Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

(20 markah)

Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian ini dengan memilih pilihan jawapan yang terbaik.

1. Pernyataan di bawah berkaitan dengan maksud moral kecuali


A moral sejajar dengan kehendak undang-undang.
B moral berkaitan dengan tingkah laku baik dan diterima.
C moral berlandaskan pemikiran yang logik dan fakta sains.
D moral terikat dengan norma masyarakat dan diterima oleh agama.

2. Lim Seng didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan
gurunya itu merupakan tingkah laku yang
A baik
B patut
C benar
D perlu

3. Pilih tingkah laku bermoral.


A Berbuat baik untuk mendapat pujian.
B Menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
C Menderma duit kepada orang yang memerlukan supaya diiktiraf masyarakat.
D Memberikan khidmat nasihat undang-undang dengan mengharapkan bayaran.

4. Kelebihan menggunakan internet secara berhemah adalah


A mengeratkan hubungan dengan rakan
B meningkatkan penguasaan bahasa
C berkongsi pendapat dan idea
D menyebarkan berita sensasi

5. Kita dianggap tidak bercakap benar apabila kita


A melaporkan salah laku rakan
B melaporkan maklumat yang palsu
C menjadi saksi salah laku orang lain
D mendiamkan diri walaupun mengetahui salah laku rakan.

6. Berikut adalah perayaan tradisi masyarakat di Malaysia kecuali


A Deepavali
B Tahun Baru Cina
C Hari Kemerdekaan
D Hari Raya Aidilfitri

Saya mempunyai banyak idea.


Saya melihat sesuatu dari pelbagai sudut.
Saya berani mengambil risiko untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
7. Berdasarkan ciri-ciri di atas, antara berikut manakah cara terbaik yang boleh dilakukan Aini
untuk mengembangkan potensi dirinya?
A Meningkatkan pengetahuan dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
B Menonton cara orang lain berpidato dan berbahas.
C Menyertai pertandingan reka cipta dan inovasi.
D Mengikuti kelas seni lukis.

8. Manakah antara berikut menunjukkan ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia?


I Hormat-menghormati antara ahli keluarga.
II Menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
III Menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
IV Berusaha mengambil tahu segala yang berlaku dalam keluarga.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja.
C I, II, dan III sahaja.
D Semua di atas.

9. Berikut adalah kesan memilih sahabat yang negatif kecuali


A menjejaskan masa depan.
B terjebak dalam gejala sosial.
C menjejaskan nama baik diri dan keluarga.
D bersama-sama menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Sahabat boleh dicari. Keluarga tidak boleh diganti.

10. Pernyataan di atas menjelaskan bahawa


A sahabat adalah lebih penting daripada keluarga.
B persahabatan yang baik merupakan sesuatu yang perlu dihargai.
C kita perlu menjalinkan perhubungan yang erat dengan keluarga kita.
D keluarga perlu diutamakan daripada sahabat apabila perlu membuat pilihan.

11. Dengan hidup beragama atau berkepercayaan, kita dapat


A menjadi manusia yang berakhlak mulia.
B mengetahui sama ada seseorang itu baik atau sebaliknya.
C memastikan bahawa keluarga kita akan hidup dengan aman.
D menunjukkan kepada orang lain bahawa kita seorang yang baik.

12. Manakah antara berikut menunjukkan kebaikan memilih sahabat positif?


I Mendapat bantuan dan sokongan moral secara ikhlas.
II Dapat bersama-sama melakukan aktiviti.
III Tidak berasa sunyi dan keseorangan.
IV Dapat belajar bersama-sama.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja.
C I, II, dan IV sahaja.
D Semua di atas.

13. Adik Zachary sedih kerana dia telah belajar dengan tekun tetapi tidak berjaya memperoleh
keputusan peperiksaan yang dinginkan dalam matapelajaran Matematik. Jika anda sebagai
Zachary, apakah yang boleh anda lakukan untuk memberikan sokongan moral kepada adik
kamu?
A Membawanya untuk menonton wayang kegemarannya.
B Memberitahu guru Matematiknya tentang perasaannya.
C Memberikan nasihat dan kata semangat kepadanya.
D Bersimpati ke atas keadaan adik anda.

14.
 Sembahyang di gurdwara.
 Menyambut perayaan Vaisakhi

Apakah agama yang dimaksudkan?


A Buddha
B Kristian
C Hindu
D Sikh

15. Berikut merupakan kepentingan mempelajari moral kecuali


A mendapat pujian daripada ibu bapa dan masyarakat.
B memelihara kesejahteraan masyarakat.
C menjadi insan yang berintegriti
D memupuk perpaduan kaum

16. Fook Ling pengawas sekolah. Dia ternampak rakannya menghisap rokok di belakang tandas.
Apakah tindakan yang patut Fook Ling lakukan?
A Menegur rakannya.
B Mengintai perbuatan rakannya.
C Mengeluarkan surat amaran kepada rakannya.
D Melaporkan perbuatan rakannya kepada guru disiplin.

17. Antara yang berikut, manakah cara menjalinkan persahabatan tanpa mengabaikan keluarga?
I Meluangkan masa yang lebih untuk keluarga daripada sahabat.
II Menjaga perasaan keluarga dan menerima nasihat yang diberikan.
III Mendapat kebenaran daripada keluarga sebelum berjanji kepada sahabat.
IV Menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan di rumah dengan baik.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja.
C I, II, dan III sahaja.
D Semua di atas.

18.
Amalina bersyukur atas keputusan cemerlangnya dalam
peperiksaan SPM.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘bersyukur’ dalam situasi di atas?


A Ganjaran yang diberikan oleh Tuhan bagi setiap perbuatan baik.
B Balasan daripada Tuhan atas perbuatan yang dilakukan.
C Cara meminta pertolongan daripada Tuhan.
D Perasaan berterima kasih kepada Tuhan.

19.
Balvinder ingin merayakan ulang tahun perkahwinan
ibu bapanya dengan menjemput saudara maranya ke
sebuah majlis.

Dengan berbuat demikian, Balvinder sedang


A mengelakkan daripada menyinggung perasaan anggota keluarga
B memberikan sokongan moral kepada anggota keluarga
C mewujudkan kemesraan anggota keluarga
D membina keluarga bahagia

20. Sahabat mengajak anda menemaninya ke kedai untuk membeli hadiah hari lahir ibunya
sedangkan ibu bapa anda tiada di rumah. Apakah tindakan anda sepatutnya?
A Meninggalkan nota di rumah untuk ibu bapa.
B Pergi ke kedai itu dan pulang sebelum ibu bapa anda balik.
C Meminta izin daripada keluarga sebelum berjanji kepada sahabat.
D Menunggu sehingga ibu bapa pulang sebelum pergi ke kedai bersama sahabat.

Bahagian B
( 10 Markah)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

menconteng melaporkan menjaga menghargai menerapkan

mengepam
meningkatkan membanteras mengikut membuat

a) Kita wajib ……………………..air setelah menggunakan tandas untuk


menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.

b) Kita dilarang ………………….dinding, papan tanda dan perhentian bas untuk


mengelakkan pandangan negatif dalam kalangan pelancong asing.

c) Kita patut …………………………..kemudahan awam yang disediakan demi


kepentingan bersama.

d) Rakyat bertanggungjawab untuk ……………………..sebarang kerosakan


kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

e) Ibu bapa patut ……………………..pendidikan awal kepada anak-anak supaya


menghargai harta benda awam.

f) Mereka yang ……………………..panggilan palsu kepada pihak polis atau


pihak bomba adalah salah di sisi undang-undang.

g) Kita harus menggunakan kemudahan awam ………………….peraturan yang


disediakan.

h) Masyarakat harus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha


………………… gejala vandalism.

i) Bagi ……………………… tanggungjawab masyarakat untuk menjaga


kemudahan awam, kempen kesedaran perlu diadakan.

j) Kita harus…………………….jasa dan usaha pihak kerajaan yang telah


menyediakan kemudahan awam untuk keselesaan masyarakat.

Bahagian C
(10 Markah)

1. Tulis YA untuk peraturan sekolah dan BUKAN untuk peraturan yang lain.

Peraturan Jawapan
a) Setiap murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej
sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang

b) Kita harus sentiasa memakai topi keledar untuk melindungi


bahagian kepala daripada tercedera.

c) Setiap murid mestilah menjaga kesopanan semasa di kantin


dengan beratur semasa membeli makanan.

d) Berikan isyarat dan periksa cermin sisi dan cermin pandang


belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

e) Beratur dan menunggu nombor giliran dipanggil ketika


membayar bil di kaunter.

f) Semua murid diwajibkan menjaga kebersihan dan keceriaan


sekitar kawasan sekolah.

g) Berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan


memberikan keutamaan kepada pejalan kaki.

h) Kebenaran menggunakan dewan sekolah mestilah diperoleh


terlebih dahulu daripada pengetua melalui guru penasihat.

i) Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat untuk


mengelakkan kemalangan yang serius.

j) Murid yang hendak keluar dari kelas semasa pengajaran dan


pembelajaran hendaklah memakai pas keluar.

(10 markah)

Bahagian D
(10 Markah)

a) Nyatakan enam kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat. ( 6 markah)

(i) ………………………………………………………………
(ii) ………………………………………………………………
(iii) ………………………………………………………………
(iv) ………………………………………………………………
(v) ………………………………………………………………
(vi) ………………………………………………………………

b) Ramalkan kesan vandalisme dalam setiap situasi di bawah. ( 4 markah )

Vandalism Situasi Kesan

1.pili bomba Berlaku kebakaran di


dirosakkan kawasan perumahan

2. Papan tanda jalan Pemandu sedang mencari


dirosakkan arah jalan

Anda mungkin juga menyukai