Anda di halaman 1dari 13

TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar
Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering.
Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan
sebagainya.
Melecur
Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau
basah.
Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.
Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh
asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.
Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran
dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang
terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam.
Contohnya terkena asid dan alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan
kepada mangsa.
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat
cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya
pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan
jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang
k) Banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
l) Dapatkan rawatan perubatan segera.



PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang
menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan
mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit
Tanda-tanda dan gejala
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.
Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan
tundukkan kepala mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

RACUN
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang
bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan
yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.
Cara - cara racun masuk ke tubuh
a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang
berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan,
makanan tercemar dan sebagainya.
b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di
udara. Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-
debu racun serangga dan lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair.
Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah,
sengatan binatang bias dan patukan atau gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga
yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun
malation dan paraquat.
Tanda-tanda dan Gejala
a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan
atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang
dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil
secara suntikan atau kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.
Rawatan Am Keracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan
penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.
d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas
yang terdapat di sekeliling mangsa.
e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa
dalam keadaan pengsan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
RESUSITASI KARDIO PULMONARI (CPR)
Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan
pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah
ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke
hidung atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan
pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian
tertentu dada.
Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah menerima bekalan
oksigen dan seterusnya mengedarkannya ke otak dan lain-lain organ penting.
Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah:
i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventricular (ventricular fibrilltion).
ii. Kejutan elektrik.
iii. Alahan
iv. Pengambilan dadah yang berlebihan.
v. Penyakit angin ahmar (stroke).
vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran pernafasan).
vii. Kecederaan.
Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila
terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Ini
disebabkan faktor-faktor berikut:
i. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang
memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%.
ii. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah
pada kadar 2% sahaja.
iii. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa.
Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas kejadian pernafasan
terhenti. Kematian tersebut ialah:
a. Kematian klinikal bermaksud kematian sementara di mana sel-sel otak
dan sel-sel organ belum mengalami kematian walaupun pernafasan dan
jantung terhenti. Kematian klinikal boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera
dan awal diberikan kepada mangsa selepas kejadian terjadi.
b. Kematian biologikal kematian kekal di mana sel-sel otak dan semua sel-
sel organ badan telah mati. Kematian ini tidak boleh dipulihkan kembali. Sel-
sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit pernafasan dan
jantung terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima bekalan
darah beroksigen.
Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi
Kardio Pulmonary. Antaranya ialah:
a) Saluran pernafasan.
Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan
teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau.
Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian
dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan
mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah
dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa.

b) Pernafasan
Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa
secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa
sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa. Beri bantuan
pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut
ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.

c) Edaran darah
Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau
lengan (nadi brachial) bagi bayi. Lakukan tekanan di bahagian luar dada
(chest compression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.
PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada
ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) Secara Langsung: Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena
tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung: Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami
kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara
tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis patah
1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
2. Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol
keluar di bahagian luar kulit.
3. Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
4. Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
5. Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam
tulang yang patah itu.
6. Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada
tulang kanak-kanak dan bayi.
7. Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya,
tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.
Tanda-tanda dan gejala patah
i. Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
ii. Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
iii. Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
iv. Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota
menjadi lebih pendek.
v. Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
vi. Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan
di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan
CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih,
rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara
kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
d. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh
mengikut keadaan dan tempat yang patah.
e. Dapatkan bantuan perubatan segera.

LUKA DAN PENDARAHAN
Luka:
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau
tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Pendarahan:
Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari
yang menyebabkan keluarnya darah.
Jenis-jenis luka:
a) Luka terhiris ( incised wound )
luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan
lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka
disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan
sebagainya.
b) Luka terkoyak (lacerated wound )
luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata
atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau
gigitan binatang atau sebagainya.
c) Luka lebam (contusion)
luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar
berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda
berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena
tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.
d) Luka tembus (punctured wound )
luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya
tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan
mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri
dan sebagainya.
e) Luka tembakan (gun shot wound )
luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan
adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena
tembakan senapang atau pistol.
Jenis Jenis Pendarahan
a) Pendarahan dari saluran arteri: Darah yang keluar adalah secara memancut
kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula
keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang
tinggi.
b) Pendarahan dari saluran vena: Darah keluar secara meleleh dan berterusan.
Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan
darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.
c) Pendarahan dari salur kapilari: darah keluar secara menitis dan darah cepat
berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan
oksigen.
Tanda dan Gejala Luka Pendarahan
Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.
Rawatan Am Luka dan Pendarahan
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang
sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya.
Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri
bantuan CPR jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang
banyak.

Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
1. Hentikan pendarahan secara langsung
a. Mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama
10 minit.

2. Secara tidak langsung
a. Menekan urat-urat darah.
b. Menggunakan penjerut catitan masa direkodkan.
c. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
i. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang
sesuai.
ii. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit
tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
iii. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

TERSELIUH (SPRAIN)
Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak
beralih dari kedudukan asal.
Tanda-tanda
1. Sakit
2. Bengkak
3. Bertambah sakit bila bergerak
4. Pergerakan yang terhad
Rawatan Untuk Terseliuh
R. I. C. E.
1. REST - Rehatkan mangsa
- Mangsa direhatkan dan tidak dibenarkan melakukan pergerakan yang
boleh menyakitkan bahagian yang terseliuh bagi mengurangkan
kecederaan.
2. ICE - Tuaman ais
- Penggunaan ais di bahagian terseliuh bagi mengelakkan
pembengkakan terus merebak di bahagian yang terkena. Tuaman ais
tidak boleh dilakukan terlalu lama sehingga mematikan sel sel di
sekitar kawasan kecederaan
3. COMPRESSION - Balutan tekanan
- Balutan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pergerakan
berlebihan di kawasan terseliuh dan mempercepatkan pemulihan tisu
tisu yang cedera ketika terseliuh.
4. ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera
- Cara ini adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan kerana
bahagian yang terseliuh akan diangkat melebihi paras jantung bagi
mengurangkan peredaran darah dan menyebabkan bengkak makin
berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai