Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara menjadi murid cemerlang

Kita dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan. Ibu bapa menharapkan kita
untuk menjadi murid cemerlang yang berjaya di dunia dan akhirat. Usaha untuk menjadi murid yang
cemerlang adalah sepenuhnya terletak pada tanggungjawab kita sebagai murid di sekolah.

Terdapat pelbagai cara untuk menjadi murid yang cemerlang. Langkah pertama ialah kita
perlu mendapatkan restu ibu bapa dan guru semasa menuntut ilmu. Kita hendaklah taat dan patuh
pada arahan ibu bapa dan guru untuk mendapatkan keberkatan ilmu. Kita juga boleh meminta ibu
bapa dan guru untuk sentiasa mendoakan kejayaan kita dalam pelajaran.

Selain itu, teknik belajar juga memainkan peranan penting untuk menjadi murid yang
cemerlang. Sebagai seorang murid, kita perlu mempunyai teknik dan strategi belajar yang baik untuk
memastikan ilmu pengetahuan yang diperoleh di sekolah dapat difahami oleh kita. Terdapat banyak
teknik dan strategi belajar yang dapat digunakan oleh kita untuk menjadi murid yang cemerlang.
Antaranya ialah dengan belajar di dalam kumpulan, sentiasa membuat ulangkaji, menjadikan guru
sebagai rujukan utama dan lain- lain lagi.

Pemakanan juga memainkan peranan penting untuk menyumbang kepada kemenjadian


murid cemerlang. Murid yang cemerlang memerlukan nutrien dan vitamin penting bagi memastikan
tubuh badan dan minda sentiasa dalam keadaan optimum. Tubuh badan dan minda yang sihat dapat
membantu kita untuk menyerap ilmu pengetahuan secara maksimum dan memastikan kita faham
dengan mudah mengenai pelajaran di sekolah. Jenis-jenis pemakanan yang baik contohnya ialah
degan mengamalkan diet yang sihat, sentiasa memakan buah-buahan, dan meminum air yang
mencukupi sepanjang hari. Kita juga harus elakkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti
makanan ringan dan air bikarbonat.

Untuk menjadi murid cemerlang, kita mestilah sentiasa berusaha gigih dalam segenap hal.
Keadaan ini untuk menyumbang kepada usaha positif kita untuk menjadi murid yang cemerlang.
Murid yang cemerlang dapat mengharumkan nama ibu bapa dan memartabatkan maruah sekolah
dengan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai