Anda di halaman 1dari 16

3.

1 PERKEMBANGAN FIZIKAL
3.1.1 Konsep Perkembangan Fizikal
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanakkanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidiikan Malaysia 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal

mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanakkanak daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal

seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi

(manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan gravity. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di

persekitarannya.

Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bhawa kemahiran fizikal kanakkanak perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam

memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

3.1.2 Prinsip Perkembangan Fizikal


Prinsip asas pertama dalam perkembangan fizikal ialah perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembangan dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

Seterusnya ialah arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan ini bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek. Seterusnya bayi dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot tangan sudah berkembang.

Selain itu, kebolehan bayi pula bertambah jelas dan spesifik. Contohnya, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya sakit.

Prinsip yang terakhir pula ialah aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. Ini bermaksud bahawa kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan

mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

3.1.3. Peringkat-peringkat Perkembangan Fizikal Prenatal


Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila sperma bapa bersatu dengan ovum telur ibu. Seseorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua ovarinya. Selepas seseorang wanita mencapai akil baligh, satu ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi.

Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia. Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa dia bahagian atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari. Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebaga haid. Manakal ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.

Kadangkala seseorang wanita akan menghasilkan lebih daripada satu telur, samada secara semula jadi ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma berbeza menghasilkan kebar dwizigot atau lebih dikenali sebagai kembar bersaudara.

Jika ovum yang disenyawakan

oleh sperma bercerai kepada dua

bahagian, iaitu zigot mambahagi kepada dua dan setiap bahgian melalui pembahagian sel dan berkembang menjadi dua individu yang serupa maka kembar monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang sama, oleh itu dia mewarisi gen yang sama daripada ibu dan bapa.

Peringkat prenatal ialah selama sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (geminal stage), embrio dan fetal.

Awal Kanak-kanak (2-6 tahun)


Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanakkanak pada perigkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda.

Otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada

perkembangan kanak-kanak lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bergerak menggunakan kasut roda.

Kanak-kanak (7-12 tahun)


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu

diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapa tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki ual bertambah apabila mereka berumur antara 10 hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur 11 tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau

tugasan yang diberi kepada meraka. Perkembangan otot-otot halus, keordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, manjahit, manait , mebina model,belajar gimnastik, berenang, tenis dan

olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

Awal Remaja (12-15 tahun)


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh.

Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau suara pecah. Tubuh badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan. Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan

terlebih dahulu sebalum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

3.2

PERKEMBANGAN KOGNITIF

3.2.1 Konsep Perkembangan Kognitif


Perkembangan pemikiran, kognitif dan merupakan proses peningkatan keupayaan dan

pengetahuan

keintelektualan

seseorang

kanak-kanak

kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisis, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan

perkembangan intelek seseorang.

Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. menghafal sajak Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, doa, memecahkan soalan-soalan matematik dan

atau

menceritakan pengalaman merupakan proses kognitif dalam perkembangan kanak-kanak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara

berperingkat-peringkat.

Perkembangan

kognitif

kanak-kanak

memberi

penekanan

terhadap

pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini,

menggunakan symbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa.

Ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget berpandangan pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Manakala ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky pula memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanakkanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

3.2.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Teori Perkembangan Kognitif, dikembangkan oleh Jean Piaget, seorang psikologi Swiss yang hidup pada tahun 1896-1980. Teorinya memberikan banyak konsep utama dalam lapangan psikologi perkembangan dan berpengaruh terhadap perkembangan konsep kecerdasan, yang bagi Piaget, bererti kemampuan untuk secara lebih tepat merepresentasikan dunia dan melakukan operasi logis dalam representasi konsep yang berdasar pada kenyataan. Teori ini membahas munculnya dan diperolehnya schemataskema tentang bagaimana seseorang mempersepsi lingkungannya dalam tahapan-tahapan perkembangan, saat seseorang

memperoleh cara baru dalam merepresentasikan informasi secara mental. Teori ini digolongkan ke dalam konstruktivisme, yang bererti, tidak seperti teori nativisme (yang menggambarkan perkembangan kognitif sebagai pemunculan pengetahuan dan kemampuan bawaan), teori ini berpendapat bahawa kita membangun kemampuan kognitif kita melalui tindakan yang termotivasi dengan sendirinya terhadap lingkungan. Untuk pengembangan teori ini, Piaget memperoleh Erasmus Prize. Piaget membagi skema yang digunakan anak untuk memahami dunianya melalui empat periode utama yang berkorelasi dengan dan semakin canggih seiring pertambahan usia:

Peringkat sensorimotor (usia 02 tahun) Peringkat praoperasi (usia 27 tahun) Peringkat operasi konkrit (usia 711 tahun)

Peringkat operasi formal (usia 11 tahun sampai dewasa)

Peringkat sensorimotor
Menurut Piaget, bayi lahir dengan sejumlah refleks bawaan selain juga dorongan untuk mengeksplorasi dunianya. Skema awalnya dibentuk melalui diferensiasi refleks bawaan tersebut. Peringkat sensorimotor adalah peringkat pertama dari empat peringkat. Piaget berpendapat bahawa tahap ini menandai perkembangan kemampuan dan pemahaman spatial penting dalam enam sub-tahap: 1. Sub-tahap skema refleks, muncul saat lahir sampai usia enam minggu dan berhubungan terutama dengan refleks. 2. Sub-tahap fase reaksi sirkular primer, dari usia enam minggu sampai empat bulan dan berhubungan terutama dengan munculnya kebiasaan-kebiasaan. 3. Sub-tahap fase reaksi sirkular sekunder, muncul antara usia empat sampai sembilan bulan dan berhubungan terutama dengan koordinasi antara penglihatan dan pemaknaan. 4. Sub-tahap koordinasi reaksi sirkular sekunder, muncul dari usia sembilan sampai dua belas bulan, saat berkembangnya kemampuan untuk melihat objek sebagai sesuatu yang permanen walau kelihatannya berbeza walau dilihat dari sudut berbeza (permanensi objek). 5. Sub-tahap fase reaksi sirkular tersier, muncul dalam usia dua belas sampai lapan belas bulan dan berhubungan terutama dengan penemuan cara-cara baru untuk mencapai tujuan. 6. Sub-tahap awal representasi simbolik, berhubungan terutama dengan tahap awal kreativiti.

Peringkat Praoperasi
Tahap ini merupakan tahap kedua dari empat tahap. Dengan mengamati urutan permainan, Piaget biasanya menunjukkan bahawa setelah akhir usia dua tahun jenis yang secara kualitatif baru dari fungsi psikologis muncul. Pemikiran (Pra)Operasi dalam teori Piaget adalah prosedur melakukan tindakan secara mental terhadap objek-objek. Ciri dari tahap ini adalah operasi mental yang jarang dan secara logika tidak memadai. Dalam tahap ini, anak belajar menggunakan dan merepresentasikan

objek dengan gambaran dan kata-kata. Pemikirannya masih bersifat egosentris: anak kesulitan untuk melihat dari sudut pandang orang lain. Anak dapat mengklasifikasikan objek menggunakan satu ciri, seperti mengumpulkan semua benda merah walau bentuknya berbeza-beza atau mengumpulkan semua benda bulat walau warnanya berbeza-beza. Menurut Piaget, peringkat pra-operasi mengikuti peringkat sensorimotor dan muncul antara usia dua sampai enam tahun. Dalam tahap ini, anak mengembangkan keterampilan berbahasanya. Mereka mulai merepresentasikan benda-benda dengan kata-kata dan gambar. Bagaimanapun, mereka masih menggunakan penalaran intuitif bukan logis. Di permulaan tahap ini, mereka cenderung egosentris, iaitu, mereka tidak dapat memahami tempat di dunia dan bagaimana hal tersebut berhubungan satu sama lain. Mereka kesulitan memahami bagaimana perasaan dari orang di sekitarnya. Tetapi seiring pendewasaan, kemampuan untuk memahami perspektif orang lain semakin baik. Anak memiliki fikiran yang sangat imaginatif di saat ini dan menganggap setiap benda yang tidak hidup pun memiliki perasaan.

Peringkat Operasi Konkrit


Tahap ini adalah tahap ketiga dari empat tahap. Muncul antara usia enam sampai dua belas tahun dan mempunyai ciri berupa penggunaan logika yang memadai. Proses-proses penting dalam tahap ini adalah: Pengurutankemampuan untuk menilai objek menurut ukuran, bentuk, atau ciri lainnya. Contohnya, apabila diberi benda berbeza ukuran, mereka dapat membezakannya dari benda yang paling besar ke yang paling kecil. Klasifikasikemampuan untuk memberi nama dan mengidentifikasi serangkaian benda menurut tampilannya, ukurannya, atau karakteristik lain, termasuk gagasan bahawa serangkaian benda-benda dapat menyertakan benda lain ke dalam rangkaian tersebut. Anak tidak lagi memiliki keterbatasan logika berupa animisme (anggapan bahawa semua benda hidup dan berperasaan) Decenteringanak mulai mempertimbangkan beberapa aspek dari suatu

permasalahan untuk boleh memecahkannya. Sebagai contoh anak tidak akan lagi

menganggap bekas lebar tapi pendek lebih sedikit isinya dibanding bekas kecil yang tinggi. Reversibilityanak mulai memahami bahawa jumlah atau benda-benda dapat diubah, kemudian kembali ke keadaan awal. Untuk itu, anak dapat dengan cepat menentukan bahwa 4+4 sama dengan 8, 8-4 akan sama dengan 4, jumlah sebelumnya. Konservasimemahami bahawa kuantiti, panjang, atau jumlah benda-benda adalah tidak berhubungan dengan pengaturan atau tampilan dari objek atau bendabenda tersebut. Sebagai contoh, apabila anak diberi bekas yang seukuran dan isinya sama banyak, mereka akan tahu bila air dituangkan ke gelas lain yang ukurannya berbeza, air di gelas itu akan tetap sama banyak dengan isi bekas lain. Penghilangan sifat Egosentrismekemampuan untuk melihat sesuatu dari sudut pandang orang lain (bahkan saat orang tersebut berfikir dengan cara yang salah). Sebagai contoh, tunjukkan komik yang memperlihatkan Azman menyimpan boneka di dalam kotak, lalu meninggalkan ruangan, kemudian Ujang memindahkan boneka itu ke dalam laci, setelah itu baru Azman kembali ke ruangan. Anak dalam tahap operasi konkrit akan mengatakan bahawa Azman akan tetap menganggap boneka itu ada di dalam kotak walau anak itu tahu bahwa boneka itu sudah dipindahkan ke dalam laci oleh Ujang.

Peringkat Operasi Formal


Tahap operasi formal adalah peringkat terakhir perkembangan kognitif dalam teori Piaget. Tahap ini mulai dialami anak dalam usia sebelas tahun (saat pubertas) dan terus berlanjut sampai dewasa. Karakteristik tahap ini adalah kemampuan untuk berfikir secara abstrak, menalar secara logis, dan menarik kesimpulan dari informasi yang tersedia. Dalam tahap ini, seseorang dapat memahami hal-hal seperti cinta, bukti logis, dan nilai. Ia tidak melihat segala sesuatu hanya dalam bentuk hitam dan putih, namun ada "gradasi abu-abu" di antaranya. Dilihat dari faktor biologis, tahap ini muncul saat pubertas (saat terjadi berbagai perubahan besar lainnya), menandai masuknya ke dunia dewasa secara fisiologis, kognitif, penalaran moral,

perkembangan psikoseksual, dan perkembangan sosial. Beberapa orang tidak

sepenuhnya mencapai perkembangan sampai tahap ini, sehingga ia tidak mempunyai keterampilan berfikir sebagai seorang dewasa dan tetap menggunakan penalaran dari tahap operasional konkrit.

Informasi Umum Mengenai Tahap-tahap


Keempat tahap ini memiliki ciri-ciri sebagai berikut:

Walau tahap-tahap itu biasanya dicapai dalam usia bervariasi tetapi urutannya selalu sama. Tidak ada tahap yang diloncati dan tidak ada urutan yang mundur.

Universal (tidak terkait budaya) Biasanya digeneralisasi: representasi dan logika dari operasi yang ada dalam diri seseorang berlaku juga pada semua konsep dan isi pengetahuan

Tahap-tahap tersebut berupa keseluruhan yang terorganisasi secara logis Urutan tahap bersifat hirarki (setiap tahap mencakup elemen-elemen dari tahap sebelumnya, tapi lebih terdiferensiasi dan terintegrasi)

Tahap merepresentasikan perbezaan secara kualitatif dalam model berfikir, bukan hanya perbedaan kuantitatif

3.2.3 Proses Perkembangan


Seorang individu dalam hidupnya selalu berinteraksi dengan lingkungan. Dengan berinteraksi tersebut, seseorang akan memperoleh skema. Skema berupa kategori pengetahuan yang membantu dalam menginterpretasi dan memahami dunia. Skema juga menggambarkan tindakan baik secara mental mahupun fizik yang terlibat dalam memahami atau mengetahui sesuatu. Sehingga dalam pandangan Piaget, skema mencakup baik kategori pengetahuan mahupun proses perolehan pengetahuan tersebut. Seiring dengan pengalamannya mengeksplorasi lingkungan, informasi yang baru didapatinya digunakan untuk memodifikasi, menambah, atau mengganti skema yang sebelumnya ada. Sebagai contoh, seorang anak mungkin memiliki skema tentang sejenis binatang, misalnya dengan burung. Bila pengalaman awal anak berkaitan dengan burung kenari, anak kemungkinan beranggapan bahawa semua burung adalah kecil, berwarna kuning, dan mencicit. Suatu saat, mungkin

anak melihat seekor burung unta. Anak akan perlu memodifikasi skema yang ia miliki sebelumnya tentang burung untuk memasukkan jenis burung yang baru ini. Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada. Proses ini bersifat subjektif, kerana seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau informasi yang diperolehnya agar boleh masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Dalam contoh di atas, melihat burung kenari dan memberinya label "burung" adalah contoh mengasimilasi binatang itu pada skema burung si anak. Akomodasi adalah bentuk penyesuaian lain yang melibatkan pengubahan atau penggantian skema akibat adanya informasi baru yang tidak sesuai dengan skema yang sudah ada. Dalam proses ini dapat pula terjadi pemunculan skema yang baru sama sekali. Dalam contoh di atas, melihat burung unta dan mengubah skemanya tentang burung sebelum memberinya label "burung" adalah contoh mengakomodasi binatang itu pada skema burung si anak. Melalui kedua proses penyesuaian tersebut, sistem kognisi seseorang berubah dan berkembang sehingga boleh meningkat dari satu tahap ke tahap di atasnya. Proses penyesuaian tersebut dilakukan seorang individu kerana ia ingin mencapai keadaan equilibrium, iaitu berupa keadaan seimbang antara struktur kognisinya dengan pengalamannya di lingkungan. Seseorang akan selalu berupaya agar keadaan seimbang tersebut selalu tercapai dengan menggunakan kedua proses penyesuaian di atas. Dengan demikian, kognisi seseorang berkembang bukan kerana menerima pengetahuan dari luar secara pasif tapi orang tersebut secara aktif mengkonstruksi pengetahuannya. Tahap perkembangan

Perbezaan kualitatif dan kuantitatif

Terdapat kontroversi terhadap pembahagian tahap perkembangan berdasarkan perbezaan kualitas atau kuantitas kognisi.

Kontinuitas dan diskontinuitas

Kontroversi ini membahas apakah pembahagian tahap perkembangan merupakan proses yang berlanjutan atau proses terputus pada tiap tahapnya.

Homogenitas dari fungsi kognisi

Terdapat perbezaan kemampuan fungsi kognisi dari tiap individu Natur dan nurtur Kontroversi natur dan nurtur berasal dari perbezaan antara filsafat nativisme dan filsafat empirisme. Nativisme mempercayai bahawa pada kemampuan otak manusia sejak lahir telah dipersiapkan untuk tugas-tugas kognitif. Empirisme mempercayai bahawa kemampuan kognisi merupakan hasil dari pengalaman. Stabiliti dan kelenturan dari kecerdasan Secara relatif kecerdasan seorang anak tetap stabil pada suatu darjat kecerdasan, namun terdapat perbezaan kemampuan kecerdasan seorang anak pada usia 3 tahun dibandingkan dengan usia 15 tahun. Sudut pandang lain Pada saat ini terdapat beberapa pendekatan yang berbeza untuk menjelaskan perkembangan kognitif.

Teori perkembangan kognitif neurosains

Kemajuan ilmu neurosains dan teknologi memungkinkan mengaitkan antara aktiviti otak dan perilaku. Biologis menjadi dasar dari pendekatan ini untuk menjelaskan perkembangan kognitif. Pendekatan ini memiliki tujuan untuk dapat mengantarai pertanyaan mengenai umat manusia iaitu 1. Apakah hubungan antara pemikiran dan tubuh, khususnya antara otak secara fisik dan mental proses

2. Apakah filogeni atau ontogeni yang menjadi awal mula dari struktur biologis yang teratur

Teori Konstruksi pemikiran-sosial

Selain biologi, konteks sosial juga merupakan salah satu sudut pandang dari perkembangan kognitif. Perspektif ini menyatakan bahawa lingkungan sosial dan budaya akan memberikan pengaruh terbesar terhadap pembentukan kognisi dan pemikiran anak. Teori ini memiliki implikasi langsung pada dunia pendidikan. Teori Vygotsky menyatakan bahawa anak belajar secara aktif lebih baik daripada secara pasif. Tokoh-tokohnya diantaranya Lev Vygotsky, Albert Bandura, Michael Tomasello

Teori Theory of Mind (TOM)

Teori perkembangan kognitif ini percaya bahwa anak memiliki teori maupun skema mengenai dunianya yang menjadi dasar kognisinya. Tokoh dari TOM ini di antaranya adalah Andrew N. Meltzoff

3.2.2 Teori Perkembangan Kognitif Ley Vygotsky


Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Rusia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengaijian undang undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusasteraan. Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk The Psychology of Art. Vygotsky mengemukakan ada empat prinsip kunci dalam pembelajaran, iaitu: (1) penekanan pada hakikat sosio-kultural pada pembelajaran (the sosiocultural of learning) (2) zona perkembangan terdekat (zone of proximal

development) (3) (4) pemagangan kognitif (cognitive appreticeship) perancahan (scaffolding).

Keempat

prinsip

tersebut

secara

singkat

dijelaskan

berikut

ini.

Prinsip pertama menurut Vygotsky siswa belajar melalui interaksi dengan orang dewasa dan teman sebaya yang lebih mampu. Vygotsky menekankan pentingnya interaksi sosial dengan orang lain dalam proses pembelajaran. Prinsip kedua menurut Vygotsky dalam proses perkembangan kemampuan kognitif setiap anak memiliki apa yang disebut zona perkembangan proksimal (zone of proximal development) yang didefinisikan sebagai jarak atau selisih antara tingkat perkembangan anak yang aktual dengan tingkat perkembangan potensial yang lebih tinggi yang bisa dicapai si anak jika ia mendapat bimbingan atau bantuan dari seseorang yang lebih dewasa atau lebih berkompeten. Prinsip ketiga menurut Vygotsky adalah pemagangan kognitif, iaitu suatu proses dimana seorang siswa belajar setahap demi setahap akan memperoleh keahlian dalam interaksinya dengan seorang ahli. Seorang ahli bisa orang dewasa atau orang yang lebih tua atau teman sebaya yang telah menguasai

permasalahannya. Prinsip keempat menurut Vygotsky adalah perancahan atau scaffolding, merupakan satu ide kunci yang ditemukan dari gagasan pembelajaran sosial Vygotsky. Perancahan berarti pemberian sejumlah besar bantuan kepada seorang anak selama tahap-tahap awal pembelajaran dan kemudian secara perlahan bantuan tersebut dikurangi dengan memberikan kesempatan kepada anak untuk mengambil alih tanggungjawab setelah ia mampu mengerjakan sendiri. Berdasarkan huraian di atas, maka implikasi utama dari teori Vygotsky terhadap pembelajaran kooperatif adalah kemampuan untuk mewujudkan tatanan

pembelajaran

dengan dibentuk kelompok-kelompok belajar yang

mempunyai tingkat kemampuan berbeda dan penekanan perancahan dalam pembelajaran supaya siswa mempunyai tanggungjawab terhadadap pelajar.

Anda mungkin juga menyukai