Anda di halaman 1dari 6

PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang.

Rangka tubuh adalah


terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada
tubuh. Terdapat206 ruas tulang pada anggota badan
Punca-punca patah
a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan,
tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya,
berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba,
menyebabkan tulang patah.
c) Sebab-sebab lain
---Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh.
---Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh
tarikan mengejutotot-otot.
--- Usia
Jenis-jenis patah
a) Patah Terbuka

Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan
pendarahan.

b) Patah Tertutup

Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan
dalaman.

c) Patah terbuka (tibia dan fibula)

Patah melarat

Tanda-tanda dan gejala patah
a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi
lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

PRINSIP RAWATAN SECARA AM
a) Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa
seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
b) Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan
ditempat kejadian.
c) Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan
cuba meluruskan bahagian yang cedera.
d) Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain
yang bersih.
e) Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin),
anduh dan pembebat.
f) Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan
tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

TERBAKAR DAN MELECUR
Terbakar
Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api,
kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur
Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah.
Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh
asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori
a) terbakar luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat.
b) terbakar dalama Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan
tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya
renjatan kepada mangsa.
Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan
(rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:-
a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%
Rawatan am melecur

1. Letakkan kawasan melecur di bawah aliran air bersuhu sederhana. Sekiranya tiada air
yang mengalir (paip dan sebagainya), rendamkan kawasan kulit yang melecur itu atau
memadai menekap kulit yang melecur tersebut dengan kain yang telah dibasahkan
dengan air sejuk. Lakukannya di dalam tempoh 10-15 minit atau sehingga kesakitan
beransur hilang.
2. Tutup atau balut kawasan kulit yang melecur dengan kain yang bersih. Jangan guna kain
yang boleh melekat dengan luka mangsa.

Kecederaan ringan biasanya akan pulih dengan sendirinya tanpa perlu melalui rawatan lanjut.
Tetapi, sekiranya terjadi jangkitan kuman pada bahagian yang luka, sila bawa mangsa ke
hospital.


blister
Diingatkan agar anda tidak menggunakan ais secara langsung pada kulit yang sedang
melecur dan elakan daripada memecahkanblister.

Sekiranya anda berhadapan dengan mangsa yang mempunyai kecederaan melecur major
atau serius, sila hubungi nombor kecemasan dengan segera atau membawa mangsa
tersebut ke hospital untuk mendapat rawatan segera.

Anda dinasihatkan agar tidak menanggalkan pakaian mangsa dan jangan merendamkan
kawasan kulit yang melecur ke dalam air.

http://tok-ilman.blogspot.com/2013/12/ilmu-asas-pertolongan-cemas-first-aid.html
http://zaim-al-humaidi.blogspot.com/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-cemas-asas-
dlm.html


PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang
menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan
mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.

Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan
kepala mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.
Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas
yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari
sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.

Cara- cara racun masuk ke tubuh
a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang
berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan,
makanan tercemar dan sebagainya.
b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di
udara. Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu
racun serangga dan lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair.
Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah,
sengatan binatang bisa dan patukan atau gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga
yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun
malation dan paraquat.

Tanda-tanda dan Gejala
a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan
atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil
secara suntikan atau kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.

Rawatan Am Keracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan
penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.
d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas
yang terdapat di sekeliling mangsa.
e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa
dalam keadaan pengsan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki
serta lutut.

Rawatan: RICE
1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
3. Balut tempat yang cedera [Compression]
4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
5. Hantar ke hospital




PEMULIHAN PERNAFASAN
Seorang yang tidak mendapat bekalan oksigen selama empat minit, dapat
mengancam nyawanya. Mereka perlu diberikan bantuan pernafasan dengan
segera.

Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan
semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:-
a) Pemulihan mulut ke mulut
b) Pemulihan mulut ke hidung

a) Pemulihan mulut ke mulut
1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.
Dapatkan bantuan.
2. Baringkan mangsa supaya berada dalam kedudukan telentang.
3. Buang sebarang benda asing dari mulut.
4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
5. Tutup lubangg hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kita.
6. Tentukan mulutnya terbuka
7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga kita melihat
dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa
hembusan dilakukan.
8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa
selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada
kadar 10 kali seminit.
10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan.
b) Pemulihan mulut ke hidung
Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut
mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.

Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar
melalui mulut.
Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan,
perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau
tidak ke paru-paru.
Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.
Blibiografi
Bulan Sabit Merah Malaysia Amir Hamzah Aman Penerbitan Mutimedia 2014
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Amzan Abd. Malek PTS
PROFESSIONAL 2007

Anda mungkin juga menyukai