Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia
(Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri
dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung
dan secara tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka
bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut
tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan
sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan
terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin
mempengaruhi perkembangan personalitinya. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur
badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.
Perkembangan dan pertumbuhan adalah saling berkaitan, tetapi kedua-dua ini
adalah berbeza. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur
daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Perkembangan merujuk kepada kemahiran
menggunakan anggota badan, misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan
memusing badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Pertumbuhan kanakkanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat,
pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri.

2.0 Konsep dan prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak

Prinsip asas dalam perkembangan fizikal


1. Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki
Selepas dilahirkan, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan
kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang
bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas
lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya
menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya,
dapat merangkak, berdiri seterusnya berjalan.
2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.
Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada
peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.
Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal
badan. Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal
kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi
boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek. Seterusnya, bayi akan
dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot
tangan sudah berkembang.
3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik
Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis
dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan
menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi
menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya yang sakit.
4. Aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap yang berbeza
Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat
remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang
dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan
menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

Perkembangan kanak-kanak peringkat umur antara 2 12 tahun

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)


Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada
peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun
pertama kanak-kanak tersebut. Dari umur 2 tahun hingga baligh, ketinggian kanak-kanak
meningkat 2-3 inci. Dari segi berat pula, ia menjadi empat kali ganda apabila berumur dua
tahun. Dari umur dua tahun hingga baligh, berat kanak-kanak akan meningkat 2.5-2.8kg
setiap tahun. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang
dengan sempurna. Perkembangan otot-otot berlaku dalam arah cephalocaudal iaitu otot-otot
kepala dan leher membesar dahulu daripada bahagian-bahagian lain. Semasa lahir, otak
bayi (dalam gram) hanya 25% daripada berat badan orang dewasa. Saiz ini meningkat ke
66% semasa akhir tahun pertama, 76% pada umur dua setengah tahun dan 90% daripada
berat orang dewasa semasa berumur lima tahun.

Perempuan
Umur

Berat badan

Lelaki

Ketinggian (sm)

(kg)

Berat badan

Ketinggian (sm)

(kg)

2 tahun

12.32

85.25

12.59

86.00

3 tahun

14.45

92.75

14.64

94.75

4 tahun

16.45

101.50

16.55

101.75

5 tahun

18.41

107.25

18.41

107.00

Jadual 1 Purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak


umur 2-5 tahun
Sistem saraf bayi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli psikologi
mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa. Sebenarnya
setengah daripada jumlah keseluruhan neuron dihasilkan semasa bayi. Percambahan
neuron pesat semasa kanak-kanak mencapai dua tahun dan kemudiannya menurun
sehingga berumur 16 tahun. (Goldman-Rakic et al., 1983).
Perkembangan motor bayi pula boleh dibahagikan kepada dua kategori umum.
Pertama, perkembangan lokomasi dan postural yang melibatkan kawalan badan dan

koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak. Kategori kedua ialah prehension iaitu kebolehan
yang menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu benda dan sebagainya.
Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut
persekitaran dan lebih bebas untuk bergerak. Perkembangan motor bukan sahaja berlaku
dari segi kemahiran seperti berjalan sendiri atau bertatih, tetapi juga dari aspek kebolehan
kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran, khususnya memanipulasikan objek
dan koordinasi visual dengan motor.
Selain itu, kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada
peringkat ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki. Perubahan
dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh
berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain menggunakan kasut roda. Kanakkanak akan mempunyai pencapaian yang berbeza walaupun berada pada umur yang sama
kerana perkembangan fizikal dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
Umur ( tahun)
2

Perkembangan psikomotor
Menaiki tangga dengan bantuan.
Memegang objek-objek besar seperti bola dan memanipulasi objek-objek

kecil seperti krayon.


Melambung bola.

Menunggang basikal tiga roda.


Melompat dan berlari.

Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan.


Menggunakan kasut roda.
Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang mudah.
Jadual 2 Tahap perkembangan psikomotor mengikut umur

Kanak-kanak (7-12 tahun)

Rajah 1 Kadar ketinggian kanakkanak


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran
psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi
susu akan diganti. Berdasarkan rajah 1, ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah
apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak
semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus.
Umur
7
8
9
10
11
12

Purata Tinggi (cm)


Lelaki
Perempuan
123.8
122.6
128.5
127.7
133.6
133.3
138.7
139.4
144.2
146.4
150.0
152.0

Penambahan Tahunan (cm)


Lelaki
Perempuan
7.08
7.28
5.48
5.78
8.02
6.73
6.61
8.27
6.07
6.11
5.72
6.45

Jadual 3 Purata tinggi dan penambahan tinggi tahunan kanak-kanak


umur 7-12 tahun
Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanakkanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti
atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan
tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain
alat-alat muzik seperti piano dan viola, menjahit, mengait, membina model, belajar
gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada
permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang. Pada peringkat ini, aktiviti
senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan

saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih
berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perubahan keseluruhan
fizikal ke peringkat dewasa seawal usia 8 tahun untuk perempuan dan 10 tahun untuk lelaki.
Secara purata, akil baligh bermula dari usia 12 tahun dan mula mantap pada umur 18 tahun.
Akil baligh berlaku lebih awal bagi kanak-kanak perempuan jika dibandingkan dengan lelaki.
Kanak-kanak yang menghampiri akil baligh akan bermula dengan tumbesaran badan yang
serentak dan juga lelaki akan berlaku tumbesaran buah zakar, kerandut dan zakar. Petanda
akil baligh yang lain ialah seperti kemunculan bulu roma di bahagian ketiak dan dada.
Walaubagaimanapun, bulu roma ini ada kaitan dengan baka dan bukan petanda mutlak akil
baligh. Sebahagian kanak-kanak yang sedang menjalani perubahan akil baligh mendapati
perubahan itu tidak begitu jelas jika dibandingkan dengan rakan mereka. Sebenarnya,
mereka tidak sedar bahawa perubahan yang dialami itu sedang berlaku kerana mereka
tidak lihat pada diri sendiri. Mereka hanya selalu memerhatikan rakan-rakan yang lain.
Akil baligh yang awal
Perempuan: berlaku pada

Ciri-ciri
Perkembangan seksual

Akil baligh yang lewat


Perempuan: tiada tanda

umur 8 tahun

pada umur 13 tahun

Lelaki: berlaku pada umur 9

Lelaki: tiada tanda pada

tahun
- Hormon yang ada dalam

Punca-punca

umur 14 tahun
- Keturunan

badan

- Kecelaruan genetik

- Penyakit otak seperti tumor

- Penyakit kronik seperti

Perempuan: pembentukan

Tanda-tanda

penyakit buah pinggang


Perempuan: kurang

payudara, kitaran haid mula

pembentukan payudara,

Lelaki: perubahan suara,

tiada permulaan kitaran haid

pertumbuhan misai

Lelaki: kurang

perkembangan pada testis


Jadual 4 Perbandingan antara akil baligh awal dan lewat

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak

Faktor baka (biologi)


Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu

bapa kepada anak-anaknya. Gen-gen mempunyai ciri-ciri daripada ibu bapa dan terkandung
dalam kromosom. 23 kromosom daripada ibu akan bercampur dengan 23 kromosom

daripada bapa untuk membentuk individu yang berbeza dan unik. Oleh hal yang demikian,
tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh
faktor genetik, contohnya saiz dan bentuk badan.
Kemahiran motor kanak-kanak datang daripada kematangan biologi. Walaupun
wujud perbezaan individu, kebanyakan kanak-kanak daripada pelbagai budaya boleh
melakukan sesuatu seperti berjalan pada umur yang lebih kurang sama. Hal ini bermakna
genetik telah menentukan perkembangan motor kanak-kanak seperti pembesaran tulang
dan otot, kematangan sistem saraf, keupayaan menyeimbangkan badan dan sebagainya
terlebih dahulu. Malah kanak-kanak yang cacat juga boleh berkembang keupayaan
motornya pada masa yang lebih kurang sama. Adelson dan Fraiberg (1974) mendapati
kanak-kanak yang buta memperoleh banyak kemahiran motor pada umur yang hampir
serupa dengan kanak-kanak yang tidak buta, hanya pergerakan-pergerakan yang
melibatkan koordinasi visual motor dan lokomasi sahaja menyebabkan kanak-kanak buta
agak lambat.

Faktor persekitaran
Perkembangan kanak-kanak juga boleh dipengaruhi oleh semua pengalaman luar

individu tersebut. Pengalaman bermula sebelum kelahiran di mana ia merangkumi


pemakanan dan kesihatan ibu. Sebagai contoh, semasa hamil, ibu bagi anak tersebut
merokok, dan hal ini akan mempengaruhi pertumbuhan sistem dan organ bagi
perkembangan

kanak-kanak

pada

masa

kelak

setelah

dilahirkan.

Teori

Ekologi

Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil


interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau,
perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciriciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran perkembangan individu terdiri
daripada lima sistem, iaitu
1) Mikrosistem:
Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak akan mempunyai masa interaksi
secara langsung yang paling banyak.
Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.
2) Mesosistem:
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah
boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah.
Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.
3) Eksosistem:

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung


tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturanperaturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
4) Makrosistem:
Perkembangan

individu

dipengaruhi

oleh

norma-norma,

nilai

dan

amalan

masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.


Contoh: Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di
mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
5) Kronosistem:
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Contoh: Kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer
jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih
gemar bermain di persekitaran rumah.

Perbandingan

antara

faktor persekitaran

Rajah 2 Model Ekologi


Bronfenbrenner

faktor

baka

dengan

Beberapa kajian ke atas pasangan-pasangan kembar telah dijalankan untuk menguji


sama ada faktor biologi atau persekitaran lebih berperanan. Seorang kanak-kanak daripada
pasangan kembar telah diberi latihan intensif kemahiran-kemahiran motor seperti teknik
bermain dengan blok atau menaiki tangga manakala seorang lagi pasangan kembar
tersebut tidak menerima sebarang latihan. Kajian mendapati kanak-kanak yang tidak diberi
latihan dapat memperoleh tahap kemahiran dengan begitu cepat sama seperti kanak-kanak
yang menerima latihan. Pengkaji-pengkaji menyimpulkan bahawa faktor biologi atau
kematangan adalah faktor yang paling kuat dalam perkembangan motor.

Dari segi teori pula, terdapat dua teori yang berkaitan dengan perbandingan dua
faktor ini. Pertama, menurut teori perkembangan Arnold Gesell, perkembangan manusia
dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan
individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan
berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan
peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya
kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
Teori yang kedua ialah teori perkembangan Robert Havighurst yang lebih kepada
faktor

persekitaran.

Robert

Havighurst

menerangkan

konsep

tugas

dalam

teori

perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada


tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya
akan

membawa

kebahagiaan

kepada

individu

manakala

kegagalan

dalam

menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam


tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia
dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

Cabaran era

Rajah 3 Perhubungan faktor baka dan faktor


persekitaran

ke-21

Pada zaman yang moden ini, perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari
pelbagai aspek adalah sangat susah, tidak kira antara kalori yang diambil dengan kegiatan
yang dilakukan atau sebaliknya. Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kanakkanak dan juga ibu bapa mereka.
a. Makanan segara
Ibu bapa sering bekerja dari pagi sampai ke malam untuk menyara keluarga.
Kebanyakan ibu bapa tidak berupaya untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan
seimbang kepada anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, makanan segera merupakan
makanan yang diberi kepada kanak-kanak sekarang dengan bertujuan mengisi perut yang

lapar itu. Sebenarnya, kanak-kanak tidak menerima pemakanan mengikut piramid makanan.
Lama-kelamaan, kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah seperti obesiti. Dalam
pada itu, pertumbuhan badan mereka juga mungkin terjejas kerana badan mereka tidak
dapat memperolehi protein dan kalcium yang mencukupi untuk tumbuh tulang yang baru
dan membina sel-sel baru. Kesannya, kanak-kanak tersebut akan menjadi kurus dan
pendek.
b. Permainan komputer
Pada era yang canggih ini, permainan komputer semakin menarik perhatian kanakkanak sehingga ada yang berumur 3 sudah duduk di depan komputer. Hal ini bertambah
serius apabila ibu bapa itu sendiri yang membeli peralatan elektronik seperti Ipad, Tablet
dan komputer riba kepada kanak-kanak yang masih kecil untuk main. Hal ini secara tidak
langsung mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Mereka akan leka dalam
permainan dan sanggup duduk di depan komputer berjam-jam sehingga lupa untuk makan.
Sebahagian mereka pula mampu untuk sambil bermakan sambil bermain komputer. Semua
ini akan mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak kerana cara pemakanan kanakkanak tidak sihat.
Apabila tertarik dengan permainan komputer tersebut, kanak-kanak akan lupa untuk
membuat aktiviti-aktiviti lain yang lebih berfaedah, contohnya membaca dan bersukan.
Mereka hanya duduk berseorangan dalam bilik dan tidak suka untuk keluar dari rumah.
Lama-kelamaan,

pertumbuhan

otot-otot

mereka

terutamanya

otot

kasar

tidak

diperkembangkan sepenuhnya dan fizikal mereka mungkin berbeza jika dibandingkan


dengan mereka yang aktif dalam sukan.

4.0 Implikasi perkembangan fizikal pada peringkat umur 2 -12 tahun


4.1 Kanak-kanak kurang berupaya
Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana golongan ini
merupakan sebahagian daripada masyarakat yang akan menjadi penyambung nadi
pembangunan negara pada masa hadapan. Dalam golongan ini, terdapat sebahagian
daripada mereka ialah kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak istimewa merujuk kepada
seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau
sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu. Golongan ini tidak dapat hidup
bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak
dilahirkan, ataupun selepas sesuatu kejadian.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pendaftaran orang kurang upaya


(OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara Malaysia. Pendaftaran OKU dibuat
bertujuan untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini dan
seterusnya membangun negara merancang program berkaitan dengan pencegahan,
pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan khususnya kepada kanakkanak.

Kategori kanak-kanak kurang upaya


Kurang upaya pendengaran

Penerangan
Dibahagi kepada empat tahap:

i.
ii.
iii.

Kurang upaya penglihatan


Kurang upaya fizikal

Minimum 15 - < 30dB


Sederhana 30 - < 60dB
Teruk 60 - < 90dB
iv.
Sangat teruk 90dB
i.
Rabun
ii.
Buta
Kecacatan anggota badan:
i.
ii.
iii.

Stroke
Kerdil
Cerebral Palsy (hemiplegia, diplegia,
kuadriplegia

Masalah pembelajaran

Kurang upaya pertuturan


Kurang upaya mental

Pelbagai

I.
II.
III.

Sindrom down
Autisme
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity

Disorder)
Tidak dapat bertutur atau tidak difahami oleh
orang lain
i.
Paranoid
ii.
Mood Disorder
iii.
Psychotic Disorder
Lebih daripada satu ketidakupayaan di atas

Jadual 5 Kategori kanak-kanak kurang upaya dan contohnya


Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada
disebabkan oleh kehilangan atau ketiadaan ataupun ketidakupayaan mana-mana anggota
badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.
Contoh aktiviti asas ialah penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan.
Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada manamana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari,
muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian.

Implikasinya, kanak-kanak tersebut tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan


sempurna, khususnya pembelajaran. Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak yang
kurang upaya akan lambat dan tidak dapat belajar bersama kanak-kanak yang normal. Oleh
hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan khas
dan kemudahan untuk membantu mereka yang berkeperluan khas. Pendidikan khas wujud
dalam peringkat sekolah prasekolah, sekolah rendah dan juga sekolah menengah dengan
menggunakan pendekatan pengajaran berasingan. Walaubagaimanapun, semua kanakkanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat
menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.

Sindrom down
Sindrom down ialah kecelaruan genetik yang disebabkan oleh proses salinan
kromosom yang tidak teratur. Hal ini telah menyebabkan perkembangan fizikal seseorang
kanak-kanak terganggu, ciri-ciri muka berbeza dan mempunyai kecerdasan yang rendah.
Kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai ketahanan badan yang rendah di mana
kebanyakan mereka akan lebih senang sakit. Selain itu, kebanyakannya mereka akan lebih
lambat untuk mencapai perkembangan fizikal yang sepatutnya. Golongan ini berisiko tinggi
menghidapi penyakit seperti leukimia dan sakit mental. Secara umumnya, perkembangan
fizikal golongan kanak-kanak kurang upaya akan terbantut setelah mencapai umur 8 hingga
10 tahun.
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD tidak dapat fokus dalam sesuatu
perkara yang sedang dilakukan dan mudah mengalih perhatian, sukar menyiapkan satu
tugasan dan sentiasa lupa. Kanak-kanak ini juga sering hilang kawalan ke atas tindakannya
dan sering menyatakan sesuatu tanpa berfikir serta menganggu perbualan atau aktiviti.
Antara ciri-ciri kanak-kanak ini ialah sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan.
Walaupun ADHD dapat dikawal oleh pengaruh dadah, tahap penumpuan mereka
masih tidak sama seperti kanak-kanak yang tidak mempunyai ADHD. Di samping itu,
penggunaan dadah tidak berkesan untuk semua kanak-kanak ADHD dan kesan jangka
panjang dadah masih tidak diketahui. Pakar telah mencadangkan satu jenis terapi di mana
kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah
tersebut. Ciri-ciri seperti kesukaran dikawal dan kebosanan boleh diasingkan daripada
kanak-kanak tersebut.

Secara keseluruhan, masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin


disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana
penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah. Komplikasi semasa proses kelahiran
boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak
seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih
sayang juga merupakan faktor penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Akan tetapi,
kanak-kanak berkeperluan khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang
boleh menerima dan membimbingnya. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota
atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh dikongsi atau dibantu oleh rakan
sekelas.

4.2 Masalah kegemukan kanak-kanak


Kebanyakan orang menganggap bahawa kanak-kanak gemuk adalah sihat meskipun
mereka jelas kelihatan 'sihat' dan comel. Yang jelas, kegemukan kanak-kanak sering
dipandang enteng meskipun masalah ini mungkin akan mengganggu perkembangan mental
dan fizikal kanak-kanak tersebut.
Kesan jangka masa pendek:

Kanak-kanak dan remaja yang obes mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap
penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian
menunjukkan 70% individu berumur 5-17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya

satu faktor risiko.


Remaja obes juga berisiko mendapat prediabetis atau pra-kencing manis, keadaan

di mana tahap gula darah menunjukkan risiko mendapat kencing manis.


Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi,
tidak dapat tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang
keyakinan diri.

Kesan jangka masa panjang:

Kanak-kanak dan remaja obes mempunyai kemungkinan yang besar untuk menjadi
obes semasa dewasa. Seterusnya, mereka juga berisiko tinggi mendapat masalah
kesihatan semasa dewasa seperti penyakit jantung, kencing manis dan strok. Kajian
menunjukkan kanak-kanak yang obes seawal usia 2 tahun mempunyai risiko obes
yang tinggi semasa dewasa.

Berlebihan berat badan dan obesiti dikaitkan dengan risiko kanser, termasuk kanser
payudara, kolon, endometrium atau rahim, esofagus, buah pinggang, pankreas,
pundi kencing, tiroid, ovari, serviks dan prostat termasuk myeloma dan limfoma
Hodgkin's.

Peratusan BMI Bagi Kanak-kanak umur 6-11 yang melebihi 30


18%
16%
14%
12%
10%
8%
6%
4%
2%
0%
1976-1980

1988-1994

1999-2000

Rajah 4 Peratusan BMI bagi kanak-kanak umur 6-11 tahun yang melebihi 30
sejak tahun 1976
5.0 Cadangan untuk mengatasi masalah perkembangan fizikal kanak-kanak
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk membentuk perkembangan kanak-kanak
yang sihat adalah melalui pendidikan. Pendidikan awal kanak-kanak pada umur 4 tahun
telah ditekankan dalam matlamat pendidikan negara kita masa kini. Kanak-kanak harus
dididik dengan baik dan diberi pendidikan yang mantap supaya dapat berkembang menjadi
insan yang seimbang. Pengalaman pembelajaran yang diterima di sekolah akan
mempengaruhi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Budaya dan amalan sesuatu
masyarakat juga akan mempengaruhi pengalaman kanak-kanak tersebut.

5.1 Peranan keluarga


Untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat, ibu bapa sewajarnya berusaha untuk
mewujudkan suasana keluarga yang harmoni dan meningkatkan taraf sosioekonomi
keluarga agar keperluan anak-anak mampu dipenuhi. Hal ini disebabkan ibu bapa

merupakan pihak yang memainkan peranan yang paling penting dalam unit keluarga.
Sekiranya taraf ekonomi serta hubungan antara keluarga stabil, kanak-kanak akan
mendapat suasana perkembangan yang sihat, suasana pembelajaran yang mantap dan
persekitaran yang harmoni. Hal ini akan memberikan implikasi yang amat besar kepada
kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Ibu bapa juga harus mementingkan aspek pemakanan kanak-kanak. Makanan yang
berkhasiat dan seimbang hendaklah disediakan untuk anak-anak dalam membantu
pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Pemakanan mengikut piramid makanan
mampu melindungi seseorang kanak-kanak daripada serangan penyakit. Bagi kanak-kanak
yang suka makan makanan ringan, ibu bapa harus mengawal perlakuan tersebut kerana
kajian menunjukkan anak-anak yang didedahkan dengan makanan ringan atau makanan
segera semasa kecil berisiko tinggi untuk menhidapi penyakit-penyakit berbahaya seperti
darah tinggi, diabetes dan masalah obesiti.
Selain itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran masyarakat yang
sihat. Justeru itu, masyarakat sewajarnya membendung gejala-gejala yang tidak bermoral
untuk memastikan persekitaran kanak-kanak menjadi lebih selamat dan dapat melalui
perkembangan yang sihat.

5.2 Mengatasi masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan


Terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami
masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan. Justeru, pelbagai pendekatan dan
pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa
dan pertuturan. Antaranya ialah:

Tempatkan murid hampir dengan guru


Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
Murid digalakkan untuk bercakap
Jangan memaksa murid menghafal
Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid

banyak berinteraksi
Teknik pemusatan pembelajaran murid
Teknik peniruan
Teknik modelling
Latih tubi

Pendekatan mainan
Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan

yang betul dan mudah.


Pengulangan bacaan
Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan
spontan.

6.0 Rumusan
Perkembangan fizikal merupakan antara perkembangan yang sangat penting bagi
seseorang kanak-kanak selain aspek-aspek seperti kognitif dan emosi. Selama ini, pakarpakar telah mengkaji dan mendapati prinsip-prinsip yang tertentu bagi perkembangan fizikal
seseorang kanak-kanak yang normal. Sebenarnya, kanak-kanak akan berkembang
mengikut peringkat yang sedang dialami. Contohnya, semasa 7-12 tahun, pertumbuhan gigi
kekal dan gigi susu akan diganti. Selain itu, sebahagian kanak-kanak lelaki akan berasa
malu apabila dia lebih rendah daripada rakan perempuan sekelasnya. Pada umumnya,
ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga
12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.
Faktor baka dan faktor

persekitaran merupakan dua faktor utama yang

mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Terdapat beberapa teori perkembangan


fizikal yang menyokong faktor baka dan juga faktor persekitaran masing-masing. Beberapa
kajian juga dijalankan oleh ahli sains untuk membezakan kedua-dua faktor ini dan mereka
cuba untuk mengetahui yang mana satu lebih penting. Sebenarnya, kedua-dua faktor baka
dan faktor persekitaran adalah penting untuk perkembangan fizikal kanak-kanak yang
seimbang kerana kanak-kanak yang sihat memerlukan faktor genetik yang betul dan
pengalaman luar yang baik.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan kurang upaya,


terutamanya kepada kanak-kanak menerusi Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Kanakkanak kurang upaya tidak mampu untuk menjalankan aktiviti seharian dengan normal
kerana kekurangan pada badan mereka. Antara kekurangan tersebut ialah penglihatan,
pertuturan, kaki dan tangan. Kanak-kanak berkeperluan khas haruslah dicurahi dengan
kasih sayang yang sepenuhnya dan perlu diberi pengajaran dengan sabar. Era ke-21 juga
merupakan satu cabaran dan memberi implikasi kepada perkembangan fizikal kanak-kanak.
Pelbagai makanan segera dan kesuntukan masa ibu bapa sering menyebabkan kanakkanak terpaksa makan secara tidak seimbang. Lama-kelamaan, pemakanan yang tidak
seimbang ini akan membantutkan perkembangan fizikal kanak-kanak kerana mereka tidak
memperolehi nutrien untuk berkembang.
Akhir sekali, ibu bapa harus prihatin terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak.
Hal ini penting kerana pada setiap peringkat perkembangan, kanak-kanak mempunyai
keperluan yang berlainan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, mereka
harus menjaga anaknya dengan lebih bersabar dan jangan berputus asa. Ibu bapa juga
harus pandai menguruskan masa di antara anak-anak mereka dengan pekerjaannya.

Anda mungkin juga menyukai