 2. syair 3. gurindam 4. seloka 1. Pantun Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi a. Milik melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya. b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan kanak-kanak. e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus. g. Mudah dicipta secara spontan h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu Nota : perlu kemukakan contoh dalam menjawab soalan.

Ciri-ciri kelebihan pantun a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain. b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya. c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain. d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata. Kepentingan pantun a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll. b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.

c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis. d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

SYAIR Definisi Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.

1. ciri-ciri bentuk Syair a. Merupakan puisi terikat. b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut c. Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris d. Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris e. Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a

GURINDAM 1. Ciri-ciri bentuk Gurindam a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Baris pertama dikenali sebagai syarat dan baris kedua dikenali sebagai jawab. Baris pertama syarat menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap. e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

SELOKA 1. ciri-ciri bentuk a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat

b. Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap. e. Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap. http://members.tripod.com/~nita_73/Pantun

Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua bait, tiap bait terdiri dari 2 baris kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Gurindam mempunyai ciri bersajak berirama a - a ; b - b ; c - c ; dan seterusnya.Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastra Hindu. Gurindam berasal dari bahasa Tamil (India) yaitu kirindam yang berarti mula-mula amsal, perumpamaan. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawaban nya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi. Contoh: Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, Maka ia itulah orang yang marifat. Gendang gendut tali kecapi Kenyang perut senang hati Pengarang gurindam yang terkenal adalah Raja Ali Haji, saudara sepupu Raja Ali yang menjadi raja muda di Riau (1844-1857). Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul Gurindam Dua Belas. http://chairilanwar.com/referensi/2-apa-itu-gurindam

Penerapan nilai - nilai murni melalui Pendidikan Kesusasteraan Melayu : Satu Penilaian Abstrak. Permasalahan sosial yang sering menghambat pelajar telah menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan dasar dasar pendidikan kebangsaan. Sejauhmanakah hasrat dan harapan pihak yang berwajib dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan pelajar tercapai? Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) berperanan dalam menyingkap dan menerapkan nilai nilai murni yang terkandung dalam falsafah serta membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan jasmani. Penulis cuba menyorot kembali peranan FPN dalam menyemai dan menerapkan nilai nilai murni seperti yang dicanangkan dalam FPK melalui pengajaran matapelajaran kesusasteraan Melayu. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pengajaran mata pelajaran Pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat menerapkan nilai nilai murni dikalangan pelajar. Pengenalan. Pengajaran Kesusasteraan Melayu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bermoral. Impian kerajaan telah terpancar melaui dasar pendidikan kebangsaan melalui Falsafah Pendidikan Negara antara berbunyi ; "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan

Harapan kerajaan ini diungkap dengan lebih jelas berdasarkan sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2003 ). Falsafah Pendidikan Kesusasteraan antara lain bertujuan menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari Manakala nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan tentang nilai murni sebagai : "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia Penerapan nilai nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Hasrat dan matlamat kerajaan ini telah dilakarkan melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus terhadap perpaduan dan memperkasakan sekolah. Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati nilai nilai murni , bermoral serta bersikap positif Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Penerapan nilai- nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam menentang berlakunya penularan pelbagai penyakit masyarakat yang berpunca dari kepelbagaian gelojak teknologi yang mengheret remaja dan masyarakat terjebak dengan pelbagai masalah masyarakat. Isu ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai nilai sastera seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya yang membabitkan bilangan pelajar yang ramai. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan melahirkan kesefahaman dalam membentukan sebuah masyarakat yang bermoral berteraskan nilai nilai murni. Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira kira 17 jenis nilai nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai yang wajar diditeladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan nilai nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi baik. Rasional pengenalan nilai nilai murni dalam pengajaran sastera akibat dasar kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Sikap penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum berlaku akibat tiada kepekaan dalam

kalangan penduduk yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Struktur masyarakat yang terpisah akibat polarisasi kaum menyebabkan dasar pendidikan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dilihat sebagai sebuah wadah yang dapat menyatukan pelbagai bangsa yang seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu. Jawatankuasa Penddikan Aklak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang terdapat di Malaysia. Penerapan nilai tersebut bertujuan membentuk murid yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Penekanan bagi penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM. Pembentukan nilai nilai murni melalui teks sastera berdasarkan peranannya sebagai agen masyarakat. Nilai murni dapat diterapkan berdasarkan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen , novel dan drama kesemuanya menjuruskan ke arah membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti. Contoh puisi Melayu seperti pantun banyak memaparkan tentang adat resam seperti penggunaan pantun di bawah.

Bunga melati bunga di darat Bunga seroja ditepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi. Penggunaan pantun di atas, jelas memaparkan tentang kehidupan manusia yang berada dalam ruang lingkup kehidupan bermasyarakat. Manusia yang hidup hendaklah sentiasa berbudi perkerti yang baik. Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai menari Biar buruk kain di pakai Asal hidup pandai berbudi Begitu juga dengan penggunaan pantun di atas yang memaparan tentang kebijaksaan masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran masyarakat pada masa tersebut. Idea tersebut terakam melalui pemilihan kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara idak langsung memainkan peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus. Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan terdedah kepada amalan yang menjuruskan kepada ketegangan dan sensitivi kaum. Kurang kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil peristiwa berdarah 13 mei akan berulangan. Tindakan Majlis peguam yang menganjur pelbagai forum yang menyentuh sensitivi kaum secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api. Peristiwa seperti ini dapat diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai nilai

murni yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu. Teks kesusasteraan Melayu seperti Pemberontakan yang pernah menjadi teks kajian pelajar dahulu turut memaparkan tentang permasalahan masyarakat di Malaysia berkaitan dengan pengambilan tanah oleh sesuatu kaum. Antara nilai nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu seperti nilai baik hati, kepahlawanan, hormat menghormati, kerajinan, patriotisme, berdikari dan juga berkaitan dengan hukum hukum islam. Nilai baik hati yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak terangkum dalam media seperti drama, novel, puisi dan cerpen. Berdasarkan novel Perlumbaan Kedua karangan yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat binatang selepas berlakunya peristiwa di antara Kura Kura dengan Arnab. Berdasarkan teks ini, pengajaran yang diterapkan ialah , sikap baik hati, melupakan segala persengketaan yang tercetus pada masa dahulu dan melakukan muhasabah diri agar dapat mwujudkan satu masyarakat yang harmoni. Begitu juga di dalam novel Julia karangan Abu Morad Hassan. Yang memaparkan tentang seorang kakak yang terpaksa menanggung keluarga dan mengambil alih perniagaan keluarga setelah kematian kedua orang tuanya dalam satu kemalangan. Kesanggupan Julia memikul tanggungjawab dalam usia yang masih mentah menunjukkan sikap yang baik dan matang dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Sikap yang rajin berusaha dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain banyak dipaparkan dalam teks sastera spm. Watak seperti Julia ( Julia ) dan Tuan Faridah Syed Abdullah ( Seteguh Karang ) yang memaparkan tentang kecekalan dan kerajinan sorang wanita dalam mengubah nasib dan persepsi masyarakat. Citra wanita yang dilambangkan melalui teks tersebut sebagai seorang yang cekal, gigih, bijak dan rajin berusaha. Awanis atau Anis yang kematian keluarga akibat kemalangan jalanraya menjadi pemurung dan kemudian bertukar menjadi seorang yang cekal dan tabah. Manakala Julia pula merupakan seorang pelajar yang bijak dalam membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan keluarga, pendidikan dan di samping menjadi ayah dan ibu kepada adik- adiknya. Nilai patriotisme antara nilai yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Nilai patriotisme banyak digambarkan tentang bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara dan pengertian sebenar tentang kemerdekaan. Gambaran ini terpancar lewat novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohamad. Novel ini berjaya memaparkan tentang masyarakat Melayu yang bersifat anti penjajah dan menyedari kelicikan Inggeris menguasai ekonomi orang Melayu. Persoalan yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel seringkali berkaitan dengan permasalahan masyarakat. Contohnya Novel Julia, memaparkan tentang kecekalan, ketabahan dan sikap bertanggungjawab seorang anak terhadap keluarga yang sanggup menggantikan kedua ibubapa yang meninggal dunia untuk mememelihara adik- adiknya. Kecekalan dan ketabahan Julia wajar di contohi oleh Masyarakat, yang mengutamakan keluarga melebihi dirinya. Watak Julia atau Awanis mempunyai sedikit sebanyak sedikit persamaan dengan Filem Abang 92 arahan Dato Rahim Razali yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman dan Hasliza Misbun. Kecekalan dan ketabahan Julia menyebabkannya dihormati dan dipandang tinggi oleh

masyarakat. Menurut Asmad, (1990:3) menyatakan satu daripada bidang kehidupan yang utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat ialah kesenian. Kesenian dibahagikan pula kepada beberapa cabang tertentu. Seni atau kesenian pada dasarnya adalah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia iaitu melalui penglihatan, pendengaran dan citarasa. Keindahan yang wujud pada setiap hasil kesenian itulah yang memberikan rasa kepuasan di dalam jiwa manusia. Kehalusan jiwa manusia turut menentukan nilai sesuatu hasil kesenian. Sehubungan dengan itu kehalusan rasa seni di dalam jiwa manusia pula berasaskan ketinggian budinya. Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad adalah mempunyai perkaitan kehidupan manusia dan masyarakat. Masyarakat telah menggunakan unsur kesenian untuk membentuk atau menyalurkan nilai nilai murni. Masyarakat Melayu pada zaman awal banyak menghasilkan puisi puisi tradisi dalam usaha mendidik masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehinga sekarang ini. Winckelmann dalam Johari Ab. Hamid (2000) menegaskan, keindahan mesti mengandungi ciriciri kesatuan, kesederhanaan dan perasaan. Keindahan ini mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Perasaan yang lahir dari deria dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan. Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai nilai yang ingin disampaikan dapat diterapkan kepada pelajar. Terdapat sebanyak 17 nilai yang terdapat didalam teks sastera pada peringkat SPM. Antara nilai tersebut seperti kasih sayang, baik hati, tolak ansur , bertanggungjawab, cekal, tabah dan sebagainya. Kesemua ini terpancar melalui pelukisan watak oleh pengarang. Penggunaan dialog yang sesuai dengan pemilihan dan penyusunan kata yang menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. Penggunaan dialog yang bersahaja dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana tersebut. Pembaca berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya. Kebijaksanaan pengarang dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang diucapkan tersebut lebih bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai nilai murni dan nilai estetika. Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan oleh pengarang di dalam sesebuah teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti pengulangan kata, perlambangan, paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah melahirkan unsur puitis dalam pelukisan watak secara tidak langsung nilai nilai murni yang cuba diterapkan oleh pengarang dapat dilakukan dengan secara tidak langsung. Konsep masyarakat melayu yang berpegang kepada adat seperti melentur buluh biar dari rebungnya atau ular menyusur akar tidak akan bisanya. Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keeupayaan sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Hubungan unsur atau sistem kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. Warisan budaya akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih

dapat dipertahankan. Andainya unsur atau sistem budaya ini telah dipengaruhi, maka budaya warisan ini akan berubah atau mungkin lenyap ditinggal zaman. Masyarakat Melayu tradisional biasanya menyampaikan ilmu melalui adat resam mereka juga dalam perkataan seperti peribahasa, pantun, teka teki dan lain-lain. Ismail Hamid (1991:140) menyatakan jika diselidiki dalam puisi Melayu lama atau adat istiadat Melayu lama, kita akan temui unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk membentuk dan memberi pendidikan secara informal khususnya kepada orang-orang muda yang tidak berpengalaman Kesimpulan. Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap akan dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan pihak yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang enteng. Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat mewujudkan satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pembudayaan nilai tersebut.

Bibliografi. Asmad. (1990). Kesenian, Adat, Kepercayaan dan Petua. Melaka:Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd Ismail Hamid. (1991), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://aduweh.blogspot.com/2010/05/penerapan-nilai-nilai-murni-melalui.html

Syair merupakan jenis puisi berirama, berasal dari daerah Arab dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah mengalami perubahan bahasa Melayu klasik ketika itu. Ciri-ciri syair : Biasanya terdiri dari 4 baris serangkap. Bersajak aaaa. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah. Suku kata dalam setiap baris adalah sama, yaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris. Syair dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu: naratif non-naratif Syair naratif ialah syair berbentuk cerita seperti Syair Siti Zubaidah, Syair Selendang Delima, Syair Panji. Syair non -naratif ialah Syair berbentuk nasihat/pengajaran dan agama seperti Syair Ikan Terubuk. http://www.chairilanwar.com/referensi/9-apa-itu-syair

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara, pada umumnya terdiri atas empat baris yang bersajak bersilih dua-dua (pola ab-ab), dan biasanya tiap baris terdiri atas empat perkataan. Kata ini mempunyai arti ucapan yang teratur, pengarahan yang mendidik, namun juga bisa berarti sindiran. Dalam bahasa Jawa, biasa dikenal dengan nama parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Pada mulanya ia merupakan sastra lisan, namun sekarang dijumpai juga bentuk yang tertulis. Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, yang seringkali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya). Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari dibuatnya karya sastra ini. Karya sastra ini dinilai baik jika terdapat hubungan makna tersembunyi dalam sampiran, biasa disebut pantun sempurna atau penuh. Sedangkan pada yang kurang baik, hubungan tersebut semata-mata hanya untuk keperluan persamaan bunyi, dan disebut tak penuh atau tak sempurna. Karena sampiran dan isi sama-sama mengandung makna yang dalam (berisi), maka kemudian dikatakan, sampiran dapat menjadi isi, dan isi dapat menjadi sampiran. Pantun yang sering dipakai berisi dua baris dan empat baris. Karmina dan talibun merupakan bentuk turrunannya, karena memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan versi pendek (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah versi panjang (enam baris atau lebih). Pantun adalah genre sastra tradisional yang paling dinamis, karena dapat digunakan pada situasi apapun. Dalam kehidupan masyarakat Melayu sehari-hari, ini termasuk jenis sastra lisan yang paling populer. Penggunaannya hampir merata di setiap kalangan: tua-muda, laki-laki-perempuan, kaya miskin, pejabat-rakyat biasa dan sebagainya. Dalam praktiknya, ia diklasifikasi ke dalam beberapa jenis yaitu, Nasihat, Berkasih Sayang, Suasana Hati, Pembangkit Semangat, Kerendahan Hati, Pujian, Teka-teki, Terhadap Perempuan, dan Jenaka. Pantun juga berfungsi sebagai bentuk interaksi yang saling berbalas, baik itu dilakukan pada situasi formal maupun informal. Pada masyarakat Melayu mengalir berdasarkan tema apa yang tengah diperbincangkan. Ketika seseorang mulai mengucapkan karya sastra ini, maka rekan lainnya berbalas dengan tetap menjaga tali perbincangan. Pada beberapa daerah seperti Minangkabau dan daerah Melayu lainnya, untuk situasi formal, digunakan ketika meminang atau pembukaan sebuah pidato, sedangkan pada situasi informal seperti perbincangan antar rekan sebaya. http://www.chairilanwar.com/referensi/7-apa-itu-pantun

Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama. Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. http://cikgususie.blogspot.com/2011/12/seloka-apa-itu-seloka.html

Anda mungkin juga menyukai