Anda di halaman 1dari 20

KONSEP KEROHANIAN DAN MORAL

MORAL
Ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undangundang masyarakat. - Moral adalah ajaran, kumpulan peraturan & ketetapan, lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup & bertindak agar menjadi manusia yang baik. - Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan dimana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dimana dia hidup & agama yang dianuti.

Amalan atau tindakan yang dikatakan bermoral:a. Pengawalan diri terhadap sesuatu keinginan nafsu atau dapat menahankan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggapkan salah. b. Kawalan terhadap keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional. c. Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh masyarakat.

PANDANGAN MENGIKUT AGAMA BUDDHA

PENGENALAN Diasaskan oleh Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan terhadap Brahmin. Wujud akibat ketidakadilan kasta dalam agama dan kehidupan serta mencari ketenangan. Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis Kegemilangan dalam zaman Asoka Agama rasmi bagi Dinasti Maurya

KITAB SUCI Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang terbagi dalam tiga kelompok besar yang dikenali sebagai -Vinaya Pitaka - Sutta Pitaka - Abhidhamma Pitaka EMPAT KEBENARAN YANG MULIA - Kehidupan penuh kepahitan - Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu - Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu - Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah cara Jalan Lapan Lapis

JALAN LAPAN LAPIS Kepercayaan dan pengetahuan yang baik Bebas daripada kepercayaan karut Memahami diri sendiri dan 4 kebenaran mulia Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas Keinginan yang baik Perlu mengambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya Pengucapan yang baik Tidak boleh melakukan gosip , menipu dan mengenakan seseorang Kelakuan yang baik Bertindak secara aman , jujur dan sejati serta tidak membunuh, mencuri dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan perhubungan kelamin

Makna kehidupan yang baik Perlu mendapatkan kehidupan yang tidak memusnahkan kehidupan lain Usaha yang baik Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan Pemikiran yang baik Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan perlakuan Pertapaan yang baik Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa

PANDANGAN MENURUT AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Abrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham.

Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus(Yehoshua dalam bahasa ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan AlMasih.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

1.

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis)
2. Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

3. Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Angklinimisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
-Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). -'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Rah Kudus yang membentuk satu Tuhan. - Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

PRINSIP DAN AJARAN DALAM AGAMA KRISTIAN Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian.
1.Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam. 2. Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit. 3. Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai. 4. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya didunia. Seseorang kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

Ajaran agama Kristian terdapat dalam 2 rukun utama 1. Cintailah tuhan dengan seluruh jiwa ragamu. 2. Cintailah jiran seperti kamu mencintai diri sendiri.

PENGANUT AGAMA KRISTIAN -Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. - Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh Kudus. -Agama Kristian adalah mengenai kepercayaan kepada Kristus yang mati di atas salib untuk membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian.

KONSEP KEROHANIAN DAN PANDANGAN AGAMA HINDU

-Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. -Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. - Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman(iaitu roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan). -Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui sifatnya iaitu -Brahma: Pencipta -Vishnu: Pemelihara

-Shiv Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama: -Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuilkuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

- Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupakan amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

- Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

KONSEP KEROHANIAN DAN PANDANGAN AGAMA ISLAM

Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam Islam antaranya ialah : Syahadah Solat Zakat Puasa Haji

Anda mungkin juga menyukai