Anda di halaman 1dari 16

ASAS PERTOLONGAN CEMAS 2

1) TERBAKAR DAN MELECUR

Definisi
Terbakar
– Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat,
besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur
– Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah.
Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.


a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid
atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Kategori Terbakar dan Melecur


Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran
dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang
terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam.
Contohnya terkena asid dan alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan
kepada mangsa.

Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur


Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of
nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:-
a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera
akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya
pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali


a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan
asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid.
Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata
boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaian


a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api
dapat dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu
dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.
a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin.
b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

2) SENGATAN ATAU GIGITAN BINATANG BISA

1) Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah

Tanda-tanda dan gejala


a) Sakit di tempat sengatan atau gigitan.
b) Bengkak, lebam dan keluar darah.
c) Tempat gigitan menjadi panas.
d) Mangsa gelisah.
e) Mangsa mengalami sesak nafas.
f) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Bawa mangsa ke tempat yang selamat.
b) Tenangkan mangsa.
c) Sekiranya mangsa renjat – periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan rawatan
CPR jika perlu.
d) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Cuci tempat sengatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

2) Digigit Lintah atau Pacat


Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan
berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan
pembekuan darah lambat.

Rawatan
a) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara
membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana
ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.
b) Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi mengurangkan
kegatalan.
c) Balut luka dengan kemas.
d) Dapatkan rawatan perubatan.
3) Patukan Ular Berbisa
Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem
darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. Contohnya ular
senduk atau “king cobra”.Ular laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem
saraf dan sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem
pendarahan terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui
semua sistem badan.

Tanda- tanda.
a) Sakit di tempat patukan.
b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
c) Darah keluar di tempat patukan.
d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
e) Sesak nafas.
f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
h) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkaan mangsa.
b) Longgarkan pakaian magsa.
c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
d) Awasi mangsa dari renjatan.
e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

3) PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang
menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan
mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.

Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala


a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan
kepala mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

4) PENGSAN (TIDAK SEDAR DIRI)


Suatu keadaan yang diakibatkan oleh berlakunya gangguan di otak yang
menyebabkan otak tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan
bekalan oksigen atau kecederaan di bahagian otak.

Peringkat-peringkat pengsan
a) Setengah pengsan (drowsiness) – Mangsa mudah sedar tetapi akan kembali
pengsan kemudiannya.
b) Stupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang
berlaku di sekelilingnya.
c) Tidak sedar langsung (koma) – Tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung.
Otak mengalami kerosakan.

Punca-punca pengsan
a) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petir
b) Terhenti pernafasan.
c) Kecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang teruk.
d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung, angin ahmar, epilepsi,
kencing manis dan barah otak.
e) Lemas dalam asap atau dalam air.
f) Penyakit sawan pada kanak-kanak.
g) Keracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau racun ( gigitan ular
atau binatang berbisa )

Rawatan am pengsan
a) Baringkan mangsa secara mengiring
b) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasannya. Periksa gerak
pernafasan dan nadinya dan lakukan bantuan CPR jika di perlukan.
c) Cari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan buat catatan untuk
memudahkan rawatan perubatan.
d) Rawat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan.
e) Selimutkan mangsa.
f) Catatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa kesemasa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman kepada mangsa apabila berada
dalam keadaan pengsan.
h) Dapatkan perubatan segera.

Pengsan Akibat Kecederaan Otak


Ia terjadi akibat dari gegaran yang kuat pada otak, pecah tempurung kepala dan
sebagainya. Otak tercedera atau terganggu secara sementara kesan dari gegaran
yang kuat.

Tanda-tanda dan Gejala Gegaran Otak


a) Muka menjadi pucat, kulit badan sejuk.
b) Nadi berdenyut perlahan.
c) Anak mata tidak bertidak balas terhadap cahaya dengan sempurna.
d) Muntah-muntah.
e) Mangsa gelisah
f) Pernafasan mangsa berbunyi kuat.
g) Mangsa tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Periksa tempat cedera dan beri rawatan kecederaan
c) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa. Berikan rawatan CPR jika di
perlukan.
d) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Sawan (Epilepsi)

Tanda-tanda dan Gejala


a) Mangsa mengadu pening kepala dan rasa kurang selesa.
b) Muka kelihatan pucat dan mangsa gelisah.
c) Mangsa jatuh secara tiba-tiba di sertai dengan kekejangan otot-otot sambil
menggelepar beberapa ketika.
d) Mulut mangsa berbuih.
e) Giginya terkancing dengan kuat.
f) Mangsa tidak sedar diri.
g) Muka dan bibir mangsa biru dan tiada pernafasan seketika.
h) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari .
i) Mangsa kemudiannya bernafas dengan nafas yang berbunyi kuat.
j) Mangsa mengalami kebingungan dan kelihatan keletihan.
k) Mangsa kemudiannya tidur dengan nyenyak beberapa jam.

Rawatan
a) Semasa mangsa jatuh dan mengelepar, cuba elakkan mangsa dari mengalami
kecederaan atau terjatuh ke tempat yang berair.
b) Masukkan benda keras ke dalam mulut mangsa seperti sapu tangan, sudu dan
sebagainya bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada lidah dan mulut mangsa.
c) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap dan betulkan saluran
pernafasan. Periksa pernafasan dan gerak nadi. Jalankan bantuan CPR jika perlu.
d) Longgarkan pakaian mangsa.
e) Sekiranya terdapat kecederaan beri rawatan sewajarnya.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Terselap (Hysteria)
Terselap merupakan suatu keadaan bila mana mangsa tidak dapat mengawal
perasan akibat dari tekanan emosi, gangguan perasaan, tidak dapat menyelesaikan
masalah atau takut yang menyebabkan perasaannya tidak dapat di kawal lagi.
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa terjatuh secara tiba-tiba.
b) Mangsa menjerit-jerit dan tidak dapat mengawal perasaan, menagis, ketawa,
meracau, tersentak-sentak badan, menarik rambut atau ketakutan.
c) Kekadang berlaku kekejangan otot.
d) Bernafas cepat dan pendek-pendek.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Beri mangsa sedut garam cium (smelling salt) beberapa ketika.
c) Elakkan mangsa dari mencederakan diri.
d) Beri arahan agar mangsa bernafas panjang dan kawal pernafasan seperti biasa.
e) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Sawan Kanak-kanak ( Febrile Fits)


Sawan ini terjadi pada bayi dan kanak-kanak yang kebiasannya mengalami demam
yang suhunya sangat tinggi atau mengalami jangkitan terutamanya di bahagian otak.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Demam yang tinggi.
b) Bayi menangis dan di dalam keadaan gelisah.
c) Berlaku kekejangan otot dan anggota mengelepar.
d) Anak mata naik ke atas.
e) Kancing gigi dan mulut mengeluarkan buih.
f) Nafas tersekat-sekat dan boleh terhenti.
g) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari.
h) Mangsa tidak sedar diri.

Rawatan
a) Baringkan mangsa separuh meniarap.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Masukkan benda-benda keras ke dalam mulut mangsa bagi mengelakkan
kecederaan pada lidah.
d) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa dan beri bantuan CPR jika di
perlukan.
e) Beri jeluman sejuk ke seluruh badan mangsa bagi mengurangkan suhu badan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Koma Akibat Kencing Manis ( Diabetes)


Pengidap penyakit kencing manis akan mendapat koma sekiranya kandungan gula
dalam darah terlalu rendah atau terlalu tinggi. Kandungan gula yang melampau di
dalam darah akan menyebabkan pengidap mengalami koma.
Koma jenis ini di kenali sebagai diabetic koma. Manakala jika kandungan gula terlalu
rendah di dalam darah akan terjadinya koma yang di kenali sebagai insulin koma.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Mangsa mengadu pening, tidak selesa dan lemah.
b) Kulit badan mangsa berkeadaan kering dan panas.
c) Pernafasan mangsa yang pengsan berbunyi seperti dengkuran.
d) Pernafasan mangsa berbau acetone.

Rawatan Diabetik Koma


a) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap.
b) Betulkan saluran pernafasan mangsa dan periksa gerak nadi serta
pernafasannya. Beri bantuan CPR jika di perlukan.
c) Periksa anggota dan pakaian mangsa supaya mendapat maklumat tentang
penyakit pengidap ataupun ubat.
d) Jika sekiranya mangsa sedar - sekiranya terdapat ubat berikan secepat mungkin.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Tanda-tanda Insulin Koma


a) Badan mangsa berkeadaan sejuk dan berpeluh.
b) Mangsa gelisah dan pening.
c) Berpeluh dengan banyak.
d) Nadi berdenyut pantas dan lemah.
e) Mangsa mengalami tidak sedarkan diri.
Rawatan Insulin Koma
a) Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
b) Berikan larutan air gula kepada mangsa yang masih sedar.
c) Longarkan pakaian mangsa.
d) Sekiranya mangsa pengsan, periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri rawatan
CPR jika perlu.
e) Letak mangsa dalam baringan separuh meniarap.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
5) PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada
ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan,
tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku
kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang
patah.

Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di
bahagian luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
d) Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
e) Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang
yang patah itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang
kanak-kanak dan bayi.
g) Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya,
tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah


a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi
lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di
tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR
sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan
hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak
langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-patah Tertentu

1) Pecah Tengkorak Kepala


Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan
bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi
tidak berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera

2) Patah Tulang Rahang

Tanda-tanda dan gejala


a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan
baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

3) Patah Tulang Belakang

Tanda-tanda dan gejala


a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.

Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan
pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

4) Patah Tulang Rusuk


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan
pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan
bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
5) Patah Tulang Selangka (Klavikal)
Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.
c) Rawat kecederaan yang terdapat.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

6) Patah Anggota Atas

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu
bahagian yang tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

7) Patah Tulang Punggung


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian punggung.
b) Susah bergerak atau berdiri.
c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.
d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

8) Patah Tulang Paha

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
9) Patah Tulang Tibia dan Fibula

Rawatan
a) Letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan.
d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan
tulang yang patah.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

10) Pecah Tulang Patela

Rawatan
a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.
b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

11) Terkehel (Dislocation)

Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari


acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang
tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehel


a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi
mengurangkan pergerakan.
c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian
tersebut.
d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

12) Tergeliat (Sprain)

Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian
akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan
anggota tersebut.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.
b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
c) Jangan mengurut bahagian cedera.
d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau
bengkak.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

13) Salah Urat (Strain)

Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang
terlibat.

Tanda dan gejala


a) Sakit dan tegang otot-otot.
b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.

Rawatan
a) Rehatkan bahagian yang terlibat.
b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit.
c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
d) Beri minum air yang banyak.

14) Kekejangan otot (Cramp)

Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari
pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang
terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek
dan sakit yang kuat.

Tanda-tanda dan gajala


a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan.
b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan
tegang.
c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dan tenangkannya.
b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
d) Rehatkan bahagian yang tercedera.
g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Anda mungkin juga menyukai