Anda di halaman 1dari 26

Topik

1
Perkembangan
Kognitif

PENGENALAN
Topik pertama kita akan menyentuh tentang defnisi kognitif dan mengenali
beberapa tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Perbincangan
juga akan menumpukan aspek teori perkembangan dan teori kecerdasan yang
dikemukakan oleh beberapa tokoh. Kita juga akan membincangkan peringkat
perkembangan kognitif, fungsi kognitif dan bagaimana persekitaran boleh
mempengaruhi perkembangan ini. Selain itu, tajuk ini juga akan menyentuh
tentang otak dan kognisi, yang akan menumpukan aspek fungsi hemisfera
kanan dan hemisfera kiri, daya ingatan serta potensi pembelajaran.
AKTIVITI 1.1
Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda paham tentang
kognitif?
. HASI L PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan defnisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori
perkembangan kognitif;
2. Menjelaskan teori perkembangan kognitif dan teori kecerdasan;
3. Menghuraikan fungsi kognitif dan peringkat perkembangannya;
4. Menerangkan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan
kognitif; dan
5. Menghuraikan tentang otak dan kognisinya meliputi fungsi
hemisfera, daya ingatan dan potensi pembelajaran.
2 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
1.1

KOGNITIF
(a) Defnisi
Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan
pengalaman melalui proses berfkir dan senses atau kesedaran mental.
Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di mana
pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif sebagai pengalaman baru.
Kognitif melibatkan proses pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfkir.
Perkembangan kognitif pula merupakan proses peningkatan keupayaan
pemikiran, pengetahuan dan keintektualan seseorang kanak-kanak dan
kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian
masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.
Jean Piaget
Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran
yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia
akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak.
Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan
intelek seseorang.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan
dan pola berfkir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh
pengetahuan daripada lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati
dan mengklasifkasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 3
matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif
dalam perkembangan anak.
Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan
teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau
berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang
secara berperingkat-peringkat.
Walaupun pandangan Piaget mendapat kritikan, namun beliau berjaya
mengemukakan konsep tentang perkembangan kanak-kanak, melalui
pemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap
perkembangan yang berbeza.
Secara umum, perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada
proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat
penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan
proses perkembangan intelek seseorang. Perkembangan intelek merupakan
proses perkembangan pemikiran, kemampuan berfkir dan menggunakan
akal budi, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui di persekitarannya,
sama ada dengan manusia ataupun objek.
(b) Tokoh-tokoh Perkembangan Kognitif
Para pengkaji barat telah memberi pendapat dan pandangan yang berbeza-
beza tentang perkembangan kognitif. Ada yang melihat bidang kognitif
dari sudut tingkah laku, sesetengahnya membicarakannya dari sudut
bahasa, emosi, sosial dan intelek itu sendiri. Mereka mempunyai prinsip
dan pendirian tersendiri apabila membicarakan aspek-aspek perkembangan
kognitif ini. Antara tokoh yang telah menyumbang kepada aspek-aspek
perkembangan kognitif ialah:
Jean Piaget (18961980)
Lev Vygotsky (18961934)
Albert Bandura (19771989)
Howard Gardner (19831993)
Robert Sternberg (1977)
Charles Spearman (1904)
John Croll (1993)
Urie Bronfenbrenner (1917sekarang)
4 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
Walau bagaimanapun, perbincangan kita hanya akan menumpukan kepada
tiga tokoh yang memberi sumbangan yang dominan dalam perkembangan
kognitif ini.
Perbincangan selanjutnya mengenai tokoh ini dapat kita lihat melalui
teori atau aliran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut di bawah.
Ini akan memudahkan perbincangan kita dan dapat mengenali tokoh dan
sumbangan mereka kepada bidang kognitif dengan lebih baik lagi.
AKTIVITI 1.2
1. Apakah yang anda faham tentang defnisi kognitif?
2. Ceritakan pengalaman menarik yang pernah anda lalui bersama
kanak-kanak daripada aspek pemerolehan ilmu.
(c) Teori Perkembangan Kognitif
(i) Jean Piaget (18961980)
Teori Pembelajaran Piaget
Jean Piaget dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan meninggal dunia pada
17 September 1980. Beliau berasal daripada Switzerland dan memulakan
profesionnya dalam bidang biologi. Beliau mendapat ijazah PhD pada
umur 21 tahun. Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian,
deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak. Beliau menumpukan
perhatian kepada 3 anaknya sendiri yang dilahirkan antara 1925 dan
1931. Bagaimanapun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli
psikologi lain terutamanya ahli-ahli psikologi behavioris apabila beliau
menerangkan peristiwa-peristiwa mental (mental events). Piaget sungguh
tertarik dengan cara siput atau mollusks menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran. Dengan menggunakan idea daripada biologi,
beliau mengemukakan pendapat bahawa pembelajaran adalah hasil
daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi. Organisasi
adalah satu kebolehan mengklasifkasi dan menyusun pengalaman dan
maklumat (skema), manakala adaptasi ialah keupayaan menyesuaikan
maklumat dengan kehendak-kehendak persekitaran.
Menurut beliau, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-
kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 5
aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui
pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran
fzikalnya.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kedua-dua proses
ini berlaku, Piaget memperkenalkan empat konsep utama:
Skema ( Schema)
Penyerapan ( Assimilation)
Pengubahsuaian ( Accomodation) dan
Keseimbangan ( Equilibrium)
Skema (Schema)
Piaget yakin bahawa minda manusia adalah seperti tubuh manusia
yang mengandungi perut yang bertanggungjawab terhadap proses
penghadaman atau buah pinggang yang bertanggungjawab terhadap
penapisan bahan buangan daripada darah.
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan
setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia
mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang
diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.
Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus skema kita.
Satu analogi bagi memahami skema ini adalah sebuah fail yang
mempunyai kategori. Setiap kategori diwakili oleh satu warna. Setiap
warna yang berbeza-beza mewakili kategori yang berbeza. Contohnya,
warna biru untuk satu kategori dan warna merah untuk satu kategori
yang lain pula. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada
bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda
yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu
atau jari tangan. Bayi berkenan masih belum dapat membezakan yang
mana satu akan mengeluarkan susu dan sebaliknya, kerana hanya ada
satu sahaja skema iaitu menghisap. Lama kelamaan, bayi berkenaan
memperoleh pengalaman baru dan dapat membezakan benda yang
boleh mengeluarkan susu dan sebaliknya. Pada peringkat ini bayi
berkenaan telah memperoleh dua skema.
6 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
Rajah 1.1: Seorang bayi menghisap alat permainannya kerana pada peringkat ini bayi
tersebut hanya mempunyai satu skema sahaja. Piaget berpendapat bayi berkenaan
sedang mengasimilasikan alat permainan tersebut ke dalam skema
menghisap dan menggenggam
Penyerapan (Assimilation)
satu proses penyerapan ( taking in) sebahagian daripada pengalaman
yang dilaluinya dan mencapai tahap skema (sesuatu yang
bermakna).
satu proses yang sangat aktif, hanya maklumat-maklumat tertentu
sahaja yang disimpan dalam skema.
Ia boleh mengubah maklumat sedia ada. Contoh: apabila saya
mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang
baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.
Ringkasnya asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang
menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman
baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (ftting) maklumat
baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa
kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
SEMAK KENDIRI 1.1
1. Apakah yang anda faham tentang skema?
2. Bagaimanakah skema berfungsi, memperkaya dan memantapkan
pemahaman kita?
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 7
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif dan bukan kualitatif.
Pengubahsuaian (Accomodation)
Apabila individu bertembung dengan pengalaman baru, dia cuba
mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya
kerana tidak ada skema yang sesuai (ready made schema). Oleh itu
terdapat dua pilihan:
mengubahsuai ( modifcation) skema sedia ada untuk menerima
pengalaman baru
membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima
pengalaman baru.
Kedua-dua proses ini dikenali sebagai akomodasi atau penyesuaian
diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema
(development of schema). Jika maklumat yang diterima secocok dengan
skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya
jika maklumat itu tidak secocok, maka maklumat itu akan ditolak atau
diubah atau diubah suai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia
ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat
atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan
pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini
berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau
pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru
dan meningkatlah skema yang sedia ada.
SEMAK KENDIRI 1.2
1. Huraikan perbezaan antara asimilasi dengan akomodasi
2. Bagaimanakah tahap keseimbangan menurut Piaget tercapai?

8 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
Keseimbangan (Equilibrium)
Bayangkan sekiranya seorang kanak-kanak hanya semata-mata
menambah maklumat dan tidak membuat pengubahsuaian atau
sebaliknya. Sudah tentu akan berlaku kerosakan dalam skema.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian.
Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat
baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya
ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia
tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau
maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan
akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi
sehingga dewasa.
Contoh: individu yang hanya mengasimilasikan dan tidak
mengakomodasi akan menghasilkan beberapa skema besar sahaja.
Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan yang diperhatikan adalah sama
dan dia melihat keadaan secara umum sahaja.
Contoh: individu yang hanya mengakomodasi mempunyai banyak
skema kecil. Dia tidak dapat membuat generalisasi kerana setiap
pengalaman adalah skema berlainan dan dia tidak dapat menentukan
persamaan dan kelainan antara skema-skema berkenaan.
Dalam kehidupan seharian kita sentiasa cuba mewujudkan keadaan
keseimbangan antara kedua-dua proses kognitif berkenaan.
SEMAK KENDIRI 1.3
Berdasarkan teori kognitif Piaget bagaimanakah tahap keseimbangan
boleh dicapai?
AKTIVITI 1.3
1. Pada pendapat anda apakah yang akan berlaku sekiranya
seseorang itu hanya mengasimilasi atau mengakomodasi?
2. Jelaskan mengapa kanak-kanak yang melihat seorang bayi
menganggapnya sebagai anak patung?
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 9
(ii) Lev Vygotsky (18961934)
Lev Vygotsky dilahirkan pada 5 November 1896 di Rusia dan
meninggal dunia pada 11 Jun 1934 di Geneva. Beliau merupakan
ahli psikologi Rusia yang bekerja bersama kanak-kanak kurang
upaya yang menimbulkan minat yang mendalam tentang
isu itu sebagai satu cabang perkembangan manusia. Teori
beliau ini adalah berdasarkan kepada keupayaan kanak-kanak
menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi
perkembangan pemikiran mereka. Beliau amat menekankan
pengaruh interaksi sosial dalam perkembangan kanak-kanak.
Lev Vygotsky
Menurut beliau, kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh
melalui bimbingan orang yang lebih dewasa seperti kakak dan
abang, serta ibu dan bapa, atau saudara yang lebih tua, yang
menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak. Proses bimbingan seperti ini kemudiannya dikenali
sebagai scalffolding. Pembelajaran ini menurut beliau akan
berlaku dalam zone of proximal development (ZPD). Pada peringkat
ini sangat sukar bagi seorang kanak-kanak melakukannya sendiri
tanpa bimbingan dan bantuan sesiapa. Lama kelamaan tahap ZPD
ini akan meningkat.
Vygotsky berpendapat bahasa merupakan kunci untuk mencapai
keadaan itu. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju dengan
pendapat Piaget bahawa kepentingan memberi peluang untuk
meneroka dan terlibat secara aktif bagi kanak-kanak.
Namun bagi Vygotsky, beliau lebih menekankan kepada perlunya
bimbingan orang yang lebih dewasa. Bimbingan yang boleh
diberikan contohnya mengemukakan soalan-soalan, tunjuk cara,
10 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
penerangan dalam lingkungan ZPD agar kanak-kanak lebih
mudah meneroka maklumat baru sekalipun kanak-kanak itu
datang daripada pelbagai latar belakang.
Zon perkembangan kedekatan menurut Vygotsky adalah
jarak antara kemampuan kanak-kanak melakukan sesuatu
tanpa pembantu dan apakah yang mereka dapat lakukan bagi
berinteraksi secara terus dengan pembantu.
Pendedahan kanak-kanak dengan manusia di sekelilingnya sangat
bermakna kepada perkembangan kognitif, sosial dan kemahiran
mengawal perasaan.
(iii) Albert Bandura (19771989)
Albert Bandura dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Alberta,
Canada. Beliau memperoleh gelaran Master dalam bidang
psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian meraih gelar
doktor falsafah (Ph.D). Setahun setelah lulus, Bandura bekerja
di Standford University dan menerima lantikan sebagai seorang
profesor pada 1964.
Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran
sosial (Social Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran
behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif,
pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjadi ketua
American Psychologycal Association (APA) pada tahun 1974 dan
pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award
pada tahun 1972.
Albert Bandura
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 11
Beliau mengambil pendekatan mengkaji tingkah laku
sebagaimana ia berlaku dalam keadaan sosial yang sebenarnya.
Beliau menerima pendapat bahawa pembelajaran adalah hasil
daripada proses peneguhan, namun Bandura menegaskan
bahawa tingkah laku boleh dipelajari tanpa kehadiran sesuatu
yang berfungsi sebagai peneguhan.
Bandura percaya bahawa kognitif atau proses pemikiran boleh
mempengaruhi pembelajaran melalui pemerhatian. Individu
tidak meniru sepenuhnya tingkah laku orang lain, sebaliknya
membuat penilaian terhadap tingkah laku berkenaan sama ada
ingin melakukannya dengan cara yang sama atau tidak.
Beliau berpendapat individu boleh mengawal tingkah lakunya
dengan membayangkan kesan dan akibat perbuatan berkenaan
walaupun belum mengalaminya. Ia melibatkan proses kognitif.
Maka, teori Bandura dikenali sebagai teori sosial-kognitif. Fokus
beliau ialah peranan proses pemerhatian terhadap tingkah laku
orang lain sebagai proses pembelajaran yang melibatkan kognitif.
AKTIVITI 1.4
1. Apakah aspek penekanan Vygotsky dan Bandura dalam teori
kognitif mereka masing-masing?
2. Pada pendapat anda adakah pendapat mereka sesuai dalam
konteks Malaysia? Berikan ulasan anda.
(d) Teori Kecerdasan
Kecerdasan (Intelligence)
Menurut Piaget, kecerdasan terdiri daripada 3 2:
Kandungan ( content) tingkah laku yang boleh diperhatikan; seperti
seorang kanak-kanak yang melihat dirinya sebagai penyebab semua
aktiviti (egocentric). Kandungan kecerdasan berbeza mengikut umur
dan antara individu.
Fungsi ( function) merujuk kepada proses asimilasi dan akomodasi dan
berlaku sepanjang perkembangan intelektual
Struktur ( structure) merujuk kepada skema. Seorang kanak-kanak yang
mengatakan barisan 8 biji guli lebih banyak berbanding dengan barisan
9 biji guli, kita boleh membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai
skema nombor yang lengkap.
12 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
KATA KUNCI
Kebanyakan ujian kecerdasan (intelligence tests) mengukur kandungan
(content) dan bukan struktur (structure) atau skema. Ujian kecerdasan
adalah pengukuran kuantitatif dan bukan pengukuran kualitatif. Piaget
mencadangkan bahawa ujian kecerdasan harus mengukur struktur dan
kandungan, sekiranya perkembangan kognitif hendak diukur dengan tepat.
(e) Teori Gardner
Howard Gardner (1983) berpendapat, kaedah lama untuk mengukur tahap
kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Justeru, beliau telah mengemukakan teori kepelbagaian kecerdasan untuk
mengukur potensi kecerdasan manusia. Beliau telah membuat kajian
terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa
dan istimewa dan kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa (special population).
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata
diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut
ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka bersifat begitu dan
sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada antara
murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa
yang kedua-duanya adalah profesional. Beliau mengemukakan lapan (pada
awalnya tujuh) perbezaan kecerdasan seperti berikut:
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 13
1. Kecerdasan Verbal Linguistik [word smart authors]
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara
lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasi ayat, gaya bahasa dan
pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan
kreatif, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

Kerjaya: Sasterawan, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang
sastera.
Contoh: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare.
2. Kecerdasan Logik Matematik [number/reasoning smart scientists]
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak,
perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifk,
termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat
inferens, mengkategorikan, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor,
Sumber: htpp://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul_psv/04.
14 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah,
pengurusan grafk dan pengiraan.
Kerjaya: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
Contoh: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton.
3. Kecerdasan Fizikal Kinestatik [body smart dancers]
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fzikal seperti koordinasi,
keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk
meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main
peranan, aktiviti jasmani, latihan fzikal, pemain sukan dan seni pertahanan
diri.
Kerjaya: Atlet sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera,
polis.
Contoh: Nicole David, Rosyam Noor, David Beckham, Shazlin Zulkifi,
Muhammad Ali, Jackie Chan.
4. Kecerdasan Visual Spatial [picture smart architects]
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Peka
terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara
spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti:
melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk dan ruang, mencipta
gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan
mengorientasikan diri dalam matriks ruang.
Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek.
Contoh: Hijjaz Kasturi, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci.
5. Kecerdasan MuzikalRitma [music smart musicians]
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasikan dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap
ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti:
Persembahan muzik, bunyi vokal, nyanyian dan drama lagu.

Kerjaya: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
Contoh: M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, P. Ramlee, Siti Nurhaliza.
6. Kecerdasan Intrapersonal [self smart therapists]
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap
mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan
untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi,
proses emosi, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 15
Kerjaya: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar
Kaunseling, Ahli Psikologi
Contoh: H.M Tuah Iskandar, Dato Dr. Fadzilah Kamsah, Howard Gardner,
Jean Piaget.
7. Kecerdasan Interpersonal [people smart entrepreneurs]
Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal
dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik
terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: komunikasi antara individu,
latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran koperatif
dan sedia bekerjasama.
Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
Contoh: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi.
8. Kecerdasan Naturalis [nature smart naturalists]
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis fora dan fauna,
sayang terhadap alam sekitar dan peka terhadap sistem ekologi.
Kerjaya: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Ahli geologi
Contoh: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles
Darwin.
SEMAK KENDIRI 1.4
1. Apakah yang anda faham tentang teori kepelbagaian kecerdasan
Gardner?
2. Bagaimanakah teori ini dapat membantu melonjakkan potensi
kanak-kanak?
1.2

PERKEMBANGAN KOGNITIF
(a) Peringkat Perkembangan
Apabila kita membincangkan tentang peringkat perkembangan kognitif,
kita tidak boleh mengetepikan pandangan Jean Piaget dalam soal ini.
Beliau percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri
peringkat yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama
lain. Berikut merupakan peringkat perkembangan kognitif Piaget:
16 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
tahap sensori motor (0 2 tahun)
tahap praoperasi (2 7 tahun)
tahap operasi konkrit (7 11 tahun)
tahap operasi formal (11 tahun ke atas)
AKTIVITI 1.5
1. Jelaskan bagaimanakah teori Gardner dapat membantu kanak-
kanak bersifat dinamik?
2. Sekiranya anda sebagai Guru Besar, apakah yang anda akan lakukan
jika terdapat anak murid di sekolah anda yang cenderung kepada
subjek matematik dan sains semata-mata dan tidak bersungguh-
sungguh dalam subjek seni?
Rajah 1.2: Kanak-kanak telah mula mengenali logik dan abstrak dengan bimbingan
guru pada umur 4 8 tahun. Kanak-kanak mampu menyusun secara bersiri iaitu satu
keupayaan menyusun objek-objek dalam satu siri yang dikehendaki seperti mengikut
panjang atau saiz objek.
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 17
Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget:
Umur Peringkat Keterangan
02
tahun
Sensori motor Menggunakan pancaindera seperti perhatian, pendengaran dan
aktiviti motor untuk meneroka persekitaran. Pergerakannya
banyak bergantung kepada gerak balas spontan. Persepsi pada
peringkat ini bahawa objek hadir pada masa itu sahaja. Contoh:
menangis apabila tidak nampak ibunya.
26
tahun
Praoperasi Kanak-kanak mula menggunakan simbol untuk mewakili
pemahamannya sendiri bagi sesuatu objek. Lama kelamaan
kanak-kanak mula memahami perspektif orang lain, membuat
klasifkasi dan menggunakan logik mudah. Pada peringkat ini
kanak-kanak bersikap egosentrik.
612
tahun
Operasi
konkrit
Perkembangan logik kanak-kanak menjangkau jauh ke
hadapan selari dengan perkembangan dalaman operasi mental
seperti penambahan dan penolakan. Kanak-kanak masih
terikat dengan pengalaman-pengalaman spesifk, namun boleh
melakukan aktiviti-aktiviti manipulasi mental dan fzikal.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak hanya boleh melakukan
operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata atau
konkrit sahaja dan bukan perkara-perkara yang abstrak seperti
erti kebebasan.
12
tahun
ke
atas
Operasi
formal
Pada tahap ini mereka telah memahami aspek-aspek yang
abstrak dan logik. Mereka boleh membayangkan perkara-
perkara yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini
dan mampu menyusun idea secara sistematik, berfkir secara
deduktif dan menjangka akibat.
SEMAK KENDIRI 1.5
Cuba imbas kembali orientasi pembelajaran anda zaman kanak-
kanak dahulu. Adakah anda diberi peluang meneroka sebagaimana
teori Piaget?
18 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
(b) Fungsi Kognitif
Dalam bahagian pertama kita telah membincangkan tentang defnisi
dan perkembangan kognitif mengikut beberapa teori barat. Berdasarkan
defnisi tersebut, perkembangan kognitif sangat penting bagi tumbesaran
kanak-kanak. Kepentingan kognitif boleh dilihat melalui beberapa aspek
perkembangan seperti berikut:-
(i) Aspek Sosial
Kanak-kanak melalui pengalaman bersosial apabila mereka bersama-
sama ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya. Mereka berinteraksi
dengan bahasa yang hanya mereka sendiri fahami dan memperoleh
ilmu dan pengalaman melaluinya. Proses sosial ini berlaku secara
berterusan dan semakin hari semakin meningkat kemahiran sosialnya.
Berdasarkan teori sosial kognitif Bandura, kanak-kanak memperoleh
kemahiran melalui pemerhatian apa yang terdapat di sekelilingnya.
Maklumat untuk menjadi seorang dermawan misalnya, diperolehnya
melalui perlakuan ibu bapanya yang sentiasa menderma, atau sifat
sayang kepada haiwan diperolehnya melalui pemerhatian terhadap
bagaimana orang di sekelilingnya menyayangi haiwan. Dalam konteks
ini beliau menyebut pembelajaran ini sebagai observational learning or
modelling.
Persekitaran sosial yang pelbagai akan memperkaya pengalaman dan
kemahiran sedia ada. Menurut Bandura, kanak-kanak yang sentiasa
dilingkungi oleh persekitaran sosial yang positif akan memberi makna
dan pengalaman yang positif kepadanya.
(ii) Aspek Fizikal
Perkembangan fzikal meliputi perkembangan motor kasar dan
motor halus. Perkembangan ini diperoleh melalui pelbagai aktiviti
pergerakan semasa kanak-kanak bermain, berjalan, melompat,
berlari dan melakukan kerja-kerja konstruktif. Skemanya akan
terus berkembang dan pemahamannya akan bertambah mantap.
Ini membuktikan bahawa kanak-kanak berkenaan telah berjaya
mengasimilasi, membuat akomodasi dan mencapai keseimbangan.
Oleh itu, proses mengorganisasikan maklumat-maklumat yang ada
dan mengadaptasinya mengikut keadaan persekitaran menunjukkan
skemanya berkembang.
(iii) Aspek Bahasa
Bahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan setiap individu.
Ia merupakan alat komunikasi penting yang menghubungkan setiap
individu. Pemerolehan bahasa bermula sejak bayi dalam kandungan
ibunya. Apabila ibu bapanya berkomunikasi dan memperdengarkan
bayi berkenaan dengan bahan-bahan rangsangan, sebenarnya bayi
berkenaan memperoleh kemahiran bahasa pertamanya. Apabila
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 19
dilahirkan, bayi berkenaan akan mengingat kembali bahasa-bahasa
yang pernah diperdengarkan semasa dalam kandungan. Keadaan
ini berlaku apabila adanya aktiviti berkomunikasi antara ibu bapa
dengan bayi berkenaan dan persekitarannya. Proses yang berterusan
ini akan menjadikan bayi berkenaan memperolehi kemahiran
berbahasa. Semakin bayi berkenaan membesar, pelbagai keadaan akan
mempengaruhi pengayaan bahasanya. Interaksi dengan orang yang
ada di persekitarannya juga akan menjadikan bahasanya meningkat
hari demi hari.
(iv) Persekitaran
Aspek persekitaran tidak dinafkan mempengaruhi perkembangan
kognitif kanak-kanak. Persekitaran yang memberangsangkan mampu
meningkatkan daya pemikiran dan sebaliknya persekitaran yang
tidak kondusif tidak akan menggalakkan pemikiran. Menurut Eva
L. Essa (2001), environment where their basic needs are met, must be rich
in appropriate stimuli and sensory experiences that help them to explore and
learn about their world m.s. 285.
Persekitaran yang berkualiti memberi impak kepada tingkah laku
kanak-kanak. Antara faktor persekitaran yang perlu diberi penekanan
ialah:
Susunan peralatan seperti kerusi-meja, alat permainan, rak buku,
rak beg dan rak kasut dan rak alat permainan perlu disusun dengan
teratur bagi memudahkan kanak-kanak untuk mengambil dan
menyimpannya semula.
Organisasi organisasi dalaman secara keseluruhannya
perlu mematuhi tahap keselamatan yang ditetapkan. Ini akan
memudahkan dan lebih praktikal bagi kanak-kanak untuk
menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran.
Saiz sesuaikan dengan bilangan yang akan diambil supaya
mudah bagi kanak-kanak melakukan aktiviti sama ada secara
individu mahupun secara berkumpulan
Kepadatan (bilangan kanak-kanak mengikut saiz ruang) sesuai
dengan bilangan kanak-kanak dan saiz atau ruang bilik.
Tahap kebisingan jauh daripada pencemaran bunyi sama ada
kenderaan dan sebagainya.
Warna yang terang dan ceria tetapi tidak menyilaukan mata dan
pandangan.
Kesemua empat aspek tersebut jika dipatuhi akan mewujudkan
persekitaran yang kondusif dan kompeten yang akan meningkatkan
self-esteem kanak-kanak. Ruang yang dapat memenuhi keperluan
20 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
mereka, perkembangan minda, berpeluang melakukan aktiviti dengan
selamat dan selesa serta terdapat elemen yang lembut seperti beanbag
chairs dan permaidani sangat penting bagi memastikan perkembangan
kognitif kanak-kanak.
AKTIVITI 1.6
Jika anda ingin menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak apakah
kriteria yang akan anda tentukan untuk memenuhi keperluan kognitif
mereka?
1.3

OTAK DAN KOGNISI
(a) Fungsi Hemisfera
Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat
sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa. Pertumbuhan neuron
dan myelination dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan
dengan lebih cekap antara sel-sel otak serebrum adalah pembahagian
utama otak yang menjalankan peranan kritikal dalam proses diskriminasi
membuat keputusan, pembelajaran dan pemikiran. Otak terdiri daripada
dua hemisfera dan lapisan luar ialah cerebral cortex pada sebelah kiri yang
memainkan peranan dalam bahasa manakala hemisfera kanan berperanan
dalam pemikiran dan penyatuan emosi.
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 21
Rajah 1.3 : Fungsi otak kiri dan otak kanan
SEMAK KENDIRI 1.6
Terangkan kepentingan hemisfera kiri dan hemisfera kanan dalam
kehidupan seseorang. Mengapa keseimbangan antara hemisfera kiri
dan hemisfera kanan perlu dilakukan oleh individu?
22 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
(b) Daya Ingatan
Pada usia awal dua tahun, bayi mengalami perubahan pada sistem motor
dan penglihatan. Keadaan ini membantu mereka mempelajari sesuatu dan
sentiasa mencari peluang apabila sudah mula berjalan. Perkembangan
sistem saraf memberi peluang kepada bayi untuk menggambar dan
menyimpannya dalam unit memori mereka.
Kail (1998), menyatakan bahawa sebarang maklumat perlu disimpan
dalam memori jangka panjang (long-term memory). Jika tidak ia akan
hilang. Beberapa kaedah untuk meningkatkan daya ingatan, ibu bapa atau
pengasuh kanak-kanak perlu menunjukkan atau memperkatakan sesuatu
secara berulang-ulang supaya mereka dapat menerima pembelajaran
itu dengan baik. Ini kerana memori bayi masih lemah. Satu aspek yang
membezakannya dengan orang dewasa ialah metamemori iaitu keupayaan
memikirkan apa yang orang lain fkir.
Daya ingatan kita bergantung kepada bagaimana strategi individu
melakukan aktiviti memori. Beberapa kaedah yang disarankan oleh para
pengkaji adalah seperti melakukannya secara berulang (rehearsal), menyusun
mengikut kategori, mencatatkan isi-isi penting bagi individu yang lebih
dewasa, membuat perkaitan dengan sesuatu yang lain yang telah menjadi
skema kita. Bagaimanapun, daya ingatan kanak-kanak masih rendah kerana
skema mereka masih sedikit.
Contoh pembelajaran yang baik harus diajar kepada bayi supaya
direkodkan dalam memori jangka panjang mereka, terutama semasa mereka
mula bertatih. Penyakit pelupa pada bayi berkemungkinan terjadi apabila
orang dewasa tidak atau jarang bersama semasa proses pengingatan atau
pembelajaran mereka. Pada masa kini, kanak-kanak lebih digalakkan
melakukan aktiviti sendiri dan meneroka pengalamannya, dengan itu kita
membantu meningkatkan daya ingatannya.
(c) Potensi Pembelajaran
Kanak-kanak yang mengalami tumbesaran sihat dan hidup dalam suasana
ceria, penuh dengan kasih sayang daripada ibu bapa dan mereka yang ada
di sekelilingnya cenderung menjadi kanak-kanak yang cemerlang. Biasanya
kanak-kanak begini akan menunjukkan potensi pembelajaran yang baik
sejak pada peringkat awal lagi. Antara faktor yang boleh dikaitkan dengan
potensi pembelajaran kanak-kanak ialah:
Bimbingan dan galakan sewaktu kanak-kanak membuat penerokaan
Apabila kanak-kanak mencari peluang dan meneroka maklumat atau
pengalaman, kehadiran ibu bapa atau orang yang lebih tua daripadanya
amat perlu supaya tunjuk ajar dan sokongan dari segi moral dapat
disalurkan secara segera apabila kanak-kanak memerlukannya. Keadaan
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 23
ini dapat mengekalkan minat dan semangat inkuiri yang ada dalam
dirinya waktu itu.
Penggunaan kedua-dua hemisfera kiri dan kanan secara seimbang
Otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera kiri dan
hemisfera kanan. Kedua-dua bahagian ini mempunyai tugas dan
peranan masing-masing. Bahagian kiri lebih kepada pencapaian IQ dan
bahagian kanan pula lebih kepada EQ. sekiranya kedua-dua bahagian
ini digunakan secara seimbang, maka potensi pembelajaran kanak-kanak
akan meningkat.
Persekitaran yang memotivasikan dan menarik minat
Persekitaran yang selesa, selamat penuh dengan ciri-ciri kasih sayang,
ruang yang terang dan luas, sesuai untuk aktiviti-aktiviti secara
individu dan berkumpulan. Susunan perabot, rak-rak yang teratur
dan kemas, menggalakkan kanak-kanak sentiasa menjaga kebersihan
diri dan sekitarnya. Pemupukan sikap sebegini perlu diberi sejak awal
lagi. Semua bahan bacaan dan permainan diletakkan di tempat yang
sesuai dan rendah supaya mudah dicapai oleh kanak-kanak sewaktu
menggunakannya dan memulangkannya semula selepas menjalankan
aktiviti.
Peluang yang diberi oleh orang di sekelilingnya
Kanak-kanak yang sentiasa diberi peluang meneroka dan mencuba akan
menjadikannya seorang yang berani, yakin dan sentiasa ke hadapan.
Perasaan inkuirinya turut meningkat dan oleh itu akan melonjakkan
potensi pembelajarannya.
SEMAK KENDIRI 1.7
Bayangkan bagaimana potensi pembelajaran anda dicungkil. Adakah
faktor persekitaran menyumbang kepada potensi itu?
AKTIVITI 1.7
Merancang satu plan tindakan yang dapat anda kemukakan kepada
pihak pengurusan agar dapat mengaplikasikan satu strategi
pembelajaran kanak-kanak yang menitikberatkan keseimbangan
fungsi otak kiri dan otak kanan?
24 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
RUMUSAN
Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan
pengalaman melalui proses berfkir dan senses atau kesedaran mental.
Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di mana
pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif melibatkan proses
pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfkir.
Perkembangan kognitif pula merupakan proses peningkatan keupayaan
pemikiran, pengetahuan dan kontekstual seseorang kanak-kanak dan
kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian
masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan
kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza. Beliau berpendapat
persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami
persekitarannya, melalui aktiviti penerokaan.
Piaget mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses
utama iaitu organisasi dan adaptasi.
Terdapat empat konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru
mengikut teori Piaget iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan.
(i) Skema ialah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema
juga adalah proses mencipta, memperhalusi, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus skema individu.
(ii) Asimilasi merupakan proses kognitif yang menyatukan maklumat-
maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema
yang sedia ada, iaitu penyerapan (ftting) maklumat baru ke dalam
struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
AKTIVITI 1.8
Bila saya dengar, saya lupa, bila saya buat saya ingat.
Berdasarkan kata-kata hikmat di atas, buat ulasan anda tentang daya
ingatan.
TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 25
(iii) Proses mengubahsuai skema sedia ada dan membentuk skema
baru dikenali sebagai akomodasi atau penyesuaian diri. Proses ini
menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema
(development of schema). Jika maklumat yang diterima secocok dengan
skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya
jika maklumat itu tidak secocok, maka maklumat itu akan ditolak atau
diubah atau diubahsuai.
(iv) Maklumat baru yang berjaya diserap oleh kanak-kanak menunjukkan
tahap keseimbangan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap,
maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema
atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat
disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.
Lev Vygotsky mencadangkan pembelajaran harus disulami dengan
bimbingan yang dikenali sebagai scaffolding.
Albert Bandura pula berpendapat pembelajaran berlaku melalui proses
pemerhatian. Pembelajaran seperti ini dikenali sebagai pemodelan iaitu yang
terhasil daripada pemerhatian tingkah laku individu dan mencatatkan akibat
tingkah laku itu.
Teori Kecerdasan Piaget menyarankan agar ujian kecerdasan seharusnya
mengukur struktur dan kandungan, sekiranya perkembangan kognitif
hendak diukur dengan tepat.
Howard Gardner mengemukakan kepelbagaian kecerdasan yang melibatkan
lapan kemahiran iaitu logika-Matematik, bahasa, kinestetik, visual-spatial,
muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Jean Piaget mengutarakan empat peringkat perkembangan kognitif; sensori
motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Kognitif berfungsi bagi perkembangan fzikal, sosial, emosi dan bahasa
kanak-kanak.
Persekitaran yang selamat, kondusif, sihat, dan selesa mampu meninggalkan
impak yang besar kepada perkembangan kognitif kanak-kanak secara
keseluruhannya.
Otak manusia terbahagi kepada hemisfera kiri (lebih kepada akademik dan
IQ) dan hemisfera kanan (lebih kepada kreatif dan EQ).
Daya ingatan kita bergantung kepada bagaimana strategi individu melakukan
aktiviti. Beberapa kaedah yang disarankan oleh para pengkaji adalah seperti
melakukannya secara berulang (rehearsal), menyusun mengikut kategori,
membuat perkaitan dengan sesuatu yang lain yang telah menjadi skema
kita. Bagaimanapun, daya ingatan kanak-kanak masih rendah kerana skema
mereka masih sedikit.
26 TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
Potensi pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor bimbingan dan
galakan, peluang yang diberi, fungsi otak kiri dan kanan dan persekitaran.
Akomodasi
Aktiviti mental
Asimilasi
Egosentrik
Operasi formal
Operasi konkrit
Pengukuran kualitatif
Pengukuran kuantitaf
Hemisfera kiri dan kanan Perkembangan kognitif
Kepelbagaian kecerdasan Praoperasi
Kesedaran mental Scaffolding
Keseimbangan
Metamemori
Metokognisi
Sensori motor
Skema
KATA KUNCI
RUJUKAN
Bukatko, D., Daehler Marvin, W. (2004). Child development: a thematic approach. (5th
ed.). New York: Houghton Miffin Company.
Eva L. Essa. (2001). Introduction to early childhood education. (3rd ed.). USA: Delmar
Publishers.
Francis Wardle. (2003). Introduction to early childhood: a multidimensional approach to
child-centered care and learning. USA: Allyn & Bacon.
George S. Morrison. (2004). Early childhood education today. (9th ed.). Ohio: Pearson
Merill Prentice Hall.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi kanak-kanak & remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai