Anda di halaman 1dari 33

1.

PENGENALAN

Pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat membantu orang


dewasa membuat pemerhatian ke atas penguasaan mereka. Pelbagai maklum
balas dapat diguna pakai dalam membuat jangkaan masa hadapan atau langkahlangkah pencegahan ke atas sebarang petanda negative kanak-kanak. Dengan itu,
setiap kanak-kanak akan membesar mengikut perkembangan dengan kadar yang
berbeza. Orang dewasa perlu memahami dan bersedia bagi memajukan aspek
kekuatan dan membaiki kelemahan dalam diri kanak-kanak itu. Mudah mudahan
potensi setiap daripada mereka dapat dibangunkan ke tahap optimum (Putri
Zabariah 2003). Perkembangan kanak-kanak dibincangkan seperti berikut:

Bahasa
Kognitif
Sosial
Sosioemosi
Fizikal
Kepintaran

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar


pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas
bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan,
kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras.
Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan
kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak
yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi

(babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun


kedua. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50% daripada lemak yang
ada di badannya ketika berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti,
taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada pertumbuhan tulang dan otok yang
pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk badan kanak-kanak. Misalnya,
pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu dan pehanya jika
dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada dan
pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu
lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagianbahagian lain. Selain pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang
kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi
yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan
ketinggiannya.

Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz kepala menyebabkan kanak-kanak
6 tahun lebih menyerupai orang dewasa jika dibandingkan mereka yang berusia 2
tahun yang masih menyerupai bayi. Kajian juga mendapati berat otak bayi yang
berusia 2 tahun telah mencapai 75% daripada berat otak orang dewasa dan kanakkanak yang berusia 5 tahun telah mencapai 90% daripada berat otak orang dewasa.
Pada keseluruhannya, otak berkembang dengan paling pesat dan bahagian atas
kepala (contoh: otak dan mata) berkembang lebih cepat berbanding dengan
bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu).

Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua


peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanakkanak prasekolah (3-6 tahun) dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau
14 tahun).
a. Perkembangan fizikal.
Abi (2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari
menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh
bergantungan di monkey bar, melompat dengan satu kaki dan rope skipping serta
boleh membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang
boleh dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk
menggambarkan objek tertentu. Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak
pada peringkat ini ialah 2 inci dan 5 hingga 7 inci setahun. Kanak-kanak
perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak
lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan
yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inci dan 25.5 hingga 36.5 lb,
manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian
lebih kurang 36 hingga 41 inci dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat
tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh.
Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila
mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih
kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan
kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu

rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai


lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang
mempunyai lebih banyak tisu otot. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti
tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah
kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status
sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang
yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi
dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan
masalah kepada kanak-kanak dari segi sosial dan psikologi seperti rendah diri,
kecewa dan masalah persahabatan.
Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir
mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria
pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan di atas kayu palangpengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti
bergantungan di monkey bar dan menggunakan walking turtle. Mereka berasa
gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali
atau skipping, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh
menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar
mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan
huruf. Mereka menggunakan sudu- garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan

Lingkungan umur

Pergerakan: Motor Kasar

4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Lingkungan umur
4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Berjalan ke belakang
Melompat ke hadapan 10 kali tanpa terjatuh.
Naik dan turun tangga bersendirian.
Menggolekkan badan.(somersault)
Berlari perlahan secara berjinjit.
Berjalan di atas palang kayu.
Boleh melompat-lompat sejauh 2 meter.
Skipping menggunakan satu kaki bergilir-gilir.
Pergerakan: Motor Halus
Memotong mengikut garis berterusan.
Meniru symbol tambah.(+)
Meniru bentuk segi empat.
Menulis beberapa huruf besar.
Memotong bentuk-bentuk yang mudah.
Meniru bentuk segi tiga.
Menyurih bentuk berlian.
Meniru tulisan namanya.
Menulis angka satu hingga lima.
Mewarna dalam garisan yang diberikan.
Memegang pensel seperti orang dewasa.
Ketepatan penggunaan tangan kanan ataupun kiri
( kidal).
Menampal dan mengegam dengan betul.

b. Perkembangan motor.
Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan,
tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda,
menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh
dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.
Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi
yang baik antara otak dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan
untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti

makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai
oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:
i) 2 3 umur ( tahun )
melompat dan berlari ulang-alik menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi
Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek
ii) 3 5 umur ( tahun )
memanjat,

menendang

bola

dan

menunggang

basikal

kecil

Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara
menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air
dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus
iii) 4 5 umur ( tahun )
melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga
dengan sebelah kaki menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan
melakukan aksi gimnastik yang mudah. Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf
yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.
iv) 5 tahun dan ke atas
lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan. Boleh melompat sejauh
3 kaki dan setinggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan
gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan.
Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola. Menarik zip, membutang
baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin

bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana
tidak simetri.

c. Perkembangan Sosial.
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh
sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan
proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial
atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturanperaturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka
mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku
dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula
ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu
budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian,
terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai
kumpulan etnik dan budaya. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori
yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai
satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat
mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan
peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lawan Rasa Bersalah,
iaitu:

i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan


kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.
ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha
dan daya tindak tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan
keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab
daripada orang dewasa. Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu
memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama dalam identifikasi
2. PERKEMBANGAN KOGNITIF.

Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka.


Bukan sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan
mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi
zaman awal kanak-kanak dan pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya
menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.

Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas
dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan
(scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran.
Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya
melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan
konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses
asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep
sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna tambah

Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu
interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui
asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. Menurut Spodek et al. (1987), kognitif
merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan
kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses
memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir


berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar
dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat
dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak awal ini
di beri konsep sebagai pemikiran pra-olahan:
i. Semulajadi:
Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari
segi tingkah laku, dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang
lebih sofistikated. Belum lagi boleh berfikir dari segi olahan.
ii. Sub peringkat fungsi simbolik:
Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan
menggambarkan

sifat

pemikiran

simbolik,

egosentrik

dan

iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:


Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak

animisme

kelihatan

amat yakin dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka

mengetahuinya. Menyoal tidak berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi


ketekalan.

Umur 5,6 dan 7 tahun


Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan
persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanakkanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.

Pada umur begini, ibu bapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup
mereka. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan
memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan
dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu
berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia
begini sangat menggembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna
kepada orang-orang dewasa.

Lingkungan umur
4 hingga 5 tahun

Bidang Kemahiran
Bermain dengan perkataan seperti mencipta pantun sendiri,

menyebut atau mereka perkataan yang sama bunyi.


Menunjuk atau menamakan enam jenis warna.
Memadankan gambar-gambar lazim seperti kasut, stoking,

kaki, rambutan, durian ataupun pisang.


Melukis rajah manusia dengan dua hingga enam anggota
yang dapat dicam seperti kepala, kaki dan tangan. Dapat
menamakan ataupun memadan anggota yang dilukis dengan

anggotanya sendiri.
Melukis, menamakan, dan menjelaskan gambar yang biasa.
Menghafal angka hingga lima, meniru orang biasa.
Mengetahui nama jalan dan Bandar tempat tinggal.
Memiliki tumpuan perhatian lebih lama. Belajar melalui
pemerhatian dan mendengar orang dewasa serta melalui

penerokaan. Mudah terganggu.


Memahami sebahagian ataupun seluruh hubungan konsep,
fungsi, dan masa. Fungsi atau kegunaan objek disebut di

samping menamakannya.
Pemahaman konsep berkaitan masa bertambah. Boleh
bercakap berkenaan semalam ataupun minggu lepas ( masa
lampau), hari ini, dan apa yang berlaku esok.

5 hingga 6 tahun

Menceritakan semula daripada buku bergambar dengan tepat.


Menamakan beberapa huruf dan angka.
Mengira secara hafalan satu hingga sepuluh.
Mengasingkan objek mengikuti cirri seperti mengikut warna,
bentuk ataupun saiz.

.
3. Perkembangan Sosio - Emosi
Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur
mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadangkandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai
seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama
kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka
lakukan ini kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat
perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik
adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan
kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka
berkehendakkan kasih-sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami
perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau
menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang
ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran,
membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik.
Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak
dipedulikan.

Lingkungan umur
4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Bidang Kemahiran : Bantu Diri


Memotong makanan yang mudah dengan pisau.
Contohnya: Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.
Mengikat tali kasut.
Mengenakan pakaian dengan lengkap.

Lingkungan umur
4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Mengikat reben.
Menggosok gigi tanpa bantuan.
Melintas jalan raya dengan selamat.
Bidang Kemahiran: Sosial
Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan

tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.


Bermain mengenakan pakaian.
Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
Memilih rakan sendiri.
Bermain permainan meja yang mudah.
Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama
yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas
dengan adil.

4. Perkembangan Kepintaran
Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan
kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah
penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja.
Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan
bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari
dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka.
Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita
yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada
umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

Pengetahuan memahami perkembangan bahasa dan komunikasi perlu diketahui oleh


semua guru. Perkembangan bahasa dan komunikasi adalah media pengantara yang
digunakan oleh guru dan kanak-kanak di pra sekolah. Kefahaman dan pertuturan
kanak-kanak berbeza mengikut kumpulan umur.pengetahuan ini penting untuk guruguru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih
berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan
yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

Lingkungan umur
4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Bidang Kemahiran: Sosial


Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan

tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.


Bermain mengenakan pakaian.
Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
Memilih rakan sendiri.
Bermain permainan meja yang mudah.
Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama
yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas
dengan adil.

Rumusan
Kesimpulannya, pengetahuan bagi mengenali kanak-kanak dalam pelbagai aspek
dapat memberi panduan kepada guru dan ibu bapa. Di samping itu, ia dapat membantu

meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.

3. KAEDAH DAN DATA PEMERHATIAN

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat, memahami,


dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Kemahiran ini
melibatkan

operasi

mental

seperti

ingatan,

mengkategori,

merancang,

menaakul,

menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

Perkembangan kognitif kanak-kanak pula merupakan suatu proses peningkatan keupayaan


pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan kanak-kanak serta kemampuan mereka menjana
akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, menganalisa dan membentuk
pengetahuan baharu terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif ini juga
sering dikaitkan dengan perkembangan intelektual seseorang kanak-kanak.

Proses ini dilalui oleh semua kanak-kanak kerana perkembangan kognitif merupakan salah
satu proses tumbesaran yang amat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan
masa depan seseorang kanak-kanak. Menurut Jean Piaget (1896-1980) pemikiran merupakan
suatu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat pra
operasi (kanak-kanak 2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun), dan peringkat operasi
formal (11 tahun sehingga dewasa).

Pemerhatian perkembangan kognitif ini dijalankan untuk melihat perkembangan kognitif


kanak-kanak sama ada selari atau tidak dengan teori-teori perkembangan kognitif yang
dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai,
Kelantan.

Seramai dua orang murid yang merupakan kanak-kanak berusia antara 5-6 tahun di
sekolah tersebut telah dipilih sebagai responden kajian iaitu responden pertama Ahmad Kamil

(5 tahun ) dan responden kedua Aleesya (6 tahun). Pemilihan responden tersebut dibuat
setelah pemerhatian dan pengenalpastian latar belakang murid dan persekitaran sekolah
dilakukan secara keseluruhan.

Sebagai analisa, dua orang responden tersebut telah menjalani ujian konservatif Piaget
untuk melihat perkembangan kognitif mereka. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti ujian
kekekalan isipadu yang mempunyai ukuran air, kekekalan nombor yang mengukur bilangan roti
tawar, kekekalan pepejal yang mengenal saiz sebuah epal dan kekekalan ruang mengenal jarak
antara kon-kon dalam gelang getah. Alasan yang dikemukakan oleh responden direkodkan
untuk melihat perbezaan kognitif responden mengikut peringkat umur.

Analisis Data

Pengenalan Ujian Konservatif Piaget

Setiap responden telah melaksanakan empat jenis ujian konservasi Piaget yang terdiri
daripada ujian isipadu, ujian nombor, ujian pepejal dan ujian ruang. Terdapat empat stesen yang
berlainan yang mempunyai jenis ujian yang berlainan.

Sebelum memulakan ujian saya telah menyediakan empat sampul yang berwarna warni
dan nombor giliran. Saya meminta murid-murid memilih nombor dan sampul seorang satu. Bagi
ujian yang pertama iaitu ujian kekekalan nombor, prinsip transformasi telah digunakan. Biskut
tawar telah disusun secara sama banyak pada permulaan ujikaji dan kemudian keadaan biskut
tawar tersebut telah ditransformasikan kepada keadaan yang lain tanpa menambah bilangan
biskut tawar tersebut. Responden telah ditanya adakah bilangan biskut tawar selepas
diselerakkan sama bilangannya dengan jumlah biskut tawar sebelum diselerakkan.

Ujian kedua yang dijalankan pula ialah ujian kekekalan isipadu. Dalam ujian ini, dua
bekas air yang mempunyai air yang berlainan warna digunakan dan dilabel sebagai bekas A
dan bekas B. Kedua-dua bekas tersebut mempunyai saiz dan ketinggian yang sama. Dalam
situasi A, responden ditanya sama ada kedua-dua bekas tersebut mempunyai isipadu air yang
sama banyak atau tidak. Selepas responden memberikan jawapan mereka, transformasi akan
dilakukan. Transformasi dibuat dengan menggantikan bekas B dengan bekas yang mempunyai
saiz dan ketinggian yang berbeza yang ditandai dengan bekas C. Semasa melakukan
transformasi ini, responden memerhatikan prosedur tersebut. Bekas A dan C diletakkan secara
bersebelahan dan responden akan ditanya semula adakah isipadu air antara kedua bekas
sama atau tidak.

Bagi ujian yang kedua pula iaitu ujian kekekalan pepejal, proses transformasi juga
digunakan. Bagi ujian ini, dua buah epal yang sama besar digunakan. Pada permulaan ujian ini,
kedua-dua buah epal yang sama besar itu diletakkan di atas meja dan responden
mengenalpasti sama ada saiz kedua-dua buah epal tersebut sama atau tidak. Setelah itu, salah
satu buah epal tersebut telah dipotong kepada dua bahagian iaitu diubah saiznya agar menjadi
kecil.

Seterusnya, bagi ujian keempat pula iaitu ujian kekekalan ruang, proses transformasi juga
digunakan. Bagi ujian ini, segulung gelang getah dan empat buah kon yang sama dari segi saiz
dan ketinggian digunakan. Pada permulaan ujian ini, keempat-empat buah kon disusun rapi
dalam gelang getah dan responden mengenalpasti ruang yang meliputi kon-kon tersebut sama
ada sama atau tidak. Setelah itu, responden memerhatikan transformasi kesemua kon-kon
tersebut yang telah diubah tempat. Kemudian responden telah ditanya bahawa adakah ruang
dalam gelang getah itu sama ataupun tidak.

Setiap alasan yang diberikan responden telah direkodkan dalam borang ujian yang telah
disediakan. Kemudian setiap alasan yang diberikan oleh responden diulas dan dibincangkan
berdasarkan setiap ujian sama ada selari atau tidak selari teori perkembangan kognitif kanakkanak yang dikemukakan oleh Jean Piaget.

Data Responden Ujian Perkembangan Kognitif

Responden bagi ujian perkembangan kognitif ini adalah sama dengan responden bagi ujian
perkembangan fizikal kanak-kanak. Responden yang dipilih adalah berumur 5 tahun dan 6
tahun iaitu mengikut peringkat umur perkembangan kognitif kanak-kanak.

RESPONDEN PERTAMA

Nama

: Ahmad Kamil bin Hussin

Umur

: 5 Tahun

Kelas

: Pra Sekolah (5 Tahun)

Nama Guru Kelas

: Kamisah bt Che Ha

Tarikh Lahir

: 02.07.2011

Tempat Lahir

: Hospital Kuala Krai, Kelantan

Tinggi

: 122cm

Berat

: 24kg

Bangsa

: Melayu

Jantina

: Lelaki

Alamat Rumah

: Taman Krai, Kuala Krai

Nama Bapa

: Hussin bin Ahmad

Umur

: 45 Tahun

Pekerjaan

: Penyelia

Nama Ibu

: Sarimahbt Nor

Umur

: 39 Tahun

Pekerjaan

: Suri Rumah

Bil. Adik-beradik

: 5 Orang

Anak Ke

:4

Nama Kawan Baik

: Asif, Zul Khairi

Makanan Kegemaran

: Nasi Lemak, Mee Goreng

Minuman Kegemaran

: Milo

Adakah Komputer Di Rumah : Ada


Pernakah Bermain Komputer : Pernah
Game (Permainan Komputer Yang Diminati) : Bola Sepak

Jenis Ujian Konservasi Piaget

Alasan Yang Diberikan Responden

Sebelum transformasi:
Jumlah bilangan roti tawar di baris A dan baris B adalah
sama.
Ujian Kekekalan Nombor
Selepas transformasi:
Jumlah bilangan roti tawar di baris A dan baris B
adalahsama kerana bilangan roti tidak berkurangan
walaupun ditranformasikan.

Sebelum transformasi:
Isipadu air dalam bekas A dan B sama banyak.
Ujian Kekekalan Isipadu
Selepas transformasi:
Isipadu air dalam bekas A dan C tidak sama banyak
kerana air dalam bekas C sudah menjadi banyak.
Ujian Kekekalan Pepejal
Sebelum transformasi:
Saiz buah epal A buah epal B adalah sama.

Selepas transformasi:
Saiz buah epal A dan buah epal B adalah sama
walaupun dipotong.

Sebelum transformasi:
Ruang dalam gelang getang A dan gelang getah B
adalah sama.
Ujian Kekekalan Ruang
Selepas transformasi:
Ruang dalam gelang getah A dan gelang getah B tidak
sama kerana ruang antara kon-kon dalam gelang gelah
B kelihatan lebih luas selepas ditranformasikan.

Perbincangan Responden Pertama

Responden pertama telah menjalani keempat-empat ujian berdasarkan ujian konservatif


Piaget iaitu ujian duit kekekalan nombor, ujian kekekalan isipadu, ujian kekekalan pepejal dan
ujian kekekalan ruang. Segala jawapan dan alasan yang diberikan oleh responden pertama
telah direkodkan.

Alasan yang diberikan oleh responden pertama yang berusia 7 tahun dalam ujian
kekekalan nombor ialah jumlah bilangan roti tawar di baris A dan baris B adalah sama kerana
bilangan roti tidak berkurangan. Keadaan ini membuktikan responden pertama sudah berupaya
berfikir secara logik dan rasional. Hal ini sekaligus menolak teori yang dikemukakan oleh Jean
Piaget yang mana beliau menyatakan pada peringkat umur pra operasi (2-7 tahun), kanak-

kanak masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Ciri ini dikatakan sebagai
centered atau pemusatan. Menurut Piaget juga, pada peringkat ini kanak-kanak masih tidak
dapat menguasai proses transformasi yang dijalankan ke atas dirinya. Oleh itu, tahap
perkembangan kognitif responden pertama bagi ujian kekekalan nombor ini adalah tinggi
kerana mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua
peristiwa yang sudah berlaku.

Perkara bertentangan dengan ujian kekekalan nombor telah berlaku ke atas responden
pertama yang mana bagi ujian kekekalan isipadu, responden tidak menguasai proses
transformasi yang telah dilakukan. Responden pertama yang berusia 7 tahun ini telah
memberikan alasan bahawa isipadu air dalam gelas dan bekas tidak sama apabila air dalam
gelas dituangkan ke dalam bekas yang berbentuk lain. Namun apabila isipadu tersebut
ditransformasikan ke dalam bekas , isipadu menjadi lebih. Alasan yang diberikan oleh
responden pertama ialah isipadu dalam gelas dan bekas tidak sama lagi kerana bekas
kelihatan lebih besar berbanding dengan gelas. Berdasarkan alasan yang diberikan, responden
pertama ini tiada keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi yang telah dilakukan
terhadap isipadu tersebut kerana responden melihat saiz sebagai satu bentuk yang besar dan
bukan ukuran isipadu yang lama.

Alasan responden ini menunjukkan keselarian dengan teori yang dikemukakan oleh Piaget
yang mana beliau menyatakan bahawa pada peringkat umur 2-7 tahun, kanak-kanak masih
belum mampu melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi. Kanakkanak hanya mampu memerhati satu keadaan sahaja pada satu-satu ketika. Bukti yang dapat
ditunjukkan di sini ialah responden pertama tidak berkebolehan untuk membuat perbandingan
antara proses yang telah diubah dengan yang asal. Hal ini kerana kanak-kanak hanya dapat
menumpukan perhatiannya kepada satu situasi sahaja dalam satu masa tertentu.

Prinsip identiti juga masih belum dikuasai oleh responden melalui ujian isipadu. Prinsip
identiti yang dimaksudkan ialah mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya sudah berubah. Responden

tidak dapat mengenalpasti kedua-dua ukuran isipadu masih sama walaupun isipadu tersebut
ditransformasikan ke dalam bekas yang berbentuk dan bersaiz lain.

Bagi ujian kekekalan pepejal pula, responden pertama telah mengatakan bahawa saiz
buah epal A dan buah epal B adalah sama. Responden pertama memberi alasan, saiz buah
epal A sama dengan saiz buah epal B setelah buah epal B itu dipotong dua. Kenyataan ini
ditolak dengan pendapat yang diberikan oleh Jean Piaget iaitu kanak-kanak pada peringkat
umur 2-7 tahun tidak dapat menguasai prinsip identiti. Tetapi responden pertama berjaya
membuktikan bahawa responden mempunyai kemahiran menaakul dengan tepat sekali.

Selain itu, responden pertama ini turut tidak menguasai prinsip kebalikan yang mana
prinsip ini telah membawa perubahan kepada keadaan kon dalam gelang getah. Hal ini telah
menyebabkan ruang antara kon-kon di dalam gelang getah B kelihatan lebih luas berbanding
dengan kon-kon dalam gelang getah A. Prinsip keterbalikan ini tidak dikuasai oleh responden
pertama oleh kerana responden pertama tidak mencuba untuk selerakkan kon-kon tersebut di
dalam gelang getah itu walaupun telah diberi peluang.

Keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat umur 2-7 tahun ini lebih
menumpukan kepada keadaan fizikal daripada konsep yang lebih abstrak. Pada peringkat umur
ini juga kanak-kanak tidak dapat melaksanakan transformasi dan tidak dapat melakukan proses
balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal seperti yang dikemukakan
oleh Jean Piaget.

Oleh itu, kesimpulan daripada perbincangan hasil kajian terhadap responden pertama
mendapati bahawa 2 jenis ujian selari dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget
terhadap kanak-kanak peringkat umur pra operasi (2-7 tahun). 2 lagi ujian pula tidak selari
dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Keadaan ini mungkin sahaja berlaku kerana
ujian isipadu dan ujian kekekalan runag yang dijalankan terhadap kanak-kanak kini sudah tidak
lagi sesuai. Namun untuk mendapatkan kepastian tentang relevenan ujian ini dengan peringkat

umur pra operasi (2-7 tahun), ujian nombor dan ujian pepejal ini seharusnya dijalankan kepada
responden yang lebih ramai agar keputusan ujian menjadi lebih tepat.

RESPONDEN KEDUA

Nama

: Aleesya bt Nasir

Umur

: 6 Tahun

Kelas

: Pra Sekolah (6 Tahun)

Nama Guru Kelas

: Pn. Rohidah bt Utong

Tarikh Lahir

: 10.08.2010

Tempat Lahir

: HRPZ Kota Bharu

Tinggi

: 127 cm

Berat

: 22kg

Bangsa

: Melayu

Jantina

: Perempuan

Alamat Rumah

: Kampung Tualang, Kuala Krai

Nama Bapa

: Nasir b. Yusof

Umur

: 35 Tahun

Pekerjaan

: Pembantu Tadbir

Nama Ibu

: NORKASMA BINTI KASIM

Umur

: 33 Tahun

Pekerjaan

: Pembantu Tadbir Rendah

Bil. Adik-beradik

: 3 Orang

Anak Ke

:3

Nama Kawan Baik

: Hayati, Khailash, Misha

Makanan Kegemaran

: Nasi Ayam, Nasi Lemak

Minuman Kegemaran

: Milo

Adakah Komputer Di Rumah : Tiada


Pernakah Bermain Komputer : Pernah
Game (Permainan Komputer Yang Diminati) : Angry Bird, Spider

Jenis Ujian Konservasi Piaget

Alasan Yang Diberikan Responden

Sebelum transformasi:
Jumlah bilangan roti tawar di baris A dan baris B adalah
sama.
Ujian Kekekalan Nombor
Selepas transformasi:
Jumlah bilangan roti tawar di baris A dan baris B adalah
sama kerana bilangan roti tidak berkurangan walaupun
diselerakkan.

Sebelum transformasi:
Isipadu air dalam bekas A dan B sama banyak kerana
paras air adalah sama.
Ujian Kekekalan Isipadu
Selepas transformasi:
Isipadu air dalam bekas A dan C tetap sama kerana air
yang dituang dalam bekas C merupakan sejumlah air
yang sama dalam bekas A.
Ujian Kekekalan Pepejal
Sebelum transformasi:
Saiz dan bentuk buah epal A dan buah epal B adalah
sama.

Selepas transformasi:
Saiz buah epal A dan buah epal B adalah sama
walaupun dipotong kerana masih mempunyai saiz yang
sama jika tengok saiz asal.

Sebelum transformasi:
Ruang dalam gelang getang A dan gelang getah B
adalah sama.
Ujian Kekekalan Ruang
Selepas transformasi:
Ruang dalam gelang getah A dan gelang getah B adalah
sama kerana kon-kon masih ada di dalam gelang getah
walaupun diselerakkan.

Perbincangan Responden Kedua

Aleesya merupakan seorang kanak-kanak yang pemalu ketika berada di dalam kelas tetapi
jika pandai bergaul dengannya, dia sebenarnya seorang yang ceria dan mesra. Aleesya pandai
bergaul dengan rakan-rakannya. Menurut ibunya, Aleesya juga pandai bergaul dengan rakanrakannya. Menurut ibunya, dia juga pandai bergaul dengan kawan yang lebih tua darinya. Jika
ada kelapangan dia akan pergi bermain bersama dengan rakannya yang terletak tidak jauh
daripada rumahnya. Sekira kawan-kawannya memerlukan bantuan, Aleesya akan membantu
mereka selagi boleh.

Aleesya sentiasa murah dengan senyuman. Ini menjadikan dia seorang yang disenangi oelh
rakan-rakannya. Dia seorang yang boleh bekerjasama dan bertolak ansur didalam

kumpulannya ketika melakukan sebarang aktiviti. Sebagai contohnya, ketika membuat aktiviti
bermain buih sabun. Aleesya akan bergilir-gilir menggunakan gelung yang diberikan dengan
kawan-kawannya. Dia juga memberikan kerjasama yang baik ketika aktiviti tersebut dijalankan,

Aleesya sentiasa bersemangat dalam setiap apa yang diajar oleh gurunya. Aleesya
merupakan seorang yang matang pada peringkat umurnya. Dia tidak menangis ketika datang
ke sekolah. Aleesya sangat gembira ketika melakukan aktiviti seperti walking in the classroom
dan senaman Si Tommy.

Ketika di Pra Sekolah, aleesya merupakan seorang seorang yang bijak mengawal emosinya.
Dia juga boleh mengenali pelbagai ekspresi muka dengan baik. Ketika pengajaran dan
pembelajaran,apabila diminta oleh guru supaya Aleesya membuat pelbagai jenis eksperesi
muka, dia dapat melakukan aktiviti tersebut dengan sangat baik.

Dari aspek fizikal, Aleesya seorang yang bertubuh tinggi sesuai dengan peringkat umurnya
iaitu 6 tahun. Aleesya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif. Aleesya bukan sahaja aktif
dalam pelajaran, dia juga aktif dalam aktiviti sukan.

Dia begitu lincah dalam melakukan pergerakan yang melibatkan pergerakan motor halus
dan motor kasar. Aleesya mempunyai kemahiran motor kasar yang baik dimana dia boleh
membaling dan melambung bola dengan baik. Lantaran itu,dia boleh bermain bola jarring
dengan baik.

Selain dari itu, Aleesya juga boleh melakukan pergerakan motor kasar seperti berlari dan
melompat. Aleesya merupakan juga boleh menyeimbangkan badannya dengan baik. Dari segi
motor halus, Aleesya boleh menggentel doh dengan baik.ini dapat diperhatikan melalui aktiviti
bermain doh untuk membuat pelbagai jenis nombor dari nombor 1 hingga 10. Aleesya juga
boleh mengoyak kertas dengan baik ketika aktiviti membuat kolaj bunga.

Dari segi perkembangan intelek, Aleesya mampu untuk terfikir secara logik. Dia akan cepat
memberikan respond an rangsangan apabila guru bertanyakan soalan. Dia akan lebih cepat
mengangkat tangan berbanding rakan-rakannyayang lain. Aleesya juga akan lebih cepat
memahami dan menangkap apa yang diajarkan oelh guru kerana dia akan sentiasa
memberikan tumpuan yang penuh.

Aleesya sudah boleh membaca suku kata dan membilang 1-10 secara berdikari. Di rumah,
Aleesya akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Dia mempunyai kesedaran
untuk belajar dan ia mendorong Aleesya untuk sentiasa rajin mengulangkaji pelajaran.

Aleesya seorang yang berkeyakinan, bertanggungjawab, berdaya tahan mental dan fizikal,
bermoral, bersahsiah tinggi, boleh membimbing masyarakat dan berdedikasi.

Dari aspek perkembangan rohani, Aleesya sudah boleh membaca dan mengenal huruf-huruf
Hijaiyah dengan baik. Selain itu, dia juga boleh menghafal maksud surah Al-Fatihah. Ini dapat
dilihat apabila guru memasang lagu Senandung Al-Fatihah, dia dapat mengikut dan
menyanyikan lagu tersebut dengan sangat baik.

Selain itu, aleesya juga dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran seperti surah Al-Fatihah dan
ayat 3 Qul. Dia juga dapat membaca doa dengan sangat baik, ini merupakan perkembangan
positif dalam diri seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun.

Rumusan dari kajian ini, Aeesya merupakan seorang kanak-kanak yang boleh berdikari dan
aktif dalam setiap aktiviti yang di lakukan. Aleesya dapat memberi sepenuh komitmen terhadap
aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Seorang kanak-kanak yang aktif dan mempunyai ciri-ciri
seorang ketua yang baik. Aleesya juga cepat belajar melakukan sesuatu perkara dan mudah

mengingati apa yang diajar oleh guru. Aleesya sentiasa mematuhi arahan yang diberikan dan
menunjukkan prestasi yang baik.

Kajian ini memberi kesan yang bagus terhadap perkembangan kanak-kanak. Guru dapat
mengetahui dan menilai tahap dan fasa kanak-kanak yang boleh digunakan. Dengan
perlaksanaan kajian kes seperti ini, perkembangan kanak-kanak dapat berjalan seiring fasa
matang seorang kanak-kanak.

4.

Rumusan Laporan Perkembangan Kognitif

Secara keseluruhan mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak juga


meningkat mengikut umur. Menurut Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak akan melalui
peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanakkanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan
ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

Walaupun ujian kekekalan isipadu dan ujian kekekalan ruang yang dilakukan ke atas
responden pertama yang berusia 5 tahun bertentangan dengan teori yang dikemukakan Jean
Piaget, namun bagi mendapatkan kepastian tentang relevenan ujian ini dengan peringkat umur
pra operasi (2-7 tahun), kedua ujian ini seharusnya dijalankan kepada responden yang lebih
ramai agar keputusan ujian menjadi lebih tepat. Proses transformasi nombor dan pepejal yang
dijalankan ke atas responden pertama juga mempunyai jawapan yang berbeza.

Oleh itu,

penerimaan yang boleh diambil di sini ialah kanak-kanak pada peringkat umur pra operasi
masih belum boleh menguasai proses transformasi kerana mereka masih belum mampu berfikir
secara logik dan rasional.

Berdasarkan perbincangan dengan guru di sekolah kajian dijalankan, setiap orang guru
harus sedar bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-

kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
potensinya ke tahap optimum.

Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang

bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Menurut
NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif
kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.

Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengenalpasti potensi setiap pelajar berdasarkan
perkembangan kognitif mereka mengikut peringkat umur. Cara guru mengajar di dalam kelas
amat mempengaruhi pelajar agar dapat menguasai sesuatu kemahiran yang baharu. Bagi
proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar yang berumur 11 tahun ke atas, guru
boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks
misalnya penggunaan bahan 3D, model, rajah dan pengalaman pelajar sendiri sebagai
permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.

BIBLIOGRAFI
Abi. 2009. Perkembangan Kanak-kanak 4 tahun. Diperoleh pada 3 September 2010
Dari
http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=
article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur3-4-tahun&Itemid=83

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) early childhood. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Perkembangan Fizikal Dan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh pada 23 September 2010


dari http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan- KognitifKanak-kanak.
Piaget, J. 1930. The Childs Conception of The World. New York: International
Universities Press

Putri Zabariah Megat A. Rahman, Bustam Kamri & Raja Hamizah Raja Harun (2005) ,Tadika
Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Spodek, B.S., Saracho, O.N.& Davis, M. 1987. Fondation of Early Childhood


Education. New Jersey: Prentice Hall. Inc.

Anda mungkin juga menyukai